Anda di halaman 1dari 12

Page | 1

PENANAMAN KELAPA
SAWIT
DI MALAYSIA
NAMA : 1. NUR NAJIHA FARHANAH
2. NAJWA ALYSSA
3. NUR SUFI ALYAA
4. FATIMAH AZ ZAHRAH
5. NUR AISYAH
KELAS: 5 BUDI
NAMA GURU : PN. SUSAZLINA BT.SHALAI

Page

Pengenalan

Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk
pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis
guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit
Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan
tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk
yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun
utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok
yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok
yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun.
Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja,
dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan
untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang
berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya
dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak
menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-bij

Page

Kejayaan penanaman kelapa


sawit
Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk
membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an,
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk
diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit
amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi
menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti
dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah
menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman
sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk
melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan
tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM)
pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha
pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha
mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata
dunia.

Produk

4
Page

Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayur boleh dimakan yang
diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis).
Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi betakarotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya
musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah
sejenis minyak sayur yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti
minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu
bilik.

Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk


menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit
yang diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat
menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan
berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa komersil dari segi
warna, bau, rupa dan rasanya.

5
Page

Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan
secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer
kopi bukan berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan
krimer tenusu dalam penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama
dan lebih mudah digunakan.

Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam
pengeluaran cendol. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai
digunakan dalam pembuatan cendol, minyak sayuran yang diadun istimewa
boleh dijadikan bahan alternatif.

Cara menanam kelapa sawit

6
Page

PENDAHULUAN:

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan
tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang
sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem
pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam
dengan kelapa sawit dengan jayanya.
PERLAKSANAAN KERJA:
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan
ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan
jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak
benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa
penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih
yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah
amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.
Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok
mendapat cahaya matahari yang maksima.
Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerjakerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Manfaat dan keunggulan


tanaman kelapa sawit
Buah kelapa sawit

7
Page

Bahagian yang paling utama untuk diolah dari kelapa sawit adalah buahnya. Bahagian daging
buah menghasilkan minyak kelapa sawit mentah yang diolah menjadi bahan baku minyak
goreng. Kelebihan minyak nabati dari sawit adalah harga yang murah, rendah kolesterol, dan
memiliki kandungan karoten tinggi. Minyak sawit juga dapat diolah menjadi bahan baku minyak
alkohol, sabun, lilin, dan industri kosmetika. Sisa pengolahan buah sawit sangat potensial
menjadi bahan campuran makanan ternak dan difermentasikan menjadi kompos. Tandan kosong
dapat dimanfaatkan untuk mulsa tanaman kelapa sawit, sebagai bahan baku pembuatan pulp dan
pelarut organik, dan tempurung kelapa sawit dapat dimanfaatkan sebagai bahan bakar dan
pembuatan arang aktif.

Kegunaan kelapa sawit


Buah KELAPA SAWIT menghasilkan pelbagai kegunaan setelah
diproses di kilang. Terdapat tiga bahan utama yang
dihasilkan :
(a) Isirung kelapa sawit
(b) Minyak isirung kelapa sawit
(c) Minyak sawit mentah
1. Isirung Kelapa Sawit

Page

Isirung kelapa sawit digunakan sebagai bahan makanan


ternakan dan bahan bukan makanan. Bahanbukan
makanan seperti alkhohol lauryl, bahan sabun pencuci dan
asid lemak.
2. Minyak Isirung Kelapa Sawitt
Minyak isirung pula digunakan untuk membuat bahan
makanan seperti marjerin, lemak majmuk, krim, ais krim
dan lemak masakan. Bahan bukan makanan boleh
dihasilkan seperti membuat bahan sabun pencuci, olkhohol
lauryl dan asid lemak. Kandungan minyak kelapa sawit
dalam marjerin antara lapan peratus hingga 13.6%.
Minyak sawit juga terkenal bagoi membuat bahan bukan
makanan, antaranya untuk membuat sabun, minyak gris,
minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan dan ubatubatan.
Perusahaan membuat sabun yang bermutu memerlukan
minyak kelapa sawit yang berkualiti, manakala bagi minyak
sawit yang rendah mutunya digunakan membuat sabun
biasa.
Kini, perkembangan teknologi dan pendidikan yang
dijalankan oleh Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia
(PORIM) Dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mendapati
minyak sawit amat berguna sebagai bahan pembakar
seperti diesel dan lilin.
3. Minyak Sawit Mentah
Minyak sawit mentah adalah dalam bentuk separa pepejal
(20% pepejal) atau lemak apabila diproses pada suhu
20c dan purata suhu air 36c. Justeru itu, minyak ini
merupakan bahan yang tidak mudah masam dan

Page

mempunyai kandungan yang sesuai untuk membuat


makanan seperti marjerin dan lelemak masakan seperti
keju sayur.
Minyak sawit juga terkenal sebagai bahan bukan makanan,
antaranya untuk membuat sabun, minyak gris, lilin, minyak
pelincir, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan.
Proses pepecahan minyak sawit mentah dijalankan secara
berperingkat-peringkat untuk mendapatkan bahagian
cecair, olein, sterin dan bahagian pepejal.

INOVASI

Page

10

Pokok sawit tua ditebang dan batangnya diracik setebal 5 hingga 10 sm pada sudut
45 hingga 60 darjah menggunakan chipping bucket yang dipasang pada alat
jengkaut berkuasa kuda 120 HP . Batang sawit yang diracik mempercepatkan
pereputannya. Ketika meracik operator mesin perlu membersihkan dan
mengosongkan sedikit kawasan lebih kurang 1.5 meter persegi di antara pokok sawit
lama untuk kawasan tanaman anak sawit baru. Biojisim sawit yang diracik perlu di
serak sama rata lebih kurang 3 - 4 meter lebar bagi mengelakkan pembentukan
timbunan biojisim sawit yang tebal dan tinggi (Rajah 4). Setiap operator mesin boleh
menebang dan meracik antara 80 - 120 pokok sawit sehari.Selepas lengkap kerja
menebang dan meracik, garis asas atau rajah lines untuk pancang baru menanam
anak sawit diukur. Garis asas bagi barisan sawit lama digunakan sebagai panduan
dan pancang baru untuk menanam di barisan sawit lama dan antara pokok sawit
lama.

penghargaan

11
Page

rujukan

12
Page

Isi kandungan
Bil

tajuk

1
2

pengenalan
Kejayaan penanaman
kelapa sawit
produk
Cara menanam kelapa
sawit
Manfaat dan keunggulan
tanaman kelapa sawit

3
4
5

Muka
surat
1
2
3-4
5
6

Kegunaan kelapa sawit

7-8

7
8
9

inovasi
penghargaan
rujukan

9
10
11