Anda di halaman 1dari 6

TAJUK :

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guruguru serta hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang
bertajuk: kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah
kabilah yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy yang
mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib,
yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula
bernama Aminah binti Wahab dari yang berasal dari Bani Zuhrah dan baginda juga
merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab.


Lahirnya baginda dikalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat,
apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat Assabiyah
yang kuat.

Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun
Gajah kerana pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:

Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya


Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah
Menghancurkan Kaabah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya
sajak
Kuasa Allah Maha berkuasa

Tentera abrahah hancur dan musnah


Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan neraka
Manakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.

Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :


Os9r& tA s? y#Ax. A@ys y7A/uA =ptr'/ @A9$# Os9r& @
ygsA /fyAAx.A 9@A=s? A@yAAr&ur NkAn=t #A
A s A@A/$t/r& NgABA s?;ouA$yt2 `iB 9@AdA Ngn=y
pgm 7#yx. Aq2'B

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman
telahpun menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama samawi yang lain.
Berita ini telah tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu
dan sedang menunggu lahirnya insan istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah
mendapat wahyu daripada Allah swt bahawa akan lahirnya seorang rasul kedunia
dan merupakan nabi yang terakhir yang akan memimpin ajaran sebenar.

Firman Allah Surah As-Sof (61) ayat ke-6:


AA'tA .`B AAt/ mA$# AuHqr&
Maksudnya: .......yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.
------------------Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti
Wahab, tidak lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.

Suatu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang


itu kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika
engkau melahirkannya ucapkan, "Aku meminta perlindungan untuknya kepada Allah
Yang Maha esa dari keburukan semua pendengki, dan beri nama dia Muhammad."
Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya memancar
dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana-istana Busra di Syam.

Kejadian yang menakjubkan ini menunjukkan bahwa di masa depan Muhammad


akan diangkat sebagai Nabi Allah.
Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya Abdullah
meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang
mengandungkan anak mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila memerima
perkhabaran tersebut.
Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.

Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:


Terpadamlah api di biara Majusi
Runtuhnya istana kisra di parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah.
Tanda kelahiran junjungan mulia.

Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:


!$R) AA oY=yAAr& #YAgx #\A et6Bur #\A AAtRur

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai


seorang rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya); dan sebagai
pembawa berita kegembiraan kepada orang-orang yang beriman serta pemberi
amarah kepada orang-orang yang ingkar.
Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya

Abdul Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke


kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu
lelaki. Baginda diberi nama Muhammad yang telah diilhamkan oleh Allah kepada
keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama yang
paling layak untuk rasulullah.

Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa


saudara baginda iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja baginda
lahir Abu Jahal terus berlari disekeliling kota mekah untuk memberitahu
perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari kelahiran nabi, Allah
menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi dengan
begitu gembira sekali.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi


keadaan sekelilingnya amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu
melahirkan.Sambil disaksikan oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan sihat dan
selamat.
Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak
begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad
tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar
seperti hendak melihat sesuatu.
"Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah
merenung sesuatu diatas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya
terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.
"Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu.
"Apa yang luar biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia
tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh
mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang
dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan."

Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiranjirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan,
keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya
selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang
ramia.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang
walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah
mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru
lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.
Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad.
Mereka sayang kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat
seorang anak seperti ini," kata diantara wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang


semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun
turut datang melihat Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran
Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia
memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.
"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan
datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuknepuk tubuhnya.
Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah,
hamba perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang
bersedia untuk mengambil upah bagi menyusukanya dikalangan orang badwi.
Begitulah hal orang arab yang ingin bayi yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana
harmoni dan jauh dari unsur yang tidak baik di kota mekah.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab:

As)9 tb%x. N3s9 A AqAuA !$# ouqA& puZ|ym


Ertinya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan Yang baik
Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah
menurunkan seorang insan yang mulia untuk melengkapkan Akhlak dan iman kita
supaya sentiasa tunduk menjunjung perintah Allah azzawajalla iaitu Nabi

Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib
mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh
Rasulullah sepanjang hayat baginda.

Sekian..

Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt.