Anda di halaman 1dari 8

2.

1 Revolusi 1911
Revolusi 1911 merupakan salah satu daripada kesan kedatangan kuasa Barat ke
China. Perasaan anti kerajaan Manchu dalam kalangan pemimpin revolusi seperti
Sun Yat Sen. Oleh yan demikian, beliau mencadangkan idea untuk mengadakan
revolusi di China untuk menggulingkan pemerintah kerajaan Manchu. Revolusi 1911
ini telah berlaku secara tidak sengaja apabila sebutir bom telah jatuh di landasan
keretapi di ibu pejabat puak revolusi di Wuchang, Hupeh pada 9 Oktober 1911.
Apabila mereka berjaya menjatuhkan Wuchang, Li Yuan-Hung telah dilantik untuk
menjadi pemimpin revolusi. Sun Yat Sen tidak dilantik sebagai pemimpin adalah
kerana beliau pada ketika itu berada di Denver, Colorado. Namun, setelah beliau
kembali ke China, beliau kemudiannya menubuhkan Republik China dan menjadi
presiden sementara. Dalam hal ini, terdapat persoalan yang timbul apabila Sun Yatsen dikatakan merupakan presiden pertama Republik China. Namun sebenarnya,
beliau hanya merupakan presiden sementara.
Pada masa itu, kerajaan Ching masih lagi wujud namun goyah lalu mereka
memberikan kuasa sepenuhnya kepada Yuan Shih Kai untuk mengetuai angkatan
tentera untuk menghapuskan Revolusi 1911. Dalam penentangan angkatan oleh
Yuan Shih Kai ini, mereka berjaya menawan Wuchang, Hankow dan seterusnya
Hanyang. Peristiwa ini memberikan tamparan hebat kepada pihak revolusi dan
mereka bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai. Rundingan ini
mencapai persetujuan untuk melantik Yuan Shih-kai untuk menjadi presiden
sementara republik China atas persetujuan Sun Yat-sen. Sebagai balasan, Yuan
Shih-kai bersetuju untuk mendesak kerajaan Dinasti Ching untuk menyerahkan
kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi. Pada 13 Januari 1912, maharaja turun
daripada takhta dan pada masa inilah secara rasminya pemerintahan beraja
ataupun feudal dimansuhkan. Dalam hal yang sama, Yuan Shih-kai mengangkat
sumpah untuk menjadi presiden sementara dan berjanji akan meletakkan jawatan
apabila parlimen memilih presiden baru.
2.2 Perpecahan Wilayah di China
Keangkuhan Yuan Shih-kai yang bersikap membelakangkan negara telah
mengarahkan kepada masalah perpecahan wilayah di China. Hal ini demikian
kerana pada tahun 1913, Yuan Shih-kai berusaha untuk mengubah undang-undang
dan peraturan pilihan raya presiden. Dalam hal ini, Yuan Shih-kai telah
mengarahkan tenteranya untuk mengepung parlimen dan ini menyebabkan
parlimen terpaksa memilih Yuan Shih-kai sebagai presiden. Setelah persidangan
yang dijalankan antara Yuan Shih-kai dan wakil dua delegasi daripada setiap
wilayah China dan lapan daripada Mongolia, Tibet dan Chinghai. Satu perlembagaan
baru telah dibentuk pada 1 Mei 1914. Hasil persidangan juga menyatakan bahawa
jawatan presiden akan disandang selama 10 tahun dan boleh diperbaharui tanpa
had serta presiden sendiri mempunyai kuasa untuk melantik penggantinya. Tidak
lama kemudian, atas desakan anak sulungnya, Yuan Shih-kai ingin mengembalikan
sistem monarki dan kemaharajaan di China dan dipersetujui oleh Dr. Frank
J.Goodnow. Apabila Yuan Shih-kai mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja baru di

