Anda di halaman 1dari 15

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Thursday, August 26, 2010

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Robert Mills Gagne

Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau
meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada
tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut
College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962),
dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan
Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne
juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland,
Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (19581961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai
pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan


ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para
perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua

bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua
bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk
arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses
Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan
yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian
meningkatkan pembelajaran."

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran


hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat
yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:


(a)Pembelajaran Isyarat
Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,
apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang
ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah
mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku.

Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan
memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah
dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.
b)Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya
gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja
sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali
akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk
mendapat pujian daripada ibunya.
(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran
sepertipermainan,

muzik,

elektronik,

mekanikal

dan

lain-lain.

Rangkaian

merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang
dijalankan.
d)Pembelajaran Pertalian Bahasa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian
berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
(e)Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk
memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa
yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting
berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk
rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting
dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada
maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk
disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep
yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas
supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
(g)Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
rumus, prinsip dan generalisasi.
h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep
dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat
beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari
maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu
model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan
maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa
pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut
ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne


Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula

daripada yang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru
mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar
telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.

Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru

merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya,


iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

http://asnaldi.multiply.com/journal/item/5
http://teoripiaget.blogspot.com/
http://dian75.wordpress.com/2010/07/29/teori-behavioristisme-kognitif-dan-konstruktivismeserta-implikasi-ketiga-teori-tersebut-dalam-pembelajaran/
http://www.docstoc.com/docs/21655218/Teori-Belajar-Kognitif
http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran
http://xpresiriau.com/artikel-tulisan-pendidikan/teori-pembelajaran-ausubel/

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE


Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan ahli psikologi
eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat
dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja
dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan
pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling
mudah kepada peringkat paling kompleks.
Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan
pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kecerdasan (intelektual), strategi
kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.
Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap
satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran
kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah
menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid
mestilah membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu
dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu benda
menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran kecerdasan
membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan
hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan
meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan
menggunakan maklumat itu.
Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang membolehkan si pelajar

memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat dan menggunakan maklumat.


Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi dalam
aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor juga memerlukan
pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif. Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau
bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang pula
mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait secara
langsung dengan perasaan, tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada seseorang
pelajar.
Kemahiran kecerdasan
Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan menyelesaikan
masalah.
Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56 ekor kambing
dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?

Diskriminasi
Dapat membezakan antara dua objek atau simbol.
Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q.
Konsep
Mengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai cirri-ciri yang sama.
Mamalia, tenaga dan atom.
Hukum
Perhubungan di antara sekumpulan konsep.
Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan keadaan sedia
ada.
Strategi Kognitif
Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.
Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan ingatan
maklumat kompleks.
Maklumat berbahasa
Menggunakan simbol, label dan fakta untuk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan.
Menyebut nama anggota-anggota ASEAN.
Kemahiran motor
Tindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi fizikal.
Menulis, berenang dan bermain badminton.
Sikap
Corak mempamerkan tingkah laku atau tindakan.
Memilih untuk menyertai persatuan sains dan menolak kelab muzik.

Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat
pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajran
tersebut ialah :
Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Misalnya untuk
menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah huraian
ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:
1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu
isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah
dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah
melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi
pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku
kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif
akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.
2- Pembelajaran ransangan tindak balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran
jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah
memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan
perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul
atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan
luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin
kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih
baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.
3- Pembelajaran melalui rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam
suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti
penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang
berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek
yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di
hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus
dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang
seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa
rangkaian kemahiran kecil seperti :
Kemahiran menghantar bola
Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola
Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang

kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang
dipelajari dahulu tidak dilupakan.
4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk
menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah
dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa
yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian
bahasa.
5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa
sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam
satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap
ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu
sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil.
Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh
pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain
seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis
haiwan ini.

6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbezabeza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu
dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas
pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep
melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui
tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik
dan bulu pelepah.
7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu
urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan
generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep,
rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang
melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang
berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah.
Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :
Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.

Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

8-Pembelajaran penyelesaian masalah


Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan
membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks.
Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses
penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian
masalah iaitu :
Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).
Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah


Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.
1- Pembelajaran Isyarat
a) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.
b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan.
Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.
2- Ransangan gerak balas
a) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan
b) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan
memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru
perlu memberi pujian.
3- Rangkaian motor
a) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.
b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan
spesifik.
c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik,
Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.
4- Prinsip pertalian bahasa

a) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya
perkembangan bahasa berlaku.
b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis
nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

5- Diskriminasi
a) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.
b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang
lain.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan
kutub dan gurun.
d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu
kategori.
6- Pembentukan konsep
a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.
b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.
c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen cuaca seperti berikut :

Cuaca
suhu
kelembapan
hujan

d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk
konsep dengan mudah dan jelas.
e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep,
iaitu:
Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting.
Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama dalam sesuatu
konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang dibuat oleh pelajar
dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat oleh mereka.
7- Pembentukan Hukum
a) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan
mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.
b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada aspek-aspek yang
penting dalam hukum.
c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.
d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.

e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.
8- Penyelesaian masalah
a) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh
pelajar.
b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi.
c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya
sendiri.
d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan

Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran


Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit.
Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan
dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.
Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara
berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti
pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya
melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu melalui pembelajaran isyarat,
contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak-kanak yang menghadapi masalah
penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai isyarat sesuatu.
Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanak-kanak biasa, jadi
ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.
Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) , masalah
pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain lagi mestilah diajar secara berulang-ulang
berdasarkan pembelajaran melalui rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar.

6 . 3 . 3 Te o r i

Pembelajaran

Gagne

Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan seorang ahli psikologieksperimental
yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telahterlibat dalam latihan dan
masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menuliskertas kerja dan buku tentang
psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisistugas menunjukkan pembelajaran berlaku
secara berperingkat (hierarchy )
, iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.Gagne
telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akandicapai
sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih
awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam
Rajah 6.7:
Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:(a)
Pembelajaran Isyarat
Seseorangindividumempelajarigerakbalasterhadapsesuatuisyarat.Contohnya,apabilaseseorang menguap, kita
dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram,
anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui
pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru

138
OUM
TEORI PEMBELAJARANTOPIK 6
masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan,
Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan
tingkah lakutersebut.(b)
Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya
gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia
dapat80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !. Ali akan mengulang
tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian
daripada ibunya.(c)
Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran
sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan
satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.(d)
Pembelajaran Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa


untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan
satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah
dipelajari dahulu.(e)
Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,
untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa
yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting
berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk
rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses
pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak
penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan
dalam ingatan jangka panjang
(f) Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,
iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat
membentuk konsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap
objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh
yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
(g) Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,
prinsipdan generalisasi.
(h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep
danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat
beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari
maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.Gagne (1974,
1977) dan Gagne dan Briggs (1979) telah mengemukakan satu
modelpembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat, di mana
lapanfasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin,1997).
Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam Rajah 6.8.
TOPIK 6TEORI PEMBELAJARAN
Rajah 6.8
: Fasa pembelajaran dan pengajaran Gagne
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan
d a l a m p e n g a j a r a n de n g an m e m b e ri kan p e rh at i an kep ad a du a
p e r k a r a b e r i k u t : Te o r i p e m b e l a j a r a n G a g n e m e n e k a n k a n s i s t e m
p e m b e l a j a r a n h a r u s b e r m u l a d a r i p a d a yang mudah (peringkat asas)
kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru
mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran
baru. S u p a y a p e m b e l a j a r a n m e n j a d i b e r k e s a n , G a g n e

m e n c a d a n g k a n a g a r g u r u m e r a n c a n g pengajaran yang meliputi langkahlangkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi
dengan 8 fasa pembelajaran.