Anda di halaman 1dari 8

Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya..

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf
bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-Aqib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
Arab Quraisy

Agama :
Islam

Tarikh Lahir :
Hari Isnin
12 Rabiul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiul Awal )
Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
Ummu Masud.

Tempat Lahir :
Di Syuaib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :

Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :


Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sadiah.

Nama-nama Pengasuh :
Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sadiyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar
Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, Aisyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab
bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris,
Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :


Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Kabah, Al-Muqawim,
Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :


Sufiah, Atikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :


Hamzah, Al-Abbas.
Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :


Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :


Aslam, Abu Rafi, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :


Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
Anas bin Malik, Abdullah bin Masud, Uqbah bin Amir, Asla bin Syarik, Bilal bin
Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :


Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-As, Zaib bin Thabit,
Muawiyyah, Ubai bin Kaab, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
Badan tinggi sedang.
Rambut ikal mayang.
Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :

Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah


[ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:


Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ],
Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :


Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
Gembala Kambing.
Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul


Umur 40 tahun di Gua Hira.

Guru Pertama :
Malaikat Jibril Alaihi Salam.

Tugas Utama :
Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :


Menjadi Nabi.
Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .

Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Quran.
Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :


Ulul Azmi [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].

Kenangan Manis :
Dibawa melancong dalam peristiwa Isra dan Miraj.

Kenangan Pahit :
Diusir oleh penduduk Taif.
Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu


Turunnya al-Quran Ayat Iqra [1-5 ayat, di Gua Hira] pada 12 Rabiul Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :


Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12
Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :


Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan
:
Abu bakar as-Siddiq.
Umar al-Khattab.
Uthman bin Affan.
Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :


Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :


Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :


Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :


Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :


Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :


Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :


Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha
bermula selepas waktu Isya hingga sebelum masuk waktu Su

Catat Rekod Dunia :


Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha
bermula selepas waktu Isya hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra &
Miraj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :


Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi :


Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :


Hassan bin Ali.
Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :


Abu Bakar.

Nasihat Nabi :

Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.

Wasiat Nabi :
Dalam Khutbah Wida [ Khutbah Selamat Tinggal ] Aku tinggalkan dua
perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang
dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.

Syafaat Nabi :
Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
Waktu pagi hari Isnin.
12 Rabiul Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
Umur 63 tahun , 4 hari.