Anda di halaman 1dari 22

PERANAN GURU BESAR MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH

PERANAN GURU BESAR MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH oleh FAWZIAH BT


KASSIM Guru Besar SK Sri Bukit Pasir 1. Pengenalan Misi Kementerian Pendidikan ialah untuk
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia. Mengurus sekolah dengan berkesan
adalah sukar dan kompleks kerana akan berlaku perubahan yang akan membawa kepada sesuatu yang
baru dari kelaziman dan memerlukan kepemimpinan yang berkaliber. Pembentukan kepemimpinan
dengan kaedah kepemimpinan secara tersusun dan terancang akan dapat mengesan kebolehan
memimpin yang dimiliki dan membantu Guru Besar mengenali diri mereka dan kemampuan menjadi
pemimpin Kecemerlangan sekolah biasanya dikaitkan dengan keterampilan pemimpin. Sekolah
cemerlang sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang mantap mereka. Pelbagai kursus dan
aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepemimpinan sekolah dianjurkan oleh
Kementerian pelajaran. Namun masih terdengar bisik-bisik mengatakan bahawa kepemimpinan sekolah
masih berada ditakuk lama, pemimpin sekolah masih mengamalkan pendekatan lama dan kurang aktif,
pemimpin masih bersikap autokratik, kurang berkesan dan tidak mengikut perubahan. Mok Soon Sang
(2007), menyatakan kepemimpinan di dalam pengurusan organisasi pendidikan, khasnya di sekolah
boleh dirujuk sebagai kebolehan Guru Besar memotivasi, mempengaruhi dan mengubah sikap dan
tingkahlaku warga sekolah untuk melaksanakan program-program sekolah dengan sikap positif dan
penuh dedikasi, demi mencapai visi, matlamat dan aspirasi sekolah. Oleh itu kemahiran kepemimpinan
dalam pelbagai teknik diperlukan untuk mempengaruhi mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
dapat meningkatkan keberkesanan dan pencapaian yang diharapkan seperti kemahiran bekerjasama,
memahami nilai, kemahiran menggunakan deria dalaman, kemahiran diri sendiri, kemahiran melihat
masa depan, kemahiran membuat ramalan atau jangkaan dan kemahiran membentuk misi dan visi. 1 2.
Ciri-Ciri, Gaya, Jenis Dan Tugas Pemimpin Sekolah 2.1 Ciri-ciri Pemimpin Sekolah Kepemimpinan
yang utuh dan mapan serta mempunyai ciri-ciri yang istimewa diperlukan untuk mengurus organisasi
disamping persediaan organisasi itu sendiri untuk bertindak dengan cemerlang dan diterima sebagai
faktor utama yang membezakan antara organisasi berkesan dan organisasi tidak berkesan. Pemimpin
perlu melalui proses perubahan dengan mempunyai ciri-ciri daya memujuk, boleh dipercayai,
mendorong, diyakini, mahir, berteknologi, berpengetahuan, mampu melihat masa depan, berdaya ingat,
berimaginasi, tekun dan berketerampilan. Menurut Abdul Skukur Abdullah (2004), kualiti
kepemimpinan juga dinilai dari ciri-ciri personaliti dan perwatakan yang disebut the right stuff sebagai
firm and purposeful iaitu mempunyai misi dan visi yang jelas dalam bidang kepemimpinan. Beliau juga
boleh mempamerkan keberanian mengambil risiko, fleksibiliti pemikiran dan tindakan, amalan
keterlibatan bersama, bijak menyelesaikan masalah, mempamerkan kepintaran, tegas serta mampu
memahami kerenah ragam orang bawahan dan keperluan ramai. Adalah penting bagi pemimpin
mempunyai perwatakan yang sesuai seperti penampilan diri, kesihatan, kebersihan diri, tingkahlaku,
etika, tutur bahasa dan lain-lain kerana sekiranya mereka kekurangan ciri-ciri tersebut, grooming
amatlah diperlukan. Ciri-ciri pemimpin yang berbeza mengikut kematangan orang bawahan akan dapat
meningkatkan dorongan pencapaian dan pengalaman mereka. Pendekatan berbagai stail kepemimpinan
Guru Besar perlu digunakan walaupun stail kepemimpinan di pengaruhi oleh latar belakang dan ciri-ciri
seseorang tetapi ciri-ciri orang bawahannya juga boleh dipilihnya. 2.2 Gaya / Stail Pemimpin Sekolah
memberi kesan ke atas stail yang Guru Besar adalah orang yang paling penting di sekolah. Guru Besar
boleh dianggap sebagai goal-setter, advocator, initiator, communicator, suporter, coordinator, coach,
evaluator, manager, information provider dan role model dalam melaksanakan perubahan di sekolah.
Sebagai agen perubahan Guru Besar perlu mempunyai sifat-sifat dan stail kepemimpinan tertentu untuk
membantu individu mengubah cara mereka berfikir, mengubah norma, mengubah sistem organisasi,
memainkan peranan yang aktif dalam membuat keputusan, memberi bimbingan kepada pasukan kerja

dan bertimbangrasa terhadap gelagat, perhubungan dan personel. 2 Razali Mat Zin. (1997),
mendefinisikan stail kepemimpinan sebagai satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri
pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepemimpinan. Jadi stail
kepemimpinan ialah merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana
yang berlainan. Stail sesuatu kepemimpinan itu adalah hasil daripada gerak kuasa yang perlu
dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin untuk memastikan mereka memilih stail yang tepat dan
bersesuaian untuk mempengaruhi kejayaan membuat keputusan. John French dan Bert Raven (1960),
dalam Jaafar Muhammad (2007), membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian diantaranya ialah
kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa pakar dan kuasa rujukan. Menurut Shetty (1976), stail
kepemimpinan seseorang pemimpin adalah hasil gabungan berbagai-bagai gerak kuasa dalam diri
pemimpin, dalam diri orang bawahan, dalam sistem organisasi dan suasana dinamik sesuatu masyarakat
itu. Stail kepemimpinan terbentuk melalui proses interaksi yang dinamik dan kompleks diantara subsistem ini. Oleh itu seseorang pemimpin perlulah memahami dan mendiagnosis gerak kuasa yang ada
padanya, dalam diri pekerja bawahannya, dalam sistem organisasinya dan dalam suasana yang releven
dengan gelagat-gelagat tertentu. Jadi pemimpin yang berkesan ialah seseorang yang dapat
mengenalpasti batas kebebasan yang patut diberikan kepada pekerja bawahannya dan dengan masa
yang bersesuaian untuk berbuat demikian. 2.3 Jenis Pemimpin Sekolah Perilaku kepemimpinan
tertumpu kepada stail yang digunakan oleh seseorang pemimpin dalam berurusan dengan subordinatnya
samaada melalui stail berorientasikan tugas atau stail yang berorientasikan pekerja. Stail autokratik
berorintasikan tugas sering disebut sebagai stail yang tidak popular kerana meninggalkan kesan
interaksi sehala yang pasif diantara pihak sekolah, guru dan murid. Iklim sekolah tegang dan muram
dan semangat kerjasama akan berkurangan. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keaadaan tertentu stail
autokratik juga adalah berkesan terutama apabila faktor masa yang singkat serta orang bawahan tidak
produktif. Guru Besar yang berorientasikan pekerja cuba mendorong dengan stail demokratik.
Sehubungan dengan itu setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah adalah hasil daripada perbincangan
di antara Guru Besar dan guru-gurunya. Kesan stail demokratik yang digunakan dalam kepemimpinan
akan menjadikan interaksi dua hala diantara Guru Besar dengan guru atau kakitangan cergas. Stail
Laissez Fairre adalah merujuk kepada stail lepas tangan dimana kebebasan diberikan sepenuhnya
kepada kelompok yang menentukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Kesan mengamal stail
kepemimpinan ini akan menjadikan interaksi antara pengamal stail ini sering menjadikan organisasinya
tidak berkesan tetapi jika stail ini dikenakan kepada orang 3 bawahannya yang matang dan bermotivasi
tinggi maka stail ini adalah diantara stail yang amat sesuai. Kebanyakan pemimpin akan bergerak ke
arah stail kepemimpinan yang disukai oleh hieraki organisasinya. Oleh itu tiada satu pun stail yang
paling efektif bagi menghadapi sesuatu situasi namun pemimpin boleh memikirkan tindakan yang
paling sesuai untuk sesuatu keadaan kerana nilai, latarbelakang dan pengalaman pemimpin akan
mempengaruhi stail kepemimpinan seseorang. Walaupun keperibadian atau pengalaman lalu seseorang
pemimpin itu membantu membentuk stail kepemimpinannya tetapi tidak bererti bahawa stail itu tidak
boleh diubah. Seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnya memastikan bahawa tingkahlaku
yang diamalkannya itu bertujuan untuk mengimbangi kepentingan matlamat organisasi dan
keberkesanan perhubungan dengan orang bawahan bersesuai dengan situasi dan dapat mengembangkan
amalan-amalan kemahiran konseptual, teknikal dan perhubungan manusia dalam mengurus perubahan
kepada organisasinya ke arah meningkatkan prestasi pembelajaran murid. 2.5 Tugas Pemimpin Sekolah
Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang dapat menyempurnakan tanggungjawabnya meransang
dan mengembeleng tenaga manusia di bawah kawalannya dengan halatuju dan matlamat yang jelas
serta mendapat restu dan sokongan anggota. Kemampuan pemimpin menjalankan tanggungjawabnya
dilihat melalui kepimpinan yang cekap, komunikasi berkesan, pembangunan tenaga sumber manusia

yang mantap serta perancangan yang strategik. Pemimpin tidak boleh terlalu terkongkong dengan
tanggungjawab rutin dan konvensional kerana kejayaan juga disebabkan oleh sokongan para pengikut.
Oleh itu tugas utama seorang pemimpin ialah untuk menyelenggara arah matlamat bagi membawa
pengikutnya ke jalan yang betul untuk mencapai matlamat dan menyediakan pelbagai strategi serta
sumber-sumber yang diperlukan secara berkesan dan baik untuk memudahkan tindakan kumpulan serta
interaksi mereka dalam kumpulan dengan: 2.5.1 Merancang Tugas utama pemimpin ialah menetapkan
arah dan hala tuju yang betul kepada organisasinya. Oleh itu pemimpin perlu mengenal pasti status
terkini organisasinya dengan mengkaji, meneroka dan memahami persekitaran. Dalam membentuk visi,
misi dan objektif organisasinya pemimpin juga perlu meramal situasi yang akan datang supaya dapat
menentukan tindakan dan keperluan sumber sebelum menilai perancangan yang di buat. Kegagalan
menitikberatkan aspek ini akan 4 menyebabkan organisasi tidak dapat beroperasi dengan jayanya.
Merancang akan menentukan aliran tindakan bagaimana hendak mencapai matlamat dalam
meningkatkan prestasi kurikulum dengan mengenalpasti isu, analisis masalah, membuat perancangan
strategik dan melaksanakan rancangan tindakan. Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Pembantu Guru
Besar dan Pengerusi Panitia mesti berfungsi sepenuhnya serta faham tugas dan peranan masing-masing.
2.5.2 Mengorganisasi Pemimpin mestilah berpengetahuan dalam bidang teknikal supaya dapat
menjalankan tugasnya mengenal pasti dan menjelaskan tugas, tanggungjawab dan peranan ahlinya
mengikut kedudukan dan jawatan dan berupaya membuat pecahan tugas supaya boleh diuruskan hingga
kepada aktiviti-aktiviti yang kecil. Beliau juga bertanggungjawab membuat keputusan yang tepat seperti
keputusan yang melibatkan kewangan, individu, strategi dan idea-idea baru melalui rundingan untuk
mendapat sokongan dan kerjasama individu-individu di bawahnya. Guru Besar perlu mengelola dengan
membahagikan tugas dan menyusun serta menghubungkan kepada satu unit operasi yang berpadu
dengan menentukan rangkakerja, kumpulan-kumpulan kerja, prosedur dan pemilihan jawatankuasa.
2.5.3 Mengurus Sumber Manusia Pemimpin bertanggungjawab menjaga standard prestasi tinggi
organisasinya. Beliau mestilah berupaya menentukan keperluan tenaga manusia dengan melatih dan
memilih pekerja yang berpotensi. Selain dari itu adalah menjadi tugasnya untuk mengurus dan
membangunkan sumber manusia dengan menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di
bawah kawalannya, sepanjang proses mengurus sumber manusia kerana adalah menjadi tanggungjawab
pemimpin mengambil kira aspek-aspek yang tersirat yang perlu ditekankan dalam pengurusannya dari
segi attitud, persepsi, norma organisasi tersebut, interaksi yang tidak formal dengan individu-individu di
bawahnya serta menangani konflik antara individu dan kumpulan dalam organisasinya. 2.5.4 Memimpin
dan Memotivasi Pemimpin yang berwibawa bertanggungjawab menjelaskan piawaian prestasi yang
ditentukan supaya dapat difahami oleh pengikutnya untuk mempamerkan komitmen yang tinggi dan
dapat mewujudkan hubungan baik dua hala. Kaedah melakukan motivasi terhadap orang-orang
bawahan kearah pencapaian matlamat bersama adalah pengukur utama bagi menentukan 5 kejayaan
seorang pemimpin. Oleh itu pemimpin bertanggungjawab mendorong individu-individu yang
dipimpinnya melalui ganjaran dan suasana kerja yang baik untuk perkhidmatan yang berterusan supaya
mereka berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Sesungguhnya motivasi,
potensi untuk berkembang dan kemampuan untuk menerima tanggungjawab adalah ciri-ciri yang
sememangnya wujud dalam diri manusia. Memimpin ke arah hala tuju sasaran dengan menentukan kos,
jangka waktu, arahan-arahan, panduan, dorongan dan ransangan serta memberi bimbingan, latihan,
teguran dan tunjuk ajar untuk mencapai kejayaan. Mengembangkan potensi guru dengan membuat
penyeliaan dan pencerapan dalam mata pelajaran, menggalakkan penggunaan komputer dan ABBM
dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi bimbingan dan ganjaran kepada murid dan guru.
2.4.5 Mengawal Pemimpin bertanggungjawab memastikan semua aktiviti berjalan lancar seperti yang
dirancangkan supaya setiap unit dalam organisasinya menunjukkan prestasi yang cemerlang selaras

dengan matlamat yang telah ditetapkan. Kawalan dan jaminan mutu wajar dilaksanakan, diselia,
disemak dan diubahsuai di semua peringkat kerja untuk memastikan kemajuan selaras dengan piawaian
dan matlamat. Untuk tujuan ini perlulah diadakan kriteria piawai, pengukuran prestasi, mendapatkan
maklumbalas dan membetulkan penyimpangan untuk setiap tugas dan tanggungjawab seperti Fail Meja
dan Prosedur Manual Kerja dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Sistem kawalan mestilah tepat
,mudah diukur, bersesuaian dengan masa, difahami dan bermatlamat, rasional, jimat, boleh
diterimapakai dan fleksibal. Mengawal tugas adalah dalam menentukan apa yang dirancang seperti
membuat penyeliaan, pemerhatian, penilaian prestasi, laporan kemajuan, membetulkan kesalahan dan
membuat penilaian peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan. Mengawal selia pula adalah melalui
pemantauan bilik darjah, pemeriksaan buku latihan murid serta perjumpaan dengan ibubapa murid.
Seterusnya mengambil tindakan susulan ke atas peningkatan atau pemulihan ke atas program
berdasarkan analisis dan mengurus penilaian secara terancang dengan program yang strategik. 3.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Sekolah Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah
sekolah bergantung kepada pelbagai faktor untuk melahirkan kecemerlangan sebuah sekolah yang
bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi meliputi keceriaan sekolah, sahsiah guru, disiplin murid dan
kejayaan di bidang kokurikulum. Oleh itu Guru Besar perlu bijak merancang, mengawal, mengurus,
membuat keputusan dan memantau aktiviti yang dirancang. Guru Besar perlu memegang kepada
sasaran kerja tahunan untuk merancang dengan mengadakan penyusunan struktur tugas guru-guru dan
kakitangannya 6 mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras dengan matlamat organisasi
untuk membuat perubahan membangunkan insan. Terdapat pelbagai teknik untuk memandu individu
dan kumpulan untuk bekerja lebih berkesan yang diantaranya ialah dengan menggunakan teknik
Pembangunan Kumpulan dan Pembangunan Profesional di sekolah melalui latihan sensitiviti, tinjauan
maklum balas, proses perundingan, membina pasukan kerja dan perkembangan antara kumpulan selaras
dengan Pembangunan Kurikulum oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Persekitaran yang kondusif
juga akan meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-faktor seperti minat, kepakaran, kemahiran
guru perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugas guru-guru. Guru Besar haruslah mengkaji
kelemahan dan halangan bagi membolehkan penyusunan semula tugas dilakukan supaya perubahan
yang dilakukan akan mendapat penerimaan yang positif daripada guru-guru dan kakitangannya. Jika
terlalu banyak aktiviti dan kelekaan Guru Besar dalam satu-satu aktiviti menyertai pertandingan untuk
menarik perhatian pihak lain akan menghalang pembangunan perubahan di sekolah. Perubahan
teknologi yang melibatkan pengurusan sekolah secara saintifik akan meningkatkan lagi keberkesanan
perjalanan dan operasi kerja. Penggunaan alatan moden seperti mesin fotostat, komputer, audio visual,
teknik dan model-model pengajaran dan pembelajaran moden akan membantu pengajaran guru dan
pembelajaran murid secara terus. Iklim pembelajaran lebih menarik, bermotivasi dan berkesan kerana
murid perlu mendengar dan membuat kesimpulan sendiri seperti melalui pembelajaran yang berasaskan
masalah dan pengalaman. 4. Peranan Guru Besar Menjana Kecemerlangan Ibrahim Mamat (1998),
menyatakan jika sesorang Guru Besar menjalankan tugas secara biasa, maka hasil yang diperoleh
adalah sekadar biasa sahaja tetapi apabila dia membuat sesuatu yang lebih daripada biasa maka hasilnya
adalah luar biasa. Oleh itu Guru Besar perlu memainkan peranannya untuk menjana kecemerlangan
melalui pelbagai aktiviti dan kursus yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran untuk
meningkatkan kompetensi Guru Besar di sekolah namun terdapat juga Guru Besar yang tidak dapat
mengikut arus perubahan. Berpandukan kepada teori, unsur, bentuk dan stail kepemimpinan yang
berbagai itu melalui kursus dan latihan yang diberikan itu memungkinkan Guru Besar membentuk
kepemimpinannya tersendiri melalui contoh dan pengalaman untuk meningkatkan potensi
kepemimpinannya tetapi sikap Guru Besar yang selesa dengan jawatannya perlu lebih banyak lagi
didedahkan untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia dengan mewujudkan iklim yang

kondusif dalam menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di bawah kawalannya.
Penguasaan ilmu 7 dan kemahiran pengurusan di kalangan pemimpin pendidikan perlu dipertingkatkan
menerusi program latihan yang komprehensif dan bersepadu disamping dilengkapkan dengan
pengetahuan dalam bidang perundangan yang membabitkan persekitaran pekerjaannya. Kecemerlangan
sekolah hanya akan dapat dijana melalui peranan Guru Besar menggembleng tenaga kerja dengan
budaya kerja yang cemerlang dan perancangan program yang teratur dan bermatlamat secara
menyeluruh dan aktif. Kompetensi yang tinggi di kalangan Guru Besar diperlukan untuk
menyempunakan tanggungjawabnya meransang dan menggembeling tenaga manusia di bawah
kawalannya selaras dengan halatuju dan matlamat yang jelas kepada lima sasaran utama iaitu murid,
fizikal sekolah, sahsiah guru, akademik dan kokurikulum. Antara peranan yang dimainkan ialah : 4.1
Guru Besar Sebagai Pengurus Guru besar bertanggungjawab menjelaskan serta membahagikan
kewajipan tugas dan mengagihkan kemudahan-kemudahan secara teratur sejajar dengan matlamat
sekolahnya secara optimum. Pembahagian tugas ini akan dapat memberi kakitangan sekolah sesuatu
peranan dalam struktur pentadbiran sekolah dan seterusnya akan dapat mengasah minat dan kemahiran
mereka dalam pengelolaan. Oleh itu Guru Besar perlulah mengagihkan tugas secara saksama dan
mengikut keupaayaan guru dan staf untuk membina sistem birokrasi yang sempurna dengan
mengambilkira faktor-faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal apabila memilih stail dan
jenis kepemimpian. Guru Besar perlu mengekalkan ketampakannya dan melibatkan diri dalam setiap
aktiviti dan program yang dijalankan. Sebagai contoh carta organisasi keselamatan murid yang
disediakan perlulah menekankan guru yang bertanggungjawab itu adalah guru yang sesuai, berminat
dan mempunyai asas pengetahuan yang cukup. Selain daripada itu bidang kuasa, aliran kuasa dalam
carta oganisasi tersebut perlu jelas dan telus supaya guru-guru tidak akan keseorangan apabila
menjalankan tugas atau menyelesaikan sesuatu isu. 4.2 Guru Besar Sebagai Penyelaras Kurikulum Guru
Besar hendaklah memainkan peranannya pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan
memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah dengan memberi
bimbingan yang sewajarnya kepada guru-guru supaya dapat melaksanakan tugas pengajaran mereka
dengan baik mengikut konteks profesionalisme keguruan. Kurikulum dijadikan teras utama
kecemerlangan sekolah dan waktu instruksional dijaga dengan mengamalkan sikap kerjasama
profesional di kalangan guru dengan pendekatan bekerja secara koloboratif, koperatif dan
kesejawatanan untuk mewujudkan semangat kekitaan. Peningkatan 8 kecemerlangan sekolah untuk
mengawal standard kurikulum juga melalui galakan insentif dan ganjaran kepada guru dan murid. Guru
Besar perlu mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta
perkembangannya dengan menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, membudayakan
perkembangan profesional dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di
sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Sehubungan dengan itu penilaian dan pentafsiran
akan menjadi panduan untuk menentukan perancangan aktiviti P&P pada keseluruhannya dengan lebih
berkesan. 4.3. Guru Besar Sebagai Ahli Pendidik Kuasa sah yang ada pada lantikan Guru Besar tidak
memisahkan Guru Besar daripada memainkan peranannya sebagai pendidik. Beliau perlu mengajar
sejumlah waktu mata pelajaran untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi guru dan murid
disekolahnya dan membolehkan konsep kepimpinan melalui teladan diterapkan di sekolahnya. Beliau
perlu mahir dan menjadi pakar rujuk dalam bidang P&P supaya dapat memberi nasihat serta membantu
guru, murid dan staf sokongannya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi semasa menjalankan
tugasnya. 4.4 Guru Besar Sebagai Penghubung Antara Pihak Jabatan Dengan Guru Dan Pihak Sekolah
Dengan Komuniti Sebagai wakil Kementerian Pelajaran atau penasihat PIBG sekolah, Guru Besar
bertanggungjawab untuk memainkan peranannya untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan
mengikut garis panduan dan kehendak ke dua-dua belah pihak. Oleh itu kemahiran dalam bidang

