Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Pemakanan menentukan tumbesaran manusia. Namun pemakanan yang betul penting


untuk memastikan perkembangan kognitif dan visual, pertumbuhan fizikal, kesihatan tulang,
sistem penghadaman dan keimunan ( pelalian ) pada tahap optimum.
Sejak lahir, manusia memerlukan pemakanan untuk membesar. Bayi membesar pada
kadar yang luar biasa. Bayi baru lahir hanya memerlukan susu ibu sahaja sehingga mereka
mula makan makanan pejal pada usia enam bulan ke atas.
Bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih
besar . Lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat. Tidak seperti organ
lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun dan
pemakanan pada beberapa tahun pertama ( sejak janin membesar sehingga anak berusia lima
tahun ) adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang
betul.
Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia ( MRNI ), kanak-kanak berusia satu
hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25-35 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih
tua. Lemak asid arakidonik ( AA ) dan asid doko saheksaenoik (DHA) sangat penting untuk
perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun, ia diperlukan dalam nisbah yang betul.
Sebenarnya, kuantiti makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak bergantung pada
umur, saiz dan tahap aktiviti harian yang dilakukan mereka. Untuk pengetahuan, kanak-kanak
memerlukan di antara 1000 hingga 1400 kalori setiap hari.

OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK


Pendahuluan
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam
badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisutisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka
hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius
apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar
membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam. kanak-kanak yang
mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan
terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis,
masalah jantung serta barah.Berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan
masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.
Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak berkhasiat
mungkin akan membuat anak-anak gembira namun ibubapa sebenarnya memberi risiko
yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyaakit.tambahan pula,kos perubatan
yang tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk mengubati penyakit tersebut.
Analisis
Kementerian kesihatan akan melancarkan garis panduan makanan sihat yang
dijangka diedarkan pada bulan hadapan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai,
berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat
demikian

boleh

mengakibatkan

kontrak

mereka

ditamatkan

Kementerian

Pelajaran. Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan
utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian
Pelajaran sedikit masa lagi.
2

Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di
kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat. Ini
kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.
Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak,
mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger,
ayam goreng dan pizza. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak
sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus
pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum
sampai ke tahap tidak terkawal.
Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan
pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga
menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu
menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di
hadapan komputer.Kanak-kanak

sering disogokkan dengan iklan makanan fast-

food,snack di television yang mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan
menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup
yang tidak aktif,ia akan mendatangkan kemudaratan kepada mereka kelak. Kajian UKM
juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil
sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah
mengambil sarapan.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lagi pematuhan garis panduan terbaru itu
dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani
masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.Masalah obesiti atau
kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus
berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar
terutama pada waktu malam.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata


masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang
yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.Gaya hidup yang lebih
kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video,
penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan
berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti, katanya.
Tambahan pula,Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti
biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai
jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta
barah.
Masalah
Masalah kegemukan atau obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh
kerana disifatkan sebagai virus yang semakin menular dalam masyarakat, sementelah
pula ia boleh mengundang pelbagai penyakit, sekali gus memberi tekanan emosi dan
menimbulkan kegelisahan. Kanak-kanak bersaiz badan besar ketika kecil dikatakan
comel dan montel, tetapi hakikatnya apabila mereka meningkat usia dan tidak diberi
pemantauan daripada aspek pemakanan akan menjadikan ia diselubungi penyakit.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI OBESITI


Pemilihan makanan yang seimbang

Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan pemakanan berkhasiat menjadi tisu
hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana
badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan,
misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan,
sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan
tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak
dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng
makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu
pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi.
Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan
berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya,
Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda
mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi
mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The
British Medikal Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda
dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga
disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan
yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di
luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.

Pemilihan makanan yang sesuai


Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet
pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat
membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar
menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan,
tetapi anda harus ingat aktivitri separti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini
dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman
bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang
5

mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau
mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan
anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kanakkanak menjadi kuat.

Mengubah tabiat pemakanan kanak-kanak


Kanak-kanak obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan
berat

badan

seperti

tekanan

perasaan

,makan

mengikut

perasaan,bosan

dan

sebagainya.Kanak-kanak perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di
pengaruhi dengan perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan. Untuk mengurangkan
pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton
televisyen dan sebagainya. Kanak-kanak juga memerlukan sokongan yang kuat daripada
keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat memberi semangat untuk lebih yakin
dengan berat badan mereka.

PEMAKANAN BAYI
Pendahuluan
Pada masa usia enam bulan, bayi sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan
akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar
mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat
terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan

cuba

mencapainya. Namun, ini tidak bermakna yang bayi sudah pandai duduk dan makan dengan
garpu dan pisau. Sebenarnya, makanan awal bayi pada mulanya bukanlah pepejal; malah,
makanan

awal

sepatutnya

bersifat

separa

cecair.

Makanan awal yang disyorkan ialah bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi
sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi.
Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi yang dimasak.Makanan lain yang boleh
anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah puri buah-buahan seperti pisang, pir dan
epal, dan sayur-sayuran seperti karot, labu dan kubis bunga. Anda juga boleh mencuba sayursayuran berkanji seperti ubi kentang dan ubi keledek. Di usia ini, adalah penting untuk
memberikan bayi anda makanan berperisa lauk-pauk di samping yang manis, jika tidak, dia
akan membina kegemaran terhadap makanan manis. Bacalah artikel kami mengenai apakah
makanan

semasa

cerai

susu

dan

bilakah

diperkenalkan untuk

maklumat

lanjut.

