Anda di halaman 1dari 61

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

JABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

VEA 3023 - PERKEBUNAN DAN HORTIKULTUR


KUMPULAN : AMALI SELASA ( 4-7 P.M)
TUGASAN BERKUMPULAN
( LAPORAN AMALI DI LADANG )

ISI KANDUNGAN

PERKARA

PENGENALAN

MUKA SURAT

JENIS TANAMAN YANG DITANAM :


-

Tanaman Sayur Berdaun (Bayam Merah)

Tanaman Sayur Berbuah (Timun)

LAPORAN MINGGGUAN :
-

Tanaman Sayur Berbuah (Timun)

Tanaman Sayur Berdaun (Bayam Merah)

32

REFLEKSI INDIVIDU :
-

Refleksi Mohammad Shafiq bin Sadri

56

Refleksi Wan Nor Amalina binti Wan Adenan

57

Refleksi Mawar Nabila binti Jasimin

58

Refleksi Ain Zuriatie binti Ibrahim

59

PENGENALAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber penting kepada manusia untuk
menjalani kehidupan kerana ianya mengandungi sumber nutrien dan vitamin yang diperlukan
oleh badan manusia. Selain mengambil kira nutrien di dalam sayuran atau buah-buahan itu, kita
perlu mengetahui cara penanaman yang digunakan serta jenis biji benih yang disemai bagi
kelangsungan hidup manusia. Pada semester kali ini, kami berpeluang untuk mengambil subjek
Perkebunan dan Hortikultur (VEA 3023) yang mana pembelajarannya memfokuskan kepada
penanaman sayur sayuran berdaun dan berbuah. Berdasarkan pemerhatian sepanjang
pembelajaran subjek ini, terdapat pelbagai kaedah serta proses penanaman yang perlu dilakukan
bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Ketika kelas amali subjek ini berlangsung, kami diberi
pilihan untuk memilih jenis tanaman yang kami ingini oleh pengurus ladang iaitu Encik Syafiq
dan kami telah memilih tanaman iaitu bayam merah dan timun.
Dalam kelas amali pertama, kami telah diberi plot tanaman pelajar sebagai tapak
penanaman kami. Encik Syafiq dan pembantu ladang yang lain telah menerangkan bagaimana
untuk menyediakan batas yang cantik, kemas dan mengikut ukuran standard yang diperlukan
untuk menanam tanaman kami pada amali seterusnya. Proses penggemburan tanah juga
dilakukan bagi mendapatkan saliran tanah yang baik untuk tumbesaran tanaman nanti. Cara
penanaman bagi kedua dua tanaman adalah berbeza. Contohnya, tanaman berbuah seperti
timun memerlukan batas yang disungkup oleh silver shine dan perlu menyediakan pacak bagi
membenarkan tumbuhan tersebut menjalar. Namun, bagi sayur bayam pula, kami hanya perlu
menyiapkan batas yang cantik dan alur yang sama lebar untuk meletakkan biji benih yang telah
dicampur dengan pasir mengikut ratio yang ditetapkan bagi memastikan sayur tidak tumbuh
terlalu rapat.
Selain itu, kami turut diajar bagaimana untuk menjaga tanaman bagi memastikan ia
tumbuh dengan subur. Kami berpeluang untuk belajar cara membaja dan meracun mengikut
langkah yang betul. Antara baja dan racun yang digunakan ialah baja NPK green, baja urea, dan
racun serangga. Proses penjarangan juga dilakukan iaitu penanaman semula pokok yang mati
dengan benih yang telah disemai untuk mengelakkan batas kosong tanpa tanaman. Penyiraman
pula perlu dilakukan setiap hari iaitu pada waktu pagi atau petang kecuali hari hujan untuk
memberi tumbesaran yang baik kepada penanaman. Apabila rumput mula banyak, kami
1 | Laporan Amali VEA 3023

melakukan proses merumpai serta mencabut rumput untuk mengelakkan persaingan tanaman
kami bagi mendapatkan keperluan asasnya. Bagi tanaman timun, junjung serta para mesti dibuat
untuk memudahkan pokok menjalar dan menghasilkan buah timun yang elok.
Sepanjang kelas amali diadakan, kami dibantu oleh pensyarah kami iaitu Encik Abu
Bakar, pengurus ladang, Encik Syafiq dan pembantu, Encik Ali, Encik Azman dan Encik Saiful
yang sangat sabar dan bersedia memberi tunjuk ajar yang baik kepada kami walaupun kami
terpaksa bertanya banyak kali untuk mengetahui sesuatu proses atau kaedah penjagaan tanaman
yang diterangkan. Alhamdulillah, segala titik peluh kami sepanjang penanaman dua jenis sayuran
ini telah membuahkan hasil. Kami telah menuai bayam merah dan timun untuk dijual. Ternyata
kami sangat berpuas hati dapat menghasilkan tanaman yang begitu berkualiti kerana kami
menjaga tanaman kami dengan baik sekali. Tanpa tunjuk ajar dari guru guru kami, pastinya
kami tidak dapat menghasilkan hasil yang berkualiti. Kami berharap selepas ini, segala ilmu
penanaman telah dipelajari dapat gunakan pada masa akan datang.

2 | Laporan Amali VEA 3023

JENIS TANAMAN YANG DITANAM


i)

Tanaman Bayam Merah (Sayuran Berdaun)


Bayam merah atau nama saintifiknya ialah Amaranthus gargeticus. Bayam merah adalah

sejenis tumbuhan berdaun yang berwarna ungu gelap. Bayam merah mampu tumbuh sehingga 2
hingga 3 kaki. Bentuk daunnya sangat unik iaitu bentuk jantung terbalik. Kami perlu
menyiapkan batas yang elok untuk menanam sayuran ini. Biji benih bayam merah sangat halus
dan kami perlu mencampurkan biji benih tersebut dengan pasir agar biji benih tersebut dapat
tumbuh secara jarang atau berjarak. Penjagaan pokok bayam merah ini tidak terlalu sukar namun
kami perlu memastikan bayam merah ini tidak terdedah kepada serangga perosak seperti white
flies yang menyebabkan daunnya berlubang-lubang.
Kami juga memastikan batas bayam merah tidak mempunyai rumput, jadi kami akan
pergi merumput pada setiap minggu untuk memastikan bayam merah kami mendapat nutrien
yang secukupnya tanpa sebarang persaingan nutrien dengan rumput. Seterusnya, baja diletakkan
mengikut keperluannya. Pokok bayam merah yang kami tanam ini mengalami masalah
tumbesaran yang kurang baik mungkin disebabkan tanah yang tidak subur atau kesilapan ketika
proses penjagaannya. Namun begitu, sikap tidak berputus asa daripada kumpulan kami, kami
terus berusaha untuk menghasilkan sayuran yang besar, subur dan sempurna. Proses
mencantikkan batas juga sedikit demi sedikit kami lakukan agar ianya nampak lebih teratur.
Alhamdulillah, pada minggu ke dua belas, kami dapat menjual hasil tanaman kami kepada
orang lain dan kami berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana segala usaha dan penat lelah
dapat juga membuahkan hasil yang baik. Kami berharap, selepas ini kami tidak akan serik untuk
bercucuk tanam lagi.

ii)

Timun (Sayuran berbuah)


Timun atau mentimun berasal daripada keluarga cucurbitacaea. Nama saintifik bagi

timun adalah Cucumis santivus. Timun adalah sayuran yang berbuah dan mempunyai buah yang
3 | Laporan Amali VEA 3023

berbentuk silinder. Daunnya pula adalah tunggal dan berwarna hijau. Bunga jantannya berwarna
putih kekuningan dan bunga betinanya berbentuk seperti terompet.
Timun adalah sejenis tumbuhan yang menjalar. Oleh sabab itu, kami perlu menyediakan
junjung atau pajak bagi membolehkan timun tersebut menjalar untuk mendapatkan nutrien yang
diperlukan. Semasa penanaman timun dilakukan, batas yang disediakan perlulah disungkup
dengan silver shine agar tanah tersebut tidak terlalu kering dan sesuai untuk penanaman timun.
Penanaman secara segi empat digunakan bagi mengelakkan pokok timun menjalar dengan dekat.
Semasa proses penyemaiannya, kami perlu meletakkan cocopeat yang dicampur dengan baja
organik iaitu baja tahi ayam terlebih dahulu dan kemudian satu biji benih agak ditanam ke dalam
medium semaian itu.
Penjagaan timun adalah lebih rumit berbanding sayur bayam merah. Hal ini kerana,
faktor cuaca dan juga tanah mampu untuk membantutkan pertumbuhan timun. Namun begitu,
penghasilan timun dapat terhasil lebih cepat daripada sayur bayam merah. Setiap lubang yang
diletakkan biji benih ke dalamnya perlu disiram setiap hari dan dibaja menggunakan baja NPK
green untuk memberikan nutrien kepada timun kami. Proses merumpai dan meracun juga
dilakukan sebagai langkah penjagaannya. Pada minggu ke sepuluh, kami telah berjaya menjual
hasil pertama 1.90 kg timun kepada penguasaha kafe kolej di tempat penginapan kami.
Alhamdulillah sepanjang proses pertumbuhan timun ini, kami tidak mengalami sebarang
masalah dan kami dapat menghasilkan timun dengan baik sekali. Segala keseluruhannya kami
amat berpuas hati dengan hasil yang kami hasilkan.

