Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami :
Tarikh

: 16 Julai

2013
Guru Besar,
SK. Petaling Jaya,
Lorong Masjid 1 (3/69-1),
46000 Petaling Jaya,
Selangor.
Melalui dan salinan:
Guru Besar,
SK Batang Lassa,
D/a Pejabat Pelajaran Daerah Daro,
96200 Daro, Sarawak.
Tuan,
MEMOHON PENANGGUHAN MELAPOR DIRI BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI SK PETALING JAYA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa surat kelulusan pertukaran ke Selangor
daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dengan No. Rujukan
JPS(W)/SPS(Ren)/153/08/13/06/02/Jld.50 (10) telah diterima oleh saya pada
16 Julai 2013 melalui Guru Besar SK. Batang Lassa.
3.
Merujuk surat berkenaan, kelulusan pertukaran adalah berkuatkuasa pada
I Julai 2013, justeru saya ingin memohon maaf kepada pihak Guru Besar SK
Petaling Jaya kerana tidak dapat melapor diri pada tarikh yang ditetapkan
disebabkan kelewatan penerimaan surat kelulusan pertukaran tersebut.
4.
Sehubungan dengan itu, saya juga memohon pertimbangan serta jasa
baik pihak Guru Besar untuk mengizinkan penangguhan melapor diri saya bagi
memberi ruang dan masa untuk saya menguruskan hal-hal berkaitan
perpindahan sebelum berpindah ke sekolah tuan. Untuk makluman pihak Guru
Besar, saya akan melapor diri di SK Petaling Jaya pada 19 Julai 2013 (Jumaat).
Segala perhatian serta kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan
saya dahului dengan setinggi penghargaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.
(RAHIMATON RAISYAH BINTI MUHAMMAD)

RAHIMATON RAISYAH BT MUHAMMAD


2277 KAMPUNG DARANG BUAYA,
JALAN SEK. MEN. SERI NERING,
22000 JERTIH, BESUT, TERENGGANU.

019 - 2752964

RAHIMATON RAISYAH BT MUHAMMAD


2277 KAMPUNG DARANG BUAYA,
JALAN SEK. MEN. SERI NERING,
22000 JERTIH, BESUT, TERENGGANU.

019 - 2752964

Anda mungkin juga menyukai