Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN HARI BICARA AKADEMIK 2015

SK DUSUN NANDING
Pada 7 Februari 2015 bersamaan dengan hari Sabtu pada jam 8.30 pagi, SK
Dusun Nanding telah mengadakan Hari Bicara Akademik 2015. Program ini
melibatkan ibu bapa murid tahun 2 hingga tahun 5. Ini adalah untuk memberi
peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang sesama mereke mengenai
perkembangan pembelajaran serta sikap anak mereka di sekolah.

Oleh itu, kami telah mendapat dua


tugasan penting iaitu ahli jawatankuasa
pendaftaran dan fotografi. Nur Aishah
Asyiqin binti Haron dan Nur Izzati binti
Ajamain telah ditugaskan menjadi AJK
Pendaftaran manakala Che Nur Hidayah
binti Saufi dan Nor Hasanah binti Remeli
telah mendapat tugasan sebagai AJK
Fotografi. Seawal 7.30 pagi kami telah
sampai di sekolah untuk membuat persiapan tempat pendaftaran. Dalam jam 8.20
pagi ibu bapa telah mula hadir dan mendaftarkan diri.

AJK fotografi telah mengambil gambar bagi program Hari Bicara Akademik dan
program motivasi Tahun 6. Proses pendaftaran pula berjalan dengan lancar dan
kaunter pendaftaran telah ditutup tepat jam 11.30 pagi apabila kami melihat tidak
ada lagi ibu bapa yang hadir. Alhamdulillah program ini telah berakhir pada jam
12.30 tengah hari.