Anda di halaman 1dari 42

Tahukah anda: Kajian pakar neurologi

menggambarkan, jika kuasa otak hendak


ditanding oleh sebuah komputer, komputer
itu perlulah sebesar EMPAT buah padang bola
dan setinggi tugu Statue of Liberty. (Tetapi itu
pun belum boleh menandingi kuasa minda
yang tidak terjangkau!)
Otak anda begitu berkuasa sehingga boleh
belajar, faham dan ingat bermacam perkara
dalam bentuk kombinasi neuron yang begitu
banyak. Sebenarnya, anda mempunyai kuasa
super untuk belajar semua subjek yang diajar,
kerana Tuhan menjadikan kita dengan sebaikbaik kejadian.
Potensi sahaja tidak cukup, anda perlukan
Perisian
Pernahkah anda menggunakan komputer?
(Soalan tak patut ditanya rasanya). Hampir
semua orang pernah menggunakan komputer.
Tahukah anda bahawa, komputer mempunyai
potensi yang berbeza antara satu sama lain,

bergantung kepada spesifikasi komputer


tersebut? Potensi komputer ditentukan oleh
beberap faktor seperti:
1. Jenis dan kekuatan cip pemproses
(processor)
2. Jenis papan utama (mainboard)
3. Saiz memori sementara (RAM)
4. Saiz memori kekal (hardisk)
5. Dan beberapa faktor sampingan yang lain.
Baiklah, katakan anda memiliki sebuah
komputer yang memiliki spesifikasi yang
terkini dan terhebat. Sudah tentu komputer
tersebut mempunyai POTENSI yang hebat.
Tetapi, apabila anda hendak menggunakan
komputer tersebut, anda dapati, perisian yang
ada hanyalah Notepad dan Solitaire. Adakah
ia sebuah komputer yang hebat?
Sudah tentu komputer itu tidak dapat
melakukan banyak kerja, bukan begitu? Ia
hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja
ringkas, seperti menaip memo dan catitan

sahaja, walaupun ia mempunyai potensi yang


hebat. Lebih teruk, jika komputer tersebut
mengandungi virus, permainan yang ganas dan
melalaikan, ataupun mengandungi unsur
pornografi. Adakah ia komputer yang hebat?
Sudah tentu tidak. Ia adalah komputer yang
merosakkan!
Sebaliknya, jika anda memiliki komputer
yang
sederhana
potensinya,
tetapi
mengandungi banyak program yang hebat.
Contohnya, ia mengandungi Microsoft Office
(Word,
Excell,
Frontpage,
Publisher,
Powerpoint, Access), Adobe (Pagemaker,
Illustrator, Photoshop, InDesign), perisian Al
Quran dan Hadith, perisian untuk telefon
bimbit, pengimbas, fax, internet, dan segala
macam lagi fungsi; adakah ia komputer yang
hebat?
Ya
sudah
tentu!
Walaupun
spesifikasinya SEDERHANA, tetapi perisiannya
SUPER, maka ia menjadi sebuah KOMPUTER
YANG SUPER!

Begitu juga dengan anda, mungkin otak anda


tidak terlalu hebat. Tetapi, anda mampu
untuk menjadi Pelajar Super, jika anda
memiliki perisian-perisian yang super!
Kalau betul saya hebat, kenapa selalu dapat
rendah?
Saya tidak tahu samada anda lemah atau
cemerlang dalam pelajaran, tetapi saya yakin
anda mempunyai potensi yang jauh lebih
hebat dari apa yang anda sangkakan. Namun
persoalannya, kalau saya ada potensi yang
hebat, kenapa saya lemah dalam subjek
sekarang?
Saya telah terangkan sebelum ini bahawa
otak kita mempunyai keupayaan yang sungguh
luar biasa. Pernahkah anda menonton cerita
Superman atau Smallville? (Kisah ini hanyalah
dongeng dan rekaan, saya sekadar hendak
memudahkan kefahaman anda). Anda tahu
betapa hebatnya kuasa Superman, bukan
begitu? Dia boleh terbang, mengangkat

kapalterbang, menembak dengan laser mata,


menahan peluru, dan segala macam kuasa
super yang boleh menyelamatkan dunia.
Setiap orang ada kuasa super dalam diri
mereka, begitu juga dengan anda. Tetapi kuasa
tersebut dilemahkan oleh perisian-perisian
negatif yang wujud dalam minda kita. Perisianperisian negatif ini boleh melemahkan dan
menghilangkah kuasa dan potensi sebenar
anda. Macam Superman atau Clark Kent, kuasa
Superman tidak akan berfungsi apabila
berdekatan dengan sejenis batu permata.
Adakah anda tahu nama batu itu?
Saya percaya, ramai yang tahu apakah
jawapannya. (Siapa kata anda lemah memori?)
Ya, Superman akan hilang kuasa jika berada
berdekatan dengan batu Kriptonite, sejenis
batu hijau dari planet asal Clark Kent, iaitu
planet Krypton. Jika Superman berdekatan
dengan batu tersebut, segala kuasanya akan
hilang, bahkan dia menjadi lebih lemah

berbanding manusia biasa. (Saya rasa anda


pun boleh belasah dia ketika itu!)
Kuasa Super Anda telah dilemahkan!
Anda hebat. Anda super. Tetapi otak kita
banyak dijangkiti oleh perisian negatif (saya
suka sebut Perisian Kriptonite) yang
melemahkan kuasa sebenar kita. Jika anda
berjaya mengatasinya, saya percaya; tidak kira
apa jua keputusan akademik anda sekarang,
anda PASTI akan mempertingkatkannya.
Dari puluhan ribu pelajar yang telah
menyertai Seminar Super Study sejak 2004,
tidak sedikit yang menghadapi krisis yang
sama. Dan yang membuatkan kami teruja
ialah, ramai di kalangan mereka mula
mencungkil semangat dan potensi baru di
dalam sesi dan aktiviti yang ada di dalam
seminar tersebut. Anda boleh mendapatkan
kesan
yang
sama
dengan
melayari
www.motivasisuper.com dan klik pada pautan
Seminar SuperStudy.

TIGA PERISIAN KRYPTONITE


YANG MEROSAKKAN POTENSI
SUPER ANDA
Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda
tiga Perisian Kriptonite yang boleh merosakkan
kuasa super anda:
1. Mentaliti Mangsa
2. Fokus Malang
3. Kitaran Tewas

Perisian Kryptonite 1: Mentaliti Mangsa


Saya percaya, ramai di kalangan kita yang
pernah gagal dan kecewa, bukan begitu? Ada
perkara yang kita tidak berjaya perolehi,
ataupun mungkin juga ada perkara yang kita
lemah. Baik, mari kita analisa kekuatan dengan
menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur
dan ikhlas:
Perkara yang saya lemah,
gagal atau kecewa dalam
akademik

Sebab dan faktor?

Sudah? Baik, sekarang mari kita fokus ke


ruangan Sebab dan Faktor. Mungkin anda ada
bermacam faktor dan sebab kenapa anda
lemah dan kecewa dalam akademik. Di sini,
saya senaraikan beberapa faktor yang sering
dinyatakan oleh para pelajar dalam seminarseminar yang saya kendalikan :
Arahan: Pilih 7 sebab yang relevan dengan
anda
Otak saya memang lemah dalam
subjek tersebut
Cikgu yang mengajar subjek tersebut
tidak pandai mengajar
Saya
tidak
berdisiplin
dalam
penggunaan masa
Subjek itu membosankan
Saya jarang mencabar otak saya
untuk berfikir
Suasana kelas suram dan merimaskan
Tiada buku rujukan yang cukup
Saya tidak berdisipilin semasa
mengulangkaji pelajaran

Buku teks yang tidak jelas dan tidak


menarik
Tiada kelas bimbingan tambahan
Saya
tidak
merancang
untuk
mendapatkan suasana belajar yang
terbaik
Tidak mampu menyertai tuisyen
Kawan-kawan juga tidak faham.
Mereka pun bodoh dan tidak dapat
membantu saya
Saya lebih gemar membazir masa,
berbanding menggunakan otak untuk
berfikir
Saya tidak menumpukan perhatian
semasa di dalam kelas
Kawan-kawan yang mengajak supaya
tidak belajar
Saya tidak berkawan dengan mereka
yang cemerlang
Suasana rumah tidak sesuai untuk
saya belajar
Saya tidak melakukan latih tubi yang
secukupnya
Tiada tempat belajar yang sesuai

