Anda di halaman 1dari 9

CERITA LELAKI: NABI IBRAHIM A.S DENGAN RAJA NAMRUD.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh.
Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Nabi Ibrahim
a.s dengan Raja Namrud.

Nasyid
Mari bersama kita kenangkan,
Kisah teladan di dalam Al-Quran,
Nabi Ibrahim Nabi Pilihan,
Menentang Namrud yang tidak beriman.

Sidang hadirin,
Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur yang dilahirkan dalam kerajaan
Babylon. Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh Raja Namrud . Dia
seorang yang gagah, namun tidak beriman kepada Allah dan mengikhtiraf dirinya
sebagai Tuhan. Disaat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah
mengutus Nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah.
Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.
"Tuhan ku adalah satu-satu yang memberi dan mengambil semula nyawa", tegas
Nabi Ibrahim. Namrud menjawab dengan sombong Aku boleh membunuh manusia
dan membebaskannya juga".
Bolehkah kamu menjadikan matahari terbit dari timur?" balas Nabi Ibrahim.
Mendengar akan itu, raja terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa
seperti itu.

Dalam surah al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:

Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah


membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya..
Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain. Pada masa kini
juga, masih terdapat ajaran sesat yang cuba memesongkan akidah orang ramai.
Contohnya: Ajaran Ayah Pin.

Ingatlah rakan-rakan,.
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

Sidang hadirin,
Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikan
Hari Raya bagi Tuhan mereka.
Ahh..inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan,
nekad Nabi Ibrahim.
Lalu Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala dengan kapak. Tetapi pada
patung yang besar, baginda hanya menggantungkan kapak itu pada leher patung
tersebut.

Hal ini diceritakan di dalam surah Al-Anbiya ayat 59 :

Maksudnya: Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap


tuhan-tuhan kami...(59)

Mereka berkata lagi: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-hala
ini yang bernama Ibrahim".
Sikap Nabi Ibrahim yang berani perlu diaplikasikan di dalam kehidupan kita. Apatah
lagi cabaran di era globalisasi ini, menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia
menghadapi anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam. Contohnya: Pergerakan
Zionis yang dipelopori oleh Israel.

Rakan-rakan,
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menggunakan fikiran yang waras untuk
membezakan kebaikan dan keburukan.
Sidang hadirin,
Sampai masa, saat dan ketika,
Nabi Ibrahim dipanggil Raja,

pantun

Menegakkan keadilan itulah matlamatnya,


Supaya kaum menyembah Yang Esa.

Atas arahan Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah ditangkap atas perbuatannya. Tetapi,
Nabi Ibrahim mengatakan bahawa patung berhala yang besar telah melakukannya.
Kamu tahu bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apakata Raja
Namrud.
Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?balas Nabi Ibrahim.
Raja Namrud menjadi sangat marah.
Lalu menjatuhkan hukuman kepada Nabi Ibrahim, dibakar hidup-hidup di kawasan
lapang.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 69.

Maksudnya: Wahai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada
Ibrahim! ".

Lalu Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia
boleh berjalan ke sana sini dalam api tersebut.
Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika tsunami melanda beberapa tahun yang lalu,
terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan
Allah.Contohnya: Terdapat Masjid di Acheh tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami.
Masya Allah!
Ingatlah rakan-rakan,

Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang
beriman seperti Nabi akan dibantu oleh Allah.

Sidang hadirin,
Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya
berperang denganku". Katanya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah.
Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap
kerana dipenuhi dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh
nyamuk-nyamuk tersebut.
Allah memberinya masa 3 kepada Raja Namrud hari untuk bertaubat dengan
menangguhkan kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja, dia tetap enggan
bertaubat. Lantas, serangga kecil itu masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud.
Beberapa ketika kemudian Raja Namrud menemui ajalnya.
Firman Allah di dalam surah Al-Muddassir ayat 31:

Maksudnya: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan dia
sendiri.
Masya Allah, memang benarlah Allah itu Maha berkuasa, dengan hanya seekor
nyamuk kecil dapat menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga
yang berlaku pada masa kini, negara besar dilemahkan oleh kuasa kecil.
Contohnya: Wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes dapat membunuh ramai
nyawa di dalam sesebuah negara.
Rakan-rakan, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri, oleh itu,kita
tidak boleh sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud. Ketabahan Nabi
Ibrahim dapat mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang mengaku berkuasa.
Sesungguhnya orang yang angkuh itu termasuk di dalam orang yang rugi. Semoga
kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.

