Anda di halaman 1dari 20

Jenis-jenis

jahitan tangan
1.
2.
3.
4.
5.

Kasar
Halus
Kia
Insang pari
Silang pangkah

1. Jahitan Kia

Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.

Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.

Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.

Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.

Berikut adalah langkah jahitan kia:

Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.

Cucuk jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 1 mm hingga 2 mm.

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.

Jahit sehingga siap.

Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

2. Jelujur Halus

Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.

Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.

Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.

Jahit sehingga siap.

Matikan jahitan dengan jahitan kia.

3. Jahitan Silang Pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.

Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:

Jahit dari kiri ke kanan.

Mulakan dengan jahitan kia.

Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.

Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.

Matikan dengan jahitan kia.

4. Jahitan Insang Pari

Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.

Berikut adalah langkah jahitan insang pari:

Jahit dari kiri ke kanan.

Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.

Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.

Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang
akhir.

5. Jahitan jelujur
Jahitan jelujur kasar ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia merupakan jahitan sementara sebelum
jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1
cm dari A.

Teruskan jahitan hingga sampai ke hujung fabrik. Matikan dengan jahitan kia.

Jenis kelim
1.
2.
3.
4.
5.

Lipat bertindih
Jahitan tangan
Belah kangkung
Papan besi
Betawi

Kelim lipat bertindih

Kelim jahitan tangan

Kelim belah kangkung

Kelim papan besi

Kelim betawi

Butang dan kancing

Artikel jahitan
Mengukur kain

Membuat tanda untuk mengunting kain

Mengunting kain

Menjahit

Hasil sarung bantal