Anda di halaman 1dari 1

TEMA NOVEL PANTAI KASIH

Tema novel Pantai Kasih ialah ketabahan hati seorang wanita menghadapi
pelbagai rintangan dalam menempuh kehidupnya. Antara contoh
ketabahan hati wanita ini dalam menempuh ranjau kehidupannya ialah,
Tabah menghadapi kematian anak perempuannya Doktor Raiha tabah
menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya
itu adalah seorang anak istimewa yang menghidapi down sindrom. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak
tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain
diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu
menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan
suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh
Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di
tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang
sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat
menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah
dengan sengaja membakar anaknya itu. Tabah menghadapi kegagalan
rumah tangganya Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya
Doktor Sadiz disebabkan keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya
agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau down
sinDoktorom. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila
sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian
kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah
merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas
suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan
siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul
dalam perbicaran, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya
sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaran di
mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan
dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantunggantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi
dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal
menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.