China sekaligus dengan Perlembagaan Gemilang. Manakala, dalam perhubungan


antarabangsa pula, beliau telah menerima desakan pihak asing seperti Tuntutan 21
dari Jepun, dan mengiktiraf kepentingan dan kedudukan Rusia di Mongolia Luar
serta menandatangani pengiktirafan dan kedudukan British di Tibet.
Walau bagaimanapun, usaha YuanShih-kai menjadi maharaja telah mendapat
tentangan daripada wilayah-wilayah China. Hal ini secara tidak langsung telah
mengarahkan kepada perpecahan apabila terdapat beberapa wilayah yang
mengisytiharkankemerdekaan dan penentangan terhadap Yuan Shih-kai. Misalnya di
Yunan pada 23 Disember 1915, Yuan Shih-kai diberikan amaran oleh gabenor
wilayah itu untuk menarik balik tindakan beliau menjadi maharaja. Apabila Yuan
Shih-kai enggan, maka beberapa buah wilayah turut bertindak mengisytiharkan
kemerdekaan. Contohnya pada 27 Disember 1915, Kweichow mengikut Jejak Yunan
dan ini diikuti oelh Kwangsi pada 15 Mac 1916. Keadaan bertambah serius apabila
berlakunya perpecahan dalam kalangan tentera Yuan Shih-kai di Peking. Atas
desakan dan tentangan pegawai dan rakyat, akhirnya Yuan Shih-kai bersetuju untuk
menghapuskan system monarki dan kemaharajaan yang hanya berusia 83 hari.
Namun, tindakan beliau ini gagal meredakan keadaan kerana terdapat beberapa
buah wilayah lagi yang mengisytiharkan kemerdekaan seperti Kwangtung,
Chekiang, Shansi,Szechwan dan juga Hunan. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini
bahawa tindakan Yuan Shih-kai yang melaintik dirinya sebagai maharaja China
merupakan punca berlakunya perpecahan wilayah di Negara tersebut.
2.3 Pergolakan Politik
Kesan seterusnya adalah pergolakan politik di China. Setelah Yuan Shih-kai
meninggal pada 6 Jun 1916, pada tahun seterusnya iaitu 1917, Sun Yat-sen telah
menubuhkan kerajaan di selatan China yang berpusat di Canton. Namun begitu,
beliau tidak mempunyai banyak kuasa kerana kuasa sebenar adalah di bawah ketua
wilayah Kwangsi iaitu Lu Yung-ting yang merupakan seorang panglima perang bagi
Kwangtung dan Kwangsi. Hasrat Sun Yat-sen untuk menyatukan semula China tidak
dipersetujui oleh panglima perang dan beliau disingkirkan daripada kerajaan
tentera lalu beliau melarikan diri ke Shanghai. Pada Oktober 1920 iaitu setelah Chen
Chiung-Ming dan dua orang rakannya berjaya merampas Canton dari puak Kwangsi,
mereka menjemput Sun Yat-sen untuk menubuhkan kerajaan baru di Canton. Dalam
hal ini, Sun Yat-sen telah dilantik menjadi presiden manakala Chen Chiung Ming pula
menjawat jawatan gabenor. Namun berlaku perselisihan faham antara kedua
pemimpin ini apabila Sun Yat-sen masih lagi ingin meneruskan hasratnya untuk
menyatukan China lalu Sun Yat-Sen memecat Chen Chiung-ming.
Pada masa yang sama situasi politik di utara China berubah dengan kumpulan Wu
Pei-fu berjaya merampas kerajaan Peking. Dengan ini, Wu Pei-fu mendesak supaya
Sun Yat-sen meletak jawatan sebagai presiden. Dalam hal yang sama, Wu Pei-fu
juga memberi sokongan kepada Chen Chiung Ming untuk merampas kuasa.
Hasilnya, ibu pejabat Sun Yat-sen telah dibom dan beliau melarikan diri ke Hong
Kong dengan pertolongan british. Kemudiannya, beliau ke Shanghai dengan menaiki
kapal Rusia iaitu The Empress of Russia pada 1922. Pertemuannya dengan Soviet

Union telah mengubah nasibnya kepada lebih baik apabila bertemu dengan Adolf
Joffe. Sementara itu, dengan sokongan panglima-panglima perang, Sun Yat-sen
berjaya menyingkirkan Chen Chiung Ming dan menguasai semula Canton.
Kesedaran beliau tentang kerapuhan kedudukannya telah menyebabkan Sun Yatsen telah mencapai kesefahaman dengan Adolf Joffe dan membawa kebangkitan
KMT pada tahun-tahun 1920an dan 1930an.
2.4 Kemunculan Panglima Perang
Kesan seterusnya adalah kemunculan panglima perang. Selepas kematian Yuan
Shih-kai, tiada seorang pemimpinyang berani untuk mengambil tempatnya sebagai
pemimpin yang berkuasa di China. Walaupun beliau telah menamakan calon
penggantinya iaitu Xu Shichang, Li Yuan-hung dan Tuan Chi-jui, namun tidak
seorang pun yang berani untuk menerima tawaran tersebut.Pada akhirnya, Li Yuanhung telah dilantik untuk menjadi presiden walaupun Li Yuan-hung tidak
berkeyakinan untuk menjawat jawatan tersebut. Hal ini menyebabkan beliau
senang untuk dimanipulasikan oleh pemimpin-pemimpin tentera iaitu panglimapanglima perang. Panglima perang yang paling kuat pada ketika itu ialah Anhwei,
Fengtian dan Chihli yang terdiri daripada bekas jeneral tentera Peiyang. Mereka
inilah yang menguasai sesuatu kawasan dengan pemerintahan autonomi.
Oleh kerana kelemahan kerajaan republic maka pihak kerajaan gagal untuk
mengawal kumpulan ini dan memperoleh kesetiaan mereka. Keadaan ini
ditambahkan lagi dengan ketiadaan pemimpin yang kuat untuk menguasai wilayahwilayah China. Hal ini menyebabkan wilayah-wilayah China ini jatuh ke tangan
kumpulan-kumpulan tentera yang bebas untuk memerintah beberapa wilayah.
Selain itu, mereka juga membentuk undang-undang, mengeluarkan wang dan juga
mengenakan cukai di wilayah masing-masing. Semasa era panglima perang ini,
kehidupan rakyat ditindas dengan membayar cukai yang tinggi disamping
berkhidmat untuk keperluan perang. Keadaan ini juga menyebabkan sering berlaku
perang saudara di China antara wilayah-wilayah tertentu.
Di China, sebagai kesimpulannya, kedatangan kuasa Barat sememangnya telah
memberikan perubahan besar dalam politik. Perebutan kuasa dan
ketidakpuashatian dalam pemerintahan yang akhirnya mengarahkan kepada
berlakunya Revolusi 1911 telah memberikan banyak kesan di China. Sebagai contoh
adalah seperti perpecahan wilayah, pergolakan politik dan kemunculan panglima
perang yang bersikap autokratik dalam memerintah wilayah mereka. Keadaan ini
bukan sahaja menjejaskan Negara, malah rakyat China sekali yang turut hidup
menderita. Namun, keruntuhan China bukan sahaja disebabkan oleh kedatangan
Barat, namun disebabkan oleh faktor dalaman Negara itu sendiri kerana sering
berlaku perebutan kuasa dan perselisihan antara pemimpin sehingga Barat
mengambil kesempatan itu untuk campur tangan. Dalam hal ini juga kita dapat lihat
bahawa sistem maharaja juga telah dilupuskan.
3.0 Perkembangan Ekonomi Di China

Ekonomi China berbeza berbanding dengan ekonomi Jepun. Kedatangan Barat telah
membawa perubahan bukan sahaja dari segi politik dan sosial tetapi telah
menyebabkan kemerosotan ekonomi di negara China. Hal ini juga berkaitan dengan
dasar dan sikap pemerintah China yang memandang rendah terhadap orang Barat
dan menganggap orang luar sebagai barbarian telah menyebabkan China
mengalami pelbagai masalah. Ekonomi di China mula berubah selepas kedatangan
Barat. Sebelum kedatangan Barat, China mementingkan ekonomi sara diri. Mereka
beranggapan tidak memerlukan barangan daripada negara lain. Oleh itu China
mengamalkan dasar tutup pintu pada waktu sebelumnya. Namun demikian, China
mengamalkan dasar buka pintu setelah Barat menembusi perdagangan China
dengan membawa masuk candu sehingga berlakunya Perang Candu. China banyak
terlibat dengan peperangan sehingga menyebabkan ekonomi China terjejas dan ia
berlarutan sehingga abad ke-20.