Masalah keluarga menyebabkan saya


tidak dapat menumpukan perhatian
Saya belajar dalam keadaan tidak
sistematik
Sudah? Baiklah, sekarang mari kita tengok
alasan-alasan yang anda telah pilih. Yang
manakah jenis alasan yang lebih banyak;
alasan yang menyalahkan faktor luar, ataupun
alasan yang meletakkan tanggungjawab
terhadap diri sendiri?
Dalam senarai di atas, alasan yang
menyalahkan faktor luar ialah:
Otak saya lemah dalam subjek
tersebut.
Cikgu yang mengajar subjek
tersebut tidak pandai mengajar
Subjek itu membosankan
Suasana
kelas
suram
dan
merimaskan
Tiada buku rujukan yang cukup
Buku teks yang tidak jelas dan tidak
menarik

Tiada kelas bimbingan tambahan


Tidak mampu menyertai tuisyen
Kawan-kawan juga tidak faham.
Mereka pun bodoh dan tidak dapat
membantu saya
Kawan-kawan yang mengajak
supaya tidak belajar
Suasana rumah tidak sesuai untuk
saya belajar
Tiada tempat belajar yang sesuai
Masalah keluarga
Manakala alasan yang meletakkan
tanggungjawab penuh terhadap diri sendiri
ialah:
Saya belajar dalam keadaan tidak
sistematik
Saya tidak menumpukan perhatian
semasa di dalam kelas
Saya tidak berdisipilin semasa
mengulangkaji pelajaran
Saya tidak melakukan latih tubi
yang secukupnya

Saya tidak berdisiplin dalam


penggunaan masa
Saya tidak berkawan dengan
mereka yang cemerlang
Saya tidak merancang untuk
mendapatkan suasana belajar yang
terbaik
Saya jarang mencabar otak saya
untuk berfikir
Saya lebih gemar membazir masa,
berbanding menggunakan otak
untuk berfikir
Alasan yang manakah lebih banyak anda
pilih? Jika faktor luaran lebih banyak, maka
saya boleh simpulkan bahawa anda mungkin
mengidap penyakit Mentaliti Mangsa. Jika
anda lebih banyak memilih faktor sendiri,
ucapan tahniah saya ucapkan. Namun, itu
tidak bermakna anda akan selamat
daripadanya jika anda tidak mengenali apakah
itu Mentaliti Mangsa.

Apakah itu Mentaliti Mangsa


. Mentaliti Mangsa ialah; satu fikiran yang
merasakan bahawa kita adalah mangsa
kepada keadaan yang kita sedang alami. Kita
merasakan bahawa kita tidak boleh berbuat
apa-apa. Kita mesti mengikut keadaan, dan
kita perlu mengikut arus. Kita tidak berdaya.
Kita adalah hamba keadaan. Itulah antara
simptom Mentaliti Mangsa.
Bila kita menyalahkan faktor luaran, kita
akan rasa tenang dan selesa dengan apa yang
berlaku bukan? Yelah, semuanya salah orang
lain, salah perkara lain. Dan dalam masa yang
sama, kita rasa bahawa sememangnya kita
sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kita
adalah mangsa yang lemah.
Cuba bayangkan entah sudah berapa
banyak kesan daripada mentaliti mangsa yang
telah membentuk hidup kita sekarang.
Adakalanya dalam skala yang besar,
adakalanya dalam skala yang kecil. Tidak kira

sebesar mana saiz mentaliti mangsa yang


menyerang kita, ia telah banyak membentuk
hidup kita sekarang. Jadi, bagaimana untuk
keluar
daripada
mentaliti
ini
dan
menghalangnya daripada terus mengjangkiti
kita selepas ini?
Nak buat macam mana
Itulah kata-kata yang popular untuk
mereka yang mempunyai Mentaliti Mangsa.
Fikiran mereka terhenti dan tidak dapat
berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap
apa yang mereka hadapi. Kita semua pun
mungkin terdedah dengan mentaliti negatif
ini, bahkan saya sendiri pun adakalanya
dihinggapi dengan penyakit ini. Rasa tidak
dapat berbuat apa-apa. Rasa perlu berserah
dan melembik sahaja.
Adakalanya orang yang bermentaliti
mangsa ini juga suka menyalahkan orang lain
dan perkara lain. Salahkan ibubapa, salahkan
adik beradik, salahkan guru, salahkan rakan,

salahkan jiran, salahkan pengetua, salahkan


buku teks, salahkan system sekolah, salahkan
pengawas, salahkan cikgu tuisyen, salahkan
cuaca, salahkan banjir, dan bermacam lagi.
Yang menjadi punca ialah semua benda
melainkan kita sendiri! Pernahkah kita berfikir
begitu? Saya pun pernah
Apakah kesan daripada Mentaliti Mangsa
ini? Kesan yang paling utama ialah; kita akan
tidak akan mengambil langkah untuk
mengatasi masalah yang sedang kita hadapi
sekarang. Bahkan kita tidak mahu berfikir pun
tentang perkara tersebut. Apa yang kita
lakukan ialah; berdiam dan menyalahkan
semua perkara.
Kenapa ramai orang bermentaliti mangsa?
Ada beberapa sebab kenapa ramai yang
suka menyalahkan orang lain dan gemar pula
mencipta alasan atas apa yang mereka tidak
capai. Antara sebab utama ialah:

a) Boleh mengesahkan apa yang tidak baik


yang berlaku kepada dirinya. Jadi dia akan
berasa lebih tenang atas apa yang berlaku.
Contohnya, apabila Shima mendapat rendah
Matematik, dia akan berasa resah dan gelisah
(selagi mana dia tidak tahu KENAPA). Tetapi,
bila dia berkata, Otak saya memang lemah
Matematik!, maka dia pun akan berasa pasti
dan jelas tentang apa yang telah dan sedang
berlaku. Shima akan berasa tenang.
b) Dengan alasan dan menyalahkan orang
lain, mereka membuat kesimpulan bahawa
mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa
lagi. Dalam erti kata yang lain, mereka sudah
tidak perlu melakukan apa-apa lagi.
Rumusannya, mereka boleh menjadi pemalas
tanpa rasa bersalah, kerana mereka sudah
tidak boleh membuat apa-apa tindakan lagi.
c) Dengan menyalahkan faktor lain,
mereka boleh menagih simpati daripada orang
lain, bahkan daripada diri sendiri. Mereka akan
bercerita kepada pasangan bahawa keadaan

yang berlaku begitu sukar dan mustahil untuk


diatasi, sehingga orang lain akan menyatakan
simpati.
Atasi Mentaliti Mangsa: Jadilah Seorang Yang
Berkuasa!
Untuk menjadi seorang Pelajar Super, anda
perlulah mengatasi Perisian Kriptonite yang
pertama ini. Bagaimana? Ringkas sahaja, anda
perlulah
menjadi
seorang
yang
bertanggungjawab dan proaktif dalam hidup
anda. Apa maksudnya? Maksudnya begini,
untuk menjadi seorang Pelajar Super, elakkan
daripada menyalahkan perkara lain yang kita
tidak boleh kawal, sebaliknya, carilah perkara
dan ruang yang boleh kita lakukan.
Dalam hidup ini, ada perkara yang boleh
kita ubah, dan ada perkara yang kita tidak
boleh ubah. Antara contoh perkara yang kita
tidak boleh ubah ialah umpama cuaca, siang,
malam, bangsa, tarikh lahir, sifat guru,
bilangan topik, tarikh SPM, dan bermacam

lagi.Perkara ini saya namakan sebagai perkara


di luar Zon Kuasa anda. Dalam masa yang
sama, ada juga perkara yang boleh kita ubah,
contohnya tahap fokus, strategi belajar, tahap
komitmen, jumlah waktu belajar, pendapat,
perasaan, dan sebagainya. Inilah perkaraperkara yang berada di dalam Zon Kuasa anda.

Pelajar yang lemah adalah pelajar yang


asyik menyalahkan perkara yang mereka tidak
boleh lakukan apa-apa, melainkan merungut.
Tetapi, Pelajar Super pula sentiasa meninjau
dan berfikir; apakah perkara yang boleh
mereka ubah, dan apakah yang mereka mesti
lakukan. Mereka mengambil tanggungjawab
terhadap apa yang berlaku ke atas hidup
mereka. Mereka tidak ada masa untuk
menyalahkan orang lain. Mereka suka berfikir
tentang a[a yang boleh mereka lakukan,
bukannya siapa/apa yang bersalah?. Mereka
berfikir seperti juara. Mereka mempunyai
Mentaliti Juara. Bagaimana pula dengan anda?

Katakanlah sebelum ini kita asyik


menyalahkan buku teks yang tidak menarik,
guru yang garang, dan rakan-rakan yang tidak
membantu; bukankah perkara-perkara itu di
luar bidang kuasa kita? Adakah dengan
menyalahkan semua itu, maka prestasi kita
akan meningkat? Saya rasa tidak.
Apakata kalau kita lakukan aktiviti di
bawah ini. Pada ruangan pertama, senaraikan
masalah-masalah anda dalam akademik. Pada
ruangan yang kedua, fikirkan apakah perkaraperkara yang mungkin anda boleh lakukan
untuk mengatasinya. Ianya mungkin betul,
mungkin tidak; tetapi yang lebih penting ialah;
anda mengfokuskan fikiran anda kepada
perkara di dalam Lingkungan Kuasa anda.

Masalah saya
dalam
pelajaran

Perkara yang boleh saya


lakukan

Bagaimana? Bukankah anda berada lebih


berkuasa sekarang? Ya, jika anda benar-benar
melakukan aktiviti di atas, saya berani jamin,
anda akan berasa lebih berkuasa dan
bertenaga untuk melakukan perubahan
kepada diri kita sendiri. Berlatihlah untuk
memiliki Mentaliti Juara. Dengan Mentaliti
Juara, anda akan menjadi Pelajar Super!

Perisian Kryptonite 2 : Fokus Malang


Pernahkah anda bertemu dengan seorang
remaja yang asyik bersedih tentang apa yang
berlaku dalam hidupnya? Dalam pelajaran,
kekeluargaa, persahabatan, kesihatan, dan
banyak perkara; dia selalu sahaja berduka
terhadap apa yang berlaku. Pernah? Itulah
contoh remaja yang lemah kerana kuasanya
dilemahkan oleh suatu perkara yang saya
sebut sebagai Fokus Malang.
Bagaimana pula dengan remaja yang
sentiasa ceria dan positif tentang apa jua yang
berlaku dalam hidupnya? Tidak kira apa jua
kegagalan yang dihadapi, dia tidak pula
kelihatan gundah, sebaliknya tetap ceria dan
bertenaga. Anda ada rakan seperti itu? Jika
ada, itulah contoh remaja yang berjaya
mengatasi Fokus Malang dalam diri mereka.
Fokus Malang berlaku apabila seseorang
pelajar itu suka dan cenderung untuk melihat
aspek-aspek negatif terhadap perkara yang

berlaku dalam hidup mereka. Mereka


cenderung untuk mentafsirkan apa yang
berlaku sebagai penghalang dan penyusah
kepada hidup mereka. Semua perkara yang
tidak baik berlaku ke atas diri mereka, dan
setiap perkara yang berlaku ke atas diri
mereka adalah tidak baik!
Kesian bukan? Hmm...sebenarnya, mereka
bukanlah terlalu malang berbanding dengan
orang lain. Bahkan, dalam banyak hal,
adakalanya orang sebegini jauh lebih baik
daripada sesetengah yang lain. Tetapi, kenapa
dia asyik berduka?
Ya, kerana mereka mempunyai perisian
minda yang asyik mengfokuskan kepada
perkara tidak baik terhadap apa yang berlaku,
sehingga tidak nampak perkara baik yang
sebenarnya terkandung di dalamnya. Mereka
memiliki Perisian Kryptonite yang menghalang
Kuasa Super yang sebenarnya mereka miliki.

Kita Lihat, Kita Dapat


Anda perasan atau tidak, bahawa otak kita
hanya dapat melihat sesuatu yang kita
fokuskan? Dalam sesuatu masa, ada banyak
perkara yang kita abaikan; dan akhirnya kita
tak nampak. Semasa anda membaca
mukasurat .............. tadi, adakah anda tahu
apa yang sedang berlaku di belakang anda?
Atau apa yang berlaku di kiri anda? Atau
mungkin di bawah kerusi anda? Tidak tahu
bukan? Kerana tidak fokus kepada perkara
lain, melainkan buku ini.
Nah! Begitulah juga dengan apa yang anda
perolehi di sekeliling anda. Jika kita melihat
sesuatu dengan mengFOKUSkan kepada yang
negatif, maka tafsiran yang kita akan buat juga
adalah yang negatif.
Setiap Perkara, Pasti Ada Hikmahnya: Fokus
Malang vs Fokus Hikmah

Pelajar Super sentiasa berkuasa dan


bertenaga kerana kuasa mereka tidak
dilemahkan oleh Fokus Malang. Sebaliknya,
mereka mempunyai keupayaan untuk
mengfokuskan kepada kebaikan dan hikmah
yang terkandung dalam sesuatu perkara.
Mereka bersangka baik dengan Allah, dan
percaya bahawa setiap perkara ada hikmah
dan pengajarannya. Seburuk mana perkara
yang berlaku, pasti ada kebaikan yang datang
bersamanya. Mereka memiliki Fokus Hikmah.
Itulah yang menjadikan diri mereka sungguh
berkuasa dan hebat!
Dengan mendidik untuk memiliki Fokus
Hikmah, anda secara automatik akan dapat
menghapuskan Perisian Fokus Malang yang
mungkin ada dalam diri anda. Mari kita latih
dan bina kemahiran Fokus Hikmah dengan
aktiviti di bawah ini:

