Anda di halaman 1dari 7

PEMBANGUNAN STAF TERHADAP KEPUASAN BEKERJA GURU

Faktor seterusnya yang mempengaruhi kepuasan bekerja seorang guru adalah pembangunan
staf. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2013), pembangunan ialah
usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) dan staf pula ialah
kumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama (di bawah ketua yang sama) atau disebut
kakitangan. Pembangunan staf dilihat telah bergerak jauh daripada istilah latihan dalam
perkhidmatan dan berkembang kearah sistem pendidikan yang berterusan dan mantap.
Untuk mengembangkan kerjaya, guru perlu mencari dan mendapatkan peluang pembangunan
yang berterusan dan sejajar dengan standard yang dikehendaki kementerian. Laman
Wikieducator (2012) memberi gambaran bahawa latihan adalah melibatkan pembangunan
konsep kemahiran pengajaran, peraturan dan sikap dalam meningkatkan keberkesanan dalam
melakukan sesuatu kerja yang spesifik, manakala pembangunan staf menekankan peningkatan
dan pertumbuhan keupayaan individu dan kumpulan dengan organisasi. Menurut Kamus
MacMillan edisi pertama (2002), pembangunan staf adalah proses mendapatkan kemahiran,
kelayakan dan pengalaman yang membolehkan sesuatu kemajuan diperoleh dalam kerjaya.
Kent (2004) pula mendefinisikannya sebagai proses meningkatkan kemahiran dan kompetensi
staf yang diperlukan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Pembangunan staf mewakili
usaha bersahaja penyelia, ketua dan pentadbir (hal ehwal pelajar) dalam meningkatkan
keberkesanan ahli seterusnya membawa kepada peningkatan keberkesanan organisasi
(Winston & Creamer, 1997). Penerangan ini menunjukkan bahawa pembangunan staf secara
formal atau tidak formal adalah perlu untuk meningkatkan keberkesanan individu terhadap
tugasnya.
Street (1997) menyatakan bahawa pembangunan staf bukan sahaja tentang latihan tetapi juga
pengayaan pekerja di dalam sekolah. Sikap, kepercayaan dan kemahiran adalah penting untuk

kejayaan sesebuah sekolah. Pembangunan staf perlu sesuai dengan peranan setiap pekerja
dimana jumlah dan jenis pembangunan staf yang diperlukan adalah berbeza mengikut pekerja.
Scott (2000) menyarankan bahawa latihan, aktiviti serta program pembangunan yang
dijalankan perlulah meliputi semua staf (hal ehwal pelajar) yang bekerja agar ianya dapat
memenuhi kehendak kualiti perkhidmatan dan profesional serta pertumbuhan peribadi
individu itu sendiri. Beach dan Reinhartz (2000) berpendapat, ia perlu melibatkan semua
guru, sistematik, bersifat jangka panjang dan berorientasikan penambahbaikan proses
pembelajaran guru selain menggalakkan pembangunan pengetahuan dan kemahiran baru yang
membawa ke arah kejayaan, menggalakkan pencapaian matlamat dan membantu guru untuk
kekal dalam kerjaya. Kajian Barnett (2004), yang bertajuk Characteristics and Perceived
Effectiveness of Staff Development Practice in Selected High Schools in South Dakota,
menunjukkan bahawa kebanyakkan guru percaya bahawa latihan pembangunan staf
menggalakkan pertumbuhan profesional guru. Kebanyakkan aktiviti pembangunan staf
adalah respons kepada keperluan yang dinyatakan oleh guru dan pengurusan. Keperluan yang
dipenuhi membantu guru melaksanakan tugas dengan baik dan memberi kepuasan bekerja.
Berdasarkan keperluan yang dinyatakan, beberapa elemen efektif dalam pembangunan staf
telah digariskan. Guru perlu menyertai aktiviti kolaborasi secara aktif agar ia terkesan dari
segi pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan staf yang dilakukan juga perlu selari dengan
standard yang ditetapkan oleh pihak daerah dan kementerian agar boleh digunapakai pada
situasi tertentu. Pembangunan ini juga menyediakan peluang untuk pertanyaan dan
penambahbaikan mengenai praktis dan refleksi kepada individu selain meliputi pedagogi
spesifik atau dalam lingkungan pengetahuan guru. Elemen yang terakhir untuk pembangunan
staf pula ialah tempoh masa pembangunan profesional perlu kekal, sentiasa dibina dan
berkembang sepanjang masa. Latihan membantu meningkatkan produktiviti pekerja dengan
meningkatkan kebolehan dalam melaksanakan tugas. Program latihan dan pembangunan guru