3.1 Modal Pembangunan


Negara China memerlukaan modal-modal asing untuk pembangunannya. Oleh itu,
wakil kerajaan asing menganggap sudah tanggungjawab menentukan supaya
modal negaranya mendapat sama banyak pertimbangan untuk pelaburan dan
menjaga kepentingan penanam modal dari negaranya. Negara China memerlukan
modal asing kerana mereka telah mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil
kerana sebelum ini mereka telah berhadapan dengan peperangan misalnya perang
Jepun-China. Orang Barat mula melakukan tekanan terhadap China yang memiliki
politik yang masih terbelakang. Orang asing ingin memonopoli perniagaan atau
keistimewaan hasil bumi China.
3.2 Pelabuhan
Perkembangan perdagangan selepas kedatangan Barat ini menyebabkan kawasan
pelabuhan berkembang seperti Canton. Pengeksportan teh melalui Canton
sebanyak 20 miliion setahun yang dimonopoli oleh Syarikat India Timur. Kemajuaan
pelabuhan ini berkembang ekoran China hanya membenarkan peabuhan yang
tertentu sahaja untuk urusan perniagaan. Namun begitu, pada abad ke-20, kerajaan
China telah gagal memastikan standard kualiti perdagangan teh sehingga Japan dan
India telah mengambil pasaran dunia jauh dari China. Negara China juga mengalami
perubahan dalam ekonomi apabila berlakunya kemajuan dalam pengangkutan air.
Misalnya di pelabuhan Canton, sesiapa yang melalui pelabuhan ini akan dikenakan
sistem Kiangsi dan Hunan. Dengan adanya pengangkutan air, ia dapat menanggung
kos perjalanan yang tinggi dan menjimatkan masa ke tempat yang lebih jauh
disamping mempergiatkan urusan perdagangan. Perkembangan perjanjian
perdagangan pada akhir abad ke-19 merupakan kebangkitan semula perdagangan
komersil yang sudah ada semasa pra-Rebellion China.
3.4 Penubuhan Bank

Penubuhan bank dan institusi kewangan telah wujud sekian lama. Terdapat juga
bank-bank asing yang berperanan menjadi pengeluar modal untuk aktiviti import
dan eksport di China. Hal ini demikian kerana Barat ingin memastikan urusan
perdagangan dapat dijalankan dengan lancar dan dapat mengaut keuntungan serta
pertukaran mata wang dapat diuruskan dengan cepat. Kedatangan Barat telah
membuka bank di China. Pembukaan bank ini supaya Barat dapat menghantar
keuntngan mereka ke negara asal dengan hanya menggunakan pertukaran sahaja.
Bank pertama ditubuhkan di China ialah Britsh-Chartered Oriential Banking
Corporation. Cawangan bank ini terdapat di Hong Kong pada tahun 1845 dan
Shanghai pada tahun 1848. Kemunculan bank dari Barat ini di China telah
menyebabkan China berasa disaingi. Berikutan dengan itu, China telah telah
menubuhkan Commercial Bank of China pada tahun 1898 dengan modal sebanyak
5 juta tael. Pada tahun 1905, Hu-pu Bank telah ditubuhkan dan ditukarkan kepada
Bank of China pada tahun 1912. Pada awal abad ke-20, bank-bank tempatan
semakin bertambah dan jumlahnya telah mencapai 59 buah. Hal ini jelas sekali
memperlihatkan penduduk China mampu bersaing dengan Barat.

3.5 Penanam Kapas


Kegiatan penanam kapas semakin meningkat secara mendadak di China. Hal ini
kerana permintaan kapas yang tinggi sebagai bahan mentah utama dalam industri
pemintalan kapas terutama di Tientsin dan Shanghai. Selain itu juga, kapas
menerima permintaan industri kecil di kawasan luar bandar dan sehingga abad ke20, ia menjadi aktiviti utama di China. Kegiatan industri di China tidak begitu
berkembang ekoran negara China berhadapan dengan masalah ekonomi yang
semakin merosot disebabkan memilik hutang yang tinggi dan juga telah
berhadapan dengan pelbagai peperangan. Selain itu, ekonomi di China juga terhad
kerana mereka hanya menetapkan pelabuhan Canton untuk menjalankan aktiviti
perdagangan dengan negara luar. Selain daripada kapas, China juga berkembang
dalam industri sutera. Permintaan kain sutera tinggi dari Barat dan China juga telah
mendapat peralatan dengan meniru peralatan daripada Barat untuk
mempercepatkan lagi proses pembuatan dalam perindustrian.
4.0 Perkembangan Sosial di China
Idea pembaharuan China pada abad ke-20 ini disokong oleh Junglu, Chang Chihtung dan Liu Kun-i. Hal ini kerana, mereka mula faham bahawa negara China
bukannya kerajaan yang kuat dan orang Barat harus difahami. Keadaan ini
menunjukkan secara perlahan-lahan pengaruh Barat diserapkan dalam sosio budaya masyarakat China. Di China, kehadiran kuasa Barat telah mencabar
beberapa institusi tradisional China. Salah satu institusi tradisional awal yang
dicabar ialah konsep Anak Syurga dan pusat dunia (Middle Kingdom ). Dengan itu,
kuasa Barat menuntut supaya persamaan harus dijalankan dalam usaha menjalin
hubungan dengan mereka. Namun demikian, pihak China telah menolak sebarang
persamaan dengan negaranya. China juga memandang kuasa Barat sebagai kuasa

yang tidak bertamadun dan tidak layak dilayan sebagai sebuah kuasa yang suci
seperti negara China sendiri. Oleh itu, perwakilan Barat diminta untuk melakukan
adat kow tow iaitu sujud kepada Maharaja China dan dianggap sebagai negara
pembawa ufti kepada maharaja China. Sikap tertutup China ini dibalas dengan
kekerasan oleh kuasa Barat. Namun demikian, sikap China terhadap kuasa Barat
masih tidak berubah sepenuhnya walaupun telah dikalahkan oleh pihak Barat. Sikap
anti-British semakin jelas dilihat pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20.
Dalam budaya China ini juga telah berlaku pemulihan iaitu melalui larangan yang
dikenakan mengenai perkahwinan campur di antara orang-orang Manchu dan
orang-orang Cina. Larangan tersebut ditarik balik secara langsung sebagai langkah
untuk menyatupadukan orang-orang Cina. Hal ini kerana, penyatuan orang China
amat penting untuk membentuk masyarakat china berkerjasama antara satu sama
lain bagi mengelakkan berlakunya pengaruh Barat. Sejurus selepas itu, puak-puak
nasionalis cina telah membatalkan pemakaian Taucang yang dipaksa ke atas orangorang Cina yang membezakan mereka antara cina atau Manchu. Wujud juga
gerakan kebudayaan Baru melalui Chen Tu-hsiu (1879-1942) yang menolak budaya
menyusahkan seperti perkahwinan yang diatur, mengecilkan kaki dan
mengutamakan anak lelaki. Namun begitu ada juga dikalangan rakyat China
disarankan membina China baru dan bukanya menerusi budaya China yang sudah
lama dan ketinggalan misalnya yang dilakukan oleh Sun Yat Sen melalui revolusi
1911 yang berjaa membentuk China baru dari aspek politik ekonomi dan sosial
mengikut cara Barat.
Pada tahun 1901 satu dikri dikeluarkan untuk menyusun semula sistem pendidikan
negara sejajar dengan pendidikan di Barat. Dalam dikri itu, buat pertama kalinya
kanak-kanak perempuan dibenarkan menuntut ilmu. Seterusnya, pendidikan Barat
termasuk sains, matematik, kejuruteraan dan geografi telah dibenarkan diajar di
sekolah-sekolah. Sistem peperiksaan lama telah dihapuskan pada 29 Ogos 1901.
Ianya telah digantikan dengan peperiksaan baru berdasarkan sejarah China dan
pengetahuan tentang negara asing. Orang China mula dihantar ke Eropah dan
Jepun untuk mempelajari sains baru, ekonomi dan pemikiran baru. Kementerian
pendidikan juga ditubuhkan pada tahun 1906. Sekolah-sekolah wilayah pula dibina
atas peruntukan kewangan daripada gabenor wilayah. Usaha juga dibuat untuk
menyeragamkan sistem persekolahan China yang dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi. Manakala,
Universiti Imperial Peking ditubuhkan dengan melantik Dr. W.A.P. Martin sebagai
ketua Fakulti Hal Ehwal Luar. Perkembangan sistem pendidikan ini adalah penting
bagi menggerakkan negara China supaya semakin mengamalkan anti-Barat. Hal ini
kerana dengan pendidikan masyarakat China akan memiliki cara pemikiran yang
boleh melawan Barat supaya tidak terpengaruh dengan dasar yang dilakukan oleh
Barat. Namun, dasar pendidikan juga bukan satu penghalang bagi budaya Barat
untuk disebarkan kepada masyarakat China.
Melalui pendidikan penubuhan Universiti yang ditubuhkan juga turut menghasilkan
kesedaran terhadap pelajar berpendidikan tersebut dan mulai berani menyuarakan
pendapat serta pandangan mereka terhadap budaya China. Umumnya, gerakan

