Anda di halaman 1dari 1
Rujukan Kami: KUIS 100 – 31/3 (1) Rujukan Tuan: Tarikh 25 April 2015/ 17 Rejab

Rujukan Kami: KUIS 100 31/3 (1) Rujukan Tuan:

Tarikh 25 April 2015/ 17 Rejab 1437H

Kepada, Bpk H. Muhammad Yusuf Mantasya Pengasuh Pondok Pesantren Darul Aman JL. KH, Abd Djabbar Ashiry No 1, Kel: Pai Kec: Biringkanaya, Makasar. INDONESIA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK LAWATAN MUHIBBAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagai makluman pihak tuan, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (BPK-KUIS) amat berminat untuk mengadakan lawatan muhibbah ke Jamiyah Children’s Home. Lawatan ini akan dihadiri oleh, 2 Pegawai Pemasaran dan Promosi KUIS.

Antara matlamat utama lawatan muhibbah ini dicadangkan adalah seperti berikut:

I. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama KUIS dan Pondok Pesantren Darul Aman.

II. Bersama-sama meneroka peluang mengadakan kerjasama berbentuk akademik dan bukan akademik di antara KUIS dan Pondok Pesantren Darul Aman.

III. Berkongsi maklumat berkaitan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di KUIS.

Berikut adalah cadangan kedua untuk tarikh dan masa lawatan iaitu pada 28 Mei 2016 jam 09:00 Pagi, bagi pertimbangan pihak tuan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cadangan ini boleh diajukan kepada En. Arief Handoko di talian +60 162724534, fax: 03-89268462

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathiran.

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathiran