Anda di halaman 1dari 7

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA BALING

1. Gelanggang permainan
Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol
atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain
kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2
meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol
selepas menjaringkan gol
2. Bola
Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12
tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1
digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke
bawah.
3. Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang.
Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bilabila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu
sebelum pemain pengganti masuk

4.

4. Pakaian

Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna
baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain
gelanggang pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang
seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.

5.

5. Pengadil

Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan
keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh
seorang penjaga masa dan seorang pencatat.

6.

6. Tempoh Permainan

Bagi kumpulan lelaki 18 tahun ke atas, 30 minit setiap separuh masa dengan 10
minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan),
20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan

di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap
separuh masa.

7.

7. Permainan Pasif

Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif.
PASIF bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau
menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan
lawan.

8.

8. Memulakan Permainan

Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah


menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah
berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter
dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah.
Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.

9.

9. Jaringan Gol

Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol.
Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.

10.
a.

10. Memainkan Bola


Pemain dibenarkan :
Mengambil 3 langkah dengan bola.
Memegang bola maksimum 3 saat.
Menggelecek.
Menjunam untuk mendapatkan bola.

b.

Pemain tidak dibenarkan :


Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.

Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

11.

11. Menghadang Pihak Lawan

Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan
atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki
untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak
lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa
membuat jaringan.

12.

12. Balingan ke Dalam

Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau
di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini
mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya
sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3
meter dari pembaling.

13.

13. Balingan ke dalam di sudut

Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar
melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di
sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki
memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari
pembaling.

14.

14. Balingan Pengadil

Ia diberikan apabila :
14.1.

Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.

14.2.

Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

15.

15. Balingan Percuma

Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari
tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali
15.1.
Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat di luar
garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum
bola dimainkan.
15.2.
Bila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan
penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.
(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
15.3.
Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar
garisan 9 meter.
15.4.
Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola
tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol. Balingan ini
diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang
semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum
balingan dilakukan.

16.

16. Balingan 7 meter (penalti)

Balingan ini diberikan apabila


16.1.

Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.

16.2.

Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.

16.3.
Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola
tersebut disentuh oleh penjaga gol. Semua pemain mesti berada di luar garisan 9
meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak
garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar
hingga 4 meter dari garisan golnya.

17.

17. Balingan Gol

Balingan ini diberikan apabila


17.1.

bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.

17.2.

bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

18.

18. Hukuman Susulan

Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan
percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat.
Antara hukuman yang boleh diberikan :
18.1.

Amaran (Kad Kuning)

18.2.

2 minit penggantungan

18.3.

Penyingkiran

18.4.

Pembatalan

PEMAIN-PEMAIN
1. Biasanya mengandungi 12 orang pemain (sepuluh orang pemain gelanggang dan dua orang
penjaga gol). Bilangan maksimum, iaitu tujuh orang pemain hendaklah berada di dalam
gelanggang (enam orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol). Lima orang pemain
lain ialah pemain pengganti. Penjaga gol dibenarkan bermain sebagai pemain gelanggang dan
pemainpemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol.
2. Sekurang-kurangnya lima orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah berada di
kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh ditambah hingga ke
tujuh orang, semasa perlawanan.
3. Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggang hanya dari tempat pengganti. Tempat
duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan meja penjaga masa.
4. Jika seseorang pemain semasa bermain, menyeberangi atau melangkah keluar satu
daripada garisan-garisan sempadan, tetapi dengan serta-merta memasuki semula ke dalam
gelanggang, maka dia tidak dianggap sebagai meninggalkan gelanggang. Nota: Menyeberang
atau melangkah garisan sempadan dengan tujuan mendapatkan kelebihan akan dihukum
dengan memberikan balingan percuma kepada pihak lawan.
5. Pengganti dibenarkan menyambung permainan pada bila-bila masa tanpa memberitahu
penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan padang terlebih dahulu
sebelum penggantinya masuk.
6. Kesalahan penggantian akan dihukum dengan balingan percuma dan diambil dari tempat di
mana pemain itu melakukan kesalahan. Selain itu, pemain berkenaan akan digantung selama
2 minit. Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan berhenti, pemain
berkenaan akan digantung 2 minit dan permainan akan dimulakan dengan balingan percuma.
7. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa(seragam). Penjaga gol hendaklah
memakai warna yang berasingan dengan pemain-pemain pasukannya dan pemain-pemain

pasukan lawan. Pemain-pemain akan memakai nombor 1 hingga nombor 20. Nombor 1, 12
dan 16 dihadkan kepada penjaga gol sahaja. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa
atau boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan. Memakai gelang, jam tangan dan apa jua alat
yang dianggap merbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan.
8. Hanya pemain-pemain pengganti dan pemain-pemain yang digantung serta empat orang
pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di tempat penggantian.
9. Tiap-tiap ketua pasukan mesti memakai kain lengan dengan ukuran 4cm lebar dan
warnanya mesti bertentangan dengan warna pakaian pemain itu.
10. Jika seorang pemain berdarah atau terdapat darah pada badannya, atau pakaiannya,
pemain itu mesti meninggalkan gelanggang dengan serta merta dan digantikan supaya luka
dan badannya dapat dirawat dan pakaiannya dapat dibersihkan sebelum masuk seula ke
dalam gelanggang. Jika seorang pemain itu tidak mematuhi syarat di atas, dia dianggap
sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan dan akan diberi amaran.
11. Dalam kes kecederaan, pengadil akan memberi kebenaran kepada dua orang pemain atau
pegawai pasukan berkenaan masuk ke gelanggang untuk menolong pemain yang cedera itu.
PENCATAT DAN PENJAGA MASA
1. Pencatat hendaklah menyimpan rekod dan bersama-sama dengan penjaga masa mengawal
pemain-pemain yang masuk ke gelanggang.
2. Penjaga masa akan mengawal:
a) Masa
b) Pemain-pemain pengganti yang masuk dan keluar dari kawasan permainan.
c) Masa penggantungan
d) Bersama-sama dengan pencatat, kemasukan pemain-pemain.
Penjaga masa hendaklah memberikan bunyi isyarat menandakan berakhirnya separuh masa
pertama dan tamatnya permainan.
3. Apabila berlaku gangguan masa permainan, penjaga masa akan memberitahu pegawaipegawai berapa lama masa bermain dan berapa lama masa yang tinggal.
4. Masa penggantungan bermula apabila pengadil meniup wisel untuk memulakan permainn
dan akan berakhir selepas 2 minit.
5. Apabila balingan percuma atau balingan penalti diberi sebelum tamat kedua-dua masa
permainan (atau masa tambahan), penjaga masa akan menunggu dan menentukan keputusan
balingan itu sebelum memberikan isyarat akhir, walaupun tempoh permainan sudah tamat.
Penjag masa akan memberi isyarat.

a) jika bola dibaling ke gol tanpa sebarang kesalahan, tidak kira sama ada bola terkena gol,
penjaga gol atau pemain gelanggang daripada pasukan menahan.
b) Jika bola tidak berhenti di dalam gol atau i

Anda mungkin juga menyukai