Perkara
/ Fokus Hikmah
Peristiwa
Gagal dalam
ujian semalam
Dimarahi oleh
bapa sebentar
tadi
Guru
memarahi
saya dan
berkata
bahawa saya
suka bising
dalam kelas
Terjatuh dari
basikal petang
tadi
Bagaimana? Mungkin ianya tidak terlalu
sukar, mungkin ia juga membuatkan anda
termenung seketika. Walau apapun, yang
penting ialah; kita perlu selalu berlatih mencari
kebaikan daripada apa yang berlaku. Mencari
kebaikan bermaksud, kita melihat apa

sebenarnya yang boleh kita pelajari, apakah


tindakan masa depan yang boleh kita lakukan,
dan apa perkara yang yang perlu kita elakkan.
Pelajar Super Tidak Pernah Gagal
Tidak pernah dapat D atau F? Tidak pernah
dikritik? Tidak pernah tersilap? Adakah itu
maksud saya? Oh, tidak. Bukan begitu. Pelajar
Super juga mungkin dapat F, atau D, atau
dikritik, atau melakukan kesilapan. Mereka
juga pernah tidak berjaya. Mereka juga sering
tidak dapat apa yang mereka harapkan. Tetapi,
bagi mereka, itu bukanlah kegagalan. Semua
itu adalah pengalaman.
Pelajar lemah yang melihat semua itu
sebagai kegagalan. Gagal dapat A, gagal
melakukan kertas portfolio, gagal itu dan gagal
ini. Mereka mengfokuskan fikiran mereka
kepada
perkara
yang
negatif,
iaitu
KEGAGALAN. Apabila mereka tidak dapat apa
yang dihajati, mereka membuat kesimpulan
bahawa itulah penamat segala-galanya, dan

mereka tiada harapan untuk terus mara ke


hadapan.
Berbeza dengan Pelajar Super. Apabila
mereka tidak berjaya memperolehi apa yang
mereka inginkan, mereka belajar daripada apa
yang berlaku. Mereka menganggap kegagalan
sebagai pengalaman yang perlu dipelajari.
Mereka mengfokuskan fikiran mereka dengan
menganalisa kegagalan, dan bagaimana untuk
meneruskan usaha mereka. Itulah fokus
Pelajar Super.
Apabila Thomas Alva Edison, pencipta mentol
dan pengasas General Electric mencuba
sebanyak 6,000 kali untuk mencipta mentol,
seorang rakan menemuinya dan berkata,
Kenapa awak masih teruskan kerja awak ini,
bukankah awak sudah gagal sebanyak 6,000
kali?. Thomas tersenyum dan berkata, Saya
bukannya gagal 6,000 kali, tetapi saya sudah
berjaya menemui 6,000 cara bagaimana
sebuah mentol tidak dapat berfungsi

Bagaimana dengan anda? Sudah berapa ribu


kali anda menemui kaedah menghafal yang
tidak betul? Atau sudah berapa ribu kali anda
menemui cara menjawab soalan peperiksaan
yang
tidak
betul?
Ataupun
anda
menganggapnya sebagai satu kegagalan?
Selagimana anda terus berusaha, anda tidak
pernah gagal
Apa maksud gagal? Bagi saya, gagal ialah
berhenti dan tidak meneruskannya lagi. Selagi
mana anda belajar daripada kesilapan, dan
meneruskan langkah anda; bererti anda belum
gagal lagi. Tidak kira berapa kali anda
mendapat C, D atau F; yang penting anda
benar-benar mengambil pengajaran daripada
kesilapan, dan memikirkan langkah yang
seterusnya. Adakah anda telah gagal? Tidak?
Selagi mana kita masih dalam perjalanan, kita
bukannya gagal, tetapi belum berjaya.
Tetapi jika sekiranya kita mendapat C
dalam sesuatu ujian, lalu berkata, Ah,

memang aku tidak akan dapat markah yang


tinggi dalam subjek ini! Lebih baik aku tak
perlu belajar lagi. Lebih baik aku main saja!,
maka di situlah kegagalan bermula. Ia bermula
apabila kita berputus asa, dan menerima
sahaja kelemahan yang kita ada; walhal kita
boleh lakukan beribu macam ikhtiar dan
strategi yang lain.
Oleh itu, atasi Perisian Fokus Malang
dengan menukarkannya kepada Fokus
Hikmah. Lihat perkara yang baik yang berlaku
kepada kita. Adakalanya, sesuatu perkara itu
kelihatan seperti tidak elok, tetapi sebenarnya
baik untuk kita. Berlatih untuk bersangka baik
dengan Allah, dan banyakkan bersyukur
dengan apa yang kita ada sekarang.
Di dalam Audio Seminar SuperStudy, kami
kongsikan beberapa teknik bagaimana untuk
mengawal minda dengan mempunyai fokus
terhadap masa depan, impian, dan harga diri.
Ia merupakan teknik yang sungguh mudah,
praktikal dan berimpak tinggi. Anda hanya

perlu mendapatkan CD Audio Seminar


tersebut, mendengar, dan mempraktikkan
teknik yang kami kongsikan dan berlatih untuk
mengawal minda anda dengan kaedah yang
sistematik. (Dapatkan info penuh mengenai
Audio
Seminar
SuperStudy
di
www.motivasisuper.com dan klik pada pautan
Seminar Audio atau Kit Exam)
Saya percaya, dengan latihan fokus
sedemikian, anda akan melihat banyak hikmah
dan pengajaran dalam pengalaman yang
dialami. Dengan memperbanyakkan syukur,
anda akan mendapati bahawa diri anda
sebenarnya penuh dengan kekuatan dan
potensi yang perlu digarap dan diusahakan.
Bangkit sekarang, dan jadilah Pelajar Super!

Perisian Kryptonite 3 : Kitaran Tewas


Satu lagi perkara yang seringkali
melemahkan (bahkan menghapuskan sama
sekali) Kuasa Super para remaja ialah apa yang
saya namakan sebagai Kitaran Tewas. Kitaran
Tewas berlaku akibat daripada kepercayaan
negatif yang ada pada kita. Secara ringkasnya
seperti ini; katakan Ahmad pernah mendapat
D dalam ujian Matematik. Akibat daripada itu,
dia percaya bahawa dia seorang yang lembab
dalam Matematik.
Oleh kerana dia percaya sedemikian, dia
tidak berusaha untuk menjadi pandai
Matematik. Tidak memberikan tumpuan
dalam kelas, tidak menghafal formula, dan
tidak membuat latih tubi. Kesannya, tiada
potensi baru yang dicipta oleh Ahmad. Tiada
kemahiran baru, dan tiada kepandaian baru
yang diterokai. Bulan depan, sekali lagi guru
membuat ujian Matematik. Anda boleh agak
apa yang berlaku pada Ahmad?

Ya, sudah tentu dia tidak boleh menjawab


dengan baik, kerana dia tidak berusaha
sebagaimana yang sepatutnya. Lantaran itu,
dia mendapat F dalam ujian tersebut. Dia
semakin percaya bahawa dia memang lembab
dalam Matematik, dan semakin malas untuk
belajar Matematik. Dia menjadi semakin tidak
faham dan tidak tahu menjawab soalan.
Keputusannya semakin teruk dari bulan ke
bulan, dan begitulah seterusnya yang saya
namakan sebagai Kitaran Tewas.
Perasankah anda, dalam kebanyakan
perkara yang kita lemah, biasanya ada sebab
negatif yang wujud, yang menyebabkan kita
bertingkah laku sedemikian. Saya hampir pasti
bahawa, kebanyakan faktor dan sebab yang
berlaku, kebanyakannya disebabkan oleh
kepercayaan kita sendiri, adakah saya betul?
Apabila anda percaya akan sesuatu, ia akan
menjadi betul dan benar, sekurangkurangnya kepada diri anda sendiri. Tidak
percaya? Mari kita buat aktiviti di bawah ini:

Dari mana datangnya perisian negatif itu?


