Anda di halaman 1dari 10

SUMBANGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA TERHADAP KOMPETENSI

PENGAJARAN GURU
Mat Rahimi Yusof
SMK Penarek, Setiu, Terengganu
matrahimiy@gmail.com

Mohd Yusri Ibrahim


Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
Universiti Malaysia Terengganu
yusri@umt.edu.my

ABSTRAK
Kepimpinan instruksional yang efektif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan sekolah.
Kajian secara rentasan ini bertujuan untuk melihat sumbangan kepimpinan instruksional maya
terhadap kompetensi pengajaran guru sekolah menengah di Terengganu. Data kajian melibatkan
150 responden yang dikumpul menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik. Dapatan
kajian menunjukkan semua tujuh dimensi yang dicadangkan untuk pemboleh ubah kepimpinan
instruksional maya adalah signifikan untuk pemboleh ubah tersebut dengan nilai loading faktor
antara 0.77-0.89. Bagi dimensi-dimensi yang dicadangkan untuk pemboleh ubah kompetensi
pengajaran, dapatan kajian juga adalah signifikan untuk pemboleh ubah tersebut dengan nilai
loading faktor antara 0.53-0.96. Selain itu, dapatan juga menunjukkan kepimpinan instruksional
maya menyumbang secara signifikan terhadap kompetensi pengajaran guru (=0.31, CR=3.613,
P=0.00). Akhirnya sebuah model interaksi antara kepimpinan instruksional maya dan kompetensi
pengajaran guru berjaya dibangunkan.
Kata kunci: Kepimpinan instruksional, kompetensi pengajaran, teknologi mudah alih
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan
Aspirasi kerajaan dalam wawasan 2020 adalah mencapai taraf negara maju yang seimbang dalam
aspek ekonomi, sosial dan teknologi. Hasrat ini boleh tercapai sekiranya negara berjaya melahirkan
modal insan yang cemerlang dan berkualiti. Oleh itu sekolah adalah institusi formal yang
bertanggungjawab menyumbang terhadap kejayaan program pembangunan manusia bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyiddin, 2011).
Selain itu, kepimpinan pengetua dan kompetensi pengajaran pula bertindak sebagai faktor
penyumbang kepada kecemerlangan (James & Balasandran, 2013). Kajian oleh Hallinger (2008,2011)
terhadap kajian-kajian berkaitan peranan pengetua dalam pembangunan pengajaran yang telah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
1

dijalankan oleh penyelidik-penyelidik pendidikan selama lebih 20 tahun, merumuskan pengetua


perlu berperanan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan di sekolah.
Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan kepimpinan instruksional maya
terhadap kompetensi pengajaran guru. Selain itu pengesahan konstruk dalam dimensi kepimpinan
instruksional maya, pengesahan dimensi dalam konstruk kompetensi pengajaran guru diberi
penekanan.

2. Penyataan Masalah
Dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan, pengetua sering didesak untuk mengamalkan
kepimpinan instruksional (Hallinger, 2011; Mohd Yusri & Aziz, 2015). Hakikatnya, pengetua adalah
personel yang sangat sibuk dengan tugas pentadbiran (Bity, Ahmad, Ramle,& Sani Ibrahim, 2010;
Jamelaa& Jainabee, 2011; Yusri & Aziz, 2013; Suhaimi & Mazlan, 2013). Oleh itu, pengetua
menghadapi kekangan untuk mempraktikkan semua fungsi kepimpinan instruksional secara holistik
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Kesibukan juga telah membataskan komunikasi yang efektif pengetua dan guru, jarang berbincang
dan memberi bimbingan kepada guru berkaitan pengajaran (Arsaythamby & Komuji, 2013). Dalam
proses meningkatkan kompetensi pengajaran, pengetua perlu berinteraksi secara efektif dengan
guru (Ariffin & Robiah, 2002; Mohd Sani, Zabidi Abdul, 2013; Sathiamoorthy, 2012; Supyan, 2014;
T.Teviana, 2011) dengan memberi bimbingan ,nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan kepada
guru (Bas, 2012; Norashikin, Ramli, 2013).

3. Tujuan Kajian
Secara umumnya kajian ini adalah untuk melihat sumbangan kepimpinan instruksional maya
pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Akhirnya, berdasarkan dapatan kajian sebuah model
interaksi kepimpinan instruksional maya dan kompentensi pengajaran guru dibangunkan. Beberapa
aspek akan diberi penekanan iaitu pengesahan konstruk dalam dimensi kepimpinan instruksional
maya, pengesahan dimensi dalam konstruk kompetensi pengajaran guru, sumbangan kepimpinan
instruksional maya terhadap kompetensi pengajaran guru serta kesepadanan data kajian dengan
model interaksi yang dicadangkan.

4. Sorotan Literatur Dan Kerangka Konsep


i. Kepimpinan Instruksional Maya

Dalam PPPM (2013-2025), aspirasi kerajaan adalah untuk menempatkan kepimpinan instruksional
berkompetensi dan berprestasi tinggi di semua sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Namun kepelbagaian dalam definisi, teori dan konsep kepimpinan instruksional menyebabkan lahir
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
2

model kepimpinan instruksional yang berbeza seperti model Hallinger dan Murphy (1985,1987),
model Murphy (1990) dan model Weber (1996). Impaknya pengetua menghadapi kekangan dalam
mempraktikkan sepenuhnya fungsi kepimpinan instruksional (James & Balasandran, 2013; Rahimi &
Yusri, 2014;Yusri & Aziz, 2015; Yusri, 2014b).
Perbezaan ini menjadi satu masalah yang serius dan meruncing (Yusri & Aziz, 2015) kerana belum
ada model yang khusus yang menggambarkan tingkah laku kepimpinan instruksional yang lebih
sesuai dan mesra dengan persekitaran pendidikan Malaysia (Hussein, 2005, 1993). Kini, penyelidik
tempatan telah berjaya menghasilkan model modifikasi pengajaran pengetua berlatarkan sistem
pendidikan negara kita. Dua sumbangan baru dikenal pasti iaitu pengaplikasian ICT dalam
pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan sokongan komuniti ( Yusri, 2012).
Seterusnya, Rahimi dan Yusri (2014), mencadangkan sebuah model konsep kepimpinan instruksional
maya, pola komunikasi dan kompetensi pengajaran guru. Model yang menampilkan lima fungsi
kepimpinan instruksional yang dipilih daripada kombinasi model Hallinger dan Murphy (1985) dan
Yusri (2012). Fungsi tersebut ialah menyampaikan matlamat sekolah dengan jelas, menyelia dan
menilai pengajaran, memantau kemajuan murid, mengintegrasi penggunaan teknologi mobil dan
menyediakan insentif kepada guru yang dijangka akan mempengaruhi peningkatan kompetensi
pengajaran guru.

ii. Kompetensi pengajaran guru.


Di Malaysia belum ada satu standard kompetensi guru sebagaimana negara maju seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia dan Belanda . Menyedari hakikat ini, Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) telah menghasilkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang boleh dijadikan asas
untuk meningkatkan mutu perkhidmatan profesion keguruan serta asas standard kompetensi
pengajaran guru.
Shahril (2005), menekankan guru yang berkompetensi harus mengajar mengikut aras yang sesuai
dengan kebolehan dan keupayaan murid. Manakala Yusri (2012), merujuk kompetensi pengajaran
guru sebagai kualiti atau kemampuan pengajaran guru yang dilihat dalam tiga aspek utama iaitu
interaksi dengan murid, strategi pengajaran dan kawalan kelas.
Rohayati et.al (2012), mengkaji hubungan antara kompetensi guru, sokongan dan prasarana sekolah
dengan sikap guru terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru
terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran. Kajian ini mengimplikasikan bahawa faktor seperti
kompetensi guru, prasarana sekolah, sokongan daripada rakan dan pengetua adalah penting bagi
membentuk sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Berasaskan kepada sorotan tersebut kerangka konsepsual kajian seperti rajah 1 berikut dicadangkan:

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
3

Kepimpinan Instruksional Maya


- Menjelaskan Matlamat Sekolah
- Menyelia Dan Menilai Pengajran
-Memantau Kemajuan Pelajar
- Mengintegrasi Teknologi Mobil
- Memberi Insentif Kepada Guru
- Memberi Insentif Kepada Murid
- Melibatkan Sokongan Komuniti

Kompetensi Pengajaran Guru


- Nilai Profesionalisme Guru
- Kemahiran Pengajaran dan
Pembelajaran
- Komunikasi Guru Murid

Rajah 1: Kerangka konsep kajian

iii. Sumbangan Kepimpinan Instruksional Terhadap Kompetensi Pengajaran Guru


Kajian menunjukkan bahawa faktor kepimpinan pengajaran menyumbang secara positif terhadap
kualiti pengajaran guru (Hallinger, 2008, 2011; Abdul Ghani & K. Anandan, 2012; Jawi, Yusof, &
Usang, 2013; Aniza & Zaidatol Akmaliah, 2013; Bitty et al., 2010; Davarajoo, 2012). Kajian juga
mendapati pengetua mengamalkan semua fungsi kepimpinan instruksional dan wujud hubungan
yang signifikan terhadap kompetensi pengajaran guru, efikasi kendiri guru dan pencapaian akademik
(Yusri & Aziz, 2013; Yusri, 2012).
Kajian Sazali et. al (2007) yang menyelidik perkaitan antara kepimpinan pengajaran guru besar dan
kompetensi pengajaran guru mendapati kepimpinan pengajaran adalah pemboleh ubah peramal
kepada kompetensi pengajaran guru. Hasil dapatan kajian Yusri (2012) pula mendapati kepimpinan
instruksional pengetua mempunyai hubungan yang positif serta peramal signifikan terhadap efikasi
kendiri guru, efikasi mengajar guru, kompetensi pengajaran dan pencapaian akademik.
Kini, telah berlaku evolusi dalam kajian kepimpinan instruksional. Model kepimpinan maya yang
berlatarkan sistem pendidikan tempatan berjaya dibangunkan (Yusri & Aziz, 2013; Yusri, Hasniza, &
Zaimah, 2013; Yusri, 2014). Model ini menguatkan lagi bahawa kepimpinan instruksional maya boleh
dipraktikkan. Begitu juga dengan model kesan kepimpinan pengajaran pengetua terhadap
kompetensi pengajaran guru (Yusri & Aziz, 2015). Dapatan menunjukkan kepimpinan pengajaran
mempunyai hubungan positif dan menyumbang secara signifikan terhadap pengajaran guru.
5. Metodologi
Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara rentasan iaitu mengkaji populasi
dengan mengukur sampel daripada sebahagian sample yang ditetapkan (Gay, Mills, & Airasian, 2011;
Lodico, T., Dean, Spaulding, & Voegtle, 2010; Yusri, 2012; Sidek, 2013). Populasi kajian ini adalah
guru-guru sekolah menengah harian biasa dan sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK) di
daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang guru yang ditentukan
menggunakan teknik persampelan rawak berstrata dan formula penentuan saiz sampel Krejcie dan
Morgan (1970). Data dikumpul menggunakan soal selidik Principles Instructional Management
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
4

Rating Scales (PIMRS) oleh Hallinger dan Murphy (1985) yang kemudiannya diubah suai oleh (Yusri
dan Aziz, 2011;Yusri, 2012) untuk pemboleh ubah kepimpinan instruksional maya dan pemboleh
ubah kompetensi pengajaran guru pula soal selidik Hay Mc Ber Measures of Teacher Effectiveness
(2000) digunakan. Data dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan
program AMOS 22 adalah untuk menguji sumbangan secara terus pemboleh ubah bebas kepada
pemboleh ubah bersandar yang ditentukan melalui nilai nisbah kritikal (CR). Nilai CR melebihi 1.96
dan nilai signifikan p kurang 0.5 menunjukkan pemboleh ubah peramal menyumbang secara
signifikan kepada pemboleh ubah bersandar. Manakala kesepadanan model hipotesis yang diuji
ditentusahkan menggunakan fit indeks X (CMIN), GFI, CFI, RMSEA, PCFI dan PNFI. Model hipotesis
dianggap sepadan dengan data kajian apabila nilai 2 tidak signifikan iaitu melebihi 0.05 (Chua, 2009;
Yusri, 2012; Meyers, Gamst, & Guarino, 2013). Nilai RMSEA sangat baik jika lebih kecil 0.08, (Chua,
2009; Mohd Yusri, 2010) namun masih diterima jika kurang daripada 0.1. (Byrne, 2013; Yusri, 2012).
Model hipotesis juga dianggap sepadan apabila nilai Goodness of Fix Index (GFI) melebihi 0.90
(Chua,2009; Meyers, Gamst dan Guarino, 2013; Yusri, 2012). Nilai fix indeks PNFI dan PCFI diterima
jika melebihi 0.50 (Meyers, Gamst dan Guarino 2013). Bagi mengesahkan model yang dibina
dianggap mempunyai kesahan apabila nilai bootstrap melebihi 0.05 (Bollen & Stine, 1992). Nilai
bootstrap melebihi 0.05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara data yang dikumpul dengan
responden dengan model yang dicadangkan. Oleh itu model yang dicadangkan sah berdasarkan
data yang dikumpul daripada responden.
6. Dapatan
Seramai 150 responden yang terdiri daripada 62 guru lelaki dan 88 guru perempuan telah menjawab
dan memulangkan soal selidik yang diagihkan. Maklumat lengkap responden kajian dipaparkan
dalam jadual 1 berikut:
Jadual 1: Responden kajian
Demografi
Jantina

Lokasi sekolah

Kelulusan akademik
tertinggi

Gred jawatan

Faktor
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Bandar
Luar Bandar
Jumlah
Sijil/diploma
Ijazah Sarjana Muda
Sarjana
Jumlah
DG 52
DG 48
DG 44
DG 42
DG 41
DG 29-38
Jumlah

Bilangan
62
88
150
5
145
150
9
131
10
150
2
29
79
2
29
9
150

Peratus
41.3
55.7
100.0
3.3
96.7
100.0
6.0
87.3
6.7
100.0
1.3
19.3
52.7
1.3
19.3
6.0
100

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
5

Semua pemboleh ubah kajian berada dalam taburan normal dan saling berkorelasi antara satu sama
lain. Jadual 2 berikut memaparkan matriks bagi maklumat deskriptif, normaliti dan korelasi
pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian.
Jadual 2: Deskriptif, normaliti dan korelasi, (nilai AVEs ditunjukkan secara diagonal)

1. MSK
2. MIM
3. MIG
4.
MiTM
5. KGM
6. KPdP
7.NPG
8.MMS
9. MMP
10.MKP

Min

sp

skew

kurtosis

3.19
2
3.50
8
3.42
7

.07
3
.08
2
.07
8

-.636

.242

-.544

.010

-.515

.086

3.51
9

.06
8

-.421

.022

3.58
1
4.08
1
3.96
3
3.21
0
3.14
9
3.10
3

.05
0
.03
9
.03
3
.07
3
.08
1
.07
4

.053

-.182

-.195

1.284

.290

.610

-.432

-.078

-.466

-.505

-.499

-.401

10

0.649
.718 0.696
.765 .748

0.799

.732 .716

.763

0.723

.140 .137

.146

.140

0.444

.203 .199

.212

.203

.411

0.847

.253 .248

.264

.253

.512

.742

0.619

.660 .645

.688

.658

.126

.183

.228

0.792

.686 .671

.715

.684

.131

.190

.237

.617

0.934

.720 .704

.750

.718

.138

.199

.248

.647

.673

0.762

Gambar rajah 2 berikut menunjukkan model interaksi kepimpinan instruksional maya dan
kompetensi pengajaran guru yang dibangunkan. Dapatan menunjukkan semua dimensi yang
dicadangkan untuk kepimpinan pengajaran maya dan kompetensi pengajaran guru adalah sepadan
apabila faktor loading melebihi 0.7. Dapatan juga menunjukkan semua fit indeks yang diuji mencapai
tahap yang dikehendaki untuk mengesahkan model hipotesis yang dicadangkan seperti dalam
kerangka konsep kajian adalah sepadan dengan data yang dikumpul.

Rajah 2: Model akhir

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
6

Jadual 3 yang berikut menunjukkan nilai nisbah kritikal (CR) sumbangan kepimpinan instruksional
maya kepada kompetensi pengajaran guru melebihi nilai 1.96. Ini bermaksud sumbangan tersebut
adalah signifikan. Begitu juga dengan dimensi-dimensi kepimpinan instruksional dan kompetensi
pengajaran guru.

Kompetensi_Pengajaran_Guru
Memantau Kemajuan Pelajar
Menyelia
dan
Menilai
Pengajaran
Menjelaskan Matlamat Sekolah
Nilai Profesionalisme Guru
Kemahiran PdP
Komunikasi
Mengintegrasi Teknologi Mobil
Memberi Insentif Kepada Guru
Memberi Insentif Kepada Murid
Melibatkan Sokongan Komuniti

Estimate

S.E.

C.R.

Label

<--<---

Kepimpinan_Instruksional_Maya
Kepimpinan_Instruksional_Maya

.153
1.000

.044

3.613

***

par_5

<---

Kepimpinan_Instruksional_Maya

1.062

.109

11.912

***

par_1

<--<--<--<--<--<--<--<---

Kepimpinan_Instruksional_Maya
Kompetensi_Pengajaran_Guru
Kompetensi_Pengajaran_Guru
Kompetensi_Pengajaran_Guru
Kepimpinan_Instruksional_Maya
Kepimpinan_Instruksional_Maya
Kepimpinan_Instruksional_Maya
Kepimpinan_Instruksional_Maya

.901
1.000
.934
.827
.931
1.119
1.098
.996

.080

11.224

***

par_2

.115
.136
.072
.077
.086
.075

8.146
6.101
13.241
14.292
12.810
13.296

***
***
***
***
***
***

par_3
par_4
par_6
par_7
par_8
par_9

Jadual 3: Pekali Regrasi

Untuk lebih terperinci, Jadual 4 berikut memaparkan semua fit indeks dan nilai bootstrap yang
memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengesahkan model yang dicadangkan sepadan dengan
data yang dikumpul
Jadual 4: Ujian Kesepadanan Model
Fit Indeks

Julat Cadangan
Kecil

Keputusan
82.56

2/df)

>05
<5

34
000
2.437

GFI
CFI
RMSEA
PCFI
PNFI
Bootstrap Bollen-Stine

>.90
>.90
<.08
>.50
>.50
>.05

.905
.954
.094
.721
.699
. 085

2
df
P

Nisbah

7. Rumusan, Implikasi Dan Cadangan


Dapatan kajian ini telah berjaya membangunkan model interaksi kepimpinan instruksional maya
terhadap kompetensi pengajaran guru. Dapatan juga mengesahkan teori kepimpinan instruksional
oleh Hallinger dan Murphy (1987) yang mencadangkan kepimpinan instruksional terdiri daripada
mendefinisi matlamat sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran dan memupuk iklim sekolah.
Selain itu dapatan ini juga mengesahkan fungsi kepimpinan instruksional yang dicadangkan oleh
Hallinger dan Murphy (1987) dalam setiap dimensi yang dipilih. Fungsi yang dimaksudkan ialah
menjelaskan matlamat sekolah, menyelia dan menilai pengajaran, memantau kemajuan murid,
memberi insentif kepada guru dan memberi insentif kepada murid.
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
7

Seterusnya dapatan ini juga mengesahkan dua fungsi baru oleh Yusri (2012) iaitu mengintegrasi
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan sokongan komuniti serta
mengesahkan tiga dimensi kompetensi pengajaran guru yang dicadangkan iaitu nilai profesionalisme
guru, kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi guru dan murid. Secara tidak
langsung dapatan kajian ini menyokong kajian Sazali et. al (2007) dan Yusri dan Aziz (2015) yang
mendapati kepimpinan pengajaran mempunyai hubungan positif dan menyumbang secara signifikan
terhadap pengajaran guru. Kajian yang turut menggunakan analisis SEM berjaya membangunkan
model kesan kepimpinan pengajaran pengetua terhadap kompetensi pengajaran guru.
Dalam konteks kepimpinan pendidikan abad ke-21, kajian ini memberi implikasi yang bermakna
terhadap sistem pendidikan negara. Kepimpinan instruksional maya berbantukan teknologi mudah
alih seperti telefon pintar, galaxy tab dan BlackBerry dapat membantu pengetua menjalankan fungsi
sebagai pemimpin instruksional yang baik. Hasrat kerajaan dalam PPPM (2013-2015) ingin
menempatkan kepimpinan instruksional berkompetensi dan berprestasi tinggi di semua sekolah
diharap dapat direalisasikan. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti dua elemen yang saling berkait
rapat iaitu kepimpinan instruksional maya pengetua dan kompetensi pengajaran guru.
Secara khususnya, daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan berikut dikemukakan:
a. Pengetua perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT. Ini
kerana kepimpinan instruksional maya terbukti menyumbang kepada kompetensi pengajaran guru,
b. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan seperti Institut
Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru perlu membuat penambahbaikan terhadap kurikulum
latihan kepengetuaan dengan menekankan aspek pengintegrasian ICT dalam aspek melaksanakan
fungsi kepimpinan pengajaran.
c. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menilai aspek kepimpinan instruksional sebagai
aspek utama untuk pelantikan, kenaikan pangkat dan anugerah terhadap pengetua. Ini adalah
kerana aspek kepimpinan instruksional sudah dikenal pasti sebagai penyumbang yang signifikan
terhadap kompetensi pengajaran guru.

Rujukan
Abdul Ghani, K., & K. Anandan. (2012). Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap
Pembelajaran Pelajar: Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator. In Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan pendidikan keli ke 19 (SN 19) (pp. 118).
Abdul Jawi, A. S., Mohd Yusof, A., & Usang, N. (2013). Implikasi kepimpinan pengetua, kepuasan
kerja guru dan pengajaran guru terhadap pembelajaran pelajar. In Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke 19 (SN19).
Aniza, B., & Zaidatol Akmaliah, L. P. (2013). Amalan kepimpinan pengajaran mengikut kumpulan
prestasi sekolah. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 346353).
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
8

Ariffin Baada, & Robiah Sidin. (2002). Komunikasi Pengetua -Guru:Satu Analisis. Jurnal Teknologi,
37(E), 71 79.
Arsaythamby Veloo, & Komuji, M. M. A. (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi
Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28,
81102.
Bas, G. (2012). Correlation between School Principals Instructional Leadership Behaviours and
Teachers Organisational Trust Perceptions. Middle Eastern & African Journal of Educational
Research, (1).
Bitty Salwana, A., Ahmad Basri, M. Y., Ramlee, M., & Mohammed Sani, I. (2010). Analisis kompetensi
pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan pengurusan
sekolah menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 31 41.
Bollen, K. A., & Stine, R. A. (1992). Bootstrapping Goodness-of-Fit Measures in Structural Equation
Models. Sociological Methods & Research, 21(2), 205229.
Chua, Y. P. (2009). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala ordinal dan skala nominal. Shah
Alam: Mc Graw Hill(M).
Davarajoo, E. (2012). Hubungan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja
dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di zon Tanjung Karang. In Seminar Nasional
Pengurasan dan Kepimpinan Pendidikan ke 19 (SN19).
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2011). Educational Research: Competencies for Analysis and
Applications (10th Edition). Upple Sadder River: NJ: Pearson Education.
Hallinger, P. (2011). Leadership for learning: lessons from 40 years of emperial research. Journal of
Eduational Admistration, 49(2), 125142.
Jamelaa Bibi, A., & Jainabee, M. K. (2011). Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan
Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang: Satu Kajian Kualitatif. Journal of Edupres, 1,
323335. Retrieved from http://eprints.utm.my/17080/1/JOE-1-2011-039.pdf
James, A. J. E., & Balasandran, R. (2013). Kepimpinan instruksional satu panduan praktikal (Kedua.).
Batu Caves: PTS Akademia.
Kannan, S., Sharma, S., & Zuraidah, A. (2012). Principals Strategies for Leading ICT Integration: The
Malaysian
Perspective.
Creative
Education,
3(December),
111115.
doi:10.4236/ce.2012.38b023
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025(
Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Krejcie, R. ., & Morgan, D. W. (1970). Determining sampel size for research activities. Educational
and Physchological Measurement, 30(3), 607610.
Lodico, M. G., T., Dean, Spaulding, & Voegtle, K. H. (2010). Methods in edcational research from
theory to practice (Second edi.). San Francisco: Jossey - Bass.
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
9

Mat Rahimi, Y., & Mohd Yusri, I. (2014). Model Konsep Kepimpinan Instruksional Maya, Pola
Komunikasi dan Kompetensi Pengajaran Guru. Seminar Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan ke- 21. Genting Highlands.
Mohd Sani, I., & Ahmad Zabidi, Abdul Razak, Husaina Banu, K. (2013). Smart Principals and Smart
School. 13th International Educational Technology Conference, 103(826-836).
Mohd Yusri, I. (2012). Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan Kompetensi Pengajaran.
Universiti Malaysia Terengganu.
Mohd Yusri, I. (2014). Model Kepimpinan Maya Dan Prestasi Kerja Pemimpin Sekolah Malaysia:
Perantaraan Oleh Komunikasi Dalam Kumpulan. In 2ND International Seminar Teaching
Excellence And Innovation (pp. 110). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2013). Model E-Kepimpinan, komunikasi kumpulan dan kepuasankerja
dalam kalangan pemimpinsekolah. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan ke- 20. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2015). Model Kepimpinan Maya dan Kesejahteraan Kerja Pemimpin
Sekolah Malaysia: Perantaraan oleh Komunikasi Dalam Kumpulan. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 2(1), 110.
Mohd Yusri, I., Che Hasniza, C. N., & Siti Zaimah, I. (2013). Model of E-Leadership, Intra-team
Communication and Job Satisfaction Among School Leaders in Malaysia. In International
Conference on Education & Educational Psychology 2013 (ICEEPSY 2013).
Mohd Yusri, I., & Wan Abdul Aziz, W. M. A. (2013). Membangunkan model modifikasi kepimpinan
pengajaranpPengetua. Trend of Busines and Social, 2, 94109.
Muhamad, S. T., & Mazlan, M. (2013). Pengaruh dimensi kepimpinan instruksional pengetua
terhadap komitmen kerja guru di sabah. In Seminar Kebangsaan Kali ke IV Majlis Dekan IPTA
2013 (pp. 449457). Gombak: Universiti Islam Antarabangsa.
Norashikin, A. B., Ramli, B., & Nurnazahiah, A. (2013). Kepimpinan pengajaran pengetua dan
kepimpinan guru. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 419
430).
Sidek, M. N. (2013). Rekabentuk penyelidikan: Falsafah, toeri dan praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
T.Teviana. (2011). Pengaruh Gaya Kepemimpinan Dan Komunikasi Intern Terhadap Efektivitas Kerja
Pegawai Pada RS. Estomihi Medan. Jurnal Keuangan & Bisnis, 3(3), 2002011.

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-X-X). 8 & 9 June 2015,
Meli Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net
10

Anda mungkin juga menyukai