yang berlaku pada 4 Mei 1919 banyak menentang pemikiran lama harus diganti
dengan pemikiran yang lebih maju. Alternatif yang mereka cadangkan ialah
penyerapan tamadun Barat ke dalam tamadun China. Daripada pemikiran ini
menjadikan pemikiran pelajar China lebih matang untuk menangani bukat setakat
soal budaya tetapi juga menyentuh soal negara. Keadaan inilah yang mencetuskan
insiden 4 Mei 1919 yang membantah Perjanjian Versailles yang dianggap tidak adil.
Salah satu kesan penting dalam gerakan ini ialah lahirnya fahaman baru dalam
pemikiran rakyat China melalui kesedaran pendidikan.
Dalam bidang kesusasteraan pula, pada abad ke-20 telah berlaku reformasi sastera
China. Keadaan itu berlaku kerana kelemahan tamadun China menghadapi cabaran
kuasa Barat. Reformasi tersebut turut membawa perubahan dalam pemikiran
masyarakat cina. Selain itu, pemodenan dalam bidang pendidikan telah melahirkan
golongan intelektual yang tampil untuk mengubah pemikiran masyarakat China
menerusi kesusasteraan. Peristiwa 4 Mei 1919 menunjukkan reformasi penting
dalam kesusasteraan kerana munculnya keprihatinan penulis sastera yang cuba
membawa kesusasteraan untuk semua orang tanpa mengira darjat ataupun
kedudukan dalam masyarakat itu sendiri. Oleh itu, gerakan beliau ini dinamakan
sebagai zaman kesusasteraan baru.
Kemasukan agama kristian yang dibawa oleh orang Barat menjelang abad ke-20
telah mengancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China seperti
Konfusius,Taoism dan Buddha. Di bawah perjanjian Tientsin golongan mubaligh
dibenarkan bergerak ke pedalaman China. Manakala konvensyen Peking pada tahun
1860 memberi hak kepada gerakan mubaligh untuk menyewa dan membeli tanah
untuk tujuan pembinaan gereja. Ini bermaksud golongan mubaligh ini berjaya
bergerak bebas di China.Dalam usaha mengembangkan agama kristian,pertubuhanpertubuhan kristian berlumba-lumba untuk mengkristiankan orang China. Pada
masa yang sama,pertubuhan ini juga berusaha meluaskan pengaruh wilayah
mereka.Oleh itu,para mubaligh bersedia untuk melindungi pemeluk agama kristian
daripada tindakan undang-undang. Sepanjang abad ini,terdapat beberapa kes
pertelingkahan agama dan golongan mubaligh ini juga turut membantu mereka
yang terlibat dalam perselisihan penduduk tempatan.
Perasaan anti-golongan kristian ini berterusan dengan tersebarnya khabar angin
menerusi risalah dan poster yang membuat pelbagai tuduhan ke atas ajaran
kristian.Antaranya adalah dengan mengatakan bahawa golongan mubaligh ini akan
mengcungkil mata kanak-kanak untuk tujuan membuat barangan logam yang
berharga. Golongan mubaligh ini juga menggunakan kesempatan daripada
dikenakan undang-undang China dan perlindungan daripada kuasa asing untuk
meluaskan pengaruh mereka.Antara mereka yang cuba mengambil kesempatan
ialah Joham Baptist Von Anzar yang merupakan ketua penggerak agama kristian
dan dikenali sebagai The Society of The Divine World.(S.V.D). Anzar menjadi tokoh
penting dalam mendesak kerajaan Jerman untuk menghantar tentera mereka ke
China selepas berlaku Insiden Chuyeh (1897). Keadaan inilah yang berlaku di China
setelah kedatangan Barat yang turut menyebarkan agama kristian dan memberikan
pelbagai implikasi terhadap perkembangan agama di China menjelang abad ke-20.

Kedatanga Barat ke China pada awal abad ke 20 turut membawa perubahan dalam
bidang ketenteraan. Pembaharuan dari segi ketenteraan ini adalah dengan
menyusun semula Tentera Lama China untuk menjadi tentera yang kuat.Sebelum
pembaharuan,tentera ini diuruskan oleh pihak kerajaan pusat.Pemimpin wilayah
lebih awal mengadakan pembaharuan seperti Yuan Shi-Kai yang mewarisi tentera
Peiyang dari Li Hung-chang dan Chang Chih-tung. Pada 1901,pihak kerajaan pusat
menyeru kerajaan wilayah menyusun semula tentera mereka.Pada masa yang
sama,sistem peperiksaan tentera China dihapuskan dan usaha juga dibuat untuk
mendirikan akademi tentera.
Pasukan tentera lama diserap menjadi tentera simpanan.Pada tahun 1904, pihak
kerajaan mendirikan tentera baru yang terdiri daripada 36 divisyen dengan setiap
unit terdiri daripada 12 500 orang. Selain itu terdapat juga unit dibentuk sebagai
simpanan yang dikenali sebagai First Call dan second Call.Tentera Baru ini akan
diletakkan dibawah kawalan Kementerian Tentera. Manakala bahagian tentera laut
dipisahkan daripada kementerian ini dan wujud sebagai sebuah organisasi kerajaan
tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai