Anda di halaman 1dari 2

Cerpen: Kasih Semanis Jala Mas

(Natasya Puteri)

Sinopsis
Mariani baru berpindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur bersama ibu bapanya.
Walaupun sudah lapan bulan tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur Mariani
masih berasa bosan dengan kehidupannya. Setiap hari Mariani merindui suasana
tinggal bersama Tok Mek dan Tok Wannya di Kota Baharu, Kelantan.
Suatu hari Mariani menyuarakan keinginannya untuk makan kuih kesukaannya
iaitu kuih jala mas. Namun Bibi Tugini iaitu orang gaji di rumah Mariani memberitahu
bahawa dia tidak tahu membuat kuih tersebut. Bibi Tugini membawa Mariani pergi ke
pasar malam kerana di sana terdapat pelbagai jenis kuih tradisional Kelantan. Mariani
berasa gembira namun kuih jala mas yang dibelinya tidak sesedap kuih yang dibuat
oleh Tok Meknya di Kelantan. Papa Mariani mencadangkan mereka sekeluarga pulang
ke kampung pada cuti sekolah nanti. Namun setelah dua kali cuti sekolah berlalu papa
Mariani masih tidak menunaikan janjinya untuk membawa mereka sekeluarga pulang
ke kampung. Kesibukan papa bekerja menjadi alasan mereka tidak dapat pulang ke
kampong. Mariani terus dibelit perasaan rindu yang teramat sangat terhadap Tok
Mek,Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi. Papa memohon maaf kepada Mariani
kerana mungkir janji. Papa mencadangkan Mariani memujuk Tok Mek dan Tok Wan
untuk datang ke Kuala Lumpur. Mariani juga memohon untuk pulang sendiri ke
kampung tetapi tidak dibenarkan mama dan papanya.
Mariani teringat sewaktu ibu bapanya ingin membawa Mariani pulang ke Kuala
Lumpur, Tok Mek dan Tok Wan sangat sedih. Papa Mariani tidak mahu Mariani
mengikut jejak langkah Tok Mek, Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi yang menjadi
pemain makyung dan bermain wayang kulit. Papa Mariani tidak mahu anaknya
mengabaikan pelajaran. Cuti sekolah berikutnya Papa Mariani mengajaknya untuk
bertemu dengan Tok Mek dan Tok Wan. Mariani berasa gembira sangat kerana
impiannya untuk bertemu dengan Tok Mek dan Tok Wan tercapai. Sewaktu pulang dari
sekolah Mariani terkejut kerana orang yang dirinduinya selama ini sudah menunggunya
di ruang tamu. Ibu Mariani memaklumkan bahawa kumpulan wayang kulit Tok Wan dan
kumpulan makyung Mak Ngah dijemput untuk mengadakan persembahan di Istana
Budaya sepanjang cuti persekolahan nanti. Papa Mariani yang mengaturkan
persembahan itu agar Mariani dapat melepaskan rindunya terhadap Tok Mek dan Tok
Wannnya.

Tema:
Kerinduan seorang gadis kepada ahli keluarga serta warisan bangsanya.
Contoh: Mariani yang berpindah ke Kuala Lumur dari Kota Bharu amat merindui Tok
Mek dan Tok Wannya kerana mereka amat rapat. Selain itu Mariani juga terkenang
masakan Tok Mek dan sering rindu melihat Tok Wan bermain wayang kulit. Mariani juga
rindu mendengar suara Mak Ngah mengalunkan irama makyung.

Persoalan:
1. Kesibukan ibu bapa atau masyarakat kota sehingga mengabaikan
tanggungjawab.
Contoh : Papa Mariani telah berkali-kali mungkiri janji untuk membawa Mariani
pulang ke kampung pada cuti sekolah untuk bertemu Tok Mek dan Tok Wan
kerana kesibukan kerja.
2. Seni budaya warisan tradisional nenek moyang yang semakin dipinggirkan.
Contoh: Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Wan
sebagai tukang wayang dan Tok Mek sebagai penari Makyung. Papa Mariani
mahu anaknya menceburi bidang lain yang lebih menjamin masa depan.
3. Perbezaan cara hidup anak-anak kota dan bandar.
Contoh: Mariani tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup di kota yang
sibuk dan aktiviti sosial pada hujung minggu. Mariani lebih suka membantu dan
menghabiskan masa bersama-sama Tok Mek dan Tok Wan dalam aktiviti seni
budaya.
4. Tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak.
Contoh: Papa Mariani mahukan Mariani berjaya dalam kehidupan dan
pelajarannya sehingga mendapat ijazah.