Anda di halaman 1dari 12

CONTOH-CONTOH SOALAN KBAT

Al-Quran adalah panduan hidup mukmin.


1

Sejauh manakah al-Quran boleh menjadi panduan jika ianya hanya dibaca tanpa
difahami. Kemukakan pandangan anda.
Contoh Jawapan:
Al-Quran bukan hanya untuk dibaca sahaja (1m) tetapi hendaklah difahami segala isi
kandungannya (2m) di mana al-Quran merangkumi setiap aspek kehidupan manusia
contohnya hal-hal kekeluargaan dalam Islam (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa membaca dan menghayati segala ajaran yang terkandung di dalamnya agar
dapat memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat (4m).
Kejadian jenayah semakin berleluasa dalam kalangan remaja hari ini.

Huraikan pandangan anda sejauh manakah keimanan terhadap malaikat Raqib dan
Atid dapat mengurangkan perkara di atas?
Contoh Jawapan:
Yakin dengan kewujudan malaikat rakib dan atid (1m) yang mencatat segala
perbuatan manusia (2m) sama ada perbuatan yang baik atau dosa (3m).
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melakukan segala
perbuatan agar dapat menjauhkan diri daripada perkara maksiat (4m).
Terdapat sebahagian masyarakat kita hari ini hidup bergelandangan di ibu kota yang
boleh menjejaskan imej negara.

Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan pandangan anda mengapakah situasi ini


masih berlaku di negara kita?
Contoh Jawapan:
Kos sara hidup yang tinggi (1m) kerana mereka mempunyai pendapatan yang kecil /
yang tidak tetap (2m). menyebabkan tidak mampu untuk menyewa rumah kediaman
menyebabkan mereka hidup bergelandangan (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa berusaha mempertingkatkan taraf hidup agar kehidupan kita bertambah baik (4m)
Anda berjiran dengan keluarga Ali yang telah kematian ayahnya.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda dapat membantu Ali dalam


menghadapi situasi tersebut?
Contoh Jawapan:
Tabah / sabar / reda dengan apa yang berlaku (1m) kerana ia adalah ujian daripada Allah
SWT terhadap hambanya (2m). Kita tidak boleh berputus asa dengan musibah tersebut
malah menerimanya dengan positif (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa bersabar
dengan segala musibah daripada Allah SWT agar diberi jalan penyelesaian oleh Allah
SWT (4m).

Umat Islam hendaklah prihatin terhadap pelbagai jenis makanan dan minuman yang
terdapat di pasaran bagi memastikan sesuatu makanan yang dibeli itu halal atau haram
5

Pada pandangan anda, apakah akibat yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak diberi
perhatian?
Contoh Jawapan:
Terjebak dengan perkara yang haram dari aspek pemakanan (1m) (2m) kerana sikap tidak
peka dengan hukum syarak (3m) menyebabkan mendapat balasan di akhirat kelak.
Kesimpulannya, umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dalam pemilihan makanan
seharian agar kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT (4m).
Maksud: Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaku nescaya aku
perkenankan doa permohonan kamu..(Surah al-Mukmin: 60)

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Contoh Jawapan:
Sentiasa berdoa kepada Allah SWT (1m) setiap waktu terutamanya selepas solat fardu
(2m) setelah berusaha mengulangkaji pelajaran dengn bersungguh-sungguh (3m).
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa doa dan bertawakal kepada Allah SWT agar kita
mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat (4m).
Aktiviti perjudian semakin berleluasa dalam masyarakat Islam kini terutamanya dalam
kalangan remaja.

Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku kepada generasi umat Islam akan datang
sekiranya perkara ini tidak dibendung ?
Contoh Jawapan:
Melahirkan generasi pelajar yang rosak akhlaknya (1m) kerana terpengaruhi dengan
perkara negatif (2m) disebakan tawaran / habuan yang lumayan (3m). Kesimpulannya,
pelajar hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak mudah terpengaruh dengan
gejala negatif yang boleh menghancurkan masa depan pelajar (4m).
Allah SWT mencipta siang dan malam untuk manusia mengambil manfaat daripada
keduanya.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang akan terjadi sekiranya Allah SWT
menjadikan siang sahaja tanpa malam atau sebaliknya dalam kehidupan seharian anda?
Contoh Jawapan:
Kehidupan manusia akan hancur / tidak seimbang (1m) kerana tidak tidak mempunyai
waktu untuk berehat (2m) hanya untuk bekerja semata-mata (3m). Kesimpulannya, kita
hendaklah menyakini bahawa Allah SWT itu maha berkuasa atas setiap ciptaannya dan
mencipta sesuatu itu secara berpasangan (4m).

Kegiatan menjadikan remaja sebagai pengedar dadah oleh sesetengah pihak merupakan
suatu perbuatan zalim dan jenayah berat yang harus dibanteras oleh pihak yang
berkuasa. Manakala remaja pula hendaklah sentiasa berhati-hati dengan tawaran yang
diberikan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjadikan mereka sebagai keldai dadah.
9

Berdasarkan penyataan di atas, huraikan pandangan anda mengapakah golongan remaja


menjadi mangsa kegiatan ini?
Contoh Jawapan:
Tiada pegangan agama yang mantap dalam diri (1m) menyebabkan remaja mudah
terpengaruh dengan tawaran yang diberikan (2m) demi untuk mengejar kemewahan hidup
sehingga sanggup menjadi mangsa dalam aktiviti pengedaran dadah (3m). Kesimpulannya,
pelajar hendaklah menuntut ilmu agama sebagai benteng daripada perbuatan / mungkar
(4m).
Pepatah Melayu:
Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan

10

Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan pendapat anda berkaitan dengan kekuasaan


Allah SWT.
Contoh Jawapan:
Manusia adalah makhluk Allah SWT yang lemah (1m) tidak mampu untuk menentukan
sesuatu perkara (2m) sebaliknya manusia memerlukan kepada pertolongan Allah SWT
maha mengetahui dan berkuasa atas setiap sesuatu kerana Allah SWT yang menentukan
sesuatu perkara (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah beriman dengan sifat-sifat
kesempurnaan Allah SWT agar kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam hidup
kita. (4m).
Terdapat sebahagian umat Islam hari ini yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber
rujukan yang kedua selepas al-Quran. Mereka hanya menerima al-Quran sahaja sebagai
sumber rujukan dalam Islam.

11

Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan pandangan anda sekiranya keadaan tersebut


terus berleluasa dalam masyarakat.
Contoh Jawapan:
Masyarakat akan berpecah-belah antara satu sama lain (1m) kerana berlaku perselisihan
pendapat dalam sesuatu perkara / ibadat / amalan (2m) akibat daripada fahaman yang
berbeza (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah berpegang teguh kepada al-Quran dan alHadis sebagai panduan hidup agar hidup mendapat keberkatan Allah SWT (4m).

Umat Islam yang menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan akan menjadi umat
cemerlang di dunia dan akhirat.
12

Huraikan pendapat anda untuk menyokong pernyataan di atas.


Contoh Jawapan:
Membaca / memahami / mengamalkan al-Quran (1m) akan menambah keyakinan terhadap
kebenaran Islam (2m) dan mendapat hidayah Allah SWT seterusnya menyempurnakan
ibadat fardu dan sunat (3m). Oleh itu, mereka yang sentiasa berpegang kepada al-Quran
dan hadis akan menjadikan umat yang bersatu padu dan membina umat cemerlang (4m).
Umat Islam yang rajin mengkaji sejarah kegemilangan umat Islam terdahulu akan
menjadi umat yang berjaya dalam bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah seperti Ibnu
Sina dan Ibnu Khaldun.

13

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pendapat anda untuk menyokong pendapat di


atas.
Contoh Jawapan:
Ilmu adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia (1m) untuk menjadi
umat Islam yang maju (2m) seperti Islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardu
ain dan fardu kifayah (3m). Oleh itu, kita kita sebagai umat Islam wajib menguasai keduadua disiplin ilmu itu agar menjadi umat yang cemerlang standing dengan umat yang maju
pada hari ini (4m).
Pengaruh ajaran sesat seperti ajaran Tuhan Harun yang mengaku dirinya sebagai tuhan
semakin menular dalam masyarakat Islam.

14

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah cara anda untuk mengelak diri daripada
terpengaruh dengan ajaran di atas?
Contoh Jawapan:
Meningkatkan ilmu berkaitan akidah (1m) seperti memahami rukun-rukun iman (2m)
supaya tidak mudah terpengaruh dengan akidah yang salah (3m). Oleh itu, saya perlu
mendalami ilmu untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran tersebut (4m).
Amalan yang bertentangan dengan akidah yang benar seperti percaya kepada sihir begitu
berleluasa dalam masyarakat Islam hari ini.

15

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh
dengan akidah yang sesat sebagai seorang pelajar?
Contoh Jawapan:
Yakin dengan kewujudan malaikat rakib dan atid (1m) yang mencatat segala perbuatan
manusia (2m) sama ada perbuatan yang baik atau dosa (3m). Kesimpulannya, kita
hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melakukan segala perbuatan agar dapat menjauhkan
diri daripada perkara maksiat (4m).

Pelajar yang bersifat ihsan dalam semua tindakan akan menjadi cemerlang di dunia dan
akhirat.
16

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyaatan di atas.


Contoh Jawapan:
Melakukan sesuatu amalan dengan penuh ikhlas / tekun (1m) kepada Allah SWT tanpa
mengharapkan sesuatu balasan (2m) seperti tekun mengulangkaji pelajaran dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa melatih diri bersifat ihsan dalam semua pekerjaan / amalan agar ibadat kita
diterima oleh Allah SWT / mencapai kejayaan yang cemerlang (4m).
Beriman kepada malaikat ialah satu daripada rukun iman yang wajib dipatuhi oleh setiap
muslim.

17

Pada pandangan anda, bagaimanakah pernyataan di atas mendorong anda untuk menjadi
murid yang cemerlang?
Contoh Jawapan:
Yakin setiap perbuatan akan didicatat oleh malaikat Allah SWT iaitu malaikat Rakib dan
Atid sama ada perbuatan yang baik atau buruk (1m). Ini menyebabkan seseorang itu
berusaha untuk mempertingkatkan amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara keji /
mungkar (2m) kerana setiap perbuatan itu akan dihisab dan diberi balasan oleh Allah SWT
di akhirat nanti (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa beriman kepada malaikat
dalam semua perbuatan agar kita menjadi cemerlang di dunia dan akhirat dan terlepas
daripada azab Allah SWT (4m).
Maksud: dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memberitahu Demi sesungguhnya jika kamu
bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu.(Surah Ibrahim : 7)

18

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah akan terjadi sekiranya tidak beramal dengan ayat
di atas dalam kehidupan seharian.
Contoh Jawapan:
Menggunakan / menjaga nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya
(1m) dengan menjauhi perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menyebabkan
nikmat Allah SWT ditarik balik (2m) seperti membazirkan makanan, mercemarkan alam
dan sebagainya (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menghargai setiap nikmat
Allah SWT agar kita dilimpahan rezeki dan terselamat daripada azab Allah SWT (4m).

Kesibukan hidup masa kini menyebabkan ramai memilih makanan segera yang
kebanyakannya dimonopoli oleh perniaga bukan Islam.
19

Apakah reaksi dan tindakan anda supaya umat Islam dapat menceburkan diri dalam sektor
perniagaan bagi melaksanakan tanggunjawab fardu kifayah?
Contoh Jawapan:
Hendaklah menceburkan diri dalam bidang fardu kifayah (1m) untuk menjaga kepentingan
umat Islam (2m) seperti menceburi dalam bidang perniagaan yang merupakan keperluan
hidup (3m). Kesimpulannya, umat Islam hendaklah menguasai kedua-dua bidang fardu ain
dan fardu kifayah agar kehidupan umat Islam lebih seimbang (4m).
"Kebersihan adalah sebahagian daripada iman".

20

Berikan hujah anda berdasarkan kenyataan di atas.


Contoh Jawapan:
Kebersihan sangat dituntut dalam Islam (1m) dalam semua aspek kehidupan manusia (2m)
kerana Allah SWT suka kepada orang yang bertaubat dan suka kepada orang menjaga
kebersihan (3m). Oleh itu, kita hindaklah menjaga kebersihan diri agar mendapat keredaan
Allah SWT (4m).
Wuduk dapat membentuk peribadi yang seimbang antara jasmani dan rohani.

21

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas


Contoh Jawapan:
Wuduk dapat membersihkan anggota zahir daripada kekotoran (1m) di samping dapat
mendidik rohani seseorang dengan sifat-sifat mahmudah (2m) seperti sentiasa tenang
berada dalam keadaan berwuduk / bersih (3m). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
mengamalkan amalan bersuci dalam kehidupan seharian agar seimbang rohani dan
jasmani (4m).
Maksud: dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersihlah dengan mandi
wajib(Surah al-Maidah: 6)

22

Huraikan hujah anda terhadap apa yang akan berlaku sekiranya umat Islam tidak beramal
dengan tuntutan ayat di atas dalam kehidupan seharian.
Contoh Jawapan:
Ibadat seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT (1m) kerana berada dalam keadaan
tidak suci dan bersih (2m) seperti dalam keadaan berhadas besar, kita wajib membersihkan
diri dengan cara mandi wajib (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berada dalam
keadaan bersih kerana Allah SWT suka kepada kebersihan (4m).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka
jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.
(Riwayat Abu Daud)
23

Berdasarkan pernyataan di atas, ianya bertepatan dengan pepatah melayu, Kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
Contoh Jawapan:
Didikan agama hendaklah diterap lebih awal sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak
(1m) supaya mereka telah terbiasa untuk melakukan perintah Allah SWT dalam
kehidupan dan tidak sukar melaksanakannya (2m) seperti kefarduan menunaikan solat
(3m). Kesimpulannya, kita hendaklah mempraktikkan perintah Allah SWT dalam
kehidupan anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh (4m).
Maksud: Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran

24

(Surah al-Ankabut: 45)

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah ramai orang yang bersolat tetapi masih
melakukan kemungkaran?
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
Contoh Jawapan:
Solat yang dilakukan tidak khusyuk / tidak sempurna / tiada penghayatan (1m)
menyebabkan mereka mudah digoda oleh syaitan (2m) untuk melakukan kemungkaran
(3m). Oleh itu, solat yang dilakukan dengna sempurna dan penuh penghayatan semestinya
dapat mencegah kemungkaran (4m).
Sabda Rasulullah SAW:
Solat berjemaah lebih afdal daripada solat secara bersendirian sebanyak 27 kali
ganda.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

25

Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat mengabaikan solat
berjemaah?
Contoh Jawapan:
Hubungan silaturrahim akan menjadi renggang (1m) kerana tidak mengenali antara satu
sama lain (2m) disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kelebihan solat berjemaah
(3m). Oleh yang demikian, umat Islam perlu menghidupkan amalan solat berjemaah untuk
meningkatkan ukhuwah sesame Islam (4m).

Solat Jumaat merupakan kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam pada setiap hari
Jumaat. Solat Jumaat ini adalah lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam. Di samping
itu, ia juga dapat mengeratkan perpaduan umat Islam.
26

Kemukakan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas.


Contoh Jawapan:
Dapat mengeratkan hubungan silatrurahim antara sesama jemaah (1m) melalui perkenalan
antara satu sama lain (2m), seterusnya hugungan yang erat ini akan dapat mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan umat Islam (3m). Oleh itu, jelaslah solat berjemaah dapat
mengeratkan perpaduan ummah (4m).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila kamu berkata diam kepada kawan kamu ketika imam berhutbah pada hari
Jumaat, sesungguhnya kamu telah mensia-siakan (pahala) Jumaat kamu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

27

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah masih kedapatan orang yang mendengar


khutbah tetapi masih berkata-kata ketika khatib berkhutbah?
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
Contoh Jawapan:
Kurangnya didikan / penghayatan agama dalam diri individu (1m) yang menyebabkan
mereka gagal beramal dengan tuntutan agama (2m) menyebabkan mereka gagal mendapat
balasan dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa mempelajari ilmu agama dan menghayati dalam kehidupan agar ibadat kita
diterima oleh Allah SWT dan tidak menjadi sia-sia (4m).
Adab adab solat Jumaat boleh melahirkan individu yang berdisiplin

28

Kemukakan pendapat anda untuk menyokong penrnyataan di atas.


Contoh Jawapan:
Mendidik sesorang mematuhi adab-adab yang telah ditetapkan (1m) supaya ibadat yang
dilakukan menjadi sah dan diterima oleh Allah SWT (2m) seterusnya dapat
mendisiplinkan seseorang dalam beribadat kepada Allah SWT (3m). Kesimpulannya, kita
hendaklah sentiasa mengamalkan adab-adab yang telah dianjurkan oleh Islam agar kita
menjadi lebih berakhlak (4m).

Kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja hari ini semakin berleluasa, seolah-olah
mengulangi perangai keji masyarakat arab Jahiliyyah yang membunuh anak perempuan
yang baru lahir.
29

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan hujah anda mengapakah situasi di atas masih
berlaku?
Contoh Jawapan:
Terpengaruh godaan syaitan / hawa nafsu (1m) menyebabkan mereka hilang pertimbangan
akal yang waras hingga sanggup membuang bayi yang tidak berdosa (2m) kerana malu
untuk berhadapan dengan realiti / masyarakat (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah
menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian agar kita tidak terjebak dengan
perangai keji masyarakat Jahiliyyah (4m).
Sebelum dilantik menjadi rasul, Nabi Muhammad SAW sangat dihormati oleh masyarakat
arab. Keluhuran budi dan akhlaknya sangat berbeza dengan pemuda-pemuda Quraisy
yang lain sehingga mendorong masyarakat Quraisy menggelar baginda Al-Amin.

30

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda dapat mencontohi keluhuran budi


Rasulullah SAW dalam kalangan rakan anda di sekolah?
Contoh Jawapan:
Sentiasa mengamalkan akhlak terpuji / sifat mahmudah dalam kehidupan seharian (1m)
seperti amanah, bertanggungjawab dan sabar (2m) agar dapat dicontohi oleh rakan-rakan
di sekolah (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia agar
kita disenangi oleh masyarakat sekeliling (4m).
Rasulullah SAW sabar menghadapi pelbagai ujian dan cabaran seperti ancaman bunuh,
leher baginda dijerut dengan serban dan dilontar dengan batu semasa berdakwah.

31

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda boleh mengambil iktibar daripada


kesabaran Rasulullah SAW dalam perjuangan menuntut ilmu?
Contoh Jawapan:
Bersabar menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu (1m) dan tidak mudah berputus asa
(2m) contohnya terus berusaha apabila menghadapi kegagalan (3m). Oleh itu, kita akan
menjadi pelajar yang cemerlang dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat (4m).

Semangat persaudaraan dan kasih sayang dalam Islam antara golongan Ansar dan
Muhajirin sangat mendalam sehinggan mereka menganggap antara satu sama lain
sebagai saudara kandung sendiri.
32

Merujuk kepada pernyataan di atas, bagaimanakah anda dapat mencontohi semangat


persaudaraan dan kasih sayang dalam kalangan rakan anda di sekolah?
Contoh Jawapan:
Saya akan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain (1m) tanpa
mengira bangsa, warna kulit dan keturunan (2m) seperti member salam / bercakap dengan
bahasa yang sopan / bersedia menerima pandangan orang lain (3m). Oleh itu, saya dapat
mengukuhkan semangat persaudaraan / kasih sayang dalam kalangan rakan saya di
sekolah (4m).
Sumaiyyah Ummu Ammar bin Yasir adalah tokoh wanita Islam yang berani
mempertahankan kebenaran agama Allah SWT walaupun menerima berbagai
penyeksaan. Beliau merupakan wanita pertama syahid dalam Islam.

33

Merujuk pernyataan di atas, apakah akibat jika pelajar-pelajar tidak mempunyai semangat
jihad seperti Sumaiyyah dalam dalam menuntut ilmu.
Contoh Jawapan:
Menenmui kegagalan dalam pelajaran / gagal mencapai kejayaan (1m) kerana pelajar
yang tidak mempunyai semangat jihad adalah pelajar yang tidak berani menghadapi
cabaran (2m). Sifat berani ini sangat penting kerana ia pencetus semangat untuk berjaya
(3m). Kesimpulannya, kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi agar berjaya
dengan cemerlang (4m).
Bilal bin Rabah ialah hamba kepada Umaiyyah bin Khalaf. Beliau memeluk Islam secara
rahsia kerana takut kepada tuannya. Apabila tuannya mengetahui tentang keislamannya,
beliau diseksa dengan berbagai seksaan. Akhirnya beliau dibebaskan oleh Sayidina Abu
Bakar as-Siddiq. Setelah itu beliau bersama Rasulullah SAW mengembangkan Islam.

34

Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah anda mencontohi ketabahan Bilal bin Rabah ke
arah menjadi pelajar yang cemerlang?
Contoh Jawapan:
Sabar dan tabah dalam menuntut ilmu pengetahuan (1m) kerana menuntut ilmu ini
mempunyai banyak cabaran untuk berjaya (2m) seperti tidak mudah berputus asa gagal
dalam peperiksaan (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih
agar mendapat kejayaan yang cemerlang (4m).

Antara kesan menyalahi fitrah leleki dan perempuan ialah meningkatnya gejala maksiat
serta munculnya penyakit yang merbahaya dan dihina oleh masyarakat.
35

Merujuk pernyataan di atas, huraikan hujah anda mengapa perbuatan di atas semakin
meningkat?
Contoh Jawapan:
Mempunyai iman yang lemah (1m) disebabkan kurang mendalami ilmu agama (2m).
Kurangnya penghayatan ilmu agama sehingga mendorong mereka untuk melakukan
maksiat (3m). Oelh itu, kita hendaklah mendalami ilmu agama supaya mempunyai iman
yang kuat agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat yang bercanggah dengan
nilai Islam yang sebenar (4m).
Ibu Amin baru saja meninggal dunia kerana penyakit yang dihadapinya. Anda turut
simpati degan situasi Amin.

36

Sebagai rakan baiknya, jelaskan nasihat yang perlu anda berikan supaya Amin boleh terus
berbakti kepada ibunya walaupun sudah meninggal dunia.
Contoh Jawapan:
Amin hendaklah mendoakan kedua ibu bapanya (1m) agar roh ibu bapanya mendapat
keampunan daripada Allah SWT (2m) dan ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang
yang beriman (3m). Ini adalah cara seorang anak berbakti kepada ibu bapa walaupun
mereka telah tiada (4m).
Alia telah menengking ibunya kerana tidak mengizinkan dia keluar pada waktu malam
bersama rakan-rakannya.

37

Kemukakan pendapat anda berkaitan pernyataan di atas dengan mengaitkannya "Syurga


dibawah telapak kaki ibu.
Contoh Jawapan:
Alia tidak boleh bertindak sedemikian(1m) kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan
ajaran agama(2m). Beliau telah menyakiti hati ibunya yang menyebabkan beliau akan
diazab di akhirat dan tidak akan masuk syurga sekiranya tidak bertaubat(3m). Oleh itu kita
hendaklah sentiasa menghormati dan mentaati ibu kita agar mendapat kebahagiaan hidup
di dunia dan akhirat.
Antara gejala negatif yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini ialah perbuatan anak
menghantar ibu bapa mereka ke rumah asuhan orang tua.

38

Merujuk kepada pernyataan di atas, kemukakan pandangan anda mengapa berlaku situasi
tersebut.
Contoh Jawapan:
Sibuk dengan urusan kerja / dunia (1m) sehingga tidak mempunyai masa untuk menjaga
ibu bapa (2m). Mereka sanggup membayar upah yang banyak untuk menjaga ibu bapa
mereka (3m). kesimpulannya, kita sebagai anak hendaklah menjaga ibu bapa kita dengan
baik agar kita mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak (4m).

Akhbar tempatan banyak menyiarkan berita mengenai perlakuan sumbang mahram yang
berlaku dalam masyarakat.
39

Merujuk kepada pernyataan di atas, hurikan hujah anda untuk mengelak perbuatan ini
terus berleluasa dalam keluarga.
Contoh Jawapan:
Mengamalkan cara hidup Islam dalam keluarga (1m) agar terbentuknya keluarga sakinah
dan terhindar daripada perkara sumbang mahram (2m) seperti sentiasa menjaga batas aurat
bagi anak perempuan ketika di rumah (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa
menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam keluarga agar mendapat
kebahagiaan di dunia dan akhirat (4m).
Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat di dada akhbar tentang salahlaku pelajar yang
biadap dengan guru.

40

Kemukakan pandanga anda, bagaimanakah perbuatan ini dapat diatasi daripada


berlanjutan?
Contoh Jawapan:
Sentiasa menyemai sikap mencintai dan menghormati guru (1m) agar kita mendapat
keberkatan dalam menuntut ilmu (2m). Ini kerana, guru adalah merupakan ibu bapa kita
yang kedua yang membimbing kita (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa beradab
dengan guru agar kita menjadi pelajar yang berakhlak mulia (4m).
Terdapat segelintir bijak pandai dalam bidang profesional telah menyalahgunakan ilmu
pengetahuannya untuk kepentingan peribadi seperti penyelewengan kuasa dan rasuah.

41

Andaikan anda seorang pemimpin negara, bagaimanakah anda menangani situasi tersebut?
Contoh Jawapan:
Mengamalkan budaya kerja yang berteraskan Islam (1m) dalam sistem pentadbiran (2m)
seperti menghukum pesalah rasuah tanpa mengira pangkat agar dapat dicontohi oleh
semua pekerja (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menghayati ilmu agama
dalam semua aspek kehidupan agar terselamat daripada gejala-gejala negatif (4m).
Sekolahku Rumahku.

42

Huraikan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas.


Contoh Jawapan:
Menjaga sekolah sebagaimana menjaga rumah kediaman sendiri (1m) agar sentiasa berada
dalam keadaan bersih da selamat (2m) contohnya menjaga harta benda sekolah dengan
cermat dan rapi (3m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab dan cintakan sekolah agar dapat digunakan oleh semua dengan baik
(4m).