MAKANAN SEIMBANG
Pendahuluan
Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam
kehidupan kanak-kanak.Selain ia membekalkan tenaga,ia juga membantu dalamperkembangan
otak dan tumbesaran kanak-kanak.Tanpa pemakanan sihat dan seimbang,perkembangan dan
pembesaran anak-anak akan terjejas.
Antara contoh makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak ialahkarbohidrat.Karbohidrat
berfungsi untuk membekalkan tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan kanakkanak.Selain itu,badan kanak-kanak juga memerlukan Kalsium yang berfungsi untuk membantu
pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang menjadi
lemah. Contoh sumber kalsium seperti susu,keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk
kacangsoya.
Di samping itu,penyediaan makanan yang seimbang amat penting bagi kanak-kanak
yang sedang membesar.Makanan seimbang penting untuk memberi tenaga yang di perlukan
oleh setiap kanak-kanak dalam badan mereka.Ia juga dapat membantu ketahanan badan
kanak-kanak bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta dapat menyembuhkan luka
atau

penyakit

dengan

cepat.Selain

itu,pemakanan

yang

seimbang

penting

dalam

perkembangan otak kanak-kanak agar sihat dan cerdas. Selain itu, cara penyediaan
makanan untuk kanak-kanak juga memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka
untuk makan makanan yang seimbang.Antara panduan penyediaan makanan untuk kanakkanak

seperti menyediakan

makanan

yang

beraneka

warna

dan

bentuk yang

menarik.Kemudian,hiaskan makanan tersebut sebelum dihidangkan dan gunakan peralatan


yang pelbagai warna dan bentuk agar kanak-kanak tertarik dengan setiap menu yang
disediakan.
Kesimpulannya,pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting kepada
kanak-kanak agar badan mereka sentiasa sihat dan cerdas.

JENIS-JENIS MAKANAN UTAMA:

Karbohidrat: Karbohidrat

merupakan

keperluan

utama

bagi

kanak-

kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buahbuahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah
buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.

Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan
kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik
adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.

Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah
lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul
jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk
membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melaluiOmega-3 ( tuna, sardin, salmon,
kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).

RAJAH 1 : PIRAMID MAKANAN


Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur
Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan kalori yang
mencukupi untuk pertumbuhan mereka. Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk
anda mengenali keperluan harian mereka.

Umur

Lelaki (Kalori Sehari)

Perempuan (Kalori Sehari)

1-3 tahun

1230

1165

4-6

1715

1545

7-10

1790

1740

11-14

2220

1845

15-18

2755

2110

http://www.babycenter.com.my/a1038106/makanan-bayi-mengikut-usia-6bulan#ixzz2SoBtWUPP

Kepentingan Makanan Seimbang


Di antara kepentingan makanan seimbang ialah

10

a) Meningkatkan

daya

tahan

yang

tinggi

daripada

serangan

penyakit.

Makananan-makanan seperti bijirin dan kekacang perlu metabolisme karbohidrat


dan otot kanak-kanak.
b) Tumbesaran kanak-kanak. Makanan seimbang amat penting

untuk kanak-

kanak kecil agar mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik


keupayaan mental mereka. Pertumbuhan secara konsisten dapat mencegah
serangan penyakit kronik seperti jntung.
c) Personaliti yang cergas dan meyakinkan. Makanan seimbang pada kanakkanak sudah tentu memberi manfaat kepada kanak-kanak.Kanak-kanak akan
kelihatan lebih sihat dan cergas serta mempunyai keaktifan yang tinggi semasa
menjalankan aktiviti.

PENYEDIAAN MAKANAN SELAMAT

11

Pendahuluan
Budaya pemakanan di seluruh dunia tidak hanya menawarkan pemakanan tradisional
yang menyihatkan, malah ia membantu untuk melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti
diakui ramai penyelidik antarabangsa. Makanan yang selamat bagi kanak-kanak ialah makanan
yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk
mencegah keracunan makanan di kalangan kanak-kanak.
Fakta penting:
Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.
Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus dan luka yang
dijangkiti kuman.
Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan
melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh makanan.
Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran makanan semasa
makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.

12

13

14

http://hyperobesitiworld.blogspot.com/2010/08/langkah-langkah-mengatasi-obesiti.html

Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/05/obesiti-masalahpemakanan.html#ixzz2SoGEC6vG

15

BIBLIOGRAFI:
Albeny Josly Panting & Pises Busu ( 2008 ). Kesihatan Diri dan Keluarga. Seri Kembangan:
Universiti Terbuka Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia ( 1997 ). Modul Kempen Cara Hidup Sihat : Promosi
Makan Secara Sihat. Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia ( 2001 ). Sihat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia ( 1999 ). Manual Kempen Cara Sihat 1999 : Promosi
Keselamatan dan pencegahan Kecederaan. Kuala Lumpur.
Shamsudin, M.S. & Shahrizad.Y. ( 2002 ). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan :
Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wee Eng Hoe ( 1995 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( 2nd Ed. ) Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti.
Zulkifli Yaaakob ( 2007 ). Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak.
Open University Malaysia ( OUM ). Kuala Lumpur.

Laman sesawang:
www.infosihat.gov.my
http://pama.karangkraf.com/bayi/nutrisi-untuk-otak-1.28810
http://pakarpemakanan.wordpress.com/pemakanan-kanak-kanak/
http://www.scribd.com/doc/25969644/Menu-Makanan-Seimbang-Untuk-Kanak-Kanak

16

17