Anda di halaman 1dari 17

Siri Bacaan Pelajar

Zaini Abdullah

UNIT 9: REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran unit ini, pelajar dapat:
i.
Menjelaskan peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan.
ii.
Menghujahkan konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii.
Mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut tahap
pendidikan.

PENGENALAN
Bagaimana rupa bangsa dan negara pada masa depan sebenarnya bergantung kepada pendidikan
yang terdapat pada hari ini. Pendidikan yang unggul tidak berlaku dengan sendirinya tetapi bergantung
kepada pengisian dan pelaksanaannya. Pengisian tersebut memerlukan suatu perancangan yang
sistematik agar matlamat pendidikan yang disasarkan itu berjaya dicapai. Sebagai analogi, kek yang
cantik dan sedap bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Jika bahan tidak berkualiti,
meskipun cantik tetapi rasanya menyebabkan kek tersebut tidak menjadi pilihan. Begitu juga dengan
kaedah membuatnya bermula dengan adunan, pemilihan acuan dan cara ia dimasak. Bahan dan
kaedah akan menyerlahkan hasil yang diinginkan. Dalam pendidikan bahan merupakan pengisian yang
berupa ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang hendak diwariskan kepada generasi seterusnya. Bahan
ini perlu diadun secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang agar hasilnya menjadi harmoni. Bahan
dan adunan perlu dirancang secara sistematik agar tepat dan berkesan (kos dan masa). Demikian juga
halnya dengan kurikulum yang menjadi pengisian terhadap pendidikan. Bagaimana ia direkabentuk
pada hari ini akan menentukan generasi masa depan negara.

ISI KANDUNGAN
Peranan Pendidik Dalam Perkembangan Kurikulum
Malaysia mempunyai kurikulum kebangsaan yang berpusat. Oleh itu, pelaksanaan dan
perkembangannya adalah secara top-down. Kurikulum kebangsaan dibentuk oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum kebangsaan yang mula
disarankan sejak Penyata Razak (1956) membolehkan semua murid di semua sekolah di Malaysia
mempelajari dan mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang sama sebagai warganegara
Malaysia.

Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya disebarkan ke seluruh sekolahsekolah yang ada di Malaysia. Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaran
ini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini akan
mempastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti sampai dalam keadaan
sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di sekolah-sekolah. Ketirisan
maklumat ketika proses penyebaran ini akan menyebabkan gangguan untuk mencapai matlamat yang
disasarkan.
Pada peringkat sekolah, kurikulum yang telah dibentuk akan dilaksanakan. Hal ini bermakna sekolah
merupakan institusi yang berperanan sebagai pelaksana atau agen penyampai kurikulum kebangsaan.
Di sekolah, guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempastikan kurikulum yang
telah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan
murid-murid. Guru sebagai pendidik perlu memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum dalam
tiga perkara iaitu:
i.
Guru sebagai perancang
ii.
Guru sebagai pelaksana
iii.
Guru sebagai penilai

PERANAN PENDIDIK DALAM


PERKEMBANGAN KURIKULUM
PERANCANG
Merancang dan menyediakan kurikulum

PELAKSANA
Melaksanakan kurikulum melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.

PENILAI
Menilai keberkesanan kurikulum.

Rajah 1: Peranan pendidik dalam perkembangan kurikulum

Pendidik Sebagai Perancang


Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting sebagai panduan
kepada setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu melaksanakan
tugas pengajaran berpandukan rancangan pengajaran. Rancangan pengajaran pula adalah
berpandukan kepada topik atau sub-topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus atau
maklumat kursus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu program
pengajian. Proses ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 2.

Rancangan pendidikan
yang mengandungi
himpunan subjek
Kurikulum
Rancangan bagi
satu unit
pelajaran

PROSES
MERANCANG
PENGAJARAN

Rancangan
Pengajaran

Maklumat terperinci
silibus bagi tempoh
tahun persekolahan.

Silibus

Rancangan bagi
sesuatu subjek
Rancangan
Kerja

Rajah 2: Proses Rancangan Pengajaran.