Bagaimana seseorang itu boleh percaya
bahawa
dia
lemah
dalam
sesuatu?
Sebenarnya, ada banyak faktor. Dr Georgi
Lozanov, seorang pakar motivasi yang
mengasaskan Accelerated Learning berkata,
setiap orang dilahirkan sebagai seorang yang
genius. Tetapi proses membesar telah

menyah-geniuskan
mereka;
dengan
bermacam kata-kata negatif dari orang di
sekeliling. Dalam konteks kita, kata-kata itu
mungkin dari rakan-rakan, ahli keluarga, guru,
dan sebagainya. Ada bermacam cara ianya
diungkapkan. Antaranya, Kenapa kamu ni
degil sangat?, atau Orang macam kamu ni
nak berkreatif? Jangan haraplah!, atau Kamu
ni memang jenis tak pandai Matematik, baik
tak payah studi.
Selain daripada orang lain, perisian negatif
juga boleh datang dari diri anda sendiri!
Bagaimana? Ia boleh berlaku? Sebenarnya,
dengan tidak sengaja, kita juga boleh mencipta
perisian negatif yang mewujudkan Kitaran
Tewas apabila kita mentafsirkan peristiwa
yang berlaku di sekeliling kita secara negatif.
Contohnya, bila kita mendapat markah
rendah dalam sesuatu ujian, kita mentafsirkan
bahawa kita memang bodoh, lembap, atau
tidak berbakat dalam subjek tersebut. Saya
sendiri ada pengalaman menarik tentang ini.

Ada pelajar percaya bahawa dia


mempunyai otak yang tidak cerdas, kerana
pernah dia belajar selama 30 minit dan dia tak
faham. Oleh kerana dia percaya sedemikian,
maka dia malas belajar, dan akhirnya
mendapat markah yang teruk. Dan kemudian
itu mengesahkan bahawa di sememangnya
mempunyai otak yang kurang cerdas.
Padahal sebenarnya semasa dia belajar,
otak tidak mendapat nutrien yang diperlukan
untuk beroperasi. Makanan yang tidak berzat,
makanan diproses, racun serangga, GMO,
kurang makan sayuran dan buahan, terlalu
banyak makanan manis dan berperisa;
menjadikan tubuh lemah dan otak tidak
mendapat zat yang diperlukan. (Kerana itulah
kami di SuperStudy juga mengeluarkan
formula nutrien minda berspektrum tinggi
bernama SUPERMAX, dalam bentuk tablet
berperisa coklat yang enak dan penuh dengan
keperluan otak untuk beroperasi dengan
sepenuhnya!)

Mari kita hapuskan Perisian Negatif!


Baiklah, sudah tentu anda hendak tahu
bagaimana hendak menghapuskan Perisian
Negatif dan keluar dari Kitaran Tewas. Ada
beberapa kaedah yang praktikal untuk
memprogramkan semula pemikiran dan keluar
dari kitaran negatif tersebut. Salah satu
kaedah yang digunakan dalam Program
Superstudy ialah dengan menggunakan NLP
bagi memprogramkan semula diri, dan juga
kami menyediakan Audio Hipnosis Programing
Diri yang anda boleh dapatkan di
www.motivasisuper.com

BIODATA PENULIS

HJ Fadzli Yusof
Pengasas Teknik Belajar SuperStudy

Beliau merupakan Certified NLP Trainer


mendapat tauliah secara terus daripada
Presiden NFNLP yang berpusat di Florida, Dr
William Horton. Sejak tahun 2005, beliau telah
berkongsi teknik belajar yang hebat ini di
ratusan buah sekolah, dan mendapat reputasi

sebagai teknik yang mudah untuk difahami,


dan senang untuk dipraktikkan. Anda boleh
melihat sendiri kelebihan seminar ini di
www.motivasisuper.com . Dengan ijazah
sarjana muda undang-undang (kepujian) dan
sarjana master perbandingan undang-undang,
beliau bukan sahaja telah menulis lebih
daripada 30 judul buku motivasi, bahkan
sering tampil di media arus perdana seperti
TV3, TV Al Hijrah, RTM, Astro, TV9, IKIM.fm,
KLFM, Nasional.fm, Solusi, bermacam majalah
terbitan Karangkraf, dan banyak lagi. Beliau
juga telah menerbitkan 10 topik seminar audio
NLP pertama di Malaysia dan juga
membangunkan Kit Persiapaan Peperiksaan
yang telah membantu ramai pelajar untuk
mengurus proses pembelajaran mereka
(www.examkit.com.my). Beliau juga adalah
Timbalan Presiden pertubuhan trainer dan
speaker terbesar, iaitu TAMRIN (2015-2017).
Anda boleh meneliti profil penuh beliau di
www.fadzliyusof.com

Anda mungkin juga menyukai