yang berkesan dilihat akan mempercepat proses pembelajaran dan meningkatkan prestasi
mereka, seterusnya meghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Berdasarkan kajian Giacometti
(2005) yang bertajuk Factor Affecting Job Satisfaction and Retention on Beginning
Teachers, antara punca yang menyebabkan ketidakpuasan bekerja bagi guru ialah faktor
emosi dalam menjalankan tugas. Guru yang produktif adalah lebih cenderung untuk berpuas
hati terhadap diri sendiri, kerja dan sekolah serta akan gembira dalam melaksanakan tugas
serta kurang tertekan kerana merasakan kebolehan mereka dihargai.
Kekal dalam kerja, sentiasa bermotivasi dan komited untuk mendidik pelajar menunjukkan
bahawa seorang guru itu berpuas hati dengan kerjaya yang dipilih. Kelebihan keberkesanan
latihan adalah termasuk meningkatkan produktiviti pekerja, meningkatkan kepuasan bekerja
bagi pekerja, mengekalkan dan meningkatkan kemahiran pekerja dan membantu dalam
motivasi pekerja (Maimunah Aminuddin, 2011). Kepuasan ini didorong oleh faktor
pembangunan staf yang sentiasa diamalkan oleh sekolah dan kementerian dalam
mengembangkan potensi guru. Menurut Cindy Waters (2005), Guru Besar di Kimball
Elementary National City School District, beliau menekankan prinsip galakan berterusan
dalam menyediakan peluang dalam pembangunan stafnya. Guru dan staf akan sentiasa diberi
akses untuk membangunkan diri agar sesuai dengan pembangunan yang diperlukan. Beliau
menyatakan seorang guru besar juga perlu mempunyai sikap mudah menyediakan apa sahaja
yang diperlukan oleh guru dalam membantu mereka meningkatkan kompetensi diri dan
pelajar seterusnya berasa puas dengan kerja dan kerjaya. Kepuasan bekerja boleh ditingkatkan
dengan penambahbaikan dalam pengurusan sumber manusia, latihan penyelia dan peluang
pembangunan untuk pekerja.
Pembangunan staf di sekolah menglibatkan fungsi sumber manusia dalam peningkatan
pengetahuan, kemahiran, tingkah laku, sikap, dan memberikan peluang sama rata kepada
semua individu yang terlibat dalam apa jua bidang tugas di sekolah. Champion (2003)

