Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan

Artikel yang dikritik adalah bertajuk Kesahan dan Kebolehpercayaan MyGSI dalam
Mengukur Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berkumpulan Guru Pelatih Bahasa
Melayu yang ditulis berdasarkan kajian oleh Zamri Mahamod dan Anisah Alias. Kajian ini
adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kemahiran
generik, iaitu Malaysian Generic Skills Instrumen (MyGSI). Kajian ini merupakan kajian
berbentuk kuantitatif.
Pada artikel tersebut ada dinyatakan tujuan, objektif dan persoalan kajian tetapi tidak
dinyatakan hipotesis kajian. Pada bahagian objektif kajian ada dinyatakan untuk menentukan
kebolehpercayaan individu dan kebolehpercayaan item ketiga-tiga konstruk dalam MyGSI
tetapi hal ini tidak merujuk kembali kepada tujuan asal kajian tersebut iaitu untuk
mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kemahiran generik, iaitu MyGSI.
Dalam menyokong pendapat yang diutarakan, penulis menggunakan penyataan
pendapat yang melebihi sepuluh tahun ke atas. Hal ini kurang bersesuaian kerana sesetengah
perkara tidak lagi relevan pada tahun kajian dijalankan iaitu pada tahun 2011. Namun,
terdapat beberapa kenyataan yang disokong oleh beberapa sumber yang tidak melebihi 5
tahun dimana ia dapat mengukuhkan lagi kenyataan. Terdapat juga beberapa kenyataan yang
tidak disokong oleh mana-mana sumber dan hal ini lebih kepada pendapat sendiri yang
kadang-kala mengikut emosi. Penulis juga tidak menyatakan sorotan literatur dengan
terperinci.
Metodologi Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif yang direka bentuk
untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Populasi kajian merupakan pelajar
program pendidikan opsyen Bahasa Melayu di IPTA dan IPGM. Penulis tidak menyatakan

cara atau kriteria pemilihan sampel dalam kajian ini. Penulis ada menyatakan sampel yang
diambil adalah seramai 127 orang pelajar iaitu 40 orang lelaki dan 87 orang perempuan
program pendidikan opsyen Bahasa Melayu tetapi tidak dinyatakan mengapa pelajar opsyen
tersebut terpilih untuk dijalankan kajiannya. Penulis turut menyatakan dari segi kelulusan
masuk pelajar ke IPTA dan IPGM.
Dalam artikel tersebut ada dinyatakan huraian terperinci metodologi kajian tersebut.
Data dianalisis menggunakan program Winstep versi 3.64.2 dimana ia sesuai untuk
mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen MyGSI. Penggunaan Model Rasch
juga sesuai digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kajian ini
menggunakan 81 item MyGSI daripada 149 item sebelumnya dimana ia sudah mencukupi.
Penggunaan Skala Likert 5 mata sesuai digunakan bagi melihat persepsi guru pelatih Bahasa
Melayu terhadap item. Terdapat tiga konstruk kemahiran generik yang diuji di dalam MyGSI
iaitu 31 item kemahiran komunikasi, 27 item kemahiran kepimpinan dan 23 item kemahiran
kerja berkumpulan.
Dapatan Kajian
Penulis telah menggunakan jadual yang cukup mudah difahami dan menerangkan
secara teratur. Ini amat memudahkan bagi pembaca untuk memahami isi kandungan dapatan
kajian. Hasil analisis Model Rasch terhadap konstruk MyGSI memperoleh nilai indeks
kebolepercayaan antara 0.86 hingga 0.90. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa
keetiga-tiga konstruk MyGSI mempunyai kebolehpercayaan individu yang tinggi. Penulis
juga ada menyatakan sokongan untuk menguatkan hujah dapatan kajian tersebut.
Analisis terhadap kebolehpercayaan item pula mendapati nilai kebolehpercayaan item
bagi ketiga-tiga konstruk MyGSI adalah baik iaitu antara 0.71 hingga 0.90. Di sini, penulis
juga turut menyatakan sokongan untuk menguatkan huja dapatan kajian tersebut.

Penulis juga turut menyatakan strata individu bagi setiap konstruk MyGSI didapati
terdapat dua tahap kebolehan guru pelatih Bahasa Melayu dalam kajian tersebut. INdeks bagi
pemisahan individu dua dan keatas adalah melebihi 0.80. Ini membuktikan kebolehpercayaan
individu yang yang tinggi. Manakala analisis terhadap bilangan strata item bagi setiap
konstruk pula mendapati item-item konstruk komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan
dapat dibezakan secara statistik kepada dua aras kesukaran.
Penulis ada menyatakan berdasarkan peta kesukaran item-kebolehan individu dapat
diperhatikan dengan jelas item-item tersebar dengan baik pada garis linear menghala ke
sasaran guru pelatih Bahasa Melayu. Ini merupakan salah satu kriteria kebolehpercayaan item
yang tinggi. Penulis turut menyatakan peta kesukaran item-kebolehan individu juga
menunjukkan tahap keupayaan guru pelatih Bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding
dengan tahap kesukaran item bagi ketiga-tiga konstruk di dalam MyGSI.
Pada pendapat saya, penulis menerangkan dapatan kajian amat baik dan jelas. Penulis
dapat mengenalpasti kelemahan iaitu perlu diperhalusi dan diperbaiki item instrumen MyGSI
bagi meningkatkan indeks kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kemahiran generik.
Penulis juga amat menitikberatkan kebolehpercayaan dan keesahan konstruk dengan
menggunakan Model Rasch. Ini bagi memastikan instrumen dapat mengukur dengan adil dan
mempunyai aras kesukaran yang berbeza.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan
diperhalusi dalam artikel tersebut agar dapat dijadikan panduan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kajian ini amat sesuai bagi mengenalpasti sejauh mana produk bakal
guru dalam kemahiran generik bagi mendidik anak bangsa pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai