Anda di halaman 1dari 1

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa sudah agak lewat memperkenalkan konsep kebarangkalian

kepada pelajar apabila berada dalam tingkatan 4 & 5. Walaupun kita tahu konsep kebarangkalian sudah
diperkenalkan di sekolah rendah tetapi tiada kesinambungan di menengah rendah. Pelajar perlu
menunggu selama 3 tahun untuk mempelajari semula konsep kebarangkalian. Perkara ini merugikan
masa dan pelajar terbatas dalam konsep kebangkalian dalam membuat keputusan.
Pendapat saya konsep kebarangkalian harus diteruskan daripada tingkatan 1 hingga 3. Sylabus baru
harus diperkenalkan, dan kaedah pengajaran kebarangkalian perlu diberikan kepada tenaga pengajar
yang sedia ada walaupun guru-guru sudah didedahkan dengan konsep kebarangkalian semasa di
universiti ataupun maktab. Ini kerana apabila sudah lama sesuatu topik atau konsep tidak diajar maka
ramai dikalangan guru sudah lupa dan mengulangkaji semula isikandungan matapelajaran. Bahkan ada
diantara guru yang masih mengekalkan pendekatan, kaedah dan cara pengajaran topik matematik
mengikut kadah lama. Kaedah yang berbentuk experimen dapat membantu pelajar mendalami konsep
kebarangkalian dengan lebih baik walaupun memakan masa yang agak panjang. Oleh itu suatu kursus
oleh KPM perlu diadakan untuk membuka mata guru-gur dalam kaedah pengajaran kebanarkalian di
sekolah.
Saya juga bersetuju subjek kebarangkalian diperkenalkan lebih awal di menengah rendah kerana jika
dilihat ujian TIMMS dan PISA merangkumi konsep TIMSS dan PISA. Oleh itu rugi kepada pelajar malaysia
kerana tidak dapat menjawab soalan yang berbentuk kebarangkalian dan ini akan menjejaskan
kedudukan Malaysia di dalam dua peperiksaan ini.

Anda mungkin juga menyukai