4 | Laporan Amali VEA 3023

PENANAMAN TANAMAN
( Laporan Mingguan)

Sayuran Berbuah (Timun)


AMALI 1

MINGGU : 4

TARIH : 29/09/2015

Aktiviti :

5 | Laporan Amali VEA 3023

MASA : 4.00 7.00 P.M

1) Pembahagian kumpulan
2) Membuat batas dan longkang
3) Membina sungkupan
4) Menanam benih timun

Pada kelas amali pertama pada minggu ke- 4 , kami telah diagihkan mengikut kumpulan
masing masing di mana setiap kumpulan akan mempunyai 3 atau 4 orang. Kumpulan kami
terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki iaitu Ain, Amalina, Mawar dan Afiq.
Selepas itu, Encik Syafiq iaitu pengurus ladang B memberikan penerangan berkaitan tugasan
kami pada hari ini.
Menurut Encik Syafiq, kami perlu membuat batas dan longkang pada minggu ini di plot
tanaman pelajar untuk menanam tanaman kumpulan masing- masing. Sebelum membuat batas,
kami diberikan sedikit ilmu tentang pemilihan tapak tanaman yang perlu diambil kira agar
kawasan yang dipilih mempunyai potensi pertanian yang baik. Pemilihan tersebut merangkumi
permukaan tanah mestilah rata supaya dapat memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran,
mestilah terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada tanaman lain,
berdekatan dgn sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau tali air, tanah yang mengandungi
bahan organik dan bersaliran baik dan juga berdekatan dengan jalan yg dapat memudahkan kerja
mengangkut peralatan yang diperlukan, benih, baja, racun perosak dan aktiviti memasarkan
hasil.
Selepas itu, Encik Syafiq mengajar kami cara untuk membuat batas. Kami telah membuat
dua batas yang berukuran 30 kaki panjang dan 3 kaki lebar dengan menggunakan pita ukur.
Batas dan longkang telah dibina bagi mengelakkan daripada air bertakung dan membaiki sistem
pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal
perosak dan penyakit tanaman. Kawasan batas juga telah dibersihkan daripada sisa akar, rumpai,
batu dan sebagainya dengan menggunakan peralatan cangkul. Apabila kawasan batas telah bersih
kami telah menggembur tanah bagi mengurangkan kepadatan tanah dan memecahkan tanah serta
menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.
6 | Laporan Amali VEA 3023

Selain itu, kapur juga perlu ditaburkan untuk menurunkan keasidan tanah. Baja organik
dan kaserat juga ditaburkan ke atas tanah. Tujuannya adalah untuk menstabilkan dan
menambahkan kandungan nutrien di dalam tanah. Setelah selesai membaja, batas tersebut
disiram bagi membolehkan baja yang ditabur meresap ke dalam tanah. Kami disuruh untuk
membiarkan kawasan batas terdedah kepada cahaya matahari selama seminggu. Ini adalah untuk
mematikan rumpai dan organisma tanah. Pada pukul 7.00 petang, tamatlah kelas amali dan
aktiviti perkebunan kami pada minggu ini. Sebelum pulang, kami perlulah membasuh segala
peralatan yang digunakan dan menyimpan di tempat yang sepatutnya.
KAKI
23 KAKI

JALAN
KAKI
PARIT
BATAS

30 KAKI

Contoh lakaran batas

Gambar menunjukkan pita


pengukur digunakan untuk
mengukur batas dan parit

7 | Laporan Amali VEA 3023

Gambar menunjukkan plot


tanaman pelajar sebagai
tapak penanaman kami.

Gambar menunjukkan aktiviti


mencangkul dan menggembur tanah
untuk membuat batas.

Gambar menunjukkan batas


yang telah saiap ditabur
kapur dan baja.

AMALI 2

MINGGU : 5

TARIH : 06/10/2015

MASA : 4.00-7.00 P.M

Aktiviti:
1) Menyambung pembuatan batas
2) Meletakkan silver shine
3) Membuat lubang semaian biji benih menggunakan cara penanaman segi empat
4) Menyemai biji benih

8 | Laporan Amali VEA 3023

Pada minggu ini kami menyambung pembuatan batas untuk mengikut standard
ketinggian dan kelebaran yang diperlukan iaitu batas berukuran 1.2 meter lebar x 7.6 meter
panjang. Kami membuat penggemburan tanah bagi memastikan medium tanah lembut dan sesuai
untuk menanam sayur timun. Seterusnya kami membina sungkupan dengan menutupi
keseluruhan batas tersebut. Kebaikan membina sungkupan ini ialah melindungi benih daripada
kerosakan serangga perosak malah ianya mengurangkan kadar pengewapan air tanah serta
mengekalkan kelembapan yang sempurna pada tanah. Jenis sungkupan yang kami gunakan pada
tanaman timun kami ialah bukan organik iaitu menggunakan plastik silver shine. Silver shine
lazimnya mempunyai warna hitam sebelah belakang dan warna perak disebelah hadapan.
Bahagian berwarna perak menghadap matahari manakala berwarna hitam bahagian bawah
menghadap ke tanah. Tujuan lapisan permukaan atas plastik berwarna perak adalah untuk
menerima cahaya matahari dan menghasilkan haba malah memantulkan semula cahaya yang
terang agar patogen perosak seperti apid dan hama tidak membiak di bahagian bawah daun.
Lapisan permukaan hitam pula di bahagian bawah bertujuan untuk menyerap lebih banyak haba
dan menghalang daripada pertumbuhan rumpai malah ianya akan memerangkap wap air yang
terhasil akibat kepanasan haba yang mana ianya dapat mengekalkan kelembapan tanah dalam
batas tanaman.
Lubang untuk menanam biji benih timun dibuat pada plastik silver shine mengikut
penanaman segi empat dengan jarak dianggarkan kira-kira 1 kaki setengah atau 2 kaki antara
satu sama lain dan kedalamannya kira-kira 2 inci setengah. Kami telah membuat dua barisan
lubang secara memanjang. Selepas itu, kami membuat proses semaian biji benih. Sebelum
menyemai bijibenih, kami perlu membaja batas tersebut dengan meletakkan baja organik iaitu
baja tahi ayam di setiap lubang tanaman bagi menambahkan lagi kesuburan tanah. Benih timun
ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih satu lubang dan menutupi biji benih dengan
meletakkan cocopeat. Kemudian kami menyiram terlebih sekeliling tanaman kami. Percambahan
akan berlaku kira-kira 3-4 hari.

9 | Laporan Amali VEA 3023

Rajah 1 : Cara susunan penanaman segi empat

Gambar menunjukkan medium


tanah yang telah digembur

Gambar menunjukkan sungkupan


dengan plastik silver shine

Gambar menunjukkan lubang dibuat


Gambar menunjukkan proses
pada plastik sungkupan mengikutmeletakkan biji benih dan baja
penanaman segi empat.

10 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

AMALI 3

MINGGU : 6

TARIH : 13/10/2015

MASA : 4.00-7.00 P.M

Aktiviti:
1. Menggembur semula tanah
2. Mencabut rumput
3. Membaja

Pada minggu ini, kami mendapati bahawa beberapa lubang tanaman timun kami kelihatan
anak benih yang bercambah dan rumpai seperti rumput turut tumbuh di tepi-tepi tanaman kami.
Oleh sebab itu, kami mencabut rumput pada sekeliling batas yang telah ditumbuhi rumput yang
akan menganggu tanaman kami untuk tumbuh segar dan besar. Rumput adalah salah satu
tumbuhan yang tumbuh di kawasan tanaman dan tidak diperlukan. Merumput harus dilakukan
supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk
mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Kesannya, biji benih tidak akan tumbuh dengan
sihat dan terbantut kerana rumpai akan berusaha mendapatkan nutrient daripada tanaman. Selain
itu, kulat pada bahagian rumpai mungkin akan membiak pada tanaman dan akan merosakkan
11 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

tanaman malah ia menjadi tempat perlindungan perosak atau penyakit tumbuhan. Kami
merumput dilakukan dengan tangan.
Setelah siap merumput, kami meneruskan proses penggemburan. Penggemburan tanah
adalah untuk memecahkan dan melonggarkan keadaan tanah yang padat. Ianya juga merupakan
salah satu langkah untuk menghapuskan rumpai yang akan menganggu tanaman. Tujuan aktiviti
ini dilakukan adalah untuk menyediakan permukaan tanah yang sesuai di samping
menghancurkan dan membalikkan tanah agar lapisan tanah yang keras akan pecah dan
membolehkan saliran tanaman dalam keadaan yang baik. Selepas siap menggembur, kami
meneruskan proses pembajaan.
Sebelum membuat pembajaan, Encik Syafiq menerangkan beberapa jenis baja kimia
yang digunakan dalam semua tanaman seperti baja tunggal, baja campuran dan baja sebatian.
Unsur unsur yang ada dalam baja ini mempunyai fungsi berbeza antara satu sama lain.
Contohnya, baja Urea yang mempunyai 46% Nitrogen berfungsi memberi nutrient kepada daun
manakala baja MOP mempuyai 60% Kalsium untuk tumbesaran buah. Bagi proses pembajaan
tanaman timun, kami menggunakan NPK blue dalam kuantiti yang telah ditetapkan iaitu lebih
kurang 10 gram untuk satu pokok. Pembajaan juga perlu dilakukan jauh daripada daun bagi
mengelakkan pokok mati kerana baja tersebut sangat panas. Proses ini dilakukan untuk
memberikan nutrient kepada tanaman timun.

Gambar menunjukkan proses


Nnnn
menggembur benih yang telah
bercambah.