berpandangan bahawa peluang yang tetap serta pengalaman untuk pembangunan staf sentiasa
ada dan berkembang dalam profesion perguruan. Pembangunan staf yang dirancang dengan
teliti dapat menyediakan keperluan kemahiran, pengetahuan dan pemahaman kepada staf
untuk memastikan sekolah mencapai matlamat dan menerima kesan praktikal yang jelas
selain membantu dalam meningkatkan potensi dan kepuasan kerja. Latihan pembangunan
dapat menyediakan guru kepada pengayaan dan penambahbaikan dalam kerjaya selain
berusaha membaiki diri kearah pembelajaran sepanjang hayat. Dengan bantuan serta
sokongan pihak kementerian dan pentadbir yang sentiasa memotivasi dan menuntut
pembangunan staf, usaha ini dilihat membantu memberi kesejahteraan dan kepuasan dalam
kerjaya yang dipilih. Kepuasan kerja akan mengubah personaliti guru supaya potensi
sebenarnya dapat ditonjolkan sejak awal pembabitan dalam profesion perguruan.
Dapat dilihat bahawa aktiviti pembangunan staf dengan galakan pentadbir penting bagi
melahirkan guru yang mempunyai kepuasan dalam bekerja. Menurut Teori Hierarki Maslow
(1954), apabila keperluan asas, keselamatan, kasih sayang dan seterusnya keperluan
penghargaan individu dipenuhi, individu terbabit akan akhirnya cuba mencapai keperluan
kesempurnaan diri dengan berasa puas dengan pencapaian diri dan terus memastikan dirinya
bermotivasi untuk terus berjaya dalam hidup. Pemimpin perlu sentiasa peka dan
menggalakkan stafnya untuk sentiasa membangunkan diri dan kemahiran agar kepuasan kerja
dapat dicapai seperti kata Beach & Reinhartz (2000); Sebagai seorang pemimpin dan
penyelia, pengetua perlulah sentiasa peka terhadap perbezaan dan kepelbagaian tahap dalam
pembangunan guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan guru.
Kesimpulannya, pembangunan staf adalah amat penting dalam menjamin kejayaan sesebuah
institusi kerana apabila kemahiran guru itu ditambahbaik, secara amnya keyakinan serta
motivasi guru akan meningkat dan memberikan kepuasan kepadanya untuk terus kekal dalam
kerjaya dan membantu pelajarnya menjadi insan yang cemerlang.

Bibliografi.

Adem Bayar. (2014). Satisfaction Levels of Teachers in Professional Development Activities


in Turkey. Turkish Studies International Periodical For The Languages, Literature
and History of Turkish or Turkic Volume 9/2 Winter 201, p.321-333, ANKARATURKEY.

A handbook for staffing practices in student affairs (2008). Staff Development. Retrieved
from http://www.staffingpractices.soe.vt.edu/staffdev.htm

Barnett,E. (2004). Characteristics and Perceived Effectiveness of Staff Development Practices


in Selected High Schools in South Dakota. Educational Research Quarterly, 28(2), 318.

Beach, D.M. & Reinhartz, J. (2000). Supervisory Leadership. Focus on Instruction. United
States:A Pearson Education Company.

Champion, R. (2003). Taking measure: The real measure of professional development


programs effectiveness lies in what participants learned. Journal of Staff
Development, 24(1), 15.

Education Leadership Policy Toolkit (2005). Leadership & Human Development. Retrieved
from http://www.ecs.org/MetLifeToolkit/development/development.htm

Giacometti K.S.M. (2005). Factors Affecting Job Satisfaction and Retention of Beginning
Teachers. United States of America: Virginia Polytechnic Institute and State
University.

Johnson, B. (2014). Why Quality Professional Development for Teachers Matters? Retrieved
from

http://www.edutopia.org/blog/why-quality-professional-development-teachers-

matters-ben-johnson

Kent, A.M. (2004). Improving Teacher Quality through Professional Development. General
Education Journals, Spring, Vol.124, No. 3.

Kamus Dewan. (4th ed.). (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MacMillan

Dictionary.

(2002).

Professional

Development.

Retrieved

from

http://www.macmillandictionary.com/dictionary/british/professional-development

Maimunah Aminuddin. (2011). Human Resource Management. Principles and Practices.


Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Maslow, A. (2006). On Dominace, Self Esteen and Self Actualization. Ann Kaplan: Maurice
Basset. Hlm. 153, 168, 170-172, 299-342.

Scott, J. (2000). Creating effective staff development programs. In M.J. Barr & M. K. Desler
& Associates, The handbook of student affairs administration (2nd ed., pp. 477-491). San
Francisco: Jossey-Bass.

Sparks D. & Loucks-Horsley S. (1989). Five Models of Staff Development. Journal of Staff
Development, Fall, Vol. 10, No. 4.

Street, P. (1997). Managing Schools in the Community. England: Arena.


Wikieducator.

(2012).

Training

and

Staff

Development.

Retrieved

from

http://wikieducator.org/Lesson_3.Training_and_Staff_Development
Winston, R. B. & Creamer D. G. (1997). Improving staffing practices in student affairs. San
Francisco: Jossey-Bass.

Anda mungkin juga menyukai