kemanusiaan perlu ada di kalangan Guru Besar untuk mengelak konflik dan mengekalkan keharmonian.
Guru Besar perlu mempunyai ciri-ciri memujuk, boleh dipercayai, mendorong, diyakini, mahir,
berteknologi, berpengetahuan, mampu melihat masa depan, berdaya ingat, berimaginasi, tekun dan
berketerampilan untuk memastikan aspirasi dan matlamat sekolahnya tercapai. Kemahiran Guru Besar
di bidang komunikasi juga dapat memberi kefahaman yang jelas tentang dasar, matlamat dan sasaran
yang hendak dicapai supaya program-program dan aktiviti yang dijalankan akan mendapat sumbangan
kewangan, peralatan dan kepakaran badan koporat atau syarikat swasta. Penglibatan, komitmen dan
kerjasama pelbagai pihak amat penting bagi memastikan semua maklumat, aliran komunikasi, sumber
kewangan, sumber tenaga dan kepakaran dapat digembleng dan diurus dengan cekap dan berkesan
dalam menjayakan agenda pendidikan. 9 4.5 Guru Besar Sebagai Sumber Pengetahuan Dan
Perkembangan Guru Besar harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang akademik,
pengurusan pentadbiran, perundangan pendidikan dan kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran di
bidang ICT adalah satu kelebihan kepada Guru Besar. Tanpa maklumat yang mencukupi, tindakan
pencegahan dan pembetulan tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam hal ini Guru Besar
perlu mempunyai kemahiran asas penyelidikan termasuk kaedah penyelidikan, memproses data,
menganalisis data serta bentuk tindakan susulan yang akan dicadangkan. Guru Besar yang bermaklumat
akan lebih dihomati kerana maklumat yang diperoleh dapat menyakinkan guru dan staf untuk bersamasama menyelesaikan masalah atau meningkatkan prestasi sekolah. Sebagai contoh, pengetahuannya
pengurusan kewangan sekolah akan dapat membantunya mengurus kewangan secara sistematik dan
berfaedah tanpa meletakkan beban tersebut kepada kerani semata-mata dan dapat mengesan
kemungkinan ketidaktelusan berlaku dalam pengurusan tersebut. 4.6 Guru Besar Sebagai Pembimbing
Perkhidmatan bimbingan bukan sahaja kepada murid-murid tetapi juga kepada guru dan kakitangan
sekolah. Beliau perlu mahir dalam hubungan komunikasi dan cepat membaca keadaan dan staf di
bawahnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi samada bercorak peribadi atau iktisas. Guru Besar
perlu mempunyai kemahiran interpersonal supaya dapat menghulurkan simpati, panduan dan bimbingan
yang berpatutan untuk membuktikan bahawa kakitangannya sentiasa dipertimbangkan dan dipentingkan
supaya dapat mengeratkan sailatulrahim dan kerjasama di antara ke dua belah pihak. Oleh itu untuk
memastikan guru tahu apa yang hendak dibuatnya untuk mengurus P&P dengan baik. Guru Besar perlu
mengetuai perancangan pelaksanaan ICT di sekolah. Selain daripada itu Guru Besar diperlukan sebagai
pembimbing untuk meningkatkan kemahiran dalam pedagogi guru, mengurangkan birokrasi untuk
meningkatkan penggunaan kemudahan fizikal dan bilik khas, membimbing peluangpeluang kenaikan
pangkat, mengeratkan hubungan rakan sejawat dengan membina komunikasi yang baik, menyuburkan
budaya ilmu melalui amalan tazkirah pada hari Jumaat dan meningkatkan kebajikan guru melalui Hari
Keluarga dan ziarah menziarahi. 5. Faktor-Faktor Yang Menjadi Kekangan Kepada Usaha Menjana
Kecemerlangan Guru Besar adalah ketua dan pemimpin kurikulum dan ikhtisas sekolah
bertanggungjawab mengawal dan memastikan pengurusan kurikulum mencapai matlamat dan objektif
KBSR. Setiap usaha yang dilakukan tidak dapat lari dari menempuh pelbagai halangan dan cabaran.
Walau bagaimanapun bagi seorang Guru Besar yang berkesan ia harus boleh menjangka 10 apakah
halangan yang bakal dihadapainya sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan kepada usaha menjana
kecemerlangan. Setiap perubahan yang dilaksanakan sukar diterima jika ia melibatkan penambahan
beban kerja terhadap kakitangan. Misalnya pertukaran mata pelajaran dan kelas yang diajar serta
penambahan waktu mengajar dan aktiviti kelas tambahan agak kurang digemari oleh guru. Ada juga
guru atau staf lain menentang perubahan kerana mereka sendiri tidak dijelaskan tentang matlamat dan
sebab-sebab perubahan dilakukan. Pada mereka apa akan berlaku pada masa hadapan masih belum
jelas. Wujudnya perasaan tidak percaya terhadap Guru Besar yang membuat perubahan juga boleh
menjadi penghalang kepada perubahan. Ketidakpercayaan ini mungkin berpunca dari kelemahan Guru