12 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan baja


yang ditabur di tepi pokok
timun sebanyak 10 gram.

AMALI 4

MINGGU : 7

TARIH : 20/10/2015

MASA : 4.00-7.00 P.M

Aktiviti:
1. Proses Penjarangan.
2. Penyiraman pokok tanaman timun.
Pada minggu ini, kami mendapati lapan lubang pokok timun mati. Menurut Encik Syafiq
pokok timun kami terlebih baja ataupun baja diletak sangat dekat dengan daun atau batang pokok
menyebabkan pokok panas. Oleh sebab itu, kami perlu melakukan proses penjarangan agar
lubang yang ada mempunyai pokok timun. Bagi proses penjarangan, biji benih telah disemai di
rumah semaian dan kami hanya perlu menggunakan benih timun yang telah matang yang
menjadi anak pokok dan dipindahkan ke atas batas timun kami. Semaian benih di dalam rumah
semaian adalah lebih mudah kerana benih dapat tumbuh dengan cepat dan sihat. Kadar
pertumbuhan lebih cepat berbanding tanam di atas batas . Benih akan cepat matang dan boleh
dipindahkan ke batas.
Seterusnya, kami melakukan aktiviti menyiram pada tanaman di setiap lubang anak benih
timun yang telah kami tanam. Jika tanaman kekurangan air maka akan mengganggu
13 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

pertumbuhan tanaman timun kami. Air merupakan sumber penting yang diperlukan oleh tanaman
lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu. Air membantu dalam proses fotosintesis
tanaman, jadi jika sumber air tidak mencukupi akan mengakibatkan bahagian-bahagian akar
tanaman tidak dapat menyerap air untuk disampaikan kepada bahagian-bahagian tumbuhan
seperti daun yang menjalankan fotosintesis. Proses penyerapan dan translokasi nutrien juga akan
mengganggu pengangkutan bahan-bahan keperluan pertumbuhan dari satu bahagian ke bahagian
yang lain.
Selain itu, proses transpirasi air akan dilakukan oleh tanaman

dalam bentuk wap

dilepaskan daripada permukaan daun secara tidak langsung menyejukkan permukaan tanaman.
Kesegahan sel pada tanaman juga tidak terganggu kerana menerima air yang mencukupi. Oleh
kerana pokok timun memerlukan banyak air, ia perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari
sehinggalah hasilnya dituai. Namun, semasa tempoh penanaman pokok timun kami, cuaca tidak
menentu dan kerap hujan. Oleh itu, kami tidak perlu menyiram tanaman timun kami setiap hari.

Gambar menunjukkan aktiviti menyiram


anak pokok timun.

14 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Langkah-langkah menanam semula biji benih ( Proses Penjarangan )

.
1. Jika terdapat benih

2. Keluarkan benih semaian

tumbuhan yang tumbuh dua

daripada bekas semaian dan tanam

pada setiap lubang, asingkan

ke dalam lubang batas yang telah

dan tanam pada lubang

disediakan

baharu

15 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

3.

Kemudian timbuskan benih semaian dengan


tanah

dan

mengekalkan

juga

cocopeat

kelembapan

untuk

tanah

lebih

taburkan

sedikit baja nutrien.

AMALI 5

MINGGU : 8

TARIH : 27/10/2015

MASA : 4.00-7.00 P.M

Aktiviti:
1) Menyediakan sokongan

Pada minggu ini, kami perlu meyediakan sokongan iaitu pancang dan menanam biji
benih tembikai. Encik Syafiq mengarahkan tiga orang mencari buluh di dalam hutan manakala
seorang pelajar perlu menyemai biji benih tembikai. Setelah berjaya mencari buluh, kami
memasang sokongan pada batas timun kerana sememangnya timun memerlukan sokongan
kerana ianya tumbuh secara menjalar. Kaedah kayu junjung merupakan sokongan yang paling
sesuai untuk tanaman seperti timun yang mempunyai batang yang lembut. Kami membina kayu
junjung yang diperbuat daripada buluh. Bagi membuat sokongan, kami memotong buluh itu
lebih kurang 2m (6.5kaki) dan pancang itu dipacak berhampiran dengan lubang benih tanaman.
Kami juga mencondongkan pancake tersebut agar ianya bertemu di atas batas dan kami
16 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

meletakkan sebatang kayu melintang dan mengikat kayu tersebut dengan tali raffia. Kami juga
memastikan bahawa kayu junjung itu kukuh dan tidak tumbang apabila timun menjalar kelak.
Bagi pelajar yang tidak mencari buluh, kami perlu menyemai biji benih tembikai.
Langkah penyemaian ini sama dengan cara menanam timun iaitu menggunakan cara penanaman
segi empat. Kami telah membuat sungkupan menggunakan silver shine dan membuat lubang
seperti proses sungkupan timun. Selepas itu, kami diminta menanam biji benih dan diletakkan
coco peat diatasnya.

Gambar menunjukkkan kayu junjung yang


dipasang pada batas timun

Gambar menunjukkan kayu junjung yang telah siap


dibina

17 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan batas tanaman tembikai


yang telah diletakkan sungkupan menggunakan
silver shine.

18 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

AMALI 6
MINGGU : 9

TARIKH : 3/11/2015

MASA : 4.00-7.00 P.M

Aktiviti :
1. Penyelenggaran batas
2. Merumput
3. Penilaian batas tanaman
Proses penyelenggaraan batas ini merupakan aktiviti yang perlu dilakukan pada setiap
minggu yang merangkumi pembersihan batas daripada rumput, aktiviti penyiraman tanaman dan
juga menjaga tanaman yang telah menunjukkan tempoh kematangan. Setiap batas yang
ditumbuhi rumput perlulah dibersihkan dan dibuang supaya ia tidak merebak dan mengganggu
pembesaran tanaman. Secara tidak langsung sayuran mendapat nutrient yang diperlukan dengan
secukupnya. Seterusnya, proses penyiraman pokok pula merupakan aktiviti rutin yang perlu
dilakukan oleh ahli kumpulan kami pada setiap hari sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan
juga petang mengikut keadaan cuaca. Kelembapan tanah ini sangat penting untuk pembesaran
pokok yang ditanam.
Bagi batas yang ditanam timun telah menghasilkan buah. Buah timun yang tumbuh diberi
penjagaan dari segi penyiraman pokok dan juga merumput. Di setiap sekeliling lubang pokok
yang ditumbuhi dengan rumput dikategorikan sebagai rumpai. Bagi daun timun yang layu dan
juga kekuningan akan dibuang bagi mengelakkan berlakunya gangguan tumbesaran tanaman.
Pokok timun memerlukan air yang cukup untuk terus membesar. Pada keesokannya, Encik
Syafiq mula mengambil markah pada batas setiap kumpulan.

19 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Peralatan untuk merumput :


Cangkul
Pangkis

Gambar menunjukkan ahli


kumpulan sedang melakukan
aktiviti merumput

20 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

AMALI 7
MINGGU : 10

TARIH : 17/11/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti:
1) Meracun
Pada minggu ini, kami telah diajar bagaimana cara-cara untuk meracun tanaman yang
telah diserang oleh serangga perosak. Bagi batas tanaman yang berbuah kebanyakannya akan
diserang serangga perosak jenis kumbang hitam dan white fly. Sebelum aktiviti meracun
dilakukan, kami telah diberikan penerangan secara lebih lanjut berkaitan dengan jenis-jenis
serangan yang boleh merosakkan tanaman.
Setelah serangga perosak dikenal pasti, barulah kita memilih racun serangga yang sesuai
bagi menghalang dan mencegah tanaman tersebut daripada terus rosak. Setiap racun serangga
mempunyai kuantiti sukatan yang telah ditetapkan untuk digunakan pada serangga perosak
tersebut. Seterusnya, bancuh racun serangga tersebut di dalam penyembur racun. Sukatan yang
digunakan ialah 1.65 mililiter untuk 3 liter air. Kemudian campurkan bersama-sama dengan air
sehingga racun tersebut sebati. Akhir sekali, sembur racun tersebut pada tanaman yang di serang
oleh serangga perosak.
Sebelum aktiviti menyembur racun dilakukan, kita perlulah memakai pakaian yang
sesuai. Hal ini bertujuan supaya diri kita tidak terdedah secara langsung dengan racun
tersebut.Setiap penerangan yang diberikan oleh Encik Syafiq perlulah difahami dengan sebaik
yang mungkin bagi mengelakkan tanaman tersebut mati.

Racun serangga perlulah disukat mengikut jenis serangga yang menyerang tanaman tersebut.
Selain itu, jangan sembur racun serangga pada akar tanaman kerana boleh menyebabkan akar
21 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

tersebut mati dan menjejaskan pembesaran pokok timun

Gambar menunjukkan penerangan


berkaitan dengan bancuhan racun
serangga

Gambar menunjukkan proses


menyukat racun mengikut kuantiti
Jenis-Jenis Racun
Serangga Perosak
yang betul

22 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

AMALI 7

23 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

MINGGU : 10

TARIH : 21/11/2015
( Bukan kelas amali selasa )

MASA : 9.00-11.00 A.M

Aktiviti:
1) Membuat sokongan para untuk menyokong buah

Pada minggu ini, kami datang untuk membuat sokongan para walaupun bukan kelas
amali. Tanaman yang menjalar dan memerlukan alat sokongan untuk menampung buah dan juga
melindungi daripada bunga timun rosak. Antara tanaman yang memerlukan sokongan para
sebagai bantuan untuk membesar dan menjalar ke atas ialah tanaman kacang panjang, petola,
timun, peria dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan ranting timun dapat berbelit pada tali yang
digunakan. Untuk membuat sokongan kepada setiap tanaman tersebut mestilah memerlukan tali
raffia yang diikiat pada kayu ataupun buluh yang kukuh. Tujuannya supaya kayu ataupun buluh
tersebut dapat menampung berat buah yang terdapat pada tanaman tersebut. Selain itu, dapat
memastikan tanaman tersebut tidak tumbang. Tumbesaran tanaman tidak akan terjejas dan
mengeluarkan hasil yang banyak.

