Anda di halaman 1dari 2

1 murid 1 sukan

Antara faedahnya adalah, dasar ini mampu memberikan peluang kepada


setiap pelajar untuk meningkatkan keupayaan jasmani kendiri. Seperti
yang kita sedia maklum, aktiviti sukan mampu menjana kepada badan
yang sihat dan otak yang cerdas. Badan yang sihat diperoleh melalui
rembesan peluh dari badan apabila kita melakukan senaman. Semakin
banyak peluh yang keluar, badan akan menjadi lebih sihat. Apabila badan
menjadi sihat, pemikiran kita dalam pembelajaran dalam kelas akan
menjadi lebih mudah.
Selain itu, dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan
dalam satu-satu jenis sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang
terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama seperti yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Keadaan ini akan
memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka
dan juga menambah pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai
kaum. Pendek kata, tak kenal, maka tak cinta. Malahan, pemahaman
mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat.
Dasar 1 Murid 1Sukan juga mampu membentuk sahsiah, jati diri, dan
disiplin diri. Sebagