Anda di halaman 1dari 9

FORUM VIEW POINT 4 APRIL 2016

Jawapan oleh: Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim


Soalan 1: Definisi Muslim Moderate
PENAMBAHAN ADJEKTIF MODERATE
1. Secara bahasanya, jika rujuk kamus, moderate itu maksudnya tidak extreme. Jika
diumpamakan spectrum, moderate itu adalah yang berada di tengah, tidak ke hujung
kanan atau ke hujung kiri.
2. Apabila muncul istilah muslim moderate, perkara itu sesuatu yang asing. Kerana
seorang muslim dengan keislamannya sendiri atau dengan nama muslim itu sahaja
sudah cukup untuk menggambarkan bahawa dia berada di tengah-tengah spectrum
berbanding semua yang lain yang ekstrem dan cenderung kepada ekstrem. (ifrat &
tafriit, tasaahul & tasyaddud).
3. Jadi tambahan sifat/adjektif moderate kepada muslim adalah sebenarnya satu
pengulangan yang sia-sia.
PENGISIAN ATAU TAKRIF MODERATE
4. Tetapi katakan kita terima istilah moderate itu sebagai terjemahan kepada frasa
ummatan wasata seperti yang disebut dalam surah Al-Baqarah, maka kita perlu
takrifkan dan beri pengisian kepada istilah moderate tersebut sama seperti pengisian
yang terdapat dalam frasa ummatan wasata di dalam Al-Quran.
5. Wasat yang dimaksudkan di dalam ayat itu hanya boleh difahami dengan memahami
keseluruhan ayat. Ayat menyatakan umat Islam menjadi saksi ke atas manusia atau
umat lain, dan Rasul menjadi saksi ke atas umat Islam. Ar-Razi menyatakan bahawa
Wasat ini bermakna yang terbaik berbanding semua yang ada. Ini selari dengan
ayat kuntum khayra ummah. Kerana Umat Islam ini terbaik, paling adil, paling afdhal
berbanding umat-umat yang lain maka umat Islam diberi satu tugas khas iaitu untuk
watch over (syuhadaa alan naas) umat-umat yang lain. Sebab itu disebut ala dan
tidak disebut syuhadaa linnaas. Nabi pula watch over the Muslims.
6. Apa faedah yang boleh diperolehi dari ini? Jika kita ingin menggunakan kalimah
moderate sebagai equivalent kepada kalimah wasat yang ada di dalam Al-Quran,
ertinya kita ini mestilah menjadi manusia yang lain dari lain, terbaik, tersendiri,
sehingga ada kemampuan untuk in-charge menjaga manusia lain dari tersesat
dan termasuk dalam gaung. Ada ciri ketinggian pada istilah wasat dalam Al-Quran.
Kefahaman ini kalau dilihat dalam pelbagai bidang, maknanya memang menakjubkan.

Misalnya jika difahami dalam soal kuasa dunia, bererti Muslim yang moderate ialah
Muslim yang memegang tampuk kuasa dunia untuk menjalankan keadilan Islam ke atas
seluruh manusia.
7. Wasat ini menjadi sebegitu hebat konsepnya kerana pengisian dan penganugerahan
title itu kepada umat Islam datang daripada Allah s.w.t Yang Maha Tinggi dan Maha
Hebat.
8. Jadi umat Islam ialah umat yang wasat/moderate dalam ertikata ia tersendiri, di tengahtengah, yang tinggi, untuk berinteraksi dan memandu semua umat lain. Umat Islam
wujud di tengah-tengah tanpa meleburkan identity dan prinsipnya, atau
syariatnya.
PENGISIAN MODERATE YANG BARAT MAHUKAN
9. Tetapi barat telah memberi pengisian baru kepada istilah moderate. Secara
ringkasnya, pengisian istilah moderate yang ditampal kepada kelompok muslim
tertentu ini ialah pengisian yang sama yang wujud dalam agama baru ciptaan Barat
iaitu humanisme di mana manusia adalah pusat kepada segala-galanya, atau dalam
erti kata lain, manusia dan pemikirannya sebagai sumber wahyu.
10. Misalnya dalam soal hak asasi manusia, yang menjadi sumber dalam pensyariatan
hak asasi ini ialah apa yang difikir baik dan buruk menurut pertimbangan akal tuhantuhan manusia yang menciptanya. Jadi jika ada Muslim yang mengambil pengisian ini,
maka menurut Barat, mereka inilah yang moderate manakala yang selainnya ialah
ekstrem atau digelar juga radikal.
11. Saya lebih cenderung untuk tidak bermain atau guna istilah ini kerana jika pun kita
faham atau tahu pengisiannya yang betul, belum tentu orang lain yang mendengar kita
bercakap dengan istilah ini sama fahamnya dengan kita, kecuali kita jelaskan dengan
secerah-cerahnya apa pengisian yang kita maksudkan.
MUSLIM WASAT DENGAN ORANG KAFIR
12. Makna lain wasat menurut ahli tafsir ialah yang paling adil. Jadi in this sense, Islam
meletakkan piawai tersendiri dalam berinteraksi dengan orang bukan Islam. Dengan
satu matlamat hujung iaitu membawa seluruh manusia ini memperakui Allah sebagai
Tuhan dan Islam sebagai sistem yang benar utk tadbir alam ini fitrah manusia.
13. Jadi apa yang digelar toleransi itu, di dalam Islam, terbina atas kefahaman ini. Atas
kefahaman ini orang Islam menyampaikan dakwah mereka kepada orang bukan Islam.
Ada yang menerima lalu dia menjadi saudara kita, ada yang reserve lalu kita tidak

memaksa dan kita terus menyampaikan, dan ada yang menolak dan memusuhi atau
melanggar garis merah agama Islam. Dalam hal ini, adil bererti bertindak
berdasarkan apa yang sepatutnya menurut syariat, bukan bertindak sama
rata/pukul rata semua.
14. Di Malaysia ketiga-tiga kelompok ini wujud. Ada orang Islam (Ahli politik, NGO, etc)
yang tidak adil dalam berinteraksi dengan tiga kelompok berbeza ini. Mereka pukul rata
dengan semua iaitu kita perlu berlembut dan raikan semua tanpa beda. Ini tindakan
yang zalim (lawan adil). Ada kelompok, cara mereka terima Islam ialah dengan cara
usap belakang dan kata lembut, ada pula dengan cara diskusi, bincang, atau debat.
Dan ada juga yang perlu dimarahi, diberi hujah balas, digertak, baru nak faham bahasa.
Sama macam seorang guru yang ajar ramai anak murid. Semua cara di atas valid
belaka untuk capai satu tujuan iaitu murid tersebut sedia untuk belajar dan berubah.

Soalan 2: Kajian RAND (Building Moderate Muslim Network)


RAND BERJALAN SEIRING DENGAN PROJEK IMPERIALISME
1. Kajian seperti ini bukan perkara baru. Ketika zaman Imperialisme abad ke-19 hingga
20, terdapat kelompok yang sama seperti RAND ini yang dinamakan sebagai
Orientalis. Di dalam bukunya Orientalism, Edward Said menyebut:
1. from 1815 to 1914 European direct colonial dominion expanded from
about 35 percent of the Earths surface to about 85 percent of it.
2. Orientalism is fundamentally a political doctrine willed over the Orient
because the Orient was weaker than the West, which elided the Orients
difference with its weakness.
3. It is rather a distribution of geopolitical awareness into aesthetic,
scholarly, economic, sociological, historical and philological texts;
2. RAND lahir selepas perang dunia ke-2, di awal perang dingin, era US mula
mengukuhkan kuasa sebagai sebuah empayar/hegemoni. Tujuan asal/utama ialah
serve US Air Force. Setelah Ford Foundation mula beri dana, posisi RAND mula jadi
penting kepada US govt. Neocons, (kumpulan perancang hegemoni US utk capai
tujuan kuasai dunia - one government), CIA, juga lahir dari benih dan tapak yang sama
seperti RAND. Jadi RAND main peranan sama seperti peranan orientalis di zaman
imperial, iaitu sebagai pengabsah/peng-akademik kepada kerja kotor imperialis
(yang tujuannya hanya satu - pemusatan kuasa dan penguasaan geopolitik).
1. Abdul Sattar Ghazali dalam artikelnya menyebut: When the European
nations began their long campaign to colonize and conquer the rest of the
world for their own benefit, they brought their academic and missionary
resources to help them with their task. Orientalists and missionaries,
whose ranks often overlapped, were the servants of an imperialist
government who was using their services as a way to subdue or weaken
an enemy.
2. The academic study of the Oriental East by the Occidental West was often
motivated and often co-operated hand-in-hand with the imperialistic aims
of the European colonial powers. The foundations of Orientalism were in
the maxim 'Know thy enemy'. This equally applies to the modern day
Orientalists of such semi-official think tanks as the Rand Corporation.
KAJIAN RAND YANG BERMASALAH
3. Dalam latarbelakang ini RAND menulis kajian BMMN (March 2007). Ini kajian ke-3 yang
keluar tentang Islam/Muslim selepas peristiwa 9/11. Sebelum sentuh tentang isi, baik
kita fahami sejauhmana kredibiliti dan kehebatan kajian RAND. Seorang pengkritik
RAND (Chalmers Johnson, yg menyebut RAND sebagai university of imperialism)
menyebut:

1. Much of RAND's work was always ideological, designed to support the


American values of individualism and personal gratification as well as to
counter Marxism, but its ideological bent was disguised in statistics and
equations, which allegedly made its analyses "rational" and "scientific."
2. Most RAND analyses were formal, deductive, and mathematical but
rarely based on concrete research into actually functioning societies.
RAND never devoted itself to the ethnographic and linguistic knowledge
necessary to do truly empirical research on societies that its
administrators and researchers, in any case, thought they already
understood.
4. Melihat kepada isi report tersebut pula, kita dapati apa yang Chalmers sebutkan ketara
kelihatan. Dalam satu ulasan oleh Tabah Foundation ttg kajian ini, mereka menyatakan
kekeliruan penulis kajian sendiri dengan apa yang mereka kaji. Dalam kajian 2003
(Civil Democratic Islam), kelompok Sufi dilabel sebagai modernis yang sangat terbuka.
Dalam kajian 2007 pula, Sufi digroupkan dengan tradisionalists yang dikatakan sebagai
konservatif dan hanya pegang apa yang sampai kpd mereka secara tradisi. Dalam
mukasurat yang sama, Sufi dikatakan sbg vice versa kepada Salafi dan Modernis. This
is what probably happen when you try to wear a shoe that doesnt fit you.
RAND MELAKAR SEMULA ISLAM UNTUK US
5. In summary, RAND bukan sekadar mencarikan rakan strategik baru kepada US. Tetapi
yang sebenarnya mereka memprofilekan semula Islam dan Muslim menurut
kehendak dan persepsi yang menguntungkan hegemoni US. Kelemahan atau
perkara negatif yang disenaraikan pada kelompok radikal Islam dijadikan justifikasi
untuk US melakukan so-called duty kepada Islam & Muslim iaitu penjajahan identiti
dan minda (neo-colonialism), dengan mengangkut sekali orang Islam yang termakan
dengan profile baru ini.
6. Despite all the blunders yang ada dalam kajian-kajian RAND, kajian mereka lah yang
banyak diadopt menjadi strategi dan polisi US govt. Why not? Condoleeza Rice
salah seorang bekas trustee, Donald Rumsfeld bekas Chairman - semua orang penting
dalam pentadiran Bush Kajian BMMN ini boleh disaksikan rupa bentuknya dalam
pelbagai polisi yang diambil oleh US govt di mana US govt menyalurkan dana dan
memberikan sokongan/pegiktirafan kepada kumpulan muslim yang sekular dan liberal
di pelbagai negara sasaran seperti Mesir, Indonesia, dan khususnya di Malaysia.
7. Terbaru, sampaikan aktivis transgender muslim pun diberi anugerah oleh John Kerry.
Banyak contoh boleh diberi tentang Malaysia tetapi cukuplah kita ambil yang signifikan;
1. DS Anwar diberi anugerah Muslim Moderate of the year oleh CSID
pada tahun 2005. DS Anwar ketara memberikan sokongan kepada

kumpulan seperti SIS dan dalam banyak ucapan menyatakan pandanganpandangan yang menepati citarasa pluralism Barat dan liberalism Barat.
2. Contoh lain, ketika lawatan Obama ke Malaysia kali pertama, Civil
society Islam yang dijumpai secara khusus seperti IRF misalnya
adalah kelompok yang memang jelas ciri liberalism dan sekularisme
dalam agenda mereka, sealiran dengan apa yang dibawa oleh Nurcholis
dan Ulil Abshar dari Indonesia (BMMN even mentioned Nurcholis in the
book). Jadi kajian ini ialah kajian yang real, wujud, sudah berjalan, terus
berjalan, well funded. Bukan hanya satu teori konspirasi.
APA SEPATUTNYA RESPON ORANG ISLAM
8. Ada dua jenis muslim yang akan wujud selepas baca kajian ni:
1. Muslim yang faham profile Islam jelas: Akan kata semua profiling dan
grouping dalam kajian ini sebagai satu fallacy yang besar sebab langsung
tidak reflect perkara yang betul/yang sebenarnya wujud.
2. Muslim yang naif/jahil: Akan berlaku knee-jerk reaction (melatah) dan
segera make sure mereka avoid being labelled as radical atau
fundamentals, yg akan menyebabkan mereka adopt profile Islam yang
liberal dan ajak orang lain adopt perkara yang sama. Paling senang
terkesan ialah ahli politik dan public figure sbb mereka ada cita-cita politik
dan popularity, not accepting the moderate profile yang RAND/US
letakkan bermakna mereka akan hilang populariti hence hilang pengundi
dan followers (seen as radicals). Ahli politik dan figure pula sekali tulis
dibaca oleh ribuan orang, maka pemikiran ini lagi cepat merebak
berbanding tulisan yang menjelaskan dengan betul apa yang sepatutnya.
So most muslim yg jahil akan easily fall into this valley of the death.
9. Dan ada Muslim yang tidak pernah tahu bahawa RAND sebagai sebuah radas kerajaan
AS untuk menjajah dunia pernah menulis report begini, atau AS merancang sebegini ke
atas dunia Islam. Mereka ini ialah orang kebanyakan, yang akan mengikut samada
golongan pertama atau kedua yang lebih kuat menyatakan pandangan mereka di
ruangan awam.
10. Muslim sepatutnya sedar dan segera keluar dari kotak permainan. Muslim perlu
faham bahawa apa yang dilontar kepada kita melalui usaha yang dirancang oleh RAND
ialah untuk mencaturkan kita dan memasukkan kita ke dalam game yang mereka
susun. Akhir sekali hanya mereka yang untung dan mendapat penguasaan dunia. Jika
kita kembali semula kepada identiti dan profile asal kita, kita tidak akan sekali-kali rugi
kerana kita menjadi tuan kepada diri kita sendiri instead of menjadi hamba kepada
permainan AS dan Barat.
11. Muslim yang faham Islam pula perlu bekerja keras untuk bersihkan semula ruangan

awam daripada pencemaran yang terjadi. Banyak persoalan yang timbul hasil
daripada arus pengisian songsang kepada istilah moderate ini perlu dijadikan peluang
untuk didik orang ramai dengan kefahaman Islam yang sempurna dan jitu.

Soalan 3: Jihad tidak relevan


KONSEP JIHAD ADALAH LUAS
1. Jihad dalam Islam memiliki maksud yang luas. Jihad dengan peperangan dan senjata
adalah salah satu daripada method yang terkandung dalam maksud yang luas itu, dan
sebenarnya adalah method yang hanya mampu dijalankan setelah method-method dan
persiapan lain telah cukup kukuh.
2. Secara ringkas, jihad ini konsepnya ialah ialah sedaya-upaya, bersungguh-sungguh
menunaikan tugas umat Islam untuk watch over umat lain. Jika kita lihat ayat terakhir
surah Al-Hajj ada perkaitan yang sangat rapat dengan jawapan yang saya berikan
dalam soalan pertama. Umat Islam sebagai umat yang terpilih perlu mengangkat Islam
ini ke kedudukannya yang betul iaitu yang tertinggi untuk membolehkan umat Islam
melakukan tugas mengurus dunia dengan syariat Islam. Jadi jihad ialah satu gelora
perasaan, passion, kesungguhan, untuk memastikan perkara tersebut terjadi, dengan
segala cara yang mungkin yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
3. Jadi kalau ini yang kita fahami, maka tidak timbul persoalan relevan atau tidak jihad di
masa kini, atau persoalan jihad ini hanya ketika krisis atau umat Islam diserang sahaja.
In fact, kita boleh lihat mana-mana umat yang memiliki agenda dan ideology akan
memiliki gelora perasaan dan kesungguhan yang sama. Tengok orang Yahudi, beratusratus tahun berjihad dengan segala cara ekonomi, media, politik, senjata sebelum
akhirnya mereka berjaya menegak negara haram Israel dan sekarang ini memegang
banyak tampuk penting dunia. Hanya manusia yang kosong minda dan jiwa akan duduk
senyap, stagnant, makan minum dan mereput. Jadi fenomena tersebut boleh kita
katakana sebagai suatu fenomena yang natural bagi makhluk yang bernama manusia
kerana mereka diberikan kecerdikan (akal).
4. Di Malaysia misalnya, jihad umat Islam ialah untuk memastikan identity, tanah air dan
umat Islam di Malaysia ini tidak tenggelam ditelan arus hegemoni barat yang datang
dalam bermacam-macam bentuk (tiada senjata pun digunakan). Media, ekonomi, politik
menjadi alat untuk hegemoni Barat berjihad menegakkan agenda mereka ke atas kita,
bagaimana kita pula boleh duduk senyap dan mengatakan jihad ini tidak relevan dan
tidak perlu dalam situasi di Malaysia. Mungkin jihad yang melibatkan perang dan
senjata belum perlu dan belum ada tetapi jihad lain adalah teramat-amat kritikal dan
relevan.
SYED QUTB MENERANGKAN HAKIKAT ISLAM
5. Sayyid Qutb sebagai seorang pendakwah Islam menulis tentang kerangka dan
tasawwur umum tentang Islam yang sepatutnya difahami oleh semua manusia.

Meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan menjalankan syariat adalah tasawwur
yang bersifat permanent dan satu taklif yang kekal ke atas umat Islam hingga hari
kiamat. Ini memang beliau tegaskan. Tetapi dari sudut bagaimana ia dilakukan atau
dijalankan, SQ menegaskan bahawa tiada perubahan yang boleh berlaku kecuali
dengan cara yang tabii iaitu selari dengan Sunnah alam berperingkat-peringkat
(tadarruj) dan mengambil segala asbab yang patut.

Anda mungkin juga menyukai