Anda di halaman 1dari 13

PEMIKIRAN

1.0 KONSEP PEMIKIRAN


Menurut Mok Soon Sang (2011), pemikiran merupakan satu proses di mana
aktiviti membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan mental dan otak manusia.
Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha menerima rangsangan
dari luar melalui deria seperti telinga untuk mendengar, mata untuk melihat.
Seterusnya membentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan
pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Menurut Dewey (1910) menyatakan bahawa pemikiran adalah sebagai
aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaiakan masalah yang dihadapi.
Guiford (1967) berpendapat bahawa pemikiran ialah sesuatu jenis kebolehan atau
keupayaan dan mempunyai pelbagai kemahiran berfikir. Teori Roger Sperry (1970)
pula menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang berfikir secara kritis manakala
otak kanannya berfikir secara kreatif. Mayor (1977) memberi tafsiran bahawa
pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan
telah digunakan untuk menyelesaikan masalah. Davidoff (1979) melihat pemikiran
sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Melalui
pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsir dengan
menggunakan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap
rangsangan.
Secara keseluruhannya, pemikiran adalah suatu proses yang menggunakan
minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau
keraguan yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Seterusnya
membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logical dan munasabah
terhadap proses yang dialami (Mok Soon Sang, 2011).

2.0 JENIS-JENIS PEMIKIRAN


2.1 PEMIKIRAN MENDATAR/ LATERAL
Pemikiran mendatar atau lateral juga dikenali sebagai pemikiran analitikal.
Pemikiran ini diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono. Pemikiran lateral ini adalah
pemikiran yang melepaskan pemikiran berpandu dari keadaan masalah dengan
melihat masalah yang dihadapi dari pelbagai perspektif yang berlainan (Mok Soon
Sang, 2011).
Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan
daya imaginasi dan bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang
menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan tidak menggunakan cara tradisional
dan idea yang lama yang telah digunapakai. Pada masa yang sama ia juga
1 | DEFINISI PEMIKIRAN

bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk


mencari dan mencipta idea-idea baru. Secara keseluruhan, pemikiran lateral
membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya
imaginasi dan bukan semata-mata dengan menggunakan logik atau cara-cara
pemikiran yang biasa sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang
kelihatan luar biasa tetapi amat berkesan (Atan Long, 1976).
Dalam pemikiran ini, seseorang melihat masalah yang dihadapi
dengan perspektif-perspektif yang berlainan, maka masalah yang dihadapi senang
diselesaikan. De Bono mengatakan bahawa terdapat empat faktor yang penting
dalam pemikiran lateral. Pertama adalah mengenalpasti idea-idea dominan utama
dalam masalah yang dihadapi, kedua ialah melihat masalah daripada pelbagai
sudut yang berlainan. Faktor yang seterusnya ialah melonggarkan cara-cara
pemikiran yang terkawal. Faktor yang terakhir adalah menggunakan idea-idea yang
diberikan oleh orang lain. Bagi seseorang guru yang menggunakan pemikiran
lateral ini adalah bertujuan untuk meransangkan pemikiran kreatif murid-murid
apabila dalam kumpulan. Ini akan menggalakan mereka saling berhubung antara
satu sama lain. Contohnya dalam aktiviti sumbangsaran setiap murid akan memberi
idea masing-masing (Ragbir Kaur, 2012).
Dalam proses pemikiran lateral, guru-guru haruslah menggalakan muridmurid untuk menyelesaikan masalah melalui pelbagai perspektif yang berlainan
dengan memecahkan masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil dan
meletakkannya semula untuk melihat cara penyelesaian yang berbeza di samping
membuat pertimbangan secara logik dan menyeluruh. Dengan melihat alternatif
yang berbeza juga boleh membuat perbandingan dengan cara penyelesaian
tradisional dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya memilih cara penyelesaian
yang terbaik dan dapat memberi manfaat kepadanya.

2.2 PEMIKIRAN MENEGAK


Pemikiran menegak juga dikenali sebagai
Vertical Thinking yang
menggunakan proses-proses akal yang tradisional dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Kebanyakan manusia menggunakan pemikiran menegak ini hasilnya
daripada pendidikan formal mereka. Maka, pemikiran ini juga juga dikenali sebagai
pemikiran logik kerana ia menyelesaikan masalah dengan menggunakan urutanurutan dan langkah-langkah yang sistematik. Contohnya pemikiran penaakulan
yang meliputi pemikiran induktif dan pemikiran deduktif.
Menurut Santrock (2004), pemikiran penaakulan atau pemikiran logikal
merujuk kepada satu sistem pemikiran yang mempunyai satu set peraturan rujukan
yang membolehkan rumusan dibuat mengikut anggapan yang sahih. Ia berlaku
dalam situasi yang memerlukan membuat inferens atau kesimpulan berdasarkan
fakta, teori atau hukum yang sedia ada. Contohnya matematik dapat diperhati
2 | DEFINISI PEMIKIRAN

sebagai satu sistem logik yang mempunyai banyak peraturan rujukan atau rumus
untuk manipulasi nombor dan simbol serta memberi bukti. Bukti pula berdasarkan
rumus matematik merupakan penaakulan secara deduktif. Tetapi pernyataan
generalisasi dan prinsip yang berasaskan contoh yang sama dalam sains adalah
terhasil daripada pemikiran penaakulan induktif. Pemikiran penaakulan ini
diklasifikasikan kepada dua iaitu pemikiran induktif dan pemikiran deduktif.
Menurut Johnson-Laird (2000), pemikiran induktif adalah aktiviti memerhati,
mengkaji dan mentafsirkan maklumat-maklumat atau data berdasarkan
pengalaman, pengetahuan, teori atau hukum yang sedia ada. Kemudian
menganalisis maklumat dan menaakul dalam mencari rumusan yang munasabah
daripada tafsiran. Dalam pendekatan induktif, guru-guru akan bermula mengajar
dengan memberi contoh-contoh tertentu berdasarkan sesuatu prinsip. Dari contoh
yang diberikan, murid-murid akan membuat kesimpulan yang menyeluruh tentang
konsep yang diajar oleh guru-guru. Selepas itu, guru-guru akan menyoal dan
membimbing
murid-murid
dengan
lebih
lanjut
untuk
memperkuatkan
kesimpulannya. Dalam pendekatan ini, murid-murid akan lebih menumpu perhatian
semasa guru mengajar kerana penglibatan mereka secara aktif dalam proses
pembelajaran. Dengan cara ini, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan tidak
membosankan malah lebih berkesan.
Pemikiran deduktif pula menggunakan rumus, kesimpulan, prinsip, hukum,
peraturan untuk menentukan penyelesaian situasi bermasalah yang khusus. Dalam
pendekatan deduktif, guru-guru akan memulakan pengajaran dengan menjelaskan
dengan teliti tentang rumus-rumus, prinsip, syarat-syarat, teori atau peraturanperaturan untuk sesuatu konsep atau persoalan. Kemudiannya, rumus, prinsip atau
syarat yang telah dipelajari akan diaplikasikan dalam contoh-contoh lain oleh muridmurid. Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad
kepada menggunakan satu prinsip, rumus atau teori yang dipelajari. Tambahan
pula, guru
tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau
menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti
soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

2.3 PEMIKIRAN KRITIS


Menurut Dewey (1993) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir
secara serius atau mendalam dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya.
Menurut Bloom (1956) menyatakan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental
secara analisis, sintesis dan juga penilaian. Menurut ahli psikologi iaitu Nik Aziz
(1994) telah mengatakan secara umumnya pemikiran kritis ialah pemikiran yang
meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis juga akan
menganalisis secara holistik dan melihat masalah dari pelbagai dimensi. Ia adalah

3 | DEFINISI PEMIKIRAN

suatu usaha untuk menyelesaikan masalah malah bukan bergiat mencetuskan


pelbagai krisis baru.
Pada pendapat Jaafar (1995) pula, pemikiran kritis adalah pemikiran secara
sistematik, secara universal dan radikal dalam menganalisis sesuatu secara
mendalam. Menurut Scriven dan Paul (1995), pemikiran kritis ialah bentuk
pemikiran yang sebaris dengan modes of thinking yang lain seperti pemikiran
saintifik, matematikal, holistik, ekonomikal,moral dan juga kefalsafahan.
Menurut Ennis (1991), pemikiran kritis adalah kecekapan dan keupayaan
individu menggunakan minda bagi menilai kerasionalan suatu idea, meneliti
keberkesanan, kesahihan dan juga kelemahan hujah serta membuat pertimbangan
yang wajar dengan alas an dan bukti yang munasabah.
Dalam kehidupan harian kita, pemikiran kritis membantu kita mengelakkan
melakukan kesilapan semasa membuat sesuatu keputusan. Semua manusia perlu
membuat keputusan daripada perkara yang kecil kepada yang besar. Misalnya
pakaian mana yang perlu dipakai. Seterusnya membuat keputusan kepada perkara
yang besar seperti rumah apa yang mesti dibeli. Orang di sekeliling kita juga
mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Ada yang mempengaruhi
keputusan kita secara langsung atau sedar seperti pengutip derma dan jurujual.
Ada juga yang mempengaruhi pemikiran kita secara halus atau tidak langsung.
Pengiklan dan ahli-ahli politik amat mahir dalam menggunakan strategi-strategi
yang begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. Contohnya jurujual memberi
pelbagai alasan dan tarikan untuk membeli produknya. Selain itu, jurujual juga
menakutkan dan memujuk serta menerangkan mengapa kita harus membeli
produk. Pengilan pula menggunakan pelbagai strategi seperti menggunakan modelmodel yang cantik dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan menakutkan
kita dengan pelbagai masalah sekiranya kita tidak membeli produk yang diiklankan.
Semua ini mendorong kita menghasilkan keputusan yang tidak ingini sekiranya kita
tidak memiliki asas yang kuat dalam berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknikteknik berfikir secara kritis seperti menimbang sesuatu secara menyeluruh dengan
minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat membantu kita lebih
yakin dengan apa yang kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang lebih
berkesan berdasarkan bukti-bukti yang konkrit dan jelas.

2.4 PEMIKIRAN KREATIF


Menurut Mok Soon Sang (2011), kreatif membawa maksud penghasilan idea,
aktiviti dan benda yang baru.
Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang
berupaya memikir apa yang belum difikir oleh orang lain untuk menyelesaikan
masalah. Ia juga adalah kebolehan mengeluarkan pelbagai penyelesaian yang luas
terhadap sesuatu masalah. Hasil pemikiran mempunyai sifat yang tersendiri dan
prosedur pemikiran tidak tetap serta tidak dapat diramalkan. Pemikiran kreatif juga
4 | DEFINISI PEMIKIRAN

sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea, hasil, metafora, analogi
dan definisi atau merekacipa sesuatu yang baru. Melalui pemikiran kreatif, pelbagai
kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Terdapat beberapa ciri pemikiran kreatif yang dapat ditunjukkan. Ciri utama
adalah keberanian. Keberanian ini adalah untuk menjanakan idea yang pelbagai
dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh yang demikian, seseorang yang
mempunyai pemikiran kreatif juga berfikiran terbuka dan sanggup menanggung
risiko dan kritikan orang lain. Biasanya usahawa, peniaga yang mempunyai ciri
keberaniaan dalam menceburi bidang perniagaan mereka.
Di samping itu, imaginasi juga merupakan salah satu ciri pemikiran kreatif.
Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran
sintesis untuk mencantum idea-idea yang sedia ada agar menjadi idea atau hasilan
yang baru. Kebolehan mengeluarkan pelbagai jenis idea dan berpandangan jauh
serta sentiasa melangkah ke hadapan. Seseorang yang mempunyai pemikiran
kreatif juga dapat mengembangkan idea dengan cepat dan berkesan.
Perkembangan idea ini dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru
terutamanya dalam menyelesaiakan sesuatu masalah. Kebolehan dalam meninjau
sesuatu masalah dari beberapa sudut dan tidak tetap pada satu cara penyelesaian
sahaja.
Menurut Wallas G (1962), pemikiran kreatif berlaku dalam beberapa proses
mental dan dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu penyediaan,
pengeraman, ilham dan pengesahan. Dalam peringkat penyediaan, ia bermula dari
masa melakukan hingga hasil permulaan pemikiran yang sebenar. Proses ini perlu
mengambil masa yang lama sekiranya terdapat halangan sebaliknya tidak
mengambil masa yang panjang jika berlaku lonjakan kreatif. Walaubagaimanapun,
peringkat ini akan melibatkan sikap ingin tahu, minat, pengaruh peristiwa
persekitaran dan kemudahan fizikal serta aktiviti seperti eksperimen dan
percubaan.
Pada peringkat pengeraman pula, apabila menghadapi masalah yang rumit,
biasanya penyelesaian hanya dapat diperolehi dengan berfikir dan menaakul
selepas satu jangka masa yang lama. Dalam tempoh itu, kadang-kadang orang itu
tidak memikirkan secara sedar tetapi ia tetap berfikir dan memerhati. Jangka masa
berfikir di luar kesedaran ini disebut tempoh pengeraman (Mok Soon Sang, 2009).
Peringkat yang ketiga adalah ilham yang membawa maksud inspirasi.
Peringkat ini berlaku setelah berfikir dan cuba berkali-kali, idea atau penyelesaian
kreatif akan terhasil. Kemungkinan ilham akan terhasil secara spontan serta diiringi
dengan semangat yang berkobar-kobar dan perasaan gembira. Biasanya, idea yang
diperolehi itu mungkin hanya sebahagian ataupun menyeluruh tetapi tidak tersusun
dan perlu diubahsuai untuk menjadi lebih bermakna.
5 | DEFINISI PEMIKIRAN

Peringkat yang terakhir adalah pengesahan. Proses mental akan menentukan


sama ada idea atau penyelesaian yang diperolehi itu logik dan dapat diterima.
Jikalau idea atau penyelesaian itu bertepatan, ia mungkin diperincikan. Idea abstrak
pula ditonjolkan dengan simbol dalam bentuk yang konkrit. Dalam mencari
pengesahan ke atas idea untuk penyelesaian, idea sampingan atau tambahan
mungkin dihasilkan bagi menyempurnakan penyelesaian.
Justeru itu, peranan guru dalam menyemai kemahiran berfikir secara kreatif
juga penting. Pelbagai cara dapat dijalankan untuk menggalakkan murid-murid
berfikir secara kreatif. Guru menyediakan soalan-soalan lisan secara spontan
mengikut keperluan murid. Misalnya guru mesti pandai mengubah dan
meningkatkan darjah kesukaran soalan. Soalan yang dikemukakan mesti dari soalan
yang senang kepada yang sukar. Soalan yang disediakan juga mesti mengikut tahap
dan kematangan murid. Guru perlu memupuk sifat ingin tahu dengan soalan-soalan
unik dan yang tidak dijangka. Guru boleh memberi ganjaran dan galakan kepada
murid yang meluahkan idea yang kreatif. Guru juga memastikan murid tidak
bersifat terlalu introvert dan dikongkong.
Guru perlu menggunakan strategi
pengajaran yang sesuai untuk merangsang pemikiran kreatif di kalangan murid
seperti sumbangsaran, teknik bercerita, perbincangan, main peranan, bercerita dan
sebagainya yang sesuai dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, guru harus
menggalakan murid melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk
memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains,
penerokaan dan muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk
merangsang kreativiti.

2.5 PEMIKIRAN DIVERGEN


Menurut kajian ahli-ahli psikologi, pemikiran divergen boleh diertikan sebagai
pemikiran kreatif. Ini kerana pemikiran divergen sering kali digunakan digunakan
untuk menghasilkan kreativiti. Ia memerlukan seseorang berfikir secara kreatif
terhadap masalah yang unik dan mempunyai jawapan yang banyak dan pelbagai
kemungkinan. Contohnya murid menjana seberapa banyak idea mengenai satu
topik dalam satu masa yang ditetapkan.
Dalam proses pemikiran divergen, seseorang individu tidak dikongkong oleh
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada malah berfikir secara kreatif untuk
mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang
mempunyai pelbagai jawapan. Maka, pemikiran divergen pula dikenali sebagai
pemikiran lateral atau mendatar. Pemikiran ini biasanya menggunakan unsur intuisi
dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan cara yang unik
dan luar biasa (Mok Soon Sang, 2009).
Peranan guru dalam menggalakan pemikiran konvergen di kalangan muridmurid seperti memberi soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan atau
6 | DEFINISI PEMIKIRAN