Gambar menunjukkan tali raffia


digunakan untuk membuat sokongan
para pokok timun.

AMALI 8

MINGGU : 11

TARIH : 24/11/2015

24 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti:
1) Pembiakan Tut
Mengetut pokok adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tampang (vegetative
propagation). Pembiakan tanaman ini dijalankan melalui pelbagai kaedah iaitu sexual atau
asexual. Bagi kaedah sexual, ianya melibatkan biji benih manakala bagi asexual ia melibatkan
bahagian pokok. Namun, kaedah yang digunakan ialah pembiakan asexual dimana sebahagian
daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas pembiakan.
Pada minggu ini kami telah melakukan proses tut, pemangkasan dan penanaman dahan
yang dibuat melalui proses tut telah bercambah akarnya. Proses tut dilakukan bertujuan untuk
mengelakkan pembaziran bagi bahan yang telah digunakan (baja dan air) yang terdapat di dalam
pokok dipangkas melalui dahan.
Antara peralatan yang diperlukan untuk melakukan proses tut ialah :

Peatmoss yang lembap.


Plastik putih
Pisau
Hormon pengakaran
Tali rafia

Antara langkah proses tut ialah :


i.
ii.

Pilih dahan yang sesuai untuk ditut.


Buatkan kelaran di sekeliling dahan.

25 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

iii.

Kelaran pertama dibuat di atas mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang
kurangnya 1 inci dari kelaran pertama.

iv.

Membuat kelaran melintang dan kupas kulit kayu

v.

vi.

kulit

Kemudian, kikis
permukaan kambium bagi
mengelakkan luka pada
tersebut.

Sapukan
sebelah
dibawah

hormon pengakaran di
bawah kelaran atas atau
mata tunas.

26 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

vii.

Peat moss lembap yang dikepal dibahagikan kepada dua bahagian dan lekapkan pada

viii.
ix.

sekeliling kelaran tersebut.


Balutkan dengan plastik putih.
Ikatkan kedua-dua hujung gumpalan dengan kemas menggunakan tali rafia.

x.

Pokok yang telah siap ditutkan

27 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

AMALI 9
MINGGU : 11

TARIH : 1/12 /2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti:
1) Menuai hasil timun
2) Menjual timun
Pada minggu tersebut, kami dikehendaki menuai hasil tanaman timun kami yang sudah
menjadi dan mengelakkan timun tersebut tua jika lambat dituai. Kami memperoleh lebih kurang
3.5 kilogram timun selepas ditimbang iaitu lebih kurang 9 batang timun yang diperoleh. Timun
kami kelihatan elok dan besar dan ada juga timun yang bersaiz medium dan kecil. Terdapat juga
beberapa batang timun yang masih muda dan rupanya masih kecil dan tidak sesuai untuk dituai.
Sejurus selepas siap menuai, kami menjualnya untuk mendapatkan hasil modal timun kami.
Mengikut harga pasaran, timun dijual pada harga RM 3.00 sekilo. Pelanggan akan memperoleh
lebih kurang 2 batang timun pada berat 1 kilogram. Purata berat sebatang timun yang tumbuh
sihat dan besar adalah lebih kurang 300- 400 gram.

28 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan hasil tanaman


timun batang

Gambar menunjukkan timun

Gambar menunjukkan hasil timun

yang masih muda dan tidak

kami dijual kepada pengusaha kafe

sesuai untuk dituai

di penginapan kami.

AMALI 1
29 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

MINGGU : 4

TARIH : 29/9/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1. Membuat batas tanaman.
Membuat batas tanaman (Raising plants bed) adalah satu keperluan didalam kerja-kerja
awal proses penyediaan tanah sebelum kerja menanam. Membuat batas tanaman adalah aktiviti
untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam di atas batas di mana ia adalah
bertujuan untuk mengelakkan daripada air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan
meningkatkan pengudaraan tanah. Aktiviti ini dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti
penyiraman dan juga bertujuan untuk memudahkan kawalan penyakit.
Semasa kelas amali ini, kami membuat tanaman jangka pendek (cashcrop) yang
mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan mudah rosak jika ia terendam didalam air
(waterlogged). Sebaiknya, tanaman ini perlu ditanam diatas batas yang mana membolehkan
terdapat kawasan zon akar (root zones) yang sesuai untuk akar menyerap nutrien dan air serta
udara bagi proses tumbesaran pokok. Kawasan tanah gambut dan tanah mineral amat sesuai
untuk dibuat batas penanaman untuk pertumbuhan anak pokok yang lebih baik. Membuat batas
tanaman memerlukan perancangan yang rapi sebelum kita mulakan pembuatannnya. Kita perlu
membuat siasatan mengenai jenis tanah, topografi dan kecerunan tanah. Seterusnya periksa jenis
tanaman yang akan ditanam, cara menyediakan batas, saiz dan ketinggian batas, sistem
pengairan yang akan digunakan dan juga tujuan kenapa batas perlu disediakan
Topografi dan kecerunan tanah perlu dilihat untuk menentukan bagaimana jalur batas
disediakan sama ada dibuat sejajar mengikut kecerunan tanah atau menentang kecerunan tanah
(melintang cerun). Jika dibuat sejajar dengan aliran air akan menyebabkan hakisan pada alur
berlaku sebaliknya jika dibuat melintang ianya adalah lebih baik. Perlu juga kita diambil faktor
arah dari mana matahari naik dan turun untuk mendapatkan purata sinaran matahari dalam batas
yang hendak dibina. Jika boleh batas hendaklah disusun dari arah timur ke barat agar tanaman
mendapat sinaran matahari dari pagi ke petang dengan sekata.

30 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Apa yang sering dipentingkan didalam penyediaan batas adalah saiz dan ketinggian batas.
Keduanya akan ditentukan mengikut keperluan jenis tanaman, jenis tanah dan cara penyediaan
batas. Lazimnya bagi menanam jenis sayuran berdaun yang renek, saiz batas yang sesuai adalah
100 cm lebar dan 15-25 cm tinggi dengan panjang batas mengikut kesesuaian tanah. Jarak
diantara batas tanaman yang disyorkan adalah sekitar 45-5. Saiz batas boleh dibuat lebih lebar
dengan cara mencantumkan dua batas menjadi satu dimana dibuat alor cetek pada tengah batas
tersebut.
Alur tengah ini boleh digunakan sebagai laluan atau kawasan penyelenggaraan tanaman.
Batas lebar ini sering dibuat dikawasan bekas tanah sawah atau tanah yang rendah. Pembinaan
batas sentiasa berubah mengikut keperluan jenis tanaman, bentuk tanah, bentuk topografi serta
bagaiman ia disediakan. Kepadatan tanaman dalam satu kawasan juga bergantung kepada
bagaimana batas tanaman disediakan. Perancangan rapi perlu di buat bagi mendapatkan kadar
kiraan untuk menentukan kepadatan tanaman kerana jika batas amat jauh akan mengurangkan
lagi intensiti pokok. Jika batas terlalu rapat juga kurang elok kerana tanaman akan berebut ruang,
cahaya matahari dan juga nutrien serta menggalakkan serangan serangga perosak dan penyakit.

31 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan tanah digemburkan terlebih


dahulu dengan menggunakan cangkul sebelum
dijadikan batas tanaman bagi memperbaiki saliran
dan pengudaraan tanah.

AMALI 2
AMALI 2

MINGGU : 5

TARIH : 6/10/2015

Aktiviti :
1. Menyambung pembuatan batas tanaman.
2. Melebarkan batas tanaman.
3. Membuat alur pada batas tanaman.

32 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

MASA : 4.00 7.00 P.M

4. Menyemai biji benih.

Pada minggu ini, kami dikehendaki menyambung pembuatan batas tanaman bayam yang
masih belum diselesaikan pada minggu yang lalu. Setelah tanah siap digembur menggunakan
cangkul bagi membaiki saliran dan pengudaraan tanah, kami dikehendaki melebarkan batas
tanaman mengikut saiz yang telah dimaklumkan oleh Encik Syafiq iaitu dengan ketinggian 1525cm dan kelebaran sebanyak tiga kaki.
Encik Syafiq telah menunjukkan demostrasi bagaimana untuk melebarkan tanah
menggunakan cara yang betul iaitu dengan menggunakan batang kayu yang panjang dan rata.
Batas haruslah dibina dengan sepanjang 100 kaki dan lebar sebanyak tiga kaki dengan longkang
yang mempunyai jarak sebanyak dua kaki di antara dua batas. Kemudian, kami melakukan sendiri
proses tersebut sehingga berjaya menghasilkan batas tanaman seperti yang dikehendaki.

Gambar
menunjukkan
proses
melebarkan tanah menggunakan
batang kayu yang panjang dan rata
supaya batas yang dibina sekata.

Seterusnya, Encik Syafiq menunjukkan cara untuk membuat alur bagi batas tanaman
sayuran berdaun menggunakan batang kayu. Walaubagaimanapun, alur yang dibuat pada batas ini
tidak mempunyai saiz khusus, tetapi bagi memudahkan kami membuat alu
r tersebut, kami digalakkan untuk menggunakan batang kayu tersebut supaya
memperolehi saiz dan kedalaman alur yang sama dan sekata bagi setiap batas.
Bagi satu batas, kami telah membuat empat alur yang mempunyai saiz dan kedalaman
yang sama dengan jarak lebih kurang dua kaki bagi setiap alur. Kemudian, kami meletakkan
33 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

sebatang kayu/buluh sebagai penanda bagi setiap alur yang dibuat bagi mengelakkan pertukaran
alur.

Gambar menunjukkan proses


pembuatan alur pada batas
tanaman yang telah diratakan.

Seterusnya, setelah selesai proses pembuatan alur tersebut, kami dikehendaki


menyediakan medium tanaman sebelum melakukan proses penyemaian biji benih. Walaupun
penanaman menggunakan batas adalah mudah kerana menggunakan tanah yang telah sedia ada,
tetapi bagi menjamin keberhasilan penanaman sayuran tersebut, kita boleh menambahkan tapak
kepada medium penanaman seperti coco peat yang turut digunakan dalam penanaman sayuran
bayam ini. Coco peat merupakan medium penanaman organik kerana ia dihasilkan melalui
proses pereputan sabut kelapa dalam keadaan lembap dan berudara. Ia sangat baik untuk
memperbaiki struktur tanah dan menyuburkan semula tanah. Ia juga pembekal nutrien yang baik
kerana menyerap air seperti span tetapi ia tidak menyebabkan air bertakung dan membenarkan
pengaliran air yang berlebihan.

34 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar
menunjukkan
proses
meletakkan coco peat di setiap alur
pada batas sebelum melakukan
proses penyemaian biji benih.

Gambar menunjukkan alur-alur


yang telah selesai ditambah dengan
medium coco peat.

Seterusnya, Encik Syafiq menunjukkan cara-cara untuk menyemai biji benih bayam dan
beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum meneruskan proses penyemaian tersebut. Hal ini
kerana biji benih bayam adalah sangat kecil dan tidak boleh ditaburkan terus kepada medium
penanaman. Oleh itu, kami dikehendaki menggaulkan biji benih tersebut dengan pasir atau tanah
peroi bagi mengelakkan biji benih itu tersebar di merata-rata tempat jika ditabur terus kepada
batas. Nisbah biji benih kepada pasir yang digunakan adalah 1:10 iaitu satu bagi biji benih dan
10 bagi pasir. Setelah biji benih digaul rata, ianya ditabur sama rata ke dalam alur-alur di atas
batas. Kemudian, coco peat ditambah lagi di setiap alur yang telah ditabur dengan biji benih bagi
menutup biji benih dan bagi mengelakkan ia tersebar atau hilang dari alur tersebut.

35 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan biji benih


yang telah digaul bersama pasir di
dalam plastik dan ditaburkan sama
rata di setiap alur-alur batas itu.

Gambar menunjukkan alur yang


telah ditabur dengan biji benih dan
ditutup dengan coco peat.

Selepas proses penyemaian biji benih, kami dikehendaki melakukan proses sungkupan
terhahap batas tanaman itu. Proses sungkupan merupakan satu proses penutupan batas dengan
bahan-bahan yang bersesuaian seperti rumput yang dipotong, pelepah pisang, daun-daun kering,
bahan-bahan kompos dan sebagainya. Kami menggunakan daun pisang untuk dijadikan
sungkupan kepada batas kami kerana lapisan sungkupan tidak boleh terlalu tebal kerana ia akan
mengelakkan anak benih daripada bercambah, menggalakkan haiwan perosak dan akan
menyebabkan penyakit.
Sungkupan juga harus dilakukan bagi memastikan suhu tanah sentiasa rendah kerana
proses sejatan yang keterlaluan akan menyebabkan suhu tanah tinggi apabila tiada perlindungan
yang diberikan kepada tanaman tersebut. Selain itu, sungkupan juga membantu tanah untuk
sentiasa kekal lembap disebabkan air yang dipelihara (sedikit bertakung) dapat membantu
36 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

pertumbuhan anak benih dan hidupan tanah. Di samping itu, tanah di kawasan ladang B didapati
agak keras dan kering, jadi sungkupan ini dilakukan bagi menggalakkan tanah yang lembap,
membantu mengelakkan biji benih daripada hanyut dan bertindak sebagai baja organik apabila
daun-daun itu telah reput.

Gambar menunjukkan proses sungkupan


yang dilakukan menggunakan daun
pisang bagi melindungi batas tanaman
tersebut.

Akhir sekali, sebelum kelas amali pada minggu ini tamat, kami telah menyiram batas
yang telah selesai disemai biji benih bagi membekalkan air yang mencukupi dan menggalakkkan
pertumbuhan biji benih tersebut.

37 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan proses


penyiraman menggunakan
watering can.

AMALI 3

MINGGU : 6

TARIH : 13/10/2015

38 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1. Mempelajari teori tentang jenis-jenis baja
2. Membaja tanaman

Pada minggu ini, kami telah mempelajari teori tentang jenis-jenis baja dan
mengaplikasikan kepada tanaman bayam kami. Di dalam dunia pertanian, penggunaan baja
sudah menjadi satu perkara wajib dan mestilah dikuasai oleh petani atau pengguna agar tidak
tersalah penggunaanya. Terdapat beberapa fungsi baja kepada tanaman iaitu membekalkan
nutrien kepada pokok, meningkatkan tahap kesuburan tanah, memperbaiki struktur tanah,
meningkatkan hasil tanaman dan sebagainya. Teori tentang baja tersebut telah diterangkan oleh
Encik Syafiq dengan jelas dan secara terperinci.
Menurut beliau, baja dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu baja tunggal, baja
campuran dan baja sebatian. Baja tunggal merupakan baja yang terdiri daripada satu unsur
sahaja, seperti Urea (N), Triple super fostat (P2O5) dan Muriate of potash (K2O). Unsur seperti
Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K) dan sebagainya. N, P, dan K merupakan tiga unsur utama
yang diperlukan oleh pokok kerana setiap unsur tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu.
Sebagai contoh, N berfungsi untuk menghijaukan daun, mempercepatkan tumbesaran,
melebihkan hasil, daun, buah dan benih dan membentuk protein. Bagi P pula berfungsi untuk
mempercepatkan

pengeluaran

akar,

mempercepatkan

pengeluaran

bunga

atau

buah,

mempercepatkan kematangan pokok, dan menguatkan tangkai tanaman, manakala K berfungsi


menambah kekuatan pokok, menambahkan ketahanan kepada penyakit dan menambahkan
pengeluaran benih.

Baja campuran pula merupakan baja tunggal yang dicampurkan mengikut sesuatu kadar
atau nisbah untuk mengadakan zat-zat pemakanan yang diperlukan oleh sesuatu tanaman. Antara
unsur yang sering dicampurkan bagi menghasilkan baja campuran ialah unsur N, P dan K dan
beberapa unsur-unsur pemakanan makro lain seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan
sebagainya. Unsur-unsur seperti N, P, K dan kadangkala Ca dan Mg perlu dibekalkan kerana
39 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

ianya diperlukan dengan kadar yang tinggi berbanding unsur-unsur mikro seperti Besi (Fe),
Kuprum (Cu) dan lain-lain lagi yang kebiasaanya terdapat dalam tanah dan sudah mencukupi
untuk pertumbuhan pokok.
Akhir sekali, baja jenis sebatian merupakan baja yang terdiri daripada beberapa unsur
tunggal yang dicampurkan secara proses kimia. Proses kimia tersebut dinamakan Haber process
di mana baja diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur atau cecair. Setiap jenis baja tersebut
mempunyai cara-cara penggunaannya yang tersendiri seperti baja jenis butiran boleh digunakan
secara terus kepada tanaman, manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan terlebih
dahulu dengan air sebelum disembur kepada tanaman.
Bagi tanaman bayam, baja sebatian digunakan untuk membaja kerana lebih memudahkan
pelajar untuk proses pembajaan sebanyak dua atau tiga kali penggunaan baja, bergantung kepada
keperluan tanaman tersebut. Baja sebatian yang digunakan ialah baja NPK Green

AMALI 4

MINGGU : 7

TARIH : 20/10/2015

Aktiviti :
40 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

MASA : 4.00 7.00 P.M

1) Mempelajari teori pengawalan rumpai (meracun rumput)


2) Mempelajari teori pengawalan serangga (meracun serangga)
3) Membuat penjarangan bagi pokok timun sahaja.

Pada minggu ini, kami telah mempelajari tiga perkara iaitu teori pengawalan rumpai,
teori pengawalan serangga dan membuat penjarangan bagi pokok timun sahaja. Rumpai
merupakan sejenis tumbuhan renek, rendah atau tinggi yang mudah tumbuh di atas tanah gambut
terutamnya dan terdapat pelbagai jenis rumpai, seperti rumput, lalang dan sebagainya yang boleh
dikategorikan kepada tiga iaitu rumpai perosak, rumpai yang mempunyai kegunaan ekonomi dan
rumpai yang bersifat natural. Walaubagaimanapun, rumpai yang tumbuh pada batas tanaman
kami jelas menimbulkan kesan yang negatif terhadap hasil pengeluaran bayam dan melambatkan
proses tumbesarannya. Rumpai seperti rumput yang sering membiak pada batas kami telah
menggalakkan persaingan dengan tanaman bayam terhadapa nutrien, air, cahaya matahari, baja
dan pelbagai jenis keperluan yang menyebabkan pengeluaran tanaman bayam kami agak
merosot, kualiti bayam terjejas dan meningkatkan kos pengeluaran kerana kami perlu merumput
dan meracun dengan lebih kerap bagi pengawalan rumpai. Antara sebab-sebab yang
menggalakkan pembiakan rumpai pada batas kami adalah daya pegangan air yang tinggi,
keadaan tanah yang lembab dan basah dan kandungan organik yang tinggi serta pH yang rendah
juga menyebabkan banyak spesis rumput membiak.
Oleh sebab itu, kami telah mempelajari beberapa kaedah pengawalan rumpai iaitu
pengawalan secara manual dan kimia. Pengawalan secara manual adalah dengan menggunakan
tangan iaitu mencabut, memotong, menajak dan sungkupan di mana ia memerlukan tenaga dan
masa kami untuk datang ke ladang sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi mencabut rumputrumput yang tumbuh di batas kami. Kaedah pengawalan secara kimia pula ialah menggunakan
racun kimia untuk meracun kesemua rumpai yang tumbuh di ladang tersebut. Pada minggu ini,
dua orang daripada ahli kumpulan kami iaitu Amalina dan Syafiq berpeluang untuk merumpai di
kawasan ladang menggunakan racun kimia yang perlu dibancuh terlebih dahulu sebelum
menggunakannya.
Sebelum melakukan proses meracun menggunakan bahan kimia, mereka dikehendaki
melengkapkan diri dengan pakaian keselamatan diri seperti baju kalis racun, sarung tangan
41 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

getah, but getah, alat perlindung penafasan dan topi keselamatan bagi mengelakkan racun
tersembur atau terkena kepada mereka. Antara cara pelaksanaan meracun rumput ialah:
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Melengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri.


Memasukkan air ke dalam tong racun sebanyak 20 liter air.
Memasukkan racun sebanyak 10ml racun ke dalam tong racun yang telah diisi air.
Memastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti dijalankan di kawasan ladang.
Memulakan meracun di kawasan yang hendak diracun.
Memastikan muncung nozle tong racun tidak dihalakan kepada pokok bunga, tetapi

dihalakan kepada rumput dan kawasan bawah daun pokok.


7) Setelah selesai meracun, basuh kesemua peralatan yang digunakan dengan bersih dan
dikeringkan sebelum disimpan ke dalam stor.

Gambar menunjukkan pakaian yang dipakai oleh Amalina sebelum


melaksanakan proses meracun rumpai yang terdiri daripada baju kalis
racun, but getah , sarung tangan getah dan alat pelindung penafasan.
Cara pelaksaan meracun rumpai adalah sama dengan meracun serangga di mana kita
harus membaca panduan yang telah dikeluarkan oleh kilang atau pengeluar pada botol racun
tersebut. Kebiasaaannya, ulat daun adalah hama yang sering menyerang hampir semua jenis
sayuran organik terutamanya bayam. Pada siang hari, ulat daun akan bersembunyi di dalam tanah
dan pada waktu malam ia akan keluar menyerang tanaman dengan memakan daun-daunnya.
Daun sayur-sayuran yang diserang akan kelihatan berlubang-lubang, terkoyak dan terpotong42 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

potong. Serangan yang kronik akan menyebabkan hanya urat-urat daun yang akan kelihatan.
Oleh itu, kami telah meracun serangga iaitu dengan menggunakan racun kulat sebanyak 10 ml
bagi 20 liter air.

AMALI 5

MINGGU : 8

TARIH : 27/10/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1. Teori jenis baja susulan iaitu baja organik susulan dan baja organik susulan buatan kilang.
2. Teori tentang baja organik susulan buatan kilang iaitu baja urea.
3. Pembajaan tanaman menggunakan baja urea.

Pada minggu kelima ini, kami telah mempelajari pembajaan susulan bagi tanaman
bayam. Pembajaan susulan merupakan langkah bagi menambah atau mengganti kembali bahanbahan yang diperlukan oleh tanaman iaitu nitrogen, fosforus dan kalium kepada tanah. Baja yang
digunakan untuk menanam sayur-sayuran organik mestilah dapat beradaptasi dengan lingkungan
kawasan penanaman sama ada baja asas mahupun baja susulan. Penggunaan baja asas telah kami
pelajari pada minggu-minggu yang lalu.
(a) Mengenali baja organik susulan
Terdapat dua jenis baja organik susulan yang telah diterangkan oleh Encik Syafiq, iaitu
baja organik buatan kilang dan baja organik buatan sendiri. Bagi baja organik buatan kilang,
ianya disediakan di kilang-kilang mengikut teknologi moden yang diproses secara besar-besaran,
dibungkus dengan menarik dan dipasarkan secara professional sama seperti pemasaran baja
kimia buatan kilang. Kelebihannya ialah ia amat praktikal dan mudah digunakan. Pengguna
43 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

(petani/peladang) hanya perlu membuka penutup dan mengaplikasikannya sesuai dengan aturan
yang dipaparkan di bahagian label. Selain itu, baja organik keluaran kilang, terutamanya kilang
besar dianggap bebas dari mikrob yang boleh merugikan petani.
Baja organik buatan kilang disediakan dalam dua bentuk iaitu berbentuk pepejal yang
padat dan juga berbentuk cecair. Baja organik buatan kilang berbentuk pepejal, ia dilengkapi
dengan bahan mikrob berupa tanah gembut mentah, humus, kompos vegetasi, tepung tulang dan
bahan-bahan organik yang lain. Baja organik buatan kilang berbentuk cecair pula biasanya
menggunakan mikrob berupa bakteria anaerob atau hanya metabolit mikrob seperti enzim,
peptida atau protien. Unsur-unsur yang dihasilkan dari inkubasi (pengeraman) bakteria tersebut
akan disusun dan dijual sebagai baja organik cair. Peranan mikrob berguna (effective
microorganism), EM dalam tanah dan tanaman terutamanya bakteria fungus seperti Rhyzo
bacteria, Bacillus sp dan sebagainya telah mengubah konsep membaja dan memulihara tanah.
Selain dari membeli baja daripada kilang atau pembekal bahan-bahan pertanian seperti
MARDI, PELADANG dan sebagainya, kita juga boleh menyediakan baja organik yang akan
digunakan semasa proses penanaman. Oleh hal itu, kita dapat menjimatkan kos disamping dapat
mengelakkan daripada ditipu oleh pembekal baja yang menyediakan baja tanpa mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.
(b) Baja susulan yang digunakan bagi tanaman bayam
Pada minggu-minggu yang lalu, baja asas iaitu NPK green telah diletakkan pada batas
pokok bayam tersebut. Kemudian, pada minggu ini Encik Syafiq telah memperkenalkan kepada
kami baja susulan bagi pokok bayam iaitu baja urea.
Baja urea merupakan sejenis baja yang mengandungi unsur N yang paling tinggi dalam
pasaran iaitu sebanyak 46% dan juga baja yang paling murah berbanding baja-baja jenis lain. Hal
ini kerana baja urea diperbuat daripada bahan Nafta (Crude naphtha) di mana pembuatannya
sangat mudah. Di samping itu, baja urea selamat disimpan di dalam stor kerana bebas daripada
sebarang risiko seperti letupan dan sebagainya. Selepas baja urea diambil dan diproses pada
daun, tiada kesan sisabaki yang tinggal kecuali karbon dioksida yang seterusnya akan
berinteraksi dengan bakteria dalam proses penguraian baja tersebut.

44 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

(c) Cara menggunakan baja susulan baja urea bagi tanaman bayam
Cara untuk menggunakan baja urea ini ialah pertama, baja haruslah disukat terlebih
dahulu dengan menggunakan penimbang. Hal ini kerana setiap tanaman memerlukan kuantiti
baja yang berbeza mengikut keperluannya yang tersendiri. Bagi tanaman bayam, ia memerlukan
sebanyak 50gm baja urea bagi setiap batas. Kedua, setelah baja disukat, masukkan ke dalam
watering can. Kemudian, larutkan baja tersebut bersama air yang penuh di dalam watering can
tersebut. Akhir sekali, baja urea siap untuk disiram di batas tanaman pokok bayam. Selepas baja
urea yang telah dilarutkan bersama air disiram, bilas tanaman tersebut dengan air supaya keadaan
tanah bagi batas tanaman bayam tidak terlalu berasid dan memudahkan penyerapan baja urea
oleh tanah. Baja urea juga tidak boleh dikendalikan menggunakan tangan kerana tangan
mempunyai haba yang akan menyebabkan baja berubah struktur dan mencair.
(d) Waktu dan jadual pembajaan tanaman
Setiap tanaman memerlukan waktu dan jadual pembajaan yang berbeza bergantung
kepada jenis tanaman, umur tanaman, keadaan tanih dan sebagainya. Bagi tanaman bayam, ia
memerlukan pembajaan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan pembajaan hanya boleh
dilakukan pada waktu pagi atau petang. Hal ini kerana pada waktu tengahari, proses pengewapan
yang tinggi dan proses plasmolysis (cecair di dalam tanaman mengalir keluar) boleh berlaku
sehingga menyebabkan tanaman mengalami tekanan dan mati. Perkara ini juga adalah sama bagi
waktu penyiraman tanaman di mana waktu yang paling sesuai untuk penyiraman adalah pada
waktu pagi dan petang sahaja.

