Anda di halaman 1dari 1

10 TIP BISNES UNTUK MEREKA YANG DIBERHENTIKAN KERJA DAN MAHU

BERNIAGA.
1.Pilih biasa-biasa yang orang beli sepanjang masa, biarlah untungnya permulaan sedikit
tetapi berkembang setiap hari.
2. Buang ego dan merendah diri, buang "pakaian kot dan berkemeja", maksudnya kerja tidak
berpeluh. Belajar pakai baju t-shirt dan berpanasan. Belajar ubah cara ini.
3. Bisnes yang buat duit sekarang dan zaman gawat ini, bisnes yang kita lihat seperti kotor,
renyak, berpeluh tetapi sebenarnya bisnes ini ketahanan dalam pasaran tinggi dan keperluan
orang ramai mereka yang "berbaju kemeja dan kot".
4. Peringkat awal, bina stamina fizikal dan stamina mental untuk bertahan dalam bisnes. Alah
bisa tegal biasa, dulu tak kuat bila dah buat sebulan dua nanti biasalah. Jangan berhenti di
tengah jalan.
5. Cari mentor untuk belajar bianes tetapi berhati-hati pilih mentor untuk usahasama bisnes.
Cari mentor yang buat dan cakap dalam.bisnes jika mahu kurangkan risiko bisnes untuk
gagal.
6. Jangan tergesa-gesa buat keputusan dan jgn terus melabur dlm.bisnes, jangn buat atau
melabur dalam bisnes yang pelik-pelik. Nanti duit terbakar.
7. Pilih dan Mulakan bisnes dengan modal yang minimum, kurang rm 10k dan jika perlu
modal lebih, berpakat dgn beberapa orang yg sanggup bergelumang bersama-sama.
8. Belum tentu bisnes kita yang pertama itu akan berjaya. Mungkin sebagai tapak permulaan
kita belajar mengenal ilmu sebenar bisnes.
9. Bisnes kita, kita yang perlu kerja kuat demi bisnes kita berbanding orang lain.
10. Usah terus mahu menjadi boss. Bekerja bersama-sama pekerja.
Tips Bapak Rambo.

Anda mungkin juga menyukai