cadangan dan cara penyelesaian sahaja. Guru juga boleh memberi aktiviti
pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Aktiviti pembelajaran
lebih tertumpu kepada perkara-perkara fakta dan teknikal. Soalan-soalan yang
dikemukakan perlu berasaskan hukum, prinsip atau konsep-konsep tertentu demi
memperoleh jawapan yang tepat.

2.6 PEMIKIRAN KONVERGEN


Menurut Guilford (1967), pemikiran konvergen adalah satu daya berfikir.
Beliau mengatakan bahawa pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang
membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi
logik dan susunan demi menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim.
Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
peratuaran, prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada (Mok Soon Sang,
2011).
Mengikut Free Dictionary, pemikiran konvergen adalah pemikiran yang
membawa maklumat yang tertumpu kepada penyelesaian sesuatu masalah. Ia juga
dikenali sebagai pemikiran berpandu atau tertumpu dan pencarian satu jawapan.
Pemikiran konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea
yang berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun
dan boleh difahami (Mok Soon Sang,2011).
Pemikiran konvergen lebih tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu
cara tertentu adalah dikenali sebagai tertumpu atau pemikiran berpandu. Pemikiran
konvergen kadang kala juga disebut sebagai pemikiran penaakulan atau pemikiran
kritis semasa proses berfikir. Pemikiran ini menggunakan cara analisis, kaedah
induktif serta deduktif untuk membuat kesimpulan atau generalisasi yang menuju
ke arah penyelesaian masalah yang tunggal. Kebanyakan soalan mata pelajaran di
peringkat sekolah diselesai dengan menggunakan pemikiran konvergen (Mok Soon
Sang, 2009).

2.7 PEMIKIRAN REKA CIPTA


Menurut Kamus Dewan, reka cipta adalah barang atau sesuatu yang pertama
kali dicipta dan merupakan satu ciptaan baru. Pemikiran reka cipta adalah sebagai
pemikiran artistik iaitu individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat semasa
berfikir. Seseorang
yang mempunyai pemikiran reka cipta yang tinggi akan
menunjukkkan sifat-sifat seperti mempunyai kemahiran psikomotor yang tinggi.
7 | DEFINISI PEMIKIRAN

Dalam masa yang sama, ia juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
komunikasi dan semasa berinteraksi dengan orang lain. Seseorang yang
mempunyai pemikiran reka cipta ini juga boleh mampu dan boleh mencipta sesuatu
yang unik dalam jangka masa yang pendek.
Dalam bidang pendidikan, pemikiran reka cipta amat penting dalam mata
pelajaran seperti Reka Cipta, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan,
Sains, Pengukiran dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran,
pendekatan holistik digunakan untuk membangunkan perkembangan spiritual
dalam diri supaya ia selari dengan perkembangan intelektual yang dipelajari oleh
murid-murid. Melalui mata pelajaran reka cipta, integrasi ilmu intelektual dan ilmu
wahyu ini bertujuan untuk mendekatkan manusia kepada penciptanya yang menjadi
asas untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Pengajaran yang
berunsurkan holistik dan reka cipta adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
boleh merekacipta produk yang unik dan asli daripada proses pemerhatian terhadap
ciptaan Tuhan di sekitar mereka. Pemerhatian ini seterusnya akan dapat
membimbing pelajar untuk melahirkan rasa kekaguman kepada kekuasaan Tuhan
dan penghayatan yang tinggi bagi membolehkan mereka melahirkan idea yang asli,
kreatif dan inovatif (Ragbir Kaur, 2012).
Peranan guru dalam menggalakkan murid-murid dalam pemikiran reka cipta
adalah semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu memilih
strategi dan aktiviti yang boleh mempertingkatkan kemahiran koordinasi otak dan
motor murid. Sebagai guru boleh melibatkan koordinasi mata dengan kemahiran
tangan dalam pengajarannya untuk menarik minat dan menggalakkan pemikiran
reka cipta murid-murid. Ini dapat merangsang perkembangan motor halus kerana
ia memerlukan kemahiran penggunaan tangan yang terkawal dan otot jari. Untuk
meningkatkan
perkembangan
kognitif,
afektif,
psikomotor,
guru
perlu
memperbanyakkan
aktiviti
bermain
sambil
belajar.
Contoh
permainan
melengkapkan jigsaw puzzle akan menggunakan pemikiran kognitif untuk
mencari persamaan dan seterusnya menggunakkan tangan iaitu psikomotor untuk
memadamkan kepingan ke atas papan jigsaw. Permainan yang lain seperti teka-teki
dan play dough.
Selain daripada itu, guru juga boleh melibatkan aktiviti yang mempunyai
kemahiran motor halus dan kasar yang berbeza di dalam kelas seperti melalui
aktiviti kecil. Aktiviti yang melibatkan motor kasar seperti dalam pergerakan seperti
melompat, berlari, merangka secara bebas akan memberi galakan dan
mempengaruhi pemikiran reka cipta murid-murid.

8 | DEFINISI PEMIKIRAN

2.8 PEMIKIRAN CELIK AKAL


Menurut Ee Ah Meng (1994), pemikiran ialah satu proses kognitif yang mana
pengetahuan difahami, disusun dan diubah bentuk. Celik akal merupakan
kebolehan seseorang untuk mengamati atau memahami sesuatu masalah secara
tiba-tiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang logik di dalamnya. Contohnya
dua eksperimen yang dijalankan oleh Kohler ke atas cimpazi.
Dalam Teori Gestalt, Wolfgang Kohler (1925) telah menjalankan dua
eksperimen dengan cimpazi. Dalam eksperimen yang pertama, seekor cimpazi
diletak di dalam sebuah sangkar besi. Dalam sangkar besi itu terdapat beberapa
buah peti yang berlainan saiz dan sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar
tersebut. Bumbung sangkar yang tinggi menyukarkan cimpazi memanjat untuk
mendapatkan pisang tersebut walaupun melompat beberapa kali. Selepas itu,
cimpazi melihat sekeliling sangkar dan tiba-tiba mengheret peti demi peti ke
bahagian pisang. Ia menyusun peti secara bertindih seperti tangga dan seterusnya
memanjat peti tersebut. Maka, ia telah berjaya memperoleh pisang tersebut.
Keadaan lapar telah memberi ransangan kepada cimpazi untuk mendapat pisang
yang tergantung itu. Cimpazi menyedari peti-peti di sekitar secara tiba-tiba untuk
mendapatkan pisang, ia dikatakan mempunyai pemikiran celik akal.
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1993), seseorang yang celik akal mempunyai
beberapa dalam menyelesaikan masalah yang diperoleh secara tiba-tiba. Pemikiran
celik akal bergantung kepada pengalaman dan pembelajaran yang sedia ada dan
membolehkan seseorang menyusun semula struktur dalam fikirannya. Jika
seseorang yang duduk diam bagi menyusun semula struktur fikiran yang sedia ada
sebelum mendapat struktur baru dalam penyelesaian masalah. Melalui
pemerhatian, seseorang akan memiliki pemikiran celik akal.
Pemikiran celik akal melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran celik
akal membolehkan mental individu yang abstrak untuk menyelesaikan masalah.
Celik akal merupakan kebolehan melihat perhubungan di antara unsur-unsur di
dalam satu situasi yang bermasalah. Kebolehan ini timbul secara tiba-tiba.
Biasanya, celik akal dikenal sebagai pengalaman Aha. (Ragbir Kaur, 2012).
Antara
cara-cara yang boleh meningkatkan celik akal seperti yang
dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1994) adalah membantu murid-murid melihat
masalah secara keseluruhan sebelum masalah itu dipecahkan kepada bahagianbahagian yang kecil. Keupayaan melihat keseluruhan membolehkan murid-murid
menggunakan perbendaharaan konsepnya untuk menyelesaikan satu-satu masalah.
Di samping itu, pengalaman murid-murid hendaklah diperluaskan dari
semasa ke semasa. Guru boleh mengadakan pelbagai jenis aktiviti dan memberi
pelbagai jenis masalah pembelajaran kepada murid untuk menyelesaikan. Cara
yang seterusnya ialah membimbing murid-murid memperoleh celik akal dengan
menggunakan soalan-soalan yang berturutan serta teratur. Selain itu, beri peluang
9 | DEFINISI PEMIKIRAN

kepada murid-murid menjalankan ujikaji atau eksperimen. Kemudiannya, bimbing


mereka menganalisis rumusan tentang eksperimen tersebut.

Malah guru juga boleh membantu murid-murid dengan memberi tunjuk ajar
kepadanya tentang masalah yang dihadapi. Menarik perhatiannya kepada unsurunsur penting . Boleh juga adakan demontrasi semasa menyampaikan satu-satu
kemahiran atau konsep yang baru. Sambil menjalankan tunjuk ajar, soalan-soalan
yang baru hendaklah dikemukakan bagi membantu murid-murid memahami secara
mendalam setiap perbuatan guru di dalam tunjuk ajar itu. Tambahan pula, muridmurid hendaklah dilatih membuat andaian-andaian serta mengujinya. Latihan
seperti ini mempercepatkan murid-murid melihat perkaitan di antara unsur-unsur
yang relevan di dalam sesuatu masalah.
Selain itu, guru perlu memastikan semua murid-murid bersedia dari segi
mental, emosi dan jasmani semasa proses pengajaran. Murid-murid yang berminat
serta bermotivasi tinggi terhadap pelajaran tersebut biasanya akan memperoleh
celik akal dengan lebih cepat. Malah, ketika mengajar, guru haruslah memberikan
penerangan yang jelas, teratur dan disertai dengan contoh-contoh yang relevan.
Keadaan seperti ini dapat membantu murid-murid memperoleh celik akal dengan
lebih mudah ketika menghadapi masalah. Guru mesti menggunakan
perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar,
audio serta pengalaman secara langsung daripada pelajar dalam pengajarannya.
Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami dan sesuai.
Menurut ahli Gestalt (1925) berpendapat bahawa rangsangan menjadi
masalah yang mengganggu keseimbangan murid dan gerak balas tidak timbul
secara automatik. Rangsangan yang diterima disusun semula dan dikait dengan
rangsangan yang lain. Maka, murid akan mengamati masalah yang dihadapi
dengan celik akal untuk menyelesaikannya. Manakala dalam bidang pendidikan
pula, murid perlu dilayan sebagai manusia yang menyeluruh dengan faktor
psikologi dan fisiologi yang mempengaruhi proses mental.

3.0 TEKNIK MERANGSANG KEPELBAGAIAN PEMIKIRAN MURID


Cara menyoal merupakan salah satu cara untuk merangsang kepelbagaian
pemikiran murid-murid. Ini kerana melalui menyoal membolehkan murid-murid
memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Malah, didapati
kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan-soalan yang dikemukakan
untuk menggerakkan minda murid. Dalam pembelajaran dan pengajaran, guru
boleh merangsang dan mencungkil fikiran murid semasa sesi soal jawab dengan
menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ketika
mengajar tajuk baru. Guru juga boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid
10 | D E F I N I S I P E M I K I R A N