Dalam konteks kurikulum kebangsaan, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di Pusat
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini didokumenkan secara
bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu
pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan didokumenkan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan:
i.
Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPS)
ii.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah bertukar kepada Kurikulum Standard
Sekolah Randah (KSSR)
iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
iv. Kurikulum Pendidikan Khas (KPK)

Perkembangan Kurikulum
Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan
Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 3 berikut.
Rajah 3: Perkembangan Kurikulum.

Rajah 4: Implimentasi kurikulum

Prinsip & Model Perkembangan Kurikulum


Prinsip & Model Tyler (1949)
Model Tyler atau Model Objektif-Rasional telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dan
dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum.
Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab.
Empat soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai Tylers Rationale tersebut adalah:
1.
2.
3.
4.

What educational purposes should the school seek to attain?


What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?
How can these educational experiences be effectively organized?
How can we determine whether these purposes are being attained?

Berdasarkan kepada Tylers Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangan


kurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah seperti mana yang digambarkan pada
Rajah 4. Empat langkah tersebut berada pada satu garisan lurus secara tersusun. Susunan secara
berurutan dalam model Tyler melibatkan komponen matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian.

1. Menentukan matlamat dan objektif.

OBJEKTIF

2. Memilih pengalaman pembelajaran atau


kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat
dan objektif.

KANDUNGAN

3. Pengalaman pembelajaran atau kandungan


pelajaran perlu disusun secara sistematik.

4. Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi


menentukan pencapaian objektif.

KAEDAH

PENILAIAN

Rajah 5: Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler.

1.

Menentukan Matlamat/Objektif

Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan
matlamat/ objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektif yang
perlu ditetapkan hendaklah selaras dengan:
keperluan pelajar.
keperluan semasa masyarakat.
pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.
Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentuk
berdasarkan kepada:
falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.
psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya.
Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas:
apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses penilaian).
apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah untuki
menentukan pencapaian objektif).

2.

Pemilihan Kandungan

3.

Prinsip Penyusunan Kandungan Dalam Reka Bentuk Kurikulum

Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu
memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar
bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan
pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam
penyusunan kandungan:

i.

Prinsip Kesinambungan Kandungan


Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud pemeringkatan ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan
fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu
kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai
peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk
meneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu objektif atau kandungan yang penting
hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai
kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

ii.

Prinsip Ketertiban (turutan) Kandungan


Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu,
kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas
waktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan
dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu
dengan lebih luas dan mendalam.

iii.

Prinsip Kesepaduan Kandungan


Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman
pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih
bermakna dan menyeluruh.

Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua lagi prinsip iaitu
prinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan.
iv.

Prinsip Litupan (Skop) Kandungan


Prinsip litupan kandunan berkaitan dengan keluasan dan kedalam kandungan yang perlu
dimuatkan dalam seseuatu kurikulum dan pengajaran. Garapan keluasan dan kedalaman
kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar
menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.

v.

Prinsip Imbangan Kandungan


Prinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan
kesecocokan kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajarpelajar untuk menguasainya.

Secara ringkas prinsip penyusunan kandungan kurikulum boleh dikategorikan kepada dua dimensi iaitu
dimensi menegak dan dimensi mendatar.
i.

Dimensi Menegak
Prinsip Kesinambungan
Prinsip Ketertiban

ii. Dimensi Mendatar


Prinsip Integrasi
Prinsip Litupan
Prinsip Imbangan

Pertautan
Keselarian
Kesepadanan
,

KESINAMBUNGAN

Tahap
Susunan
Hirarki ilmu

KETERTIBAN

LITUPAN

INTEGRASI

IMBANGAN

Muatan
Garapan
Skop ilmu

Sepadu
Gabungjalin
Antara disiplin

Agihan
Kesecocokan
Kepadatan muatan

Rajah 6: Dimensi dan perinsip penyusanan kurikulum


Prinsip penyusunan kurikulum menjadi panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju pendidikan, isi
kandungan, proses pelaksanaan, aktiviti/ pengalaman pembelajaran dan penilaian. Rajah 7
menunjukkan contoh prinsip reka bentuk kurikulum di Malaysia.
SISTEM PENDIDIKAN