Cantik sekali si burung nuri,


Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.
Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh.

KISAH NABI IBRAHIM DENGAN RAJA NAMRUD


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Terima kasih tuan pengerusi
majlis, penjaga masa yang setia dengan jamnya,barisan hakim yang
bijaksana, guru-guru, rakan peserta seterusnya rakan-rakansekalian

Nabi Ibrahim puteranya Azar,


Babylon Iraq kota kelahiran,

syair

Rasul ululazmi diberi taklifan,


Hidup di bawah raja namrud yang zalim

Namrud terkenal dengan raja yg sangat zalim, dia memiliki kuasa pemerintahan
yang mahsyur.
Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Waz kuruu fil kitaa bi ibroo hiiimmm.... innahuu kaa na siddii qon nabiyyaa...
(Surah Maryam Ayat: 41)
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi
Ibrahim sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi

Raja namrud sangatlah angkuh

Menganggap diri sebagai tuhan

nasyid sepohon kayu

Nabi Ibrahim dihina dicaci


Diburu ke sana jua ke mari

Kasihan sungguh rakyat palestin


Bedilan peluru angkara Israel

syair

Janganlah kita sombong dan angkuh


Hidup di dunia tak akan kekal

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan


nasihat pengajaran yang baik
(Surah Nahl Ayat: 125)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah S.W.T.


Perdebatan yang hebat
berlaku antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.
NabiIbrahim telah mencabar Raja Namrud untuk membuktikan kekuasaannya.
Namun,Raja Namrud tidak berjaya membuktikan hal itu.

Hebatnya perdebatan Raja Namrud dan Nabi Ibrahim


Pelbagai hujah dan juga cara
Ashadu Alla
Berkat kebijaksanaan Nabi Ibrahim
Cabaran diterima Raja Namrud kecewa

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

nasyid

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang


berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya
zalim
( Surah Al-Baqorah ayat: 258)

Gejala berfacebook jadi kewajipan


Segala yang hak dan batil dipaparkan

nasyid Ashadu Alla

Usah biar diri dilalaikan


Sampaikanlah dakwah saham kebaikan

Hadirin sekalian,
Perasaan dendam Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim tidak pernah hilang.

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela mereka
(berhala-berhala ini), namanya ibrahim as
(Surah Al-Anbiya Ayat 60)

Angkara Ibrahim memusnahkan berhala


Namrud dan kaumnya menghukum baginda
Dengan api nabi diseksa
Namun diselamatkan Allah yang esa

pantun

Ajaran sesat jadi ikutan


Malaysia berusaha untuk membanteras
sepohon kayu

nasyid

Berani kerana harus diamalkan


Kerana Islam itu agama yang jelas

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejamnya namrud pada Ibrahim


Nabi ditangkap hendak dibunuh

nasyid selimut putih

Kuasa Allah lebih lah besar


Nabi dibantu tentera nyamuk

Ya, dengan izin Allah S.W.T, tentera nyamuk telah menghalang tentera Namrud dari
membinasakan Nabi Ibrahim a.s.
Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah
adalahMaha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(Surah Al-Fath Ayat 4)

Wahai rakan dan juga taulan


Sikap Namrud bukan ikutan
Zalim dan kejam kepada rakan
Dijauhi orang tiada kawan

pantun

Allah S.W.T telah menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan kepada manusia
yangsemakin leka kepada penciptanya. Virus kencing tikus yang terpampang di
akhbarbaru-baru ini sangat mengejutkan dan hangat diperkatakan. Nauzubillah.....
Demikianlah pengorbanan masa, harta dan wang serta tenaga dan nyawapada
jalan Allah S.W.T merupakan peringkat tertinggi sebagai
pembuktiankeikhlasana setiap amalan. Allah telah merakamkan bagaimana Nabi
Ibrahim a.smembuktikan keikhlasannya menjalankan setiap perintah melalui
pengorabananbaginda yang tiada berbelah bahagi. Pengorbanan baginda di jalan
Allah sepertiinilah yang sangat diperlukan pada saat ini untuk memastikan diri kita
dijamin kesyurga Allah kelak, insya-Allah.