Anda di halaman 1dari 5

TEKS BERCERITA SEKOLAH RENDAH

DAERAH BATANG PADANG , TAPAH.


KISAH NABI ZULKIFLI A.S
ISI

Pendahuluan
&
pengenalan

PERKARA
Kisah nabi zulkifli a.s

CATATAN

Ahlan wasahlan saya ucapkan


Kepada semua rakan dan taulan
Terima kasih sudi bersama
Semoga Allah memberkatinya


Terima kasih pengemudi acara
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
Qisasul anbiya madah ditinta
Kisah nabi Zulkifli tajuk cerita

pantun

Dengar ya kawan-kawan
ISI 1
Nabi Zulkifli ialah putera Nabi Ayyub a.s
Cucunda Nabi Ibrahim a.s
Nama sebenar baginda ialah Basyar Ibnu Ayub
Beliau digelar sebagai Zulkifli yang beerti
orang yang sanggup memegang janji
Nabi Zulkifli mempunyai sifat penyabar
yang amat tinggi
oleh kerana itulah Allah mengangkat beliau sebagai Rasul
dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang sabar
Firman Allah Taala dalam surah al-Anbiya ayat 85 jelas
terbukti ;


85. dan ( demikianlah pula ) nabi-nabi ismail dan idris
serta zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang
sabar.

Dalil 1

Ya kawan-kawan,
Dalam kehidupan kita seharian pun mestilah tanamkan
sifat sabar kerana sabar itu sifat yang mulia

Pengajaran
dan isu

Bak kata Pepatah arab:


Sabar itu Sebahagian daripada Iman
Contohnya , sebagai seorang pelajar kita perlulah bersabar
dalam menuntut ilmu kerana kejayaan takkan datang tanpa
usaha yang bersungguh-sungguh.
ISI 2

Kawan-kawan ,
Rehat sebentar penat bercerita
Makan sebiji buah kurma
Nabi Zulkifli menjadi Raja
Mengganti Ilyasa dimamah usia
Maka bermulalah NZulkifli menjadi raja
Kaum Bani Israil adalah rakyatnya
Beliau bijak mengatur waktunya
Siang hari berpuasa, beribadat pada malamnya
Dakwah ayahandanya Nabi Ayyub diteruskan jua
Menyeru beriman kepada yang Esa
Firman Allah dalam Surah Sod Ayat 48 :


48. Dan ( ingatkanlah peristiwa ) Nabi Ismail, dan Nabi
Alyasak, serta Nabi Zulkifli; mereka semua adalah dari
orang orang yang sebaik-baiknya.
Ya kawan-kawan
Kita hendaklah amanah menjalankan tugas
Bila dilantik janganlah malas
Pemimpin yang adil, penyayang dan tegas
Memegang janji yang dikota
Bukan mementingkan wang ringgit semata-mata
Sehingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah serta
janji
ISI 3

Iblis diutus untuk menguji kesabaran Nabi Zulkifli


Menyamarlah Iblis situa teraniaya

Pengajaran
dan isu

Kononnya dizalimi oleh masyarakatnya


Hukuman yang adil mohon diputuskan segera
Mengganggu dan menggoda Nabi Zulkifli adalah
matlamatnya
Kedatangannya mahu disambut oleh baginda sahaja
Mendesak urusannya diselelsaikan segera
Terpaksalah baginda keluar menemuinya
Selesai urusannya dia beredar tanpa sebarang bicara
Tipu helah Iblis menguji dapat baginda sedari
Perasaan marah tidak terlintas disanubari
Bersabarlah baginda mendinding diri
Alhamdulillah ujian mendatang Berjaya ditangani

Pantun


153Sesungguhnya Allah menolong orang-orang yang sabar
( Surah al-Baqarah ayat 153 )
Hadirin sekalian
Kita mesti bijak menangani masalah
Bersabar dalam apa jua ujian
Bijaksana dalam setiap tindakan
Bak kata pepatah :
Menarik rambut di dalam tepung
Rambut tak putus, tepung tak berselerak

Pengajaran dan
isu

Sepertilah seorang pemimpin perlu bersikap rasional


dalam membuat keputusan .
Emosi disanggah, rakyat terbela
Pemimpin gila kuasa , Pencerobohan berleluasa
Rakyat terseksa , kes di Lahad Datu buktinya.

ISI 4

Arahan ilahi baginda patuhi


Memimpin umat mengesakan ilahi
Walaupun kaumnya tetap engkar
Namun baginda tidak berkecil hati
Pada suatu hari
Dakwah baginda mendapat tentangan

Pantun

Kaumnya menderhaka seruan tuhan


Rakyatnya diperintah memerangi penderhaka
Malangnya titah baginda tiada yang menurutnya
Seruan baginda ditolak, sambil mereka berkata;
wahai raja, kami takut berperang
Kerana kami masih mahu hidup
Jika engkau meminta kepada allah
Baru kami mahu berjuang .
Walaupun perintah baginda tidak diikuti
Kesabaran nabi zulkifli
Mengatasi kemurkaan terhadap kaumnya sendiri
Oleh kerana kaum baginda semakin mengingkari
Maka diutus allah bala dibumi
Hancurlah bani Israel umat nabi zulkifli
Sebagai peringatan umat di zaman ini
Firman rabbul izzati;
Dalil 4


43. dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa
rahmat , semoga mereka beringat.
Wafatlah baginda di usia 75 tahun
Sebagai nabi dan raja penyabar
Yang tidak pernah marah
Beliau juga menerima titah allah
Menjaga amanah menunai janji
Begitulah hebatnya kisah nabi zulkifli a.s
Ya kawan-kawan
Kita hendaklah menghindari kemurkaan Allah
Bertaubatlah sebelum datang bala dan musibbah
Kerana azab Allah dekat dan gagah
Tidak terlawan dek manusia yang lemah

Lihatlah rakan-rakan
Kejadian banjir lumpur
di Cameron Hingland baru-baru ini
akibat sifat rakus manusia
akhirnya memakan diri

Pengajaran dan
isu

Semuanya itu menggamit kita


muhasabah dan bertafakur
Menginsafi dosa dan mengganda pahala
Semoga hidup kita diberkati Tuhan yang Esa
Penutup

Kesimpulannya,
Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi pelbagai
dugaan tanpa perasaan marah kerana sabar adalah kunci
kejayaan di dunia dan akhirat
Sekian, wabillahhi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Kesimpulan