Anda di halaman 1dari 2

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia

di segenap empat penjuru negara ini tentang isu kenaikan


harga barang keperluan atau gejala inflasi sering menghantui
kehidupan rakyat jelata, terutamanya golongan yang miskin
bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Isu barangan keperluan mengalami kenaikan harga sentiasa
dipaparkan pada dada akhbar dan menjadi pokok
perbincangan di warung kopi hingga sidang parlimen. Inflasi
telah menjadi rakyat kita hidup melarat. Bagaimanakah rakyat
kita dapat melepaskan diri daripada kemelut sosioekonomi
ini? Seperti pepatah, Di mana tembilang terhentak, di
situ cendawan tumbuh , kita perlu mencari akal untuk
menangani kemusykilan ini. Sehubungan dengan itu, semua
pihak perlu seia sekata mencari akal untuk menangani
masalah kenaikan harga barang keperluan.
1. Akta Kawalan dan Akta Bekalan dikuatkuasakan
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan
tindakan yang ampuh untuk membendung inflasi. Demi
mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba,
pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau
bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan
hanya dijalankan secara bermusim sahaja. Lebih-lebih lagi
kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini. Tanpa tindakan
undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak
bermaharajalela dengan meningkatkan harga barangan jualan
tanpa belas kasihan. Rentetan daripada itu, kompaun dan
hukuman penjara mandatori harus dijatuhkan dengan
semaksimumnya terhadap peniaga yang licik. Pemantauan
yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis
perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita perlu menjadi
mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti Rakan Cop
untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga .
Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih,
cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin
menangguk di air keruh.

2. Pengguna perlu Berjimat-cermat


Kempen Berhemat boleh dianjurkan oleh pihak berkuasa
dalam sesubuah masyarakat. Kata orang tua-tua, Ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis dan cermat
semasa banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat
cermat merupakan tabiat yang terpuji. Amalan
membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja
banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna
harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli
barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.
Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa
boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh,
telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di
pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan
sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap
rakyat dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang
dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara
berlebihan, nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana
bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan
permintaan di pasaran.
3. Kesedaran Pengguna
Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan
Kempen Beli Barangan Malaysia. Langkah ini amat
mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia
digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia
ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal,
harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos
pengangkutan lebih murah. Contoh, rakyat kita seyogianya
makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih

segar dan berkhasiat daripada barangan import. Seperti


peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat
patriotik, kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan
dalam negara. Senarionya, petani, peniaga dan pengusaha

industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh


manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan
negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh
berbanding dengan mata wang asing. Inflasi turut diredakan.