Anda di halaman 1dari 12

PENGERTIAN DADAH

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh
badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang
atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Opait
2. Perangsang (stimulants)
3. Penekanan (Depressants)
4. Hallucinogen
5. Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya,
yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan
psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebihlebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal
atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara
berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh
diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda
pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi
tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa.
Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan
atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas
penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti
berikut:-

1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya
dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu
olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan
pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
DADAH YANG TERKENAL DI SABAH
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan
SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu
sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama
yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar
'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilanpanggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah
seperti berikut:a. ICE
b. GLASS
c.

CRACK METH

d. HIROPONG
e.

BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka
panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya
( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan
yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup
bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih
syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III
Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara
bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2. LATAR BELAKANG
2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak
perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu
perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur
untuk tempoh masa yang panjang;
2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askaraskar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak
manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah
supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang
kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh
pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina
di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri
telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah
ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan,
Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya

dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan,
Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh
pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat
juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu
masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.
3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram
dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah
Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke
Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P.
Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula
masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei
melalui daerah Sipitang.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali.
Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding
dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna
seperti berikut:
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan
sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang
dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk
menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;

5.1.3. Lampu Kalimantang;


5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.
5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya
dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di
"underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada
Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi
jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang
dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau
dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding
dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit
atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan
dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan
plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota
Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa
bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones
6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa
panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c.

Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan

d. Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c.

Keracunan pada sistem saraf tunjang;

d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e.

Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan

f.

Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar
diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan
berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH

Ganja

Candu

SEKSYEN

KESALAHAN

BERAT DADAH

HUKUMAN/DENDA

RM 20,000/-atau penjara
tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya

Memiliki

Ke bawah 20gm

39A (1)

Memiliki

20gm keatas tetapi Tidak kurang 2 tahun penjara


kurang daripada
berat tidak kurang 3 kali dan
50gm
tidak melebihi 10 kali.

39A(2)

Memiliki

Penjara seumur hidup atau


50gm ke atas tetapi
tidak kurang 6 tahun dan
kurang dari 200gm
sebatan tidak kurang 10 kali.

6B

Menanam pokok
ganja

Tidak kira berapa


pokok

Penjara seumur hidup dan


sebatan tidak kurang 6 kali

39B

Mengedar

200gm ke atas

MATI

Memiliki

Ke bawah 100gm

RM20,000/- atau penjara


tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya

39A(1)

Memiliki

100gm ke atas
tetapi kurang dari
250gm

Tidak kurang 2 tahun penjara


dan sebatan tidak kurang 3
kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)

Memiliki

250gm ke atas

Penjara seumur hidup atau

tetapi kurang dari


1000gm

tidak kurang 5 tahun dan


sebatan tidak kurang 10 kali.

Mengedar

1000gm

MATI

Memiliki

Ke bawah 2gm

RM20,000/- atau penjara


tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya

Memiliki

2gm ke atas tetapi


kurang dari 5gm

Tidak kurang 2 tahun penjara


dan sebatan tidak kurang 3
kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)

Memiliki

5gm ke atas tetapi


kurang dari 15gm

Penjara seumur hidup atau


tidak kurang 5 tahun dan
sebatan tidak kurang 10 kali.

39B

MENGEDAR

15gm ke atas

MATI

9(1)

Memiliki /
menjual /
menyimpan /
mengedar

RM3,000/- atau penjara


tidak lebih dari 1 tahun atau
kedua-duanya

30(3)

Memiliki /
menjual /
menyimpan /
mengedar

RM10,000/- atau penjara


tidak kurang 4 tahun atau
kedua-duanya

39B
Heroin/ Morfin/
Monoacetyl
12(2)
Morphine
39A(1)

Ubat Batuk

Pil

Syabu

-Ke Muka Depan-

12(2)

Memiliki

Kebawah 5gm

RM20,000/- atau penjara


tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya

39A(1)

Memiliki

5gm ke atas tetapi


kurang dari 30gm

Tidak kurang 2 tahun penjara


dan sebatan tidak kurang 3
kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)

Memiliki

Penjara seumur hidup atau


30gm ke atas tetapi
tidak kurang 5 tahun dan
kurang dari 50gm
sebatan tidak kurang 10 kali.

39B

MENGEDAR

50gm ke atas atau


lebih

MATI

Isu Penyalahgunaan Dadah


Pengenalan
Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau
penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan
gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah
yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan
terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya
Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:
Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan
yang lebih lama
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti
mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi
membeli dadah.
Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan
wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah
dalam apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.
Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?
Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psiko aktif


Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Pergantungan
Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan
dan mengelakkan rasa ketagih
Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan
tertumpu kepada dadah setiap masa
Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan
mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih
perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
Gejala Penarikan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah
dengan mendadak.
Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.
Kenapa mereka mengambil dadah?
Ingin mencuba
Terikut-ikut
Amalan budaya
Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
Tekanan / cabaran dalam kumpulan
Bagi tujuan merawat
Meningkatkan kawalan diri dan prestasi
Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?
Opium / candu
Morfin, Heroin - euphoria, painkiller
o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
o Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
Kokain, Amfetamina o Euforia, berkeyakinan
Penenang
Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines
o Benzodiazepines
Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
LSD - lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol - agen kemurungan
Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol
Lain -lain - daun ketum

Tanda dan gejala


Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
Resah, gelisah
Prestasi kerja atau akademik yang merosot
Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
Bercakap merepek
Mengabaikan penampilan diri
Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik
tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
Kelihatan letih, penat dan mamai
Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
Kebersihan dan kesihatan diri
Kesihatan mental
Prestasi pelajaran
Hubungan sosial
Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
Penggunaan pelbagai jenis dadah
Aktiviti jenayah
Kaum keluarga
Masalah perubatan
Masalah psikiatri
Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)
Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah
sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.
Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
Methadone - Ketagihan ubat penenang
Nikotin - Ketagihan rokok

Pencegahan
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan
dadah?
Kesungguhan pada aktiviti yang lain
Status sosioekonomi
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh ibu bapa
Budaya dan etnik
Nilai hidup yang sederhana
Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
Pengasingan sosial
Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
Percaya diri sendiri
Berkemahiran menyesuaikan diri
Berkemampuan bangkit dari kegagalan
Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
Menghargai kesihatan
Membina minat dan aktiviti yang baru
Matang dalam fikiran
Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
Latihan menjadi afektif
Sokongan masyarakat
Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
Terapi dadah gantian
Pengurusan tingkah laku
Kaunseling
Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
Latihan menjadi asertif
Sokongan masyarakat
Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari
ketagihan dadah.
Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.
Sokongan sosial termasuk:
Pembangunan kemahiran
Penempatan pekerjaan
Pusat bantuan setempat
Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan:
Agensi Anti Dadah Kebangsaan

PEMADAM
PENGASIH
Pakar sakit jiwa
Pakar kaunseling penagihan dadah
Pakar psikologi
Ibubapa
Guru sekolah
Semakan akhir: 28 April 2008