Anda di halaman 1dari 1

Konsep Ras dan Rasisme

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Malaya, Cina dan India serta
pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik,
juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-cari fizikal-biologikal
nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri
paling ketara, yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah
warna kulit.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok
lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini
ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah
talah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi
berasaskan warna Kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.
Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. Pada
tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras
tertentu berstatus tinggi dan ras berstatus rendah. Tahap institusi, melibatkan
dasar pelaksanaan bersifat diskriminasi, dan membentuk yang berstatus lebih
tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu
ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,
rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi,
seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang
berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersifat dalam
struktur sosial.

http://zahirzainudin.blogspot.my/2011/02/konsep-ras-dan-rasisme.html

Anda mungkin juga menyukai