Pengajian Tinggi
Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan Menengah Atas
Pendidikan Menengah Rendah
Pendidikan Sekolah Rendah
Pendidikan Pra Sekolah

Pengkhususan Ilmu
Pengkhususan Ilmu
Perkembangan Potensi
Perkembangan Potensi
4M & Perkembangan Sosial
Asas Perkembangan Sosial
KATEGORI ILMU/ KEMAHIRAN

Rajah 7: Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum Malaysia

4.

Penilaian

Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan
pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian
boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti
keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang diperolehi
daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Tujuan
penilaian adalah untuk mempastikan kurikulum yang dibentuk dan dilaksanakan sentiasa kemaskini
bagi memenuhi keperluan semasa dan akan dating. Penilaian boleh dilakukan secara:
i.
Penilaian Formatif (berterusan)
ii.
Penilaian Sumatif (peringkat akhir sahaja)
Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha
penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukan
pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan
keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.
Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum
kerana sistematik dan mudah digunakan. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana
dimulakan dengan penentuan objektif. Model ini menggunakan pendekatan deduktif kerana fokusnya
kepada perancangan dan objektif. Model ini memberi tumpuan kepada pengalaman pembelajaran yang
melibatkan interaksi pelajar dengan keadaan persekitaran yang membolehkan pelajar membina
kemahiran berfikir, membantu mencari maklumat, membina sikap dan minat mereka sendiri.
Penyusunan pengalaman pembelajaran secara sistematik akan menghasilkan kesan pembelajaran
yang berkumulatif dan efektif. Model Tyler juga menekankan pentingnya penilaian untuk melihat
keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah mengikut objektif yang disasarkan.

Kelemahan model Tyler


Para pengkritik mendapati Model Tyler mempunyai beberapa kelemahan utama seperti berikut:
a)

Terlalu tertakluk kepada objektif.


Ini kerana dalam keadaan sebenar, perkembangan kurikulum boleh bermula dengan elemenelemen lain seperti menentukan kandungan atau menetapkan kaedah. Menetapkan objektif
pada peringkat awal juga dilihat sebagai menghadkan bilangan objektif di samping mengekang
kreativiti.

b)

Terlalu linear.
Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-langkah tertentu iaitu menentukan objektif
dulu, kemudian memilih kandungan, dan seterusnya menetapkan kaedah dan penilaian.
Penilaian pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai program dilaksanakan.

c)

Terllalu terbuka
Model yang berbentuk linear mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar seperti pengaruh
politik ke dalam pendidikan. Pengaruh luar ini mempengaruhi dasar, sistem dan pelaksanaan
dalam pendidikan. Malahan ada kalanya pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan
tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk
pembangunan pendidikan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi. Dalam model
ini, keempat-empat elemen diambilkira serentak dalam proses perkembangan kurikulum. Dengan cara
ini, proses perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel, cyclical (edaran) dan
menyeluruh.
OBJEKTIF

KANDUNGAN

PENILAIAN

KAEDAH
Rajah 8: Model interaksi dalam pengembangan kurikulum

Pengkelasan Reka Bentuk Kurikulum


Zais
( 1976)
Subjek
Pelajar
Masalah

Saylor & Alexander


(1974)
Kemahiran spesifik
subjek
Aktiviti & masalah sosial
Kemahiran proses
Permintaan & minat individu

Kliebard
(1984)
Kanak-kanak
Masyarakat
Pengetahuan bersepadu
Pengetahuan khusus

Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum


1.

Berpusatkan akademik
i.

Ciri-Ciri
Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya.
Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan.
Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.
Kurikulum berpusat isi kandungan (apa yang akan diajarkan).
Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami.
Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/ topik).
Tersusun:
o Menegak : ikut tahap kesukaran, mudah sukar
o Mendatar : antara disiplin ilmu

2.

