Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

500gm daging batang pinang


1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1.

2.
3.

4.

5.

Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan
toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika
menggoreng.
Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat
spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging
lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada
hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap
manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana
dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah,
lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air
tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan
panas2 dgn nasi putih.