Besar itu sendiri yang tidak yakin samada perubahan itu boleh membawa kejayaan atau kegagalan. Oleh
itu kekurangan sokongan dan komitmen daripada kakitangan terhadap perubahan akan berlaku.
Cambell, R.F. terjemahan Abd Rahman Md Aroff. (1998), menyatakan Guru Besar berdepan dengan
lima permasalahan utama yang sering menjadi topik utama umum yang mencabar kepuasan kerja
mereka walaupun mereka mempunyai kompetensi yang tinggi untuk menjalankan tugas mereka iaitu:
karenah birokrasi dan percanggahan kehendak, ketidaksempurnaan prasarana sekolah,
pengurusan personnel dan prestasi akademik, iklim sekolah yang tidak kondusif dan komplikasi dalam
diri Guru Besar. Abdul Shukor Abdullah (2004), menyatakan Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan organisasi birokrasi berpusat yang terbesar dengan lapisan hierarki pentadbiran dari sekolah,
daerah, negeri, bahagian dan kementerian. Birokrasi mempunyai kesan dan pengaruh yang kontradiksi
di samping memberi kesan positif ia boleh memberi kesan dan masalah negatif. Guru Besar sekolah
tidak boleh membuat keputusan melainkan keputusan itu disokong dan dipersetujui oleh pihak atasan.
Guru Besar mempunyai delima dalam berhadapan dengan masalah birokrasi dalam bidang pentadbiran.
Ada kalanya ia menggongkong dan rigid apabila dikehendaki memenuhi peraturan tertentu dan juga
untuk memuaskan kehendak masyarakat yang sentiasa memberi perhatian kepada isuisu pendidikan.
Adalah diharapkan autonomi diberikan kepada Guru Besar dalam membuat sesuatu keputusan yang
releven untuk sekolahnya seperti kelonggaran dalam pengurusan kewangan kerana setiap sekolah
mempunyai mempunyai keperluan yang berbeza. Guru Besar juga sepatutnya diberi kelonggaran untuk
memilih guru yang akan mengajar di sekolahnya dan matapelajaran yang ditawarkan di sekolahnya.
Sebagai contoh di sekolah saya telah dikehendaki untuk membuka kelas JAQF tetapi sehingga sekarang
11 Kementerian Pelajaran tidak menghantar guru khas dan membebankan guru Agama Islam di sekolah
kerana terpaksa menampung kelas tersebut sendirian. Pada tahun hadapan saya akan menangguhkan
kelas tersebut sehingga guru JAQF dihantar ke sekolah saya. Kepimpinan yang unggul tidak mungkin
menjelma jika pengurusan organisasi adalah berbentuk kawalan birokrasi yang berlebihan. Mengikut
sistem yang dilaksanakan sebelum ini Guru Besar dilantik selepas melalui zon kenaikan pangkat. Dasar
pelantikan Guru Besar berdasarkan kekananan serta pengalaman calon seperti yang ditetapkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula daripada seorang guru darjah kepada Guru Besar tanpa
latihan dan persediaan untuk mengurus dan mentadbir sekolah perlu diubah kerana selama ini
kebanyakan Guru Besar menjalankan tugas mereka secara trial and error walaupun surat pekeliling, akta
pendidikan dan dasar kerajaan menjadi pegangan. Walaupun penguasaan ilmu dan kemahiran
pengurusan di kalangan pemimpin pendidikan dipertingkatkan menerusi program latihan yang
komprehensif dan bersepadu, Guru Besar kurang dilengkapkan dengan pengetahuan dalam bidang
perundangan yang membabitkan persekitaran pekerjaannya sehingga menimbulkan sikap cuba
melindungi perkara-perkara yang melibatkan perundangan yang berlaku disekolahnya kerana kurang
arif untuk menanganinya sebagai contoh membiarkan guru-guru atau staf tidak hadir berlarutan atau
masalah disiplin murid di sekolah sehingga dibongkar oleh pihak media. Kementerian Pelajaran
Malaysia juga perlu mereka bentuk semula tugas Guru Besar secara effektif dengan penyediaan
deskripsi kerja dan spesifikasi kerja yang dapat menjelaskan aktivitiaktiviti dalam bidang tugas dengan
mengambil kira matlamat sekolah untuk meningkatkan kepuasan kerja dan kompetensi Guru Besar.
Kepuasan kerja yang tinggi terhadap reka bentuk pekerjaan akan menjurus kepada peningkatan
pencapaian dalam organisasi seperti menurut Rozhan Othman (2005). Reka bentuk jawatan seseorang
dapat menentukan sempadan tugas dan autoritinya dalam kepelbagaian kemahiran, identiti tugas,
keertian tugas, autonomi dan maklum balas tugas. Reka bentuk jawatan perlu lebih menarik untuk
memberi peluang dan keyakinan kepada mereka menggunakan pengetahuan dan kepakaran mereka
kerana kebanyakan Guru Besar kurang arif dengan skop kerja mereka secara hakiki dan hanya
menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak PPD, Jabatan atau Kementerian.

Sebagai contoh Guru Besar tersepit dan tertekan dengan pelbagai aktiviti yang hendak dijalankan
terutama dalam bidang kokurikulum kerana bukan sahaja perlu menjalankan aktiviti yang telah
dirancang tetapi juga perlu akur untuk menjalankan dan menyertai aktiviti dari pelbagai agensi dan
jabatan di luar sekolah seperti jabatan polis, bomba, Kementerian Pengguna dan Alam Sekitar,
Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Agama, kerajaan negeri, pejabat daerah dan penghulu. 12
Menurut Faridahwati Mohd Shamsudin dll (2006), dari sudut pengurusan organisasi secara umum,
keperluan untuk meramal tenaga kerja berkait rapat dengan keupayaan organisasi untuk memastikan
setiap jawatan dalam organisasi diisi oleh mereka yang berkelayakan dan kompeten. Oleh itu
pengetahuan dalam bidang pengurusan sumber manusia amatlah penting dengan memberi penekanan
kepada amalan peningkatan produktiviti dan teknik memotivasikan staf di bawahnya. Guru Besar perlu
didedahkan untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia supaya dapat mewujudkan iklim
yang kondusif dalam menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di bawah kawalannya.
Oleh itu amalan kerja berpasukan, dengan mengambil kira aspek-aspek dari segi attitud, persepsi,
norma organisasi dan interaksi yang tidak formal diperlukan untuk menimbulkan semangat kekitaan
akan dapat meningkatkan kualiti kerja di sekolah. Pengurusan kurikulum adalah nadi dalam pengurusan
sekolah. Oleh itu keutamaan perlu ditentukan dari segi peruntukan kewangan, pelaksanaan program,
penyeliaan dan pemantauan serta segala aktiviti yang menyokong kecemerlangan pengajaran guru-guru
di kelas. Sejak akhirakhir ini kebanyakan subjek mengalami perubahan dari segi kandungan atau
pendekatan. Penyelesaian adalah tindakan jangka panjang oleh itu Guru Besar perlu bijak menggunakan
sumber yang ada di sekolah untuk menyokong dasar kerajaan. Ketidaksempurnaan prasarana juga
menyebabkan iklim sekolah yang tidak kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang sempurna
dalam membangkitkan prasarana sekolah sebagai sumber ilmu. Peruntukan kewangan yang terhad
dengan prosedur yang ketat menjadi penghalang kepada Guru Besar untuk menggunakan budibicara
yang bijak dalam pengurusan kewangan menyebabkan ramai Guru Besar merasa tertekan untuk
menguruskan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah secara cekap dan berkesan. Kerajaan perlu
menaiktarafkan sekolah-sekolah secara fizikal dengan memastikan semua sekolah mempunyai makmal
sains, bengkel Kemahiran Hidup dan makmal komputer tanpa mengambil kira gred sekolah itu sama
Sekolah Gred A atau Sekolah Kurang Murid. Kerajaan juga perlu menimbang semula anggaran belanja
mengurus yang dibuat dengan menambah peruntukan dan memberi kelonggaran autonomi kepada Guru
Besar untuk menguruskan kewangan sekolah. Peruntukan yang mencukupi akan dapat mengelak
terjadinya masalah Guru Besar salah menggunakan kuasa dengan menerima komisyen jualan buku atau
peralatan sekolah. Guru Besar juga menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam menguruskan sekolah
bukan sahaja datang dari dalam tetapi juga dari luar sekolah yang perlu ditangani. Ibubapa sekarang
sangat peka dengan pendidikan anak-anak mereka. Mereka sentiasa terkini dengan perubahan untuk
memastikan kejayaan pendidikan anak-anak mereka dan memberi tekanan kepada pentadbir. 13 Oleh itu
Guru Besar juga perlu peka kepada sensitiviti kepada pelbagai budaya dengan melibatkan ibubapa
dalam perkongsian pintar supaya mereka dapat membantu meningkatkan kualiti pengurusan serta
berdaya tahan untuk mengurus sekolah. Guru Besar perlu mengamalkan pintu terbuka untuk menerima
cadangan dan kepakaran dari pihak luar. Sebagai contoh sekolah boleh mendapatkan kepakaran ibubapa
dalam bidang sukan untuk melatih murid pada waktu petang tanpa kos perkhidmatan. Selain daripada
itu pihak luar juga akan dapat peluang menyumbang jika tahu sekolah akan mengadakan majlis
Maulidul Rasul. Komplikasi dalam diri Guru Besar itu sendiri perlu juga diberi perhatian supaya tahap
kepuasan kerja Guru Besar tidak menurun dengan menyemak semula elaun dan gaji yang ditawarkan
kepada jawatan Guru Besar untuk mengelakkan mereka daripada bersara pilihan atau mengalami stress.
Purata usia guru besar yang dilantik adalah pada umur empat puluh tahun ke atas setelah masuk ke zon
kekananan mereka. Pada masa tersebut mereka adalah dalam peringkat terakhir kerjaya mereka setelah

sekian lama berada ditakuk yang lama. Sokongan daripada kementerian, jabatan dan pejabat pelajaran
amatlah diperlukan untuk menggalakkan Guru Besar supaya terus bekerja dengan mempamerkan
prestasi yang baik dengan stuktur kerja yang jelas dan fleksibel, piawaian prestasi dan dan latihan yang
berterusan supaya tidak berlaku kemerosotan dalam kerjaya mereka dan menyebabkan mereka ingin
melepaskan diri. Sehubungan itu langkah kerajaan membiayai Program Khas Pensiswazahan Guru
Besar dalam bidang pengurusan pada tahun 2004 dengan memberi peluang kepada Guru Besar yang
berusia 48 tahun untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di seluruh negara adalah
wajar. Adalah diharapkan kumpulan Guru Besar pertama yang akan menamatkan pengajian mereka
pada tahun 2008 akan dapat bertindak sebagai agen perubahan dalam meneruskan kesinambungan
kecemerlangan dalam bidang pengurusan dan kepemimpinan. 6. Penutup Sebagai pemimpin sekolah
dan agen perubahan, Guru Besar harus memahami dan menganalisis perubahan yang hendak
dilaksanakan, tujuan, matlamat, bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut
untuk mengaplikasikan stail kepemimpinan yang sesuai. Pengetahuan mengenai asas teori dan model
perubahan juga amat penting untuk dijadikan panduan untuk meningkatkan pencapaian organisasi dan
boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan pelbagai halangan. Kepemimpinan bukan ruang dan
peluang untuk bertindak sesuka hati tetapi wadah untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh
kesabaran. Ia bukan satu keistemewaan tetapi satu tanggungjawab. Ia juga bukan satu kemudahan tetapi
satu pengorbanan. 14 Budaya dan etika kepemimpinan perlu bukan sahaja selepas digelar Guru Besar
tetapi tuntutan itu meminta kita menghayai falsafah kepemimpinan dalam kehidupan seharian dengan
menganalisis segala bentuk ilmu kepemimpinan supaya dapat menguasai seni kepemimpinan sehingga
dapat menyentuh hati naluri orang-orang sekeliling kerana sekolah yang berjaya akan dapat dilihat
daripada pengurusan sekolah yang mampan, cekap dan berkesan menurut Fred M. Hechinger dalam
petikan Ishak bin Sin (2004), Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah
melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua/guru besar yang lemah, atau sekolah yang lemah
dipimpin oleh pengetua/guru besar yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya
diubah menjadi sekolah-sekolah yang berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot
dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan
kualiti pengetua/guru besar. Walau bagaimanpun fungsi Guru Besar dianggap sesuatu yang dituntut
kerana tidak ada gunanya seseorang itu memegang jawatan yang beramanah serta bertanggungjawab
sekiranya beliau tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. Agama
Islam telah menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membaiki kelemahan,
membangunkan kekuatan dan seterusnya memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
yang ada untuk meningkatkan tahap kehidupan manusia agar lebih selamat dan selesa. Justeru itu Guru
Besar perlu menganggap tugas mereka sebagai ibadah yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. untuk
mengurus manusia sesama manusia selaras dengan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. Hanya
dengan penghayatan yang demikian barulah akan dapat melahirkan kecemerlangan dan reda dalam
tugas harian. 15 BIBLIOGRAFI Ab. Aziz Yusof (2004). Penghantar pengurusan. Petaling Jaya: Prentice
Hall Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Abd Shukor
Abdullah, (2004). Jurnal pengurusan dan kepemimpinan pendidikan: Kepemimpinan unggul tonggak
pengurusan pendidikan cemerlang. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Amin Senin (2005).
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Sekolah Sebagai organisasi pembelajaran. Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki Ayob Jantan (2007). Pengetua sekolah yang efektif. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Cambell, R.F. terjemahan Abd Rahman Md Aroff. (1998). Pengenalan pentadbiran
pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Pertanian Faridahwati Mohd Samsudin, Md Lazim
Mohd Zin, Zuraida Hassan, Hadziroh Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam, Ghazali Din, Mohamad
Ismandi Wasli dan Edora Ismail (2006), Pengurusan sumber manusia di Malaysia. Kuala Lumpur: Mc

