Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Kurikulum adalah asas proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan program
pengajian, pembelajaran dan sumber pengajaran, rancangan pelajaran dan penilaian
pelajar, dan juga pendidikan guru, semuanya berasaskan kepada kurikulum. Pembentukan
kurikulum pula adalah proses merancang, melaksana, dan menilai kurikulum yang
akhirnya menghasilakn pelan kurikulum. Salah satu cara untuk membangunkan satu
pelan kurikulum adalah melalui pemodelan. Model pada dasarnya adalah pola yang
bertindak sebagai garis panduan untuk suatu tindakan. Menggunakan model untuk
membangunkan kurikulum boleh menyebabkan kecekapan dan produktiviti (Oliva, 2009)
yang lebih besar.
1.1 Elemen Asas Pembentukan Kurikulum
Pembentukan kurikulum ialah proses penyediaan apa sahaja perkara-perkara yang akan
diajar dan dipelajari di sesebuah institusi pendidikan bagi suatu tempoh masa tertentu.
Hasil penyediaan kurikulum tersebut dibuat dalam bentuk dokumen rasmi sebagai
panduan kepada guru yang perlu dipatuhi. Dalam proses pembentukan kurikulum,
penggubal perlu membuat keputusan bersesuaian dengan elemen-elemen asas
pembentukan kurikulum iaitu objektif, kandungan, kaedah dan pentaksiran. Semua
keputusan berkenaan pembentukan kurikulum tersebut dibuat mengikut konteks di mana
kurikulum tersebut akan beroperasi.
TUJUAN:
Matlamat, Objektif
Hasil, Standard
KANDUNGAN:
Subjek/Modul

KAEDAH:
Pengalaman Pembelajaran

PENILAIAN:
Pengukuran Prestasi

Rajah 1 : Elemen-elemen asas dalam pembentukan kurikulum


Terdapat banyak model untuk pembentukan kurikulum. Secara umumnya, pembentukan
kurikulum adalah suatu proses berkenaan dengan mengkaji, merancang, membangun,
melaksana

dan

mengekalkan

kurikulum

di

samping

memastikan

pihak-pihak

berkepentingan yang terlibat dalam proses ini mempunyai tahap komitmen yang tinggi
kepada dan pemilikan kurikulum. Kurikulum dibentuk mengikut model-model kurikulum
yang terpilih. Jenis-jenis model kurikulum telah diasaskan oleh beberapa pakar kurikulum
yang boleh dibahagi kepada 4 jenis iaitu:
i.

Rational/Objectives Models - Tyler, Taba

ii. Cyclical Models - Wheeler, Nichols


iii. Dynamic/Interaction Models - Walker, Skilbeck
2.0 MODEL TYLER (Rational/Objectives Model)

Rajah 2 : Model Klasik Tyler


Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan
dianggap sebagai model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model kurikulum
terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di Malaysia. Model ini
memberikan penekanan kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola
oleh pihak sekolah.
Model Kurikulum Tyler antara yang paling kerap disebut di dalam bidang kurikulum.
Tyler menyatakan rasional kurikulum beliau berdasarkan empat soalan yang perlu
dijawab dalam membangunkan mana-mana pelan kurikulum pelajaran iaitu:

1.

Apakah tujuan pendidikan yang pihak perancang harapkan?

2.

Apakah pengalaman pembelajaran yang diberi supaya tujuan tersebut tercapai?

3.

Bagaimana cara menyusun pengalaman pembelajaran secara berkesan?

4.

Bagaimanakah cara bagi menilai untuk menentukan samada tujuan telah dicapai?

Soalan-soalan ini boleh dirumuskan semula ke dalam proses empat langkah iaitu:
1.

Menyatakan objektif

2.

Memilih pengalaman pembelajaran

3.

Menyusun pengalaman pembelajaran

4.

Penilaian kurikulum.

Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam
perkembangan kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu
dititikberat dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku. Berdasarkan model
ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar di mana
perubahan yang berlaku adalah apabila setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah.
KUMPULAN OBJEKTIF
(Dipilih daripada pelajar, masyarakat, pakar mata
pelajaran)

PEMILIHAN OBJEKTIF
(Dari segi falsafah, dasar, psikologi)

KENALPASTI
Persoalan-persoalan yang
tedapat
dalam
Model Tyler
dapat
diperhatikan melalui Rajah 3
(Objektif yang memenuhi
kriteria
penilaian)
dan Rajah 4 di bawah.
SITUASI PEMBELAJARAN
(yang menampakkan perlakuan berdasarkan
objektif)
INSTRUMEN DAN UJIAN
Pilih instrumen
dan uji pra serta pasca

MAKLUMAT / LAPORAN
(Objektif yang telah dicapai)

Sumber

Sumber
Pelajar

Sumber

Rajah 3 : ModelMasyarakat
Objektif Tyler (1949)

OBJEKTIF UMUM TENTATIF

Skrin
Falsafah Pendidikan

Skrin
Teori Pembelajaran

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KHUSUS

Pilih Pengalaman Pembelajaran

Susunatur pengalaman pembelajaran

Halatuju Pengalaman Pembelajaran

Penilaian Pengalaman Pelajaran

Subjek

Rajah 3 : Model Kurikulum Tyler (Oliva, 2005)


Menurut Model Tyler, langkah pertama dalam pembentukan kurikulum aialah
menyatakan objektif. Setelah itu, rasional ini diteruskan dengan langkah-langkah
pemilihan dan susunatur pengalaman pembelajaran sebagai cara untuk mencapai hasil,
dan akhirnya membuat penilaian hasil pembelajaran. Langkah terakhir dalam rasional
Tyler adalah penilaian iaitu proses menentukan sejauh mana objektif pendidikan dapat
direalisasikan oleh kurikulum. Dengan kata lain, pernyataan objektif bukan sahaja
berfungsi sebagai asas untuk memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran, tetapi
juga berfungsi sebagai standard pada tahap mana program kurikulum dan pengajaran
yang dinilai.

