Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1434 H


TEMA : WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN
MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1
Semarak...
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Berusaha, En. Mat Ghani bin Hussin,
Pengetua SMK Rasau Kerteh b5.
Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan :
En. Mohd Rabaai bin Abd Rahman GPK Ko-Kurikulum
Puan Sutina binti Sulaiman GPK HEM
Barisan Ahli Jawatankuasa Sambutan Maulidurrasul Peringkat
Sekolah, guru-guru penjana modal insan gemilang, dan
seterusnya rakan-rakan sekalian.
Selamat datang ke Majlis Penyampaian Hadiah bersempena
Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah bagi tahun 2013.

Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini
bagi meraikan sambutan Maulidurrasul pada kali ini.
Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk itu majlis menjemput
_______________________________________________________
Untuk membacakan doa.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.


Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Untuk makluman semua tema sambutan Maulidurrasul bagi
tahun ini adalah Wasatiyyah tonggak Kesatuan Ummah.
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua
SMK Rasau
Kerteh B5,
Untuk itu dijemput En. Mat Ghani bin Hussin, untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kpd Tuan Pengetua atas ucapan
sebentar tadi.
Semoga kita semua mendapat manfaat atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi
pertandingan-pertandingan
yang
berlangsung
sepanjang
sambutan pada kali ini.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Pn. Sutina binti
Sulaiman bagi menjemput dan mengiringi Tuan Pengetua untuk
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Dipersilakan.
Bagi pertandingan _____________ (baca dari senarai)

Terima kasih diucapkan kpd Tuan Pengetua dan Pn Sutina


Sulaiman atas kesudian menyampaikan hadiah kpd para
pemenang.

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan


yang disajikan khusus untuk tatapan semua.
Bagi persembahan pertama, dijemput pasukan nasyid untuk
membuat persembahan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan


persembahan tadi.

kepada

pasukan

nasyid

atas

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


khas, deklamasi puisi berirama yang akan disampaikan oleh
Usatazah Siti Julia binti Jusoh bersama Yasmin binti
________________

Dipersilakan.

Terima kasih
persembahan
hendaknya.

diucapkan
itu tadi.

kpd Ustazah dan Yasmin atas


Semoga kita semua terhibur

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka majlis
sambutan Maulidurrasaul peringkat sekolah bagi tahun ini
sudah pun melabuhkan tirainya.
Kami tinggalkan majlis ini dengan serangkap pantun
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
Sekian wassalam

Anda mungkin juga menyukai