Anda di halaman 1dari 6

JIHAD DALAM PENDIDIKAN

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat
yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah
SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintahNya

dan

menjauhi

segala

larangan-Nya.

Mudah-mudahan

kita

berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan


membincangkan khutbah bertajuk: JIHAD DALAM PENDIDIKAN.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sesungguhnya ilmu pengetahuan adalah suatu yang sangat
penting dalam kehidupan manusia. Oleh sebab itu, Allah SWT telah
mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu
Majah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Mafhumnya: Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap


muslim.(Riwayat Ibn Majah)
Rasulullah SAW menyifatkan bidang pendidikan adalah
perjuangan fi sabilillah- berjuang di jalan Allah. Rasulullah SAW
bersabda,

Mafhumnya: Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang


fisabilillah hingga ia kembali (Riwayat: at-Tirmizi).
1

Pekerjaan sebagai guru, murabbi dan pendakwah diiktiraf amat


mulia di sisi agama dan masyarakat kerana mereka mewarisi tugastugas Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar, pencetus
hidayah, membantu mengubah nasib seseorang, mengangkat darjat
seseorang, membebaskan seseorang dari kemiskinan dan membentuk
tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa
besar peranan guru ini, maka mereka diibaratkan seperti bintang di
langit yang menjadi penunjuk jalan menerangi laluan sama di desa
atau di bandar, di darat atau di lautan. Anas bin Malik RA meriwayatkan
Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya : "Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang


berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit
yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di
daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri
akan hilang arah tujuan".(Riwayat: Imam Ahmad)
Ruang lingkup pendidikan ini amat luas. Ia memerlukan
perkhidmatan guru, murabbi dan pendakwah yang ramai. Syeikh Dr.
Yusof Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama semasa yang amat
berpengaruh menyatakan, pendidikan merangkumi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia
bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat
yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan
kepahitan.
Walaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian
sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru
terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran
peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan
adalah unsur penting membantu kecemerlangan pendidikan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah


Berdasarkan bilangan institusi pendidikan dan bilangan pelajarnya
ternyata guru mempunyai pengikut yang ramai, sentiasa berkerumun
mengelilingi guru-guru serta amat berpengaruh pula dalam
mencorakkan nilai-nilai hidup anak-anak kita. Persoalan besar timbul
apa akan terjadi jika tidak ada guru sepenuh masa membimbing anakanak kita dalam mengharungi pancaroba kehidupan ini?. Banyak
hadis-hadis sahih menjelaskan Allah SWT sendiri, para Malaikat,
penghuni langit dan bumi hatta semut sekalipun berselawat kepada
guru atau orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.
Saidina Umar RA pernah berkata kematian seribu ahli ibadat
adalah sedikit kesannya berbanding kematian seorang alim (ahli ilmu)
yang mahir dalam ilmu halal haram dalam syariat Allah. Iman Shafie
amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata: Malik bin Anas
adalah guruku. Seandainya tidak ada Iman Malik dan guruku seperti
Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama-ulama negeri Hijaz
ini. Saidina Ali RA juga pernah berkata Barangsiapa yang mengajar
aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.
Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin memetik nasihat
Luqman al-Hakim kepada anaknya supaya menghormati guru, katanya,
wahai anakku, pergaulilah para guru dan rapatilah mereka dengan
kedua lututmu, kerana Allah SWT menghidupkan hati dengan nur
(cahaya) hikmat, sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan
hujan dari langit.
Mimbar amat yakin habuan, pangkat dan hadiah tinggi
menggunung bukanlah dituntut oleh para guru. Tetapi apa yang
penting ialah murud-murid yang dibimbingnya menjadi manusia yang
berguna dan mampu mengembalikan maruah agama dan martabat
negara. Bagaimanapun kadangkala guru-guru menghadapi cabaran
besar dalam membentuk murid yang berjaya dan bertamadun.
Berdasarkan pemerhatian mimbar walaupun besar pengorbanan guru
3

tetapi terdapat juga di kalangan ibubapa dan murid yang tidak


menghormati guru.
Penghormatan kepada guru semakin longgar dan semakin luntur
dalam masyarakat kita. Mimbar ingin mengingatkan para jemaah dan
umat Islam sekalian bahawa tidak salah jika kita berkawan rapat
dengan guru, tetapi adalah salah jika kita tidak beradab dan kurang
ajar kepadanya. Sejahat-jahat guru, selagi mana dia menumpahkan
ilmu maka adalah perlu untuk kita menghormatinya. Ingatlah pesan
Saiyidina Ali RA yang bermaksud : Kecantikan dan pakaian itu bukanlah
penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan
diri seseorang. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya,
sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.
Jika kita hendak menegur seseorang guru hendaklah dilakukan
dalam keadaan penuh beradab. Setinggi mana pun kita mencapai
kedudukan, ingatlah kepada guru yang membimbing kita. Mimbar
tidak nampak ruang dan sebab untuk seseorang murid mendabik dada
kepada gurunya. Malah kalau hubungan antara murid dan guru ini baik,
maka akan terhasil satu gabungan dan perkongsian ilmu yang cantik.
Apa yang nyata tidak rugi jika kita menghormati guru tetapi sebaliknya
satu kerugian besar jika kita tidak mengambil peluang menimba ilmu
bersama guru.
Guru adalah manusia biasa, mereka juga mempunyai kelemahan.
Tetapi kita sebagai anak muridnya perlu berlapang dada dan
menerimanya secara waras kerana dia memberikan manfaat yang
banyak kepada kita.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,


Ibubapa dan guru-guru adalah institusi utama yang amat berpengaruh
dalam memberi pendidikan dan membentuk nilai murni di kalangan
pelajar. Peranan ibubapa dan guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan
4

sahaja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama,


bangsa dan negara malah memberi pelaburan yang menguntungkan
berterusan hingga hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : Apabila telah mati seorang anak Adam, maka


putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu
yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.
(Riwayat Muslim)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2014 yang bertemakan:
Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi, maka mimbar ingin
merumuskan bahawa:
Pertama: Perkhidmatan perguruan dan pendidikan adalah jihad dan
amalan mulia kerana mewarisi tugas para rasul dan nabi malah Allah
SWT dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas guru-guru,
Kedua: Penampilan dan akhlak guru
kerana

menjadi ikutan kepada murid

mereka mempunyai pengikut yang ramai dan pengaruh yang

kuat,
Ketiga:

Ibubapa

kesinambungan

dan

guru

perlu

bimbingan

dan

berkawan
tarbiah

mesra
anak-anak

supaya
dapat

menghasilkan kualiti pendidikan yang cemerlang


Keempat: Ibubapa perlu melatih anak-anak supaya menghormati dan
beradab dengan guru agar ilmu yang diperolehi itu berkat.
Sebagai muhasabah pentingnya ilmu dalam kehidupan , kita ikuti
Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 9:

Maksudnya: Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam


dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta
mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik?
Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang
tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil
peringatan hanyalah orang yang berakal.

Anda mungkin juga menyukai