3.

ii.

Kekuatan:
Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus

iii.

Kelemahan:
Peranan pelajar pasif.
Pengajaran fokus pada pengetahuan
Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa
pengetahuan berbentuk integrasi

Berpusatkan pelajar
i.

Ciri-Ciri:
Fokus kepada individu potensi.
Pengajaran mengikut minat pelajar.
Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar).
Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman.
Humanistik pembinaan insan.
Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentu kurikulum
yang hendak mereka pelajari.

ii.

Kekuatan:
Motivasi belajar bersifat intrinsik.
Pengajaran melihat kepada perbezaan individual.
Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan.

iii.

Kelemahan:
Lemah dalam kontinuiti dan sekuens bahan.
Sukar diimplementasikan oleh guru biasa (perlu guru khas).
Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi reality.
Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas karena kurikulum hanya
menekankan minat pelajar.

Berpusatkan masalah
i.

Ciri-Ciri
Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.
Berasaskan pemikiran bahwa manusia sebagai mahluk sosial yang perlu hidup
bersama & ada konflik.
Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/ persekitaran:
o Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu.
o Menegak : keupayaan selesaikan masalah.
Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial &
alam sekitar.
Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL).
Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran.

Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat.


Masalah membentuk intipati kurikulum.
Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

ii.

Kekuatan
Pelajar memahami masalah.
Pencegahan dari dalaman diri pelajar.
Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

iii.

Kelemahan
Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah.
Menimbulkan masalah yang lebih besar.
Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dan
negara.

Gabungan lebih dari satu pola &


orientasi kurikulum.

K: Kurikulum
Rajah 9: Pola dan orientasi reka bentuk kurikulum

Penilaian Kurikulum
Model Penilaian Kurikulum CIPP
Salah satu model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulum ialah Model CIPP yang diutarakan
oleh Stufflebeam et. al. (1974)
PENILAIAN
KONTEKS

PENILAIAN
INPUT

PENYEDIAAN DAN
PENSTRUKTURAN KURIKULUM

PENILAIAN
PROSES

PENILAIAN
PRODUK

PELAKSANAAN
KURIKULUM

Rajah 9: Model penilaian kurikulum CIPP


i. Peringkat Penilaian Konteks
Melibatkan analisis masalah dan keperluan dalam pendidikan seperti persekitaran, iklim,
budaya institusi dan sebagainya
ii. Peringkat Penilaian Input
Melibatkan penganalisaan bahan sumber dan strategi yang perlu untuk mencapai
matlamat dan objektif seperti guru, kakitangan sokongan, kurikulum, kemudahan, pelajar
dan lain-lain lagi.
iii. Peringkat Penilaian Proses
Melibatkan kajian mengenai proses pelaksanaan seperti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, kemudahan bilik kuliah, kemudahan sokongan dan sebagainya
iv. Peringkat Penilaian Produk
Menentukan setakat mana matlamat program telah dicapai seperti bilangan dan kualiti
lulusan, pengiktirafan yang diperolehi dan sebagainya.

Pengaruh Perspektif Terhadap Ilmu Terhadap Reka Bentuk Kurikulum

Secara umum terdapat dua perspektif terhadap ilmu, iaitu perspektif objektivis yang melaksanakan
kaedah deduktif dalam pengajaran, dan perspektif konstruktivis yang melaksanakan kaedah induktif.
(i)

Perspektif Objektivis
Perspektif objektivis adalah berasaskan perkara-perkara berikut:
Melihat ilmu sebagai satu komoditi yang sudah pasti dan dapat diperturunkan
Menerima alam seperti sedia ada
Menekankan isi kandungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan
pemindahan pembelajaran
Menggunakan Taksonomi Bloom untuk pengajaran dan penilaian.

Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif objektivis, pengasaspengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.
Jadual 1: Teori-Teori Pembelajaran
Jenis
Teori
Behaviurisme
Sibernetik

Kognitivisme

Pengasas
Teori
Pembelajaran
Pavlov,
Thorndike,
Skinner
Landa

Pengasas
Teori/Model
Pembelajaran
Skinner

Ausubel,
E. Gagne,
Flavell, Mayer,

Ausubel,
R. Gagne,
Keller,Bloom,
Mager

Landa

Fokus/Objektif
Pengajaran &
Pembelajaran
Penguasan isi pelajaran melalui proses
pelaziman dan penggunaan motivasi
ekstrinsik
Penguasaan kemahiran dan pengetahuan
prosedur melalui penggabungan pelbagai
sub-kemahiran dan sub-prosedur (kaedah
snowball)
Penguasan isi pelajaran melalui
pencetusan proses-proses mentas seperti
skema, strategi dan metakognisi

Perspektif objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahan
pembelajaran. Tugas pendidik ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set dan
memastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka kurikulum yang dibentuk adalah
berkisar di dalam penentuan item-item yang mewakili set-set ilmu tersebut. Kaedah pengajaran yang
digunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan definisi, diikuti oleh pembentukan konsep
dan diakhiri dengan penerokaan, seperti yang digambarkan di bawah:
Pengenalan Istilah

Pembentukan Konsep

Penerokaan

Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif,
iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum atau
bergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh disusun
mengikut hierarki atau secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat yang
menjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan bagaimana
sesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang menjadi tumpuan ialah prosesproses penambahan (accretion), penghalusan (tuning) dan pembinaan semula (reconstruction).
Menurut teori kognitif, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif (jenis fakta,
pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini boleh
diajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan, penghalusan dan pembinaan semula.
Juga, pelbagai pengetahuan prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang terkumpul,
dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang terkumpul di
dalam struktur pengetahuan.
Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori,
seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh, simulasi,
mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah

penguasaan ilmu pengetahuan seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialah
penggunaan strategi-strategi pembelajaran.
(ii)
Perspektif Konstruktivis
Perspektif konstruktivis pula adalah berasaskan perkara-perkara berikut:

Melihat pelajar sebagai pembina ilmu


Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir
Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk
mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi
Isi pelajaran ini dibuang selepas kepakaran diperolehi

Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif konstruktivis,
pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.
Jadual 2: Teori pembelajaran konstruktivisme
Jenis Teori

Pengasas
Teori
Pembelajaran

Pengasas Teori/
Model
Pembelajaran

Fokus/Objektif
Pengajaran & Pembelajaran

Pembangunan
Mental

Piaget,
Gardner

Lawson,
Collins & Stevens,
Bruner,
Taba

Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik &


pemikiran aras tinggi berdasarkan logik
& pembangunan pelbagai kecerdasan
(multiple intelligence)

Humanis

Rogers

Rogers

Pembelajaran yang bermakna dan ownership


of knowledge

Pembelajaran
sosial (Social
Learning)

Vygotsky

Spiro,
Thelen

Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik &


pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan
(scaffolding), pembelajaran kooperatif /
kolaboratif, dsb

Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu kepada proses-proses pembinaan ilmu
pengetahuan. Di dalam pandangan ini, strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah
berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan,
lawatan sambil belajar. Guru pula berperanan menjadi penyemak kepada proses pemikiran yang
digunakan dan kepada rumusan yang diperolehi
Pandangan perspektif konstruktivis dijelaskan oleh Piaget:
The goal of education is not to increase the amount of knowledge, but to create possibilities for a child
to invent and discover Teaching means creating situations where structure can be discovered, it does
not mean transmitting structure which may be assimilated at nothing other than a verbal level.
Perspektif ini menekankan keupayaan berfikir pada dua tahap, iaitu empirical-induktif (EI) (pada umur
7-15 tahun) dan hipotetikal-deduktif (HD) (pemikiran dewasa). Di peringkat kolej dan universiti

Pemikiran (EI) melibatkan aplikasi rumus manakala pemikiran HD adalah terdiri daripada kategori
berikut:
Pemikiran kombinatorik
Pengenalpastian dan kawalan pembolehubah
Bagaimana burung, penyu, dan kucing dapat kembali ke tempat asal
Pemikiran perkadaran
Penggunaan nisbah dan rumus
Pemikiran Kebarangkalian
Pemikiran korelasi
Kaedah pengajaran yang dilaksanakan ialah berbentuk:
Penerokaan

Pengenalan Istilah

Pembentukan Konsep

Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar
secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomena
tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudian
diuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori yang
dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebih
kuat.
Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif dan
deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalam
tiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam perspektif ini, ilmu pengetahuan
serta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping) dan dibuka
semula (unzipping) mengikut keperluan.
Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri,
seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan lawatan sambil
belajar. Pengajar menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates (penyoalan)
yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut:

Memilih contoh-contoh positif dan negatif


Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples)
Menjana kes-kes Hipotetikal
Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif
Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi
Mempertikai authoriti

Perbandingan Teori Pembelajaran Dalam Mereka Bentuk Kurikulum


Sebagai bandingan, jadual di bawah menunjukkan perbezaan-perbezaan yang terhasil dari amalan
perspektif-perspektif ini mengikut tiga jenis teori berdasarkan beberapa dimensi utama:
Jadual 3: Perbandingan amalan dalam teori pembelajaran behavioris, kognitivis dan Humanis
OBJEKTIVIS
Behavioris

KONSTRUKTIVIS
Humanis

Kognitivis
1. Falsafah pembelajaran
Pelajar boleh dibentuk
Perubahan adalah berdasarkan Pelajar mempunyai kehendak dan
mengikut objektif dan
pilihan pelajar mengikut faktorkeupayaan sendiri dan pensyarah
kehendak pensyarah;
faktor di dalam persekitaran;
adalah pemudahcara sahaja; pelajar
pelajar dimanipulasikan
pelajar diajak berfikir,
mengalami dan belajar menyelesai
membentuk konsep, dan
masalah di persekitaran sebenar
mencipta
2. Keperluan pembelajaran
Berpusatkan pensyarah dan Pembelajaran adalah satu
Berpusatkan pelajar dengan sedikit
berasaskan proses stimulus- proses usahasama (jointsahaja kawalan dan sumbangan dari
respons; pemantauan dan
venture) antara pelajar dan
pensyarah; pemantauan kendiri atau
pengukuhan (termasuk
pensyarah; pemantauan dan
melalui interaksi; pengujian
denda atau hukuman) oleh
pemulihan oleh pensyarah;
berasaskan projek dan portfolio.
pensyarah; pengujian formal pengujian formal, tugasan dan
berasaskan kompetensi
projek.

Pensyarah tentukan
keperluan, pengetahuan,
kemahiran dan perilaku
pelajar

Isi pelajaran membina


kompetensi dan
penguasaan pelbagai
kemahiran mengikut objektif
yang telah ditetapkan

3. Objektif
Pensyarah menilai dan
menambah di mana perlu untuk
membantu membangunkan
keupayaan mental dan kreativiti
secara menyeluruh
4. Isi pelajaran
Isi pelajaran diintegrasikan
bersama proses-proses mental
seperti logik, strategi,
metakognisi, penyelesaian
masalah dan kreativiti untuk
menambah dan memperluaskan
pengetahuan pelajar

Pensyarah membantu pelajar


mengenalpasti keperluannya dan
kemudian membimbing pelajar
mencapainya

Isi pelajaran adalah berasaskan


kegiatan dan pengalaman
kontekstual dalam menyelesaikan
masalah di dalam situasi yang dipilih

RUMUSAN
Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapan
masyarakat setempat dan masyarakan dunia terhadap program dan institusi. Tugas setiap pendidik
ialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan
falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesan
positif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan
menentukan hasil akhir yang diperolehi. Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentang
pengajaran dan pembelaran. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah
penyampainya. Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah
pemudahcaranya. Aliran-aliran ini akan menghasilkan output atau keupayaan yang juga berbeza-beza.

Anda mungkin juga menyukai