Anda di halaman 1dari 2

Semasa

Pada hari program larian marentas kampus, kami selaku AJK makanan telah
diamanahkan untuk menyediakan sarapan untuk ajk kejohanan pengelolahan dan
peserta luar yang semuanya berjumlah seramai 130 orang. Kami telah menyediakan
Mee Hoon dan Teh O dengan mengikut makanan vege dan non-vege. Sampai
sahaja sarapan di tempat berlangsung program tersebut, kami telah mengagihkan
sarapan kepada semua ajk kejohanan pengelolahan dan peserta luar. Kami telah
memberikan bungkusan makanan kepada setiap wakil kelas dengan bilangan yang
secukupnya. Kesemua peserta berpuas hati dengan sarapan yang disediakan.
Terdapat

juga

beberapa

bungkusan

makanan

yang

tertinggal

disebabkan

kebanyakkan orang mula beredar ke Check Point masing-masing. Hal ini kerana,
sarapan pagi tidak sampai tepat pada masa. Jadi mereka terpaksa bermula tugas
mereka. Tetapi kami selaku AJK makanan, kami telah memberikan bungkusan
makanan tertinggal kepada peserta lain supaya tidak merugikannya.
Selepas sarapan pagi, program tersebut telah bermula. Kami juga ditugaskan
untuk menyediakan satu tong minuman sejuk yang berperiksa oren kepada semua
peserta yang melibatkan diri dalam larian merentas kampus pada hari tersebut.
Selain itu, kami juga menyediakan botol air untuk sesiapa yang tidak berminat untuk
berminum air oren yang disediakan. Air yang kami disediakan cukup untuk peserta
sehingga tamat larian tersebut. Seterusnya, kami ditugaskan untuk menyediakan
makanan tengah hari untuk AJK kejohanan pengelolahan dan pensyarah. Selesai
sahaja program, pada jam 12.30 tengah hari, makanan tengah hari disediakan
dengan menu sambal ayam dan sayur kobis serta minuman sirap. Kami telah
menempah makanan tengah hari tersebut dengan pengurus kantin IPG Kampus
Pulau Pinang. Pada keseluruhannya, makanan yang disediakan adalah berbezabeza mengikut keperluan dan ianya bersesuaian dengan selera para peserta.

Anda mungkin juga menyukai