Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Saban hari kemalangan jalan raya sering meningkat ke suatu tahap yang
membimbangkan. Kemalangan jalan raya sering berlaku di sekitar tempat dimana kita
jua berada. Kemalangan jalan raya kebiasaan berlaku di jalan raya yang sesat.
Kemalangan jalan raya bakal menyebabkan kecederaan dan kematian tanpa diduga.
Punca kemalangan yang pertama ialah sikap negatif pengguna jalan raya
seperti suka memandu dengan laju. Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan
diberhentikan jika terdapat halangan di hadapan. Kenderaan yang dipandu laju
biasanya akan terbabas melanggar tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang.
Selain itu, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan
kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penggunaan
telefon bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian. Ia
boleh menyebabkan mereka tidak dapat mengendalikan kenderaan dengan baik.
Di samping itu, terdapat juga kes kemalangan disebabkan oleh pemandu
kenderaan yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak
atau dadah. Pemandu yang tidak akan dapat berfikir dengan waras tidak akan dapat
mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka dengan baik.
Faktor fizikal jalan raya juga menjadi punca kemalangan. Jalan raya yang
bengkang-bengkok, terlalu sempit, bersimpang-siur dan berlubang-lubang akan
mengganggu kelancaran pemanduan. Keadaan ini lebih berbahaya jika jalan raya tidak
dilengkapi lampu jalan.Keadaan gelap-gelita ini akan menyukarkan pemandu mengawal
kenderaannya.
Sikap cuai pengguna jalan raya turut mengakibatkan kemalangan berlaku.
Contohnya pejalan kaki yang tidak memerhati keadaan lalu lintas sebelum melintas
jalan raya atau tidak menggunakan jejantas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Tidak kurang juga kanak-kanak yang bermain-main seperti bertolak-tolakan semasa di
jalan raya.
Kesimpulannya, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Kita hendaklah mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan. Bah kata
pepatah, biar lambat asalkan selamat sewajarnya menjadi iktibar di kalangan pengguna
jalan raya.
NAMA : ___________________________
TARIKH : ___________________
NAMA : ___________________________
TARIKH : ___________________