Anda di halaman 1dari 2

Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN DADAH

(Ini adalah contoh gambar yang


di ambil dari laman google)
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia
berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:1.

Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana
tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu
juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram
hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman
minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30
tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman
mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta
Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau
$20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2.

Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras
isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini
bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat
terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak
yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan
sebagainya.
3.

Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas
dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat
perlu dilaksanakan.

4.

Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk
memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan
lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang
dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta
tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

(Ini adalah contoh gambar yang di


ambil dari laman Biro Kawalan Narkotik, Negara Brunei Darussalam)