Anda di halaman 1dari 9

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens

Silir Daksina
Bedah Karya

Kalvin Carefour Johnny

SILIR DAKSINA (Nizar Parman)


Sinopsis Keseluruhan
Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal
dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu
menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan
daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.
Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di
kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat
dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah
cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau
merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya.
Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di
Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah
Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu
dihuraikan.

Sinopsis Bab
BAB
1

SINOPSIS
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya
manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampirhampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya
itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat
kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang
dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah
Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah

dewasa.
Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk
kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di
tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia
tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut
menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru
diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu,
orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee

Hwa yang tidak dikenalinya.


i.
Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan
menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia
tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta
dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim.
Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).

Semasa di rumah,

Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa
sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah
dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah
milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah
baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun
ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk
kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke
sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling
menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu
cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia
mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai Ling.
ii. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh
Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum.

Semasa berbual-bual, Tauke Lim

menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap


hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya
meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.
iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama
meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB
Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan
Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat.
Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir.
Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir
mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam
dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman
kegemilangannya dalam bidang tersebut.
iv.

Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang

menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta


agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan
setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling
memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah
Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan
dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tibatiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.
v.

Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu

telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih
kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir,
dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan
cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat
keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling
mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai
tempat mencurahkan kasih sayang.
vi.

Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah.

Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat
persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di
pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan
selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu
diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh
penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara
peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam dapat
mengembangkan sastera dan bahasa

di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri

Purnama sebagai perkampungan sastera.


vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti
anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu
petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam
berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman.
Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai
Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.
viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan

dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada
ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam.
Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.

Amirulnizam

berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila
siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang
kesepian menjadi lebih bermakna.

Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang

kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai
Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk
menjawabnya.
ix.

Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala

persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga
larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan
menyimpan manuskripnya. Sakit kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia
rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap
4

gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.


Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu
dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan
rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya.
Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia

juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.


Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai
persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup
lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan
butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang

meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami

perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.


Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan

ibunya.
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri

Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
9

Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.


Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong

10

memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak

11

mengenangkan arwah ayahnya.


Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam
tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik
tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung
tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya.
Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing
ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat
suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim

12

telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah
hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut
dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambargambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa
arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

13

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.

14

Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama

15

dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.


Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama

16

masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.


Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

Tema
Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca
daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya
iaitu Abdullah Kayan.

Persoalan
PERSOALAN
1

CONTOH
Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri
kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang
terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong

See Hwa.
Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk
mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.


Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh
isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan

manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.


Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap
aktiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis

sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ


Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza
kebudayaan.
Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu
baik walaupun mereka berlainan bangsa.

Watak & Perwatakan


Haiqal
1. Berani - Sifat berani haiqal mendorong untuknya bertanya kepada uminya tentang
rancangannya untuk ke Johor.
2. Peramah - Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan
keramahannya dalam bergaul dengan orang
3. Menghormati yang tua - Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberutahu
pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.
4. Berdikari - Haiqal berseorangan menaiki bas dan ke Kampung Seri Purnama.

Ong See Hwa


1. Amanah - See Hwa menghantar manuskrip yang yang dikarang oleh Cikgu Abdullah kepada
Haiqal
2. Rajin - See Hwa mengemas rumah Cikgu Abdullah 3 kali seminggu
3. Bersungguh-sungguh - See Hwa bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan sajak
peringkat sekolah.
4. Pemalu - See Hwa akan berbual dengan orang yang dia rapat.

Tauke Ong
1. Amanah - Tauke Ong menyerahkan buku akaun dan segala benda yang telah arwah Abdullah
bin Kayan amanahkan kepadanya kepada Haiqal.
2. Bijak menyesuaikan diri - Tauke Ong berbaik dengan seluruh penduduk kampung ketika
pertama kali dia bersama keluarganya sampai di Kampung Seri Purnama
3. Bersungguh-sungguh - Tauke Ong bersungguh-sungguh untuk mengusahakan ladang kelapa
sawit dan getah milik keluarga Abdullah bin Kayan seterusnya menjadi orang yang berjaya di
kampung.
4. Mengenang budi - Ketika Tauke Ong bercerita kepada Haiqal tentang kedatangannya di
kampung itu, dia amat berterima kasih kepada keluarga Haiqal kerana banyak membantunya.

Abdullah bin Kayan


1. Baik hati - Abdullah bin Kayan mahu See Hwa menumpangnya kerana mereka menuju ke
sekolah yang sama.
2. Bertanggungjawab - Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridnya dan jawatan
yang disandangnya iaitu ketua panitia bahasa Melayu.
3. Tolong-menolong - Cikgu Abdullah membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan
mendeklamasikan sajak peringkat sekolah.
4. Menyayangi ahli keluarga - Abdullah bi Kayan amat merindui anaknya yang berada di Kuala
Terengganu bersama bekas isterinya.

Nilai Murni
1) kasih sayang - Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa
walidnya bukan bapa kandungnya .

2) keprihatinan - Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak
seperti dahulu
3) amanah - Tauke Ong menjaga amanah yang diberikan oleh arwah cikgu Abdullah sebelum
Haiqal tiba di Kampung SerI Purnama .
4) baik hati - See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan
5) ketabahan - Abdullah bin Kayan tabah apabila dia tidak berjaya membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kampung Seri Purnama .

Pengajaran
1) kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita terutamanya ibu dan ayah kerana mereka telah
banyak berkorban untuk kita.
Haiqal amat menyayangi ahli keluarganya meskipun dia mendapat tahu bahawa
walidnya bukan bapa kandungnya dan Nurul Asiyah hanyalah adik tirinya .
2) kita perlulah tabah dan cekal dengan ujian yang dihadapi dalam hidup
ayah Haiqal sabar , cekal dan tabah apabila dia tidak berjaya membawa anaknya,
Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri Purnama .
3) kita wajarlah prihatin tentang keadaan orang yang berada di sekeliling kita .
Ai Ling bertanya tentang kesihatan gurunya apabila mendapati badan gurunya
semakin kurus dan urat-urat di kepala gurunya timbul
4) kita mestilah menghargai jasa yang diberikan oleh orang lain kepada kita
See Hwa tidak mengharapkan kebaikan yang diberikan kepada Haiqal dibalas tetapi
cukuplah sekadar Haiqal menghargai kebaikannya
5) kita haruslah menghormati orang yang lebih tua walau dimanapun kita berada
anak-anak muda di Kampung Seri Purnama akan bersalaman dengan semua yang
berada di warung Wak Min sebelum mereka duduk di meja lain.