Graw Hill Sdn Bhd http://www.geocities.com/padeat68/jurnal_InstitutPengetua.htm retrieved at 23


http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/sulai/index.html retrieved at 22 Ibrahim Mamat (1998).
Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepemimpinan pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Bhd. Ishak Sin, (2002). Prosiding Seminar nasional pengurusan dan kepemimpinan
pendidikan ke 11. Gaya kepemimpinan yang digemari. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Ishak bin Sin. (2004). Apakah yang tertulis dalam khazanah tulisan ilmiah tentang tret, tingkahlaku dan
tindakan yang diperlakukan untuk menjadi seorang pengetua yang berkesan? Jurnal pengurusan
kepimpinan pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Ishak bin Sin. (2006).
Memperkasakan kepimpinan sekolah: teori manakah yang perlu digunapakai oleh pengetua. Seminar
nasional pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke 13. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Jaafar Muhamad (2007). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications. Md. Hasidin Zaini
(1998). Penyemai kreativiti guru: Bestari. Kepemimpinan Berkualiti Satu proses dua hala. Johor Bharu:
Jabatan Pendidikan Johor. Mohd. Izham Mohd Hamzah & Sufian Hussein, (2005). Jurnal Pengurusan
dan Sept 07 Sept 2007 16 kepimpinan pendidikan : Perubahan terancang dalam pendidikan: Proses dan
mekanisme pelaksanaan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Mok Soon Sang (2007), Kursus
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK): Pengurusan dan pentadbiran. Selangor: Multimedia-ES Resources.
Razali Mat Zin (1997). Prinsip Islam sebagai dasar pembinaan peradaban dalam organisasi kerja.
Kedah: Uiversiti Utara Malaysia. Rozhan Othman. (2005). Pengurusan sumber manusia : Menghadapi
cabaran era pengetahuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. m.s 215-219
Shetty, Y.K. (1976). Leadership and organisational structure. Chicago: St Glair Press. Ungku
Norulakmar Ungku Ahmad, Ebi Shahrin Suleiman dan Wan Khairuzzaman Wan Ismail (2006), Tabiaat
organisasi. Petaling Jaya: Prentice Hall Yahaya Don (2007). Kepemimpinan pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur: PTS Publications. 17

RECOMMENDED

Tugas Peranan Guru Besar


Guru Besar: A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam
segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan

Peranan Pengetua Dan Guru Besar


Peranan Pengetua dan Guru Besar Bil 1 Peranan dan Tanggungjawab 1. Kepimpinan bertauladan 2. Perkongsian visi
dan misi sekolah dengan semua warga 3. perancangan strategik

Peranan guru sekolah rendah

Peranan Guru Sekolah Rendah


PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH 1) Peranan Guru; Pengamal Ilmu dan Kemahiran Pembimbing
Pengamal Reflektif Penyelidik Agen Sosial Agen Perubahan Pengganti

Peranan Guru Sekolah Rendah


PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH ROZALINA BTE ABDULLAH ZAWAWI NURUL HASSUNA BT
ABDUL RASHID GHEETHA SITHAMPARAM PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN Amal sesuatu perkara
yang diamalkan

Peranan Guru Sekolah Rendah


PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU Hasil Pembelajaran Pelajar dapat : menghuraikan amalan guru yang sejajar sesuai dengan

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu


SOALAN 3A Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dianugerahkan sebagai Guru Besar
Cemerlang. Kejayaan beliau memimpin sekolah bergantung kepada amalan kepemimpinannya.

Program Menjana Kecemerlangan 2009


SK TEBRAU BAKAR BATU JOHOR BAHRU PROGRAM MENJANA KECEMERLANGAN UPSR 2009 MISI
Memberi Pendidikan Kepada Murid Untuk Melahirkan Warganegara Yang Seimbang Melalui Pengurusan

1murid 1sukan Menjana Kecemerlangan


1MURID 1SUKAN MENJANA KECEMERLANGAN Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong

Al-quran Menjana Kecemerlangan Hidup


Objektif Pengajaran Membaca ayat 1-5 dengan bacaan tadwir Menerangkan maksud takwa Menyatakan ciri-ciri orang
bertakwa berdasarkan kandungan ayat 1-5 Menjelaskan usahausaha

Kecemerlangan Sesebuah Sekolah Sangat Bergantung Pada Peranan Pentabiran Pengetua


Esei ini membincangkan peranan pentadbiran Pengetua di sekolah Menengah dapat menghasilkan sebuah sekolah yang
cemerlang dari segi akademik dan lain-lain.

Peranan seorang guru matematik di sekolah


1. Tugasan B : Tugasan Individu. 1. Tuliskan satu esei 600 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut. Bincangkan
sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai

PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN

GURU SEBAGAI PENYELIDIK DAN PERANAN SEKOLAH


PERKEMBANGAN TERKINI KAJIAN TINDAKAN, GURU SEBAGAI PENYELIDIK DAN PERANAN
SEKOLAH OLEH :MOHD. ADZMIN @ LOSININ BIN JOHALIN, AHLI PASUKAN KAJIAN TINDAKAN
SABAH K onsep

Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan
Daerah Kota Tinggi, Johor. Yusof Bin Boon & Mohd Musa Bin Shaharuddin

Persepsi Gaya Kepemimpinan Guru Besar Sekolah New (1)


PERSEPSI GAYA KEPEMIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) DI
JOHOR BAHRU Abstrak. Guru Besar perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualiti kerana proses

Unit 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


UNIT 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH Sinopsis Unit ini dibina supaya pelatih dapat
mempelajari peranan guru Pendidikan Moral secara meluas. Topik dalam unit ini

Pel. 1 al quran menjana kecemerlangan hidup


1. BAB 1: AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP 2. (Surah al-Baqarah,1-5) FIRMAN ALLAH 3.
Maksudnya: Alif,Lam,Min.(1) Kitab Al-Quran ini,tidak ada sebarang syak padanya

Pel. 1 al quran menjana kecemerlangan hidup

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH


KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MENJANA KEBERKESANAN SEKOLAH JAB AT AN P ELA JARA N NE
GERI P ULAU P INA NG HOTEL SWISS INN SG PETANI 18 21 DISEMBER 2006 Jatuh bangun sesebuah

View more

Subscribe to our Newsletter for


latest news.
NEWLETTER

About Terms DMCA C


ontact

STARTUP - Share & Download Unlimited