Anda di halaman 1dari 2

SEMINAR MENJAWAB KERTAS 2 BIOLOGI SPM

TIPS UNTUK CALON-CALON BIOLOGI


1. Kenal pasti gambarajah yang diberi. Pastikan anda melabel dengan betul
dan tepat.
2. Masa untuk menjawab setiap soalan struktur ialah 18 minit. Manakala,
setiap soalan esei ialah 30 minit.
3. Mulakan dengan soalan yang mudah. Bulatkan soalan yang sukar dan
kembali semula menjawab setelah selesai soalan lain. Elakkan daripada
membiarkan soalan tidak dijawab.
4. Baca kehendak soalan dengan teliti atau gariskan/ bulatkan kata kunci
soalan.
5. Perhatikan markah yang diperuntukkan dalam setiap soalan kerana
panjang- pendek jawapan berdasarkan markah yang disediakan.
6. Akur dengan arahan soalan yang meminta anda menjawab atau
menyatakan secara khusus berapa bilangan jawapan yang perlu dijawab.
Contohnya, nyatakan dua jenis variasi. Jawab dua sahaja. jika jawab lebih
daripada itu, jawapan seterusnya tidak diambil kira.
7. Ada soalan yang bersandar dengan soalan yang sebelumnya. Justeru,
pastikan jawapan sebelumnya betul. Jika tak pasti, gunakan huruf yang
dibenarkan sahaja.(lihat contoh).
8. Elakkan menjawab dua jawapan untuk soalan yang memperuntukkan 1
markah. Contohnya, nyatakan enzim yang bertindak secara optimum pada
pH 7? Sepatutnya anda jawab amilase. Bukannya jawab amilase dan
pepsin (markah tidak akan diberi dan dikira sebagai WCR!)
9. Sekiranya anda dikehendaki melukis gambarajah, pastikan anda
menggunakan pensil dan melabelkan struktur yang penting. Contohnya,
lukiskan sel tumbuhan yang telah mengalami keadaan plasmolisis.
Lukiskan struktur vilus. Lengkapkan rajah dengan melukis struktur
kompleks molekul enzim-substrat dan hasil. Lukiskan rantai DNA.
10.Perlu diingat semasa melabel, elakkan menggunakan anak panah.
Penggunaan anak panah hanya untuk menunjukkan arah. Jangan melabel
secara bersilang.
11.Menulis jawapan sewajarnya menggunakan pen hitam atau biru sahaja.
sekiranya anda menjawab (menulis) menggunakan pensil, ada
kemungkinan jawapan anda tidak jelas dilihat oleh pemeriksa.
12.Pastikan tulisan anda mudah difahami. Tulisan yang kemas dan cantik
tidak mempengaruhi pemarkahan tetapi ia mungkin membantu anda
memperoleh markah yang lebih baik, apabila pemeriksa dapat membaca
jawapan anda dengan jelas dan lancar.
13.Gunakan ruang jawapan yang disediakan sahaja. Jika tersalah, elakkan
menggunakan liquid paper. Anda hanya perlu potong jawapan yang salah
tersebut dan tulis jawapan baru sama ada di atas dgn simbol tertinggal ()
atau selepas itu. Penggunaan kertas ujian tambahan untuk soalan struktur
amat tidak digalakkan.
14.Bagi soalan esei, anda sewajarnya hanya menjawab dua soalan sahaja.
Sekiranya anda berhajat utk menjawab lebih drp dua soalan, pastikan
anda menyusun soalan berdasarkan tahap keyakinan anda.
15.Soalan esei perlulah dijawab dalam bentuk perenggan dengan ayat yang
lengkap. Anda dibenarkan menjawab menggunakan jadual (soalan
perbandingan/perbezaan) atau gambar rajah skema (mekanisme
pembekuan darah dan kacukan Hukum Mendel I dan II) atau melukis
gambar rajah sel, proses mitosis/ meiosis) berdasarkan kehendak soalan.

16.Jawapan esei anda mestilah menjurus kepada kehendak soalan dan tidak
perlu meleret-leret atau terlalu detail. Markah diberi berdasarkan poin
yang betul dengan huraian yang betul. Fahami kehendak soalan dengan
baik serta cuba drafkan jawapan anda secepat yang boleh. Ingat! Anda
hanya ada 30 minit termasuk masa menyemak utk setiap soalan esei.
17.Secara personal, saya lebih menggalakkan calon menjawab soalan no.8
dan no.9 kerana soalan ini lebih mudah utk mendapat markah. Namun,
sekiranya calon mempunyai fakta yang kuat, soalan 6 dan 7 mungkin
menjadi pilihan. Ianya terpulang kepada anda sendiri.
18.Elakkan menjawab secara ringkas atau poin sahaja tanpa penjelasan.
19.Mulakan soalan lain dengan kertas ujian yang baru. Jangan campur
adukkan jawapan drp soalan berlainan dalam helaian yang sama.
20.Susun dan ikat kemas kertas ujian anda bersama-sama dengan soalan
struktur.

SELAMAT MAJU JAYA


SEMOGA MENDAPAT A+ DALAM BIOLOGI SPM 2015.

Nukilan khas daripada;


Zulkarnain bin Jamaluddin