3.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MODEL TYLER

3.1 Kelebihan Model Tyler


Setiap model kurikulum adalah unik dan mempunyai tujuan serta kelebihan yang tersendiri. Model menjadi
panduan kepada pengguna untuk membuat pilihan bersesuaian dengan tujuan kegunaan. Kelebihan Model
Tyler adalah model ini tidak tertumpu pada pencapaian pelajar semata-semata. Model ini turut menekankan
kepada aspek-aspek lain iaitu pengetahuan tentang maksud falsafah program, matlamat dan objektif tingkah
laku dan tatacara bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program.
Selain itu, kelebihan model ini adalah penentuan objektif menjadi rujukan yang kukuh di yang
mengandungi arahan, bimbingan dan panduan yang jelas. Model ini mengandungi kriteria-kriteria untuk
menilai kejayaan program. Kaedah yang praktikal pula membolehkan kaedah tersebut digunakan secara
berterusan. Kaedah management by objective (MOB) oleh model Tyler boleh memantau sesuatu program
atau institusi dengan cara tidak formal. Malah model ini juga sistematik kerana adanya komponen dan
langkah yang tersusun.
Model Tyler mempunyai kekuatan dengan objektif yang hendak dicapai digariskan dengan jelas. Selain itu,
model ini sangat sesuai kerana memberi penekanan kepada penglibatan pelajar oleh itu akan melahirkan
pelajar yang berautonomi dan berdikari. Secara ringkasnya model ini mempunyai kekuatan tersendiri iaitu
mudah dan senang difahami, senang diikuti dan dilaksanakan serta menghasilkan maklumat yang relevan
yang boleh diterima oleh pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan.

3.2 Kelemahan Model Tyler


Terdapat beberapa kelemahan dalam model Tyler. Antara kelemahan-kelemahan tersebut
adalah masalah teknikal dalam memperolehi satu set objektif yang operational di mana
penilai dikehendaki memilih dan memurnikan objektif-objektif yang sesuai. Justeru itu,
Tyler mencadangkan proses tapisan awal dilakukan berpandukan pada falsafah dan
psikologi sesuatu program. Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan rupa bentuk
proses yang perlu dilakukan. Adalah kurang memadai jika hanya fokus pada aspek isi
kandungan dan pembelajaran sahaja kerana objektif penting terutamanya yang berkaitan
dengan aspek kurang konkrit program seperti sikap dan emosi diabaikan. Kelemahan
Model Tyler ialah tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa yang patut memilih
objektif atau objektif yang mana patut dipilih.

Selain itu, model ini menekankan proses penilaian akhir iaitu melihat pada hasil (produk) sahaja. Tyler
mengaitkan hasil dengan objektif. Oleh itu, beliau perlu memerlukan maklumat tentang sesuatu program
selepas satu program lengkap berlangsung dan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya.
Sungguhpun objektif dapat didefinisikan dari segi pelaksanaan, masalah untuk mendapatkan hasil
pengukuran adalah jauh dari yang dapat dikesan.
Kelemahan seterusnya ialah tidak semua penggubal kurikulum bersetuju tentang perlunya menetapkan
objektif terlebih dahulu. Model ini juga dikatakan terlalu rigid kerana terikat dengan objektif yang telah
ditetapkan dan menjejaskan elemen kreativiti. Biasanya pembinaan objektif lebih berfokus kepada tingkah
laku yang mudah diukur. Sebaliknya aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sikap seperti menghargai dan
menghakimi yang sukar diukur jarang dimasukkan sebagai objektif khusus dalam penilaian kurikulum.

4.0 KESIMPULAN
Model Tyler mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahan dan masih lagi model
yang popular digunakan di Malaysia. Model Tyler lebih jelas arah tuju dengan pembinaan
objektif dan matlamat pengajaran yang jelas. Model Tyler bersifat deduktif iaitu arahan
atau format kurikulum diturunkan dari pihak atasan dan ia dikatakan terlalu rigid kerana
guru perlu mengikut skema yang diberikan.

5.0 RUJUKAN
Fred C. Lunenberg. 2011. Curriculum Development : Deductive Models. Sam Houston
University.
Oliva, P.F. 2009. Developing The Curriculum. Edisi Ke-7. United States: Pearson
Education. Schooling Volume 2, Number 1.
Qaisara

Din.

Kekuatan

Dan

Kelemahan

Model

Tyler

Dan

Model

Taba.

https://www.academia.edu/4903392/TAJUK_KEKUATAN_DAN_KELEMAHA
N_MODEL_TYLER_DAN_MODEL_TABA [8 Februari 2016]

Anda mungkin juga menyukai