45 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan baja urea


yang digunakan sebagai baja
susulan bagi tanaman bayam.

AMALI 6

MINGGU : 9

TARIH :3/11/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1. Melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran.
2. Melakukan penggemburan tanah.

Pada minggu ini, kami hanya melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran
kerana penilaian pertama akan dilakukan oleh Encik Syafiq pada 4/11/2014 iaitu pada hari Rabu.
Pembersihan batas amat penting untuk dilakukan pada setiap minggu sekurang-kurangnya untuk
memastikan tanaman tersebut bersih dan terhindar daripada serangan penyakit, menguning,
kering atau kotor. Daun atau ranting yang menguning dan kering hendaklah segera dibuang
sehingga kawasan batas menjadi bersih.

46 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Kami juga telah mencabut rumpai-rumpai yang membiak pada batas tanaman bayam
tersebut dengan menggunakan kaedah manual sahaja iaitu menggunakan tangan. Hal ini kerana
terdapat banyak rumpai iaitu rumput yang telah menghalang pertumbuhan bayam kami. Ianya
telah menyebabkan persaingan dalam mendapatkan zat-zat keperluan dan seterusnya
menyebabkan bayam kami mengalami kesukaran untuk membesar sehingga menjadikan bayam
itu tetap kurus, pendek sedangkan rumput-rumput terus tumbuh dengan subur.
Selain itu, kegiatan penyiraman yang dilakukan secara rutin telah mengakibatkan struktur
tanah akan gembur semula dan menjadi padat. Tanah yang padat adalah tidak baik untuk
pertumbuhan tanaman kerana akar tanaman sukar menembus tanah dalam usaha

untuk

mendapatkan makanan. Selain itu, tanah padat menyebabkan peredaran udara dalam tanah tidak
lancar sehingga menyebabkan oksigen di dalam tanah semakin berkurangan. Akibatnya, tanah
menjadi aenarob dan proses pengoksidaan yang berlaku menyebabkan sebahagian besar tanaman
mengalami defisiensi iaitu gejala kekurangan nutrien. Keadaan seperti ini menyebabkan tanaman
hampir mati akibat kekurangan nutrien dan keracunan. Oleh itu, kami mengatasi masalah ini
dengan menggembur tanah secara berkala menggunakan serampang dua mata sebanyak dua
minggu sekali atau berdasarkan keadaan tanah.

Gambar menunjukkan tanah yang telah padat dan menyebabkan


bayam kami terbantut pertumbuhannya. Terdapat banyak juga
47 | L a p o r a rumpai
n A m ayang
li V
E A 3pada
0 2 3batas tersebut.
tumbuh

AMALI 8

MINGGU : 10

TARIH :17/11/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1. Melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran.

Pada minggu ini, kami dikehendaki membersihkan batas dan kawasan persekitaran
kerana banyak rumpai yang telah membiak. Hal ini kerana pada minggu lepas iaitu bermula
daripada 11/11/2015 sehingga 15/11/2015 merupakan cuti pertengahan semester. Oleh itu,
kesemua ahli kumpulan pulang ke kampung halaman dan menyebabkan batas tanaman kami
terbiar dan ditumbuhi dengan rumpai yang banyak.
Menurut pemerhatian kami, bayam kami masih belum menunjukkan tanda-tanda akan
membesar dengan sihat malahan semakin melayu. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan baja
dan terkena serangan serangga iaitu white flies dan kumbang.

48 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Kumbang atau dengan ma saintifiknya Epilachna sparsa adalah hama perosak yang
sering menyerang tanaman dengan cara memakan daun-daunnya. Daun yang diserang hama ini
akan kelihatan berlubang-lubang sehingga yang tertinggal adalah bahagian urat daun dan
menyebabkan tanaman mula mengering.

Gambar menunjukkan bayam yang


diserang oleh white flies dan
kumbang.

AMALI 8

MINGGU : 11

TARIH :24/11/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1) Mempelajari tentang pembiakan tumbuhan menggunakan kaedah tut.

Pada minggu ini, kami telah mempelajari tentang pembiakan tumbuhan menggunakan
kaedah tut. Kaedah ini diterangkan secara terperinci dalam laporan mingguan di bahagian
tanaman timun.

49 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

AMALI 9

MINGGU : 12

TARIH :1/12/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1) Penuaian hasil tanaman.
2) Menjual hasil tanaman.

Pada minggu ini, kami telah berjaya menuai hasil tanaman kami iaitu sebanyak 1.2 kg.
Hal ini kerana daun-daun bayam masih dalam keadaan muda kerana teksturnya masih renyah
dengan warna daun yang menarik iaitu warna ungu pekat.
Setelah kesemua bayam dipetik, ianya dicuci dengan segera dengan air yang bersih dan
mengalir agar bebas dari tanah dan kotoran lain. Tanah atau kotoran yang melekat akan
mempercepatkan proses pembusukan. Setelah dicuci, sayur-sayuran tersebut perlu dibilas di
dalam bakul dan ditapis sehingga air tidak menitis lagi. Kemudian, sayur-sayuran tersebut dijual
kepada rakan kami dengan harga RM3.00 sekilo.

50 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan salah seorang


daripada pembeli yang membeli hasil
tanaman kami di ladang B.

AMALI 10

MINGGU : 13

TARIH :8/12/2015

MASA : 4.00 7.00 P.M

Aktiviti :
1) Mempelajari sistem fertigasi.
2) Mempelajari sistem fertigasi bagi tanaman rock melon.
3) Melakukan pembersihan batas dan kawasan persekitaran.

Pada minggu ini, kami telah mempelajari sistem fertigasi secara umum dan bagi tanaman
rock melon. Encik Syafiq telah menerangkan secara terperinci tentang sistem fertigasi yang
menjadi sistem penanaman utama di ladang B.

51 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar ini menunjukkan sistem timer


yang digunakan bagi pengawalan keluar
masuk baja yang disalurkan kepada
rumah fertigasi. Timer ini boleh
disetkan mengikut keperluan tanaman
dan ianya berfungsi secara automatik.

Gambar ini menunjukkan dua tong yang


mengandungi baja A dan B dan satu tong
yang mengandungi air kosong sebagai
persediaan jikalau bekalan air tiada.

Gambar ini menunjukkan dengan lebih jelas


setiap paip yang disambung daripada setiap tong
dan disalurkan kepada rumah fertigasi.
Setiap paip mempunyai stop cork yang berfungsi
sebagai pengawalan keluar masuk baja dari tong
kepada rumah fertigasi.
Terdapat juga motor yang disambungkan kepada
setiap paip yang berfungsi untuk mengalirkan
baja tersebut melalui paip itu.

52 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Gambar menunjukkan dripper atau


penitis lurus yang dicucuk ke
dalam polybag bagi mengalirkan
baja terus kepada akar tanaman.

53 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

REFLEKSI INDIVIDU
Refleksi Mohammad Shafiq bin Sadri
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat dapat menghabiskan amali Perkebunan dan
Hortikultur (VEA 3023) dengan jayanya dalam tempoh 13 minggu untuk Semester 3. Dengan
amali perkebunan ini saya dapat belajar banyak perkara. Sebelum kelas amali bermula pada
minggu yang ke-3 kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4
atau 5 orang satu kumpulan.
Minggu pertama kelas perkebunan kami telah diberikan 2 batas untuk di bersihkan dan
untuk pengemburan tanah. Saya dan ahli kumpulan saya iaitu Ain, Mawar dan Amalina, kami
telah diberikan 2 batas untuk menanan tumbuhan berdaun dan tumbuhan menjalar. Kami telah
membahagikan tugas setiap satu batas bagi memudahkan proses menanam berjalan dengan
lancar. Pada minggu pertama kami telah ditugaskan untuk membersihkan batas kami daripada
bebas rumpai, rumput dan sebagainya. Minggu seterusnya, kami diarahkan untuk memasang
silver shine pada batas kedua untuk menanam tumbuhan menjalar.
Minggu yang seterusnya kami telah memulakan tanaman untuk anak benih iaitu anak
benih bayam separa merah dan juga mentimun untuk kumpulan saya. Selepas menanam biji
benih kami diarahkan untuk menyiram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang mengikut
kelembapan dan sentiasa memastikan batas kami bebas dari rumpai, serangga dan sebagainya.
Kami menyiram dan merumput sehingga tanaman kami membesar dan boleh dimakan. Tanaman
untuk bayam separa merah tidak memerlukan sokongan kerana bayam merupakan tanaman
bersayur manakala untuk tanaman mentimun memerlukan sokongan. Ahli kumpulan saya telah
mencari buluh untuk membuat sokongan pada batas mentimun.
Pada minggu yang ke 11 kami telah menuai hasil tanaman kami untuk dijual. Kami telah
berjaya menjual hasil tanaman kami kepada pembekal dengan jayanya. Semua bayam dan
mentimun telah berjaya dijual oleh kami. Semangat kerjasama yang ditunjukkan semasa amali
kebun ini amat saya hargai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan
yang banyak membantu dalam amali kebun ini tidak terlupa kepada En.Syafiq yang telah banyak
memberi ilmu kepada kami semua. Ilmu yang diperoleh daripada En.Syafiq amat berguna
kepada saya untuk dipraktikkan dan digunakan pada masa hadapan.
54 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Refleksi Wan Nor Amalina binti Wan Adenan


Setelah berakhirnya kelas Perkebunan dan Hortikultur pada semester tiga ini, pelbagai
ilmu pengetahuan yang telah saya perolehi sepanjang berlangsungnya kelas teori dan amali bagi
subjek ini. Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya memperolehi
pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya
dalam bidang pertanian.
Melalui subjek ini juga, saya dapat membuka minda saya bahawa sememangnya bidang
pertanian bukan sahaja dapat memberi pelbagai kelebihan malahan ilmu dalam bidang ini dapat
saya aplkasikan bagi mencari rezeki, contohnya seperti dengan pengusahaan tanaman sayursayuran dan dijual di pasar-pasar.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk memulakan penanaman dengan
menggunakan kaedah tradisional yang kini kian dilupakan oleh

masyarakat dek kemajuan

teknologi yang memudahkan segala kerja seharian manusia. Saya telah mempelajari bagaimana
untuk membina batas penanaman tanpa menggunakan sebarang peralatan canggih dan hal ini
menjadikan saya lebih bersyukur kerana proses ini bukanlah satu proses yang mudah dan
memerlukan kesabaran dan ilmu yang tinggi.
Seterusnya, saya juga telah mempelajari tentang cara pembajaan dan meracun di mana
ianya perlu dikuasai dengan baik kerana tidak semua baja dan racun mempunyai manual
penggunaan yang sama. Kemudian, saya telah mengetahui bahawa tanaman juga memerlukan
penjagaan yang rapi bermula dari hari pertama ianya disemai supaya dapat menghasilkan
tanaman yang sihat, cantik dan segar.
Kemudian, tidak dilupakan juga ilmu tentang sistem fertigasi yang telah saya pelajari di
mana ianya adalah satu sistem teknologi yang paling efektif untuk menghasilkan tanaman yang
baik. Di samping itu, saya juga dapat membuat perbandingan sistem fertigasi ini di kawasan
tinggi iaitu melalui lawatan ke Cameron Highlands yang turut dijalankan pada pertengahan
semester ini. Saya dapat mempelajari dengan lebih jelas tentang sistem ini melalui lawatan
tersebut dan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang tanaman-tanaman di tanah tinggi
yang ternyata berbeza dengan tanaman di kawasan rendah.

55 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Kesimpulannya, saya bersyukur dan berterima kasih kepada tenaga pengajar, Encik
Syafiq dan juga pensyarah saya, Encik Abu Bakar kerana telah bertungkus lumus mencurahkan
ilmu kepada saya yang mungkin tidak akan saya perolehi dari sumber yang lain.

Refleksi Mawar Nabila binti Jasimin


Sepanjang kelas amali VEA 3023 PERKEBUNAN & HOLTIKULTUR berlangsung pada
semester ini, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari berkenaan ilmu pertanian. Hal ini
demikian kerana setiap minggu kami akan melakukan aktiviti berkenaan perkebunan yang
berbeza. Pada kebiasaannya, Encik Shafiq akan memberi penerangan terhadap aktiviti yang akan
dijalankan pada hari tersebut dan memberi pendedahan secara ringkas sebelum meminta kami
melakukan kerja-kerja di kebun.
Selain itu, saya juga menerima tunjuk ajar daripada Encik Abu Bakar, terutamanya
berkenaan teori cara pembiakan pokok yang bersesuaian. Saya turut berpendapat bahawa sesi
kelas amali ini amat menyeronokkan kerana tidak hanya berfokus kepada tanaman bayam merah
dan timun yang kami usahakan. Sebaliknya, kami juga mendapat pendedahan mengenai kaedah
tanaman secara fertigasi, serta membantu bagi menjaga tanaman tembikai, rock melon, anggur
dan buah tin. Cara penanaman, penjagaan dan jangka masa setiap pokok untuk matang dan
mengeluarkan hasil yang boleh dituai juga adalah berbeza.
Penglibatan pelajar sewaktu sesi kelas amali ini adalah secara menyeluruh kerana setiap
ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing dalam memastikan tanaman yang diusahakan
terjaga dengan baik. Misalnya, bagi menyediakan pancang pokok, setiap ahli kumpulan
ditugaskan untuk bersama-sama mencari buluh di hutan berdekatan ladang. Seterusnya, ahli
kumpulan saya juga meluangkan masa bersama-sama untuk datang ke kebun di luar waktu kelas
amali bagi menyiram serta membuang rumput yang tumbuh.
Selain daripada ilmu perkebunan yang berjaya saya pelajari, saya juga berpendapat
bahawa saya dapat memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan. Hal ini kerana adalah
mustahil bagi kami untuk berjaya melakukan proses penanaman, penjagaan, penuaian serta
jualan sayur-sayuran tersebut secara individu disebabkan faktor kekangan masa dan tenaga. Di
samping itu, pembantu di ladang, Encik Azman dan Encik Ali juga banyak membantu kami
sewaktu melakukan kerja-kerja di ladang.
56 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Refleksi Ain Zuriatie binti Ibrahim


Pertama kali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan juga laporan
mingguan kebun yang telah diarahkan oleh Encik Abu Bakar selaku pensyarah bagi subjek
perkebunan dan hortikultur. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua tenaga pengajar sepanjang kelas amali bagi subjek ini termasuklah Encik Abu Bakar,
Encik Syafiq, Encik Ali dan tenaga pengajar yang lain yang banyak memberikan tunjuk ajar
daripada awal penanaman tanaman sayuran hingga proses penjualan hasil tanaman tersebut. Saya
juga sangat bersyukur dan berpuas hati kerana semua ahli kumpulan saya memberikan komitmen
yang diperlukan dan kerjasama bagi menyiapakan memastikan tanaman kami mengalami proses
pertumbuhan yang baik dan sempurna dan juga dalam menyiapkan laporan mingguan selepas
kelas amali berlangsung.
Kami diminta untuk menanam dua jenis tanaman sayuran di kebun tersebut iaitu sayuran
berdaun dan sayuran berbuah. Untuk sayuran berbuah, setiap kumpulan diberikan pilihan untuk
memilih jenis sayuran untuk di tanam di atas batas yang disediakan. Kami memilih sayuran
bayam merah sebagai sayuran berdaun kerana ingin mencuba menanam sayuran tersebut.
Manakala pembahagian sayuran berbuah pula telah ditetapkan oleh Encik Syafiq iaitu kumpulan
kami telah mendapat sayuran timun. Kami sekumpulan telah diberikan tunjuk ajar satu persatu
mengenai cara-cara penanaman sayuran yang betul mengikut kaedah yang betul oleh tenaga
pengajar bagi subjek ini. Pertama kali, kami dibahagikan batas yang mana setiap kumpulan
dibahagikan dua batas tanaman. Satu batas untuk penanaman sayuran berdaun manakala satu
batas lagi untuk penanaman sayuran berbuah.
Kemudian, kami diminta membersihkan batas serta mengemburkan tanah untuk dijadikan
batas. Seterusnya, kami diberikan biji benih untuk menanam bayam merah dan juga timun.
Selain itu, aktiviti merumpai, membaiki batas, menyiram, sungkupan dilakukan bagi
memberikan penjagaan yang secukupnya kepada tanaman yang ditanam. Kami bekerjasama
menyiapkan kerja dan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Tanaman yang kami tanam
mengalami sedikit masalah. Sayuran bayam merah mengalami tumbesaran yang agak lambat dan
anak benih yang tumbuh itu tidak sekata di atas batas. Apabila sudah besar, terdapat lubanglubang kecil pada daun sayuran bayam merah itu. Manakala sayuran timun pula dapat tumbuh
57 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

dengan besar dan elok. Kami bersyukur kerana kedua jenis sayuran tersebut mengeluarkan hasil
yang mana masih boleh dijual. Saya juga turut dapat belajar bagaimana cara mengendalikan
tanaman dengan betul bermula dari proses membuat batas dan longkang sehingga kepada proses
mengutip dan menjual hasil tanaman. Penggunaan jenis baja pada kuantiti yang betul adalah
sangat penting bagi membantu tumbesaran pokok. Proses menggemburkan tanah bagi kedua-dua
batas pula adalah sangat penting bagi mengurangkan kepadatan tanah dan memecahkan tanah
serta menghapus rumpai dan organisma yang mampu merosakkan tanaman kami. Kami juga
turut di ajar oleh Encik Shafiq cara-cara memindahkan biji benih ke atas batas bagi tanaman
sayur berbuah iaitu timun. Memandangkan timun merupakan tumbuhan yang menjalar kami
dikehendaki membuat penyokong tanaman tersebut dengan menggunakan pohon buluh.
Sesungguhnya, dalam menghasilkan hasil tanaman yang baik kami juga telah diberi
pendedahan mengenai penjagaan yang lebih rapi bagi kedua-dua batas. Antaranya ialah
penggunaan racun rumpai dan seranggan yang cara yang betul. Cara berpakaian, membancuh
racun serta pembelajaran berkaitan racun telah diterang seacra mendalam oleh Encik Syafiq.
Walau pun, keletihan yang di alami adalah sangat berbaloi apabila melihat hasil tanaman tumbuh
dan membesar dengan segar. Pengalaman baru yang dapat dipungut pada semester ini berkaitan
dengan tanaman merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan berharga bagi saya. Segala
ilmu yang diperolehi akan diguna sebaik mungkin untuk kegunaan masa hadapan terutamanya
ketika mengajar di sekolah pada suatu hari nanti.

58 | L a p o r a n A m a l i V E A 3 0 2 3

Anda mungkin juga menyukai