Anda di halaman 1dari 22

BUKU PROGRAM DAN BUKU ABSTRAK

bbb

KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINDAKAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH
(PEMBELAJARAN JARAK JAUH)

TARIKH:
10 APRIL 2016
TEMPAT:
BILIK BTM 1

ANJURAN
JABATAN MATEMATIK
DAN
PELAJAR PPG (PJJ)
MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah dan izin-Nya,
Kolokium Penyelidikan Tindakan Matematik Pendidikan Rendah peringkat IPG Kampus
Pendidikan Islam dapat dilaksanakan lagi pada tahun ini. Sekalung tahniah dan
penghargaan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa dan semua peserta yang terlibat.
Siswa Pendidik perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai bidang, serta berani melakukan perubahan ke arah kreativiti dan inovasi.
Keperluan tersebut bersesuaian dengan lonjakan perubahan pendidikan Matematik
tuntutan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif dalam menghasilkan
strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan berkesan bagi melahirkan modal
insan berkualiti.
Pelaksanaan Kolokium ini tentunya dapat memberi pengalaman berguna kepada siswa
pendidik supaya menjadi guru yang efektif dalam mempraktikkan pengajaran Matematik
yang kreatif dan inovatif. Pengalaman yang ditimba amat penting sebagai persediaan
menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Sekaligus akan melonjakkan
kecemerlangan Siswa Pendidik yang dilahirkan oleh IPG ini.
Akhir kata, semoga usaha kita mengadakan Kolokium ini akan menjadi amalan yang
diterima Allah S.W.T kerana niat yang murni ini telah berjaya dizahirkan melalui
penyelidikan yang dihasilkan.
Sekian, terima kasih.

HAJAH NIK SAMIHAH BINTI N. MOHD. MAIDIN


Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam

KATA ALU-ALUAN
PENYELARAS
PENYELIDIKAN TINDAKAN MTE 3153
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, terlebih dahulu sebesar-besar pujian dipanjatkan kepada Allah Taala,


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
siswa pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pembelajaran Jarak Jauh)
Semester 8 berjaya menganjurkan Kolokium Penyelidikan Tindakan PPG (Pendidikan
Matematik) Tahun 2016, sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan.
Kolokium seperti ini dapat memberi peluang kepada Siswa Pendidik untuk menyampaikan
hujah-hujah mereka berasaskan bukti-bukti konkrit yang telah diambil semasa kajian.
Mereka juga dapat berkongsi idea penambahbaikan yang telah dilakukan sekaligus dapat
dimanfaatkan oleh Siswa Pendidik yang lain.
Melalui program kolokium ini, amalan penyelidikan dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan dan terus disuburkan dalam kalangan Siswa Pendidik apabila keluar selesai
menamatkan pengajian nanti. Kajian seperti penyelidikan tindakan mampu memberi impak
yang positif bagi meningkatkan amalan pedagogi berinovasi dalam kalangan pendidik.

Selain itu, kolokium ini berperanan sebagai pemangkin kepada penemuan baharu dan
penciptaan bahan bantu mengajar yang inovatif serta dapat dijadikan platform
pembentangan hasil dapatan yang boleh dikongsi bersama dalam menambahbaik kualiti
dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasrat ini amat bertepatan dan selari dengan aspirasi
yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM)
Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kolokium
ini. Semoga dengan penganjuran kolokium sebegini dapat menghasilkan modal insan yang
cemerlang dalam bidang pendidikan dan menjadi harta intelek yang berharga dalam
meningkatkan kualiti pendidikan yang mampu memberi impak yang bermanafaat kepada
komuniti, negara dan seterusnya dunia. Sekalung tahniah kepada ahli Jawatankuasa yang
bertungkus lumus melaksanakan tugasan masing-masing bagi menjayakan Kolokium
Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik (Pembelajaran
Jarak Jauh) tahun 2016. Saya berharap supaya usaha seperti ini dapat diteruskan pada
tahun-tahun yang akan datang.
Sekian. Wassalam

(PN WAN KAMARIAH WAN ABDULLAH)


Penyelaras Kajian Tindakan
Jabatan Matematik
3

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

ATURCARA PROGRAM

JADUAL PEMBENTANGAN

SENARAI NAMA PEMBENTANG

SENARAI ABSTRAK

PENGHARGAAN
JAWATANKUASA PELAKSANA KOLOKIUM
Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Puan Hajah Nik Samihah binti Nik Mohd Maidin


Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam

Dr. Mohamad Husin bin Mohammad Yusof


Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam
Pensyarah-pensyarah
Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan

Pensyarah-pensyarah
Jabatan Matematik
Dan
Semua pihak yang membantu menjayakan kolokium ini

PENGENALAN
Penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi pengetahuan baharu
melalui pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan ini dilaksanakan untuk
meningkatkan kualiti amalan pendidikan.
Selain itu, penyelidikan tindakan dijalankan oleh kebanyakan guru dengan tujuan
untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka.
Fokus kolokium penyelidikan tindakan ini adalah untuk melihat sejauh mana
kekangan yang dihadapi oleh guru pelatih Matematik Pendidikan Rendah sepanjang
pengajaran mereka di sekolah dapat diatasi melalui kaedah-kaedah yang mereka
perkenalkan.

OBJEKTIF
1. Melahirkan generasi pendidik yang bercita-cita tinggi, berpandangan jauh,
gigih berusaha, berani dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.
2. Meningkatkan tahap keyakinan diri dan rasa bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
3. Memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenalpasti
teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
4. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja mengurus,
menganjur serta mengendalikan sesuatu program.

JAWATANKUASA KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penaung 1

: Hajah Nik Samihah binti N. Mohd. Maidin


Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Penaung 2

: Dr. Mohamad Husin bin Mohamad Yusuf


Timbalan Pengarah IPG KampusPendidikan Islam

Penasihat

: Dr. Yusminah binti Mohd Yusof


Ketua Jabatan Matematik

Penyelaras

: Pn. Wan Kamariah binti Wan Abdullah


Penyelaras Kajian Tindakan Matematik

Pengarah Program : Hayati binti Yusof


Penolong Program : Ramli bin Baba
Setiausaha

: Roshida binti Abu Yazid

Bendahari

: Aspalaila binti Jamali

Protokol
1) Ramli bin Baba

J/Kuasa Makanan
Pelajar Ambilan Khas 2013

Juruacara Majlis
1) Hayati binti Yusof
2) Ramli bin Baba
Jawatankuasa Banner &Banting
1) Ramli bin Baba

J/Kuasa Persiapan Tempat


Pelajar Ambilan Khas 2013

Jawatankuasa Brosur & Buku Program


1) Dg Sarmila binti Sidek
2) Hayati binti Yusof

J/Kuasa Sijil & Cenderahati


1) Sivagami a/p Ramasamy
2) Nik Zarina Binti Yunus
J/Kuasa Dokumentasi
1) Lim Swee Fong

Jawatankuasa Pembentangan
a) Penjaga Masa
1) Nor Sabarina binti Sauid
2) Dg Sarmila binti Sidek
2) Loceng
1) Sivagami A/P Ramasamy
2) Nik Zarina Yunus

c) Reminder
1) Lim Swee Fong

A
T
U
R
C
A
R
A
P
R
O
G
R
A
M
( BILIK BTM 1)

Tarikh /
Hari

10 April
2016
Ahad

Masa

Perkara

07:30 pagi

Pendaftaran
Taklimat Urusetia

08:00 pagi

Ketibaan panel penilai dan pensyarah


penyelia

08:15 pagi

Bacaan Doa

08:30 pagi

Pembentangan Slot 1

10:30 pagi

Rehat dan Kudapan

11:00 pagi

Pembentangan Slot 2

01:00 tgh

Sesi Penutupan

01:30 tgh

Bersurai

JADUAL PEMBENTANGAN
Bilik BTM 1

Sesi

Masa

Pembentang

Pengerusi

Penilai 1

Penilai 2

08:30
09:00

Roshida bt Abu
Yazid

Ramli Baba

Datin Zaitun
Othman

Datin Dr Bushro Ali

09:00
09:30

Aspalaila Jamali

Hayati Yusof

Datin Zaitun
Othman

Datin Dr Bushro Ali

09:30
10:00

Lim Swee Fong

Ramli Baba

Datin Zaitun
Othman

Datin Dr Bushro Ali

10:00
10:30

Nor Sabarina
Sauid

Hayati Yusof

Dr Yusminah
Mohd Yusof

Datin Dr Bushro Ali

REHAT / KUDAPAN
10:30 11:00

11:00
11:30

Nik Zarina Yunus

Ramli Baba

Dr Yusminah
Mohd Yusof

Datin Dr Bushro Ali

11:30
12:00

Dg Sarmila Sidek

Hayati Yusof

Dr Yusminah
Mohd Yusof

Datin Dr Bushro Ali

12:00
12:30

Ramli Baba

Hayati Yusof

Wan Kamariah
W.Abdullah

Datin Dr Bushro Ali

12:30
01:00

Sivagami a/p
Ramasamy

Ramli Baba

Wan Kamariah
W.Abdullah

Datin Dr Bushro Ali

01:00
01:30

Hayati Yusof

Ramli Baba

Wan Kamariah
W.Abdullah

Datin Dr Bushro Ali

SENARAI NAMA PEMBENTANG DAN TAJUK KAJIAN


Pembentang

Nama Pembentang

Roshida bt Abu Yazid

Aspalaila Jamali

Lim Swee Fong

Tajuk Kajian
Teknik Pair Ten Meningkatkan Kemahiran
Murid Tahun 1 Menolak Nombor Satu Digit
Daripada Dua Digit Secara Pengumpulan
semula
Teknik Petak Sifir Pelbagai Guna (SPG)
Membantu Murid Mendarab Dua Nombor
Satu Digit Tahun 3
Teknik Petak Sifir Membantu
Meningkatkan Penguasaan Murid-murid
Dalam Mempermudahkan Pecahan Setara
Dalam Kalangan Murid Tahun 4

Nor Sabarina Sauid

Meningkatkan Kemahiran Mendarab Tiga


Digit Dengan Satu Digit Bagi Murid Tahun 5
Menggunakan My-Rainbaow-Card

Nik Zarina Yunus

Mendarab Nombor Tiga Digit Dengan Dua


Digit Menggunakan Teknik Palang Bagi
Murid Tahun 4

Dg Sarmila Sidek

Teknik Magic Fingers Membantu Murid


Tahun 5 Menukarkan Pecahan Unit Kilogram
Kepada Gram

Ramli Baba

Jari Pesa Membantu Meningkatkan


Kemahiran Mendarab 2 Digit Dengan 1 Digit
Murid Tahun 4

Sivagami a/p Ramasamy

Meningkatkan Kemahiran Mendarab Dua


Nombor Dua Digit Menggunakan Teknik
Pecah Darab Tambah

Hayati Yusof

Teknik Read CUTtS and Talk(RCT) Untuk


Membantu Murid Menyelesaikan Masalah
Berayat Bagi Topik Penambahan Dan
Penolakan Tahun 4

1
0

SENARAI
ABSTRAK
PENYELIDIKAN

TINDAKAN

11

ABSTRAK 1
TEKNIK PAIR TEN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 1
MENOLAK NOMBOR SATU DIGIT DARIPADA DUA DIGIT SECARA
MENGUMPUL SEMULA
OLEH : ROSHIDA ABU YAZID
Tujuan utama kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk menambah baik amalan
pengajaran saya dalam membantu murid meningkatkan kemahiran menolak nombor dan
minat mereka terhadap topik ini. Responden kajian terdiri daripada empat orang murid
Tahun 1 Cekal daripada salah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor, iaitu dua
lelaki dan dua perempuan yang menghadapi masalah menolak dua nombor secara
mengumpul semula. Kajian ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran. Data telah dikumpul
dalam kedua-dua kitaran menggunakan lima kaedah iaitu ujian, temu bual, analisis
dokumen, pemerhatian dan nota lapangan. Kesemua kaedah kumpul data dilaksanakan dua
kali iaitu sebelum dan selepas memperkenalkan teknik Pair Ten. Dapatan kajian kitaran
satu, menunjukkan teknik Pair Ten dapat membantu murid meningkatkan kemahiran dan
minat dalam penolakan nombor. Namun dalam kitaran pertama terdapat beberapa
kelemahan. Hanya dua orang responden sahaja yang dapat menguasai kemahiran menolak
nombor. Oleh itu saya telah melaksanakan penambahbaikan dalam kitaran dua kepada dua
orang responden lagi. Data telah dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian
teknik Pair Ten dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran untuk menolak
nombor dua digit dan satu digit dalam lingkungan 100 secara mengumpul semula dalam
bentuk lazim dengan lebih mudah dan ringkas. Responden juga dilihat menunjukkan minat
untuk belajar matematik. Kesimpulannya, teknik Pair Ten ini telah membantu menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya.

12

ABSTRAK 2

TEKNIK PETAK SIFIR PELBAGAI GUNA (SPG)


MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENDARAB DUA NOMBOR
SATU DIGIT
OLEH : ASPALAILA JAMALI

Kajian tindakan ini dijalankan untuk tujuan menambah baik amalan pengajaran saya
dalam membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran dan minat mereka mendarab 2
nombor 1 digit. Saya telah melakukan kajian ini kepada 3 orang murid lelaki Tahun 3
Pintar dari sebuah sekolah di Rawang. Dalam kajian tindakan ini saya telah
memperkenalkan teknik petak sifir pelbagai guna (SPG) kepada 3 peserta kajian tersebut
yang lemah menghafal sifir dan seterusnya lemah dalam menguasai kemahiran
mendarab 2 nombor 1 digit. Kelas 3 Pintar ini adalah kelas yang ke sepuluh daripada
sebelas kelas tahun 3. Peserta kajian saya pilih adalah antara murid yang mendapat
markah terendah dalam ujian awal yang diadakan.Kajian dilaksanakan dalam dua kitaran
iaitu sebelum dan selepas teknik petak SPG diperkenalkan.
Hasil tinjauan awal ujian, analisis dokumen, temu bual dan catatan reflektif murid,
mendapati ketiga-tiga peserta kajian tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi
darab 2 nombor 1 digit. Hal ini desebabkan mereka tidak memahami konsep darab dan
tidak menghafal sifir 1 hingga 9. Dapatan ujian, pemerhatian, temu bual dan catatan
reflektif setelah teknik petak SPG diperkenalkan mendapati bahawa teknik petak SPG
mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian dan minat murid mendarab 2
nombor 1 digit. Beberapa cadangan ada dibincangkan untuk tujuan kajian akan datang.

13

ABSTRAK 3
TEKNIK PETAK SIFIR MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID-MURID DALAM MEMPERMUDAHKAN PECAHAN SETARA DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 4
OLEH : LIM SWEE FONG

Kajian Tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
mempermudahkan pecahan setara kepada bentuk termudah. Dapatan kajian daripada
analisis refleksi pengajaran harian pengkaji didapati murid sering kali murid tidak
mempermudahkan jawapan hasil daripada penambahan atau penolakan pecahan kepada
pecahan termudah. Seramai 3 orang responden yang bermasalah daripada 19 orang murid
di kelas Tahun Empat di sebuah sekolah yang telah terlibat dalam kajian. Data
dikumpulkan melalui analisis dokumen iaitu refleksi pengajaran harian pengkaji dan
latihan-latihan responden, temubual berstruktur sebelum dan selepas serta ujian sebelum
dan ujian selepas. Kaedah analisis kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk menganalisis
data. Berdasarkan hasil dapatan analisis pola. Kekerapan kesalahan terbanyak adalah
kesalahan prosedur iaitu tertinggal langkah. Daripada temubual sebelum, didapati 1 orang
daripada 3 orang responden telah menguasai penggunaan petak sifir dengan sepenuhnya.
Ujian sebelum dan ujian selepas yang dilakukan juga menunjukkan peningkatan min
pencapaian responden 65 markah daripada min ujian sebelum 2 iaitu 32.5 markah dan min
ujian selepas sebanyak 97.5 markah. Pengkaji merumuskan bahawa kesalahan utama telah
dikenalpasti iaitu kesalahan prosedur dan didapati bahawa kaedah petak sifir telah
membantu murid dalam penguasaan kemahiran mempermudahkan pecahan setara.

14

ABSTRAK 4

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB


TIGA DIGIT DENGAN SATU DIGIT BAGI MURID TAHUN 5
MENGGUNAKAN MY-RAINBOW-CARD
OLEH : NOR SABARINA BINTI SAUID

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menambah baik amalan pengajaran guru
dalam membantu meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab tiga digit dengan satu digit
menggunakan MY-RAINBOW-CARD. Masalah yang berlaku dalam kalangan murid Tahun
5 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Hulu Langat, Selangor di mana kesukaran mereka
menyelesaikan soalan berkaitan dengan pendaraban menjadi pencetus idea kajian ini
dilaksanakan. Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada empat orang responden Tahun 5 iaitu
dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Responden ini dipilih berdasarkan
keputusan Penilaian Berasaskan Sekolah serta beberapa kiteria sampingan yang lain. Data
kajian telah dikumpul secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui kaedah
temu bual dan catatan reflektif murid. Berbeza pula dengan cara mendapatkan data kuantitatif
yang berdasarkan temu bual, pemerhatian dan ujian. Data kualitatif dianalisis secara naratif
manakala data kuantitatif dianalisis secara diskriptif. Secara keseluruhan, dapatan kajian
mendapati penggunaan MY-RAINBOW-

CARD sewaktu pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran dan minat murid
dalam menyelesaikan soalan mendarab tiga digit dengan satu digit sekaligus menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam penguasaan kemahiran asas
pendaraban di dalam bilik darjah.

1
5

ABSTRAK 5
MENDARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT
MENGGUNAKAN TEKNIK PALANG
BAGI MURID TAHUN 4
OLEH : NIK ZARINA YUNUS

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid dalam mata pelajaran Matematik bagi
meningkatkan kemahiran di dalam operasi darab nombor tiga digit dengan dua digit. Murid
yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid dari kelas 4 Bestari di
sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tinjauan awal mendapati murid tersebut kurang menguasai
kemahiran mendarab dengan baik, tidak meletakkan digit mengikut nilai tempat yang betul
dan tidak menguasai pengumpulan semula di dalam proses penambahan. Bagi menangani
masalah tersebut, teknik Palang telah diperkenalkan dan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penekanan diberikan kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk
menguasai pendaraban serta menarik minat murid. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah analisis dokumen, analisis ujian, temu bual selepas tindakan dilakukan, soal selidik
sebelum dan selepas serta catatan reflektif murid. Data yang dikumpul dianalisis secara
kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis dapatan menunjukkan teknik Palang dapat
menambahbaik amalan pengajaran guru dan dapat menarik minat murid serta membantu murid
menguasai operasi darab. Justeru itu, teknik Palang dilihat sebagai satu teknik atau alternatif
yang sesuai digunakan untuk membantu murid yang kurang mahir di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran operasi darab.

1
6

ABSTRAK 6
TEKNIK MAGIC FINGERS MEMBANTU MURID TAHUN 5
MENUKARKAN PECAHAN
UNIT KILOGRAM KEPADA GRAM
OLEH : DG SARMILA SIDEK

Kajian ini dijalankan bagi membantu murid Tahun 5 menukarkan pecahan unit kg kepada
g. Dua orang responden yang mempunyai tahap pencapaian matematik terendah telah
dipilih dalam kajian yang dijalankan ini. Tinjauan awal yang dibuat ke atas murid
menunjukkan murid mempunyai masalah dalam menukarkan pecahan unit kg kepada g
serta tidak berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Magicfingers iaitu penggunaan sarung jari diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini. Data
kajian dikumpul secara kuantitatif iaitu melalui ujian serta secara kualitatif iaitu melalui
analisis dokumen, temu bual, pemerhatian dan catatan nota lapangan. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kemahiran dan minat murid dalam
menyelesaikan penukaran pecahan unit kg kepada g telah meningkat dan sekaligus
menambah baik amalan pengajaran saya dalam topik Jisim.

1
7

ABSTRAK 7
JARI-PESA MEMBANTU MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENDARAB 2 DIGIT DENGAN 1 DIGIT
MURID TAHUN 4
OLEH : RAMI BIN BABA
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah guru dapat meningkatkan
amalan pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk operasi darab dengan mengaplikasikan
Teknik JARI-PESA. Kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid
menyelesaikan soalan operasi darab melibatkan kemahiran darab 2 digit dengan 1 digit.
Seramai 2 orang murid Tahun 4 telah dipilih sebagai responden kajian. Kedua-dua
responden terdiri daripada murid yang lemah pencapaiannya. Kajian dilaksanakan dalam
masa 2 bulan. Data responden dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik sebelum dan
selepas kajian, ujian 1 dan ujian 2, temubual dan latihan yang dibuat oleh responden.
Tujuan data dikumpul untuk mendapatkan maklumat kajian. Semua data yang diperolehi
dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan responden
dapat mengaplikasikan teknik JARI-PESA untuk meningkatkan kemahiran mereka
menyelesaikan operasi darab melibatkan nombor 2 digit dengan 1 digit.

1
8

ABSTRAK 8

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENDARABAN


DUA NOMBOR DUA DIGIT
MENGGUNAKAN TEKNIK PECAH DARAB TAMBAH
OLEH : SIVAGAMI RAMASAMY

Kajian ini bertujuan untuk membantu menguasai kemahiran mendarab dua nombor dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Tamarai
dengan menggunakan kaedah pecah darab tambah. Kaedah pecah darab tambah
merupakan kaedah yang berguna bagi mendarab dengan dua digit nombor. Nombor yang
mendarab iaitu nombor dua digit dipecahkan mengikut tempat nilai. Ia akan dipecahkan
kepada sa dan puluh. Kemudian, nombor yang perlu didarab akan didarab dengan sa dan
puluh secara berasingan. Akhirnya kedua-dua hasil darab ditambah. Teknik pecah darab
tambah dapat merangsang minat murid untuk mendarab dua nombor dua digit dan
seterusnya mendorong minat mereka terhadap matapelajaran matematik. Kumpulan
sasaran saya terdiri daripada tiga orang murid Tahun 4 Tamarai yang didapati mempunyai
masalah dalam mendarab nombor dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang sederhana. Peningkatan yang
tinggi kepada pelajar ini menunjukkan keberkesanan teknik pecah darab tambah dalam
menyelesaikan masalah pendaraban. Apabila mereka telah menguasai teknik pecah darab
tambah, maka mereka dapat menjawab soalan-soalan pendaraban dua nombor dua digit
dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan.

1
9

ABSTRAK 9
TEKNIK READ CUTtS AND TALK (RCT)
UNTUK MEMBANTU MURID MENYELESAIKAN
MASALAH BERAYAT BAGI TOPIK
PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN TAHUN 4
OLEH : HAYATI BINTI YUSOF

Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk menambahbaik amalan


pengajaran dan pembelajaran guru untuk membantu meningkatkan kemahiran
murid serta minat dalam menyelesaikan masalah berayat bagi topik
penambahan dan penolakan dengan menggunakan teknik Read CUTtS and
Talk (RCT). Masalahnya berlaku di kalangan murid hasil analisis dan refleksi
pengajaran harian guru. Seramai empat orang peserta kajian yang
menunjukkan pencapaian rendah daripada 18 orang murid dari Tahun Empat
Bestari di salah sebuah sekolah di pinggir Kuala Lumpur. Teknik RCT
merupakan satu model penyelesaian masalah tiga fasa iaitu Read, CUTtS dan
Talk yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Model
penyelesaian masalah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota panduan.
Teknik ini telah dilaksanakan selama empat minggu. Cara pengumpulan data
yang digunakan termasuklah ujian awal dan ujian akhir, lembaran kerja,
pemerhatian, temu bual, soalselidik, dan penulisan memo atau refleksi. Data
terkumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data
mendapati bahawa murid dapat menyelesaikan masalah berayat dengan baik
setelah menggunakan teknik RCT. Malahan, murid-murid juga lebih berminat
untuk belajar matematik. Melalui kajian ini, teknik RCT telah berjaya
menambahbaik amalan P&P guru dalam membantu meningkatkan kemahiran
dan minat murid bagi menyelesaikan masalah matematik berayat.

2
0

AUTOGRAF

21

Anda mungkin juga menyukai