semasa sesi soal jawab berlangsung. Cara guru menanya soalan juga sangat
penting. Misalnya semasa menanya guru tidak memanggil nama murid tersebut
malah menanya kepada keseluruhan kelas. Ini membolehkan semua murid
menggerakkan minda untuk berfikir dan dapat memberi pendapat dan idea mereka.
Guru harus berperanan untuk membantu murid-murid dalam mengkonstruk
pemikirannya. Dalam situasi ini, guru harus menilai soalan-soalan murid dengan
serius. Guru hendaklah mendapat pandangan, penerangan atau minat murid-murid
untuk menganalisis situasi pembelajaran yang mencabar. Guru tidak patut
mempunyai pandangan negatif dengan memberi jawapan yang satu sahaja. Ini
bermakna guru tidak seharusnya bergantung pada buku teks dan latihan sahaja
untuk menjana ilmu pengetahuan. Guru juga perlu membimbing murid-murid
dengan cara yang betul. Contohnya guru tidak menyalahkan murid-murid yang
memberi jawapan tidak tepat atau menunjukkan kelemahan semasa sesi soal
jawab. Sebaliknya guru wajar memberi peluang kepada murid-murid untuk
mencuba sekali lagi atau menggunakan teknik soalan yang dapat memberi
panduan ke arah jawapan yang betul atau dikehendaki. Sebagai seorang guru
perlulah memberi galakan kepada murid-murid dalam sesi soal jawab untuk
merangsang pemikiran murid dalam kelas.
Teknik yang seterusnya adalah menggunakan pelbagai strategi atau
pendekatan pengajaran yang boleh menggerakkan minda murid-murid. Pelbagai
teknik pengajaran seperti perbincangan, simulasi, sumbangsaran, bercerita, teknik
inkuiri, teknik forum dan sebagainya. Menurut Kementerian Pendidikan (1990),
teknik perbincangan adalah satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan
pendapat dengan bernas. Melalui
aktiviti perbincangan murid-murid dapat
bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu
perkara atau topik yang diberi. Forum juga merupakan satu sesi perbincangan yang
melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat
dimana ia dijalankan secara formal.

4.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannnya, pemikiran adalah satu proses di mana
menggunakan minda atau otak untuk menimbangkan sesuatu masalah dan
menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara yang sesuai dan relavan. Pemikiran
merupakan satu konsep yang penting kerana ia dapat membantu seseorang
menganalisis tindakan, emosi atau keadaan dan seterusnya membuat pemilihan
dan keputusan. Pemikiran juga adalah satu usaha otak untuk mencari keputusan
rasional. Pemikiran kritik penting dalam dunia yang mencabar. Murid-murid harus
mengaplikasi pemikiran kritik ini dalam sesi pembelajaran.

11 | D E F I N I S I P E M I K I R A N

Dalam bidang pendidkan, semua pihak seperti pihak pentadbir, guru dan
murid haruslah berusaha ke arah mencapai matlamat untuk menjadi seoarng
pemikir yang baik dan berkualiti. Tambahan pula, Malaysia akan mencapai tahap
negara maju pada tahun 2020. Maka, peranan guru dalam merealisasikan Wawasan
2020 harus dijadikan aspirasi dalam mewujudkan golongan murid yang komited,
berwawasan dan beraspirasi tinggi ke arah melengkapkan diri menjadi pemikir
yang baik.

BIBLIOGRAFI
Atan Long. (1976) PsikologiPendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rahil Hj Mahyuddin, Abd Majid Mhd Isa & Zaidatol Akmaliah (1995). Asas Pendidikan
ll (Psikologi Dalam Bilik Darjah). Serdang Raya, Selangor. Penerbit Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005). Aplikasi
Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong, Pahang. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan (2nd ed). Puchong Selangor : Penerbit
Multimedia Sdn Bhd.

Internet
Ragbir Kaur (2009) Konsep Pemikiran.
Dimuat
turun
pemikiran.html

dari

http://jacsinspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-

Ainon Mohd;Abdullah Hassan. Reka Cipta.


Dimuat turun dari http://citacita.tripod.com/nota/rekacipta.pdf

Wertheimer & Kohler .Teori Kognitif .


Dimuat turun dari http:teorikognitif.blogspot.com/p/celik-akal.html
12 | D E F I N I S I P E M I K I R A N

Siti Rahayah Ariffin: Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah


(2012,Julai 21).
Dimuat turun dari http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/d/1.pdf

Shahrin Hashim: Pemikiran Kritikal(2010).


Dimuat turun dari http://eprints.utm.my/10356/1/bab9.pdf

13 | D E F I N I S I P E M I K I R A N