Anda di halaman 1dari 5

DRAF TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA, DATO R.GOONASEKARAN


Sempena
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Padang dan Balapan MSSD
Bentong 2015

Terima kasih, Saudara/i Pengacara Majlis,


Yang

berbahagia,

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bentong


Yang berusaha,

Pn Norani

bt Mohd Ludin, Pengetua SMK Seri

Bentong, Sekolah Kluster Kecemerlangan


Yang dihormati, Barisan Pengetua dan Guru Besar sekolah- sekolah
Daerah Bentong serta wakil,
Guru-guru Penolong Kanan sekolah-sekolah Daerah Bentong
Ahli ahli Jawatan kuasa Pengelola Kejohanan Padang dan Balapan
MSSD Bentong
Barisan guru pengiring ,para jemputan, serta para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Padang dan Balapan MSSD
Bentong 2015 yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Padang dan
Balapan pada petang yang berbahagia dan ceria ini.
Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian,
Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau
sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya
generasi anak bangsa pewaris negara yang tercinta. Selain dapat
menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan
yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat
memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan
kerjasama dan muhibah. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat
penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara
bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan
institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Transformasi Pendidikan Negara yang dilancarkan oleh kerajaan
demi memartabatkan sistem pendidikan Negara.
Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu

dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental
yang kuat perlu didorong oleh latihan fizikal yang teratur di samping
pemakanan yang teratur dan seimbang. Dengan latihan fizikal dan
pemakanan yang teratur menjadikan perjalanan darah yang teratur.
Dengan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas. Otak
yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami
ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang
sentiasa berkembang akan meningkatkan daya fikir. Daya fikir yang
sentiasa berkembang akan menjadikan pengalaman seseorang insan itu
bertambah luas.
Para hadirin yang dihormati,
Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita
mampu membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang
memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa
hadapan.

Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, pelajar

yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain melalui
kegiatan

sukan,

akan

menjadi

faktor

penyumbang

kepada

kecemerlangan sekolah. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan


melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki
cergas mindanya.

Kecemerlangan murid semasa di sekolah rendah akan berterusan


sehingga mereka berada sekolah menengah. Penglibatan yang aktif
dalam sukan akan membentuk disiplin yang tinggi dalam diri pelajar dan
seterusnya akan membentuk jati diri sebagai warga Malaysia yang
cemerlang.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan
Olahraga MSSD Bentong dengan jayanya.

Kepada para atlet yang

mengambil bahagian yang meraih pingat saya ucapkan tahniah dan


kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi pada masa akan
datang kerana penyertaan anda sudahpun membuktikan bahawa anda
telah menunjukkan kejayaan.
Sekolah menyokong dasar Kementerian,
Agar pelajar diberikan peluang;
Cemerlang akademik dan juga sukan,
Sahsiah terpuji dan berdaya juang.

Dengan ini, saya dengan ini mengumumkan Kejohanan Padang dan


Balapan MSSD Bentong 2015 ditutup dengan rasminya.
Sekian, terima kasih.