Anda di halaman 1dari 3

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial

yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal
yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam
profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion
ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan
kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku
ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk
beroperasi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Profesionalisme

Profesionalisme (profsionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan


sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang
profesional.[1] Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan
profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi,
profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional
(Longman, 1987).[2]

Ciri-ciri profesionalisme
Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme senantiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan
kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme didokong oleh ciri-ciri sebagai berikut[3]:
1. Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.
Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai
dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya kepada sesorang yang
dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksud dengan piawai ideal ialah suatu perangkat
perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.
2. Meningkatkan dan memelihara imej profesion
Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan
memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan
melalui berbagai-bagai cara misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap
tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan dengan individu lainnya.
3. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang dapat
meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampiannya.

4. Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion


Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya.
Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan
profesionnya.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesional
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KE4.
(profsional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan,
dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus
utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau
eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pembayaran dilakukan
sbg mata pencarian, mendapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis
~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang
profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak
negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak
pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan
kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk
menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.

1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg terlibat dgn profesion tertentu spt doktor, peguam dsb. 2
orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (spt sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg
mata pencarian: Misbun Sidek adalah pemain badminton ~.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Profesional
PROFESIONAL
Istilah "Profesional" diadaptasikan dari istilah Inggeris iaitu Profession yang bermaksud pekerjaan
atau kerjaya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(Edisi Empat)mentafsirkan profesional
sebagai:
1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang,
perubatan, dll)Contoh: golongan profesional; ahli profesional.
2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk
melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu.
Contoh: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu
mengurus secara profesional.
3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran.
Contoh: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis profesional.

4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran)


sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau
bertaraf profesional. Contoh: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan
utk profesional pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak
pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal profesional jabatan dan
anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional),
keupayaan seorang profesional. Contoh: usaha utk menumpukan perhatian pd
aspek meningkatkan profesional guru bahasa dan sastera Melayu.

Ringkasan

Secara ringkasnya, profesional diterangkan sebagai seseorang individu atau golongan yang
melakukan sesuatu pekerjaan/profesion/bidang dengan menggunakan kepakaran,kecekapan atau
kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya dan ia melibatkan pembayaran dimana
pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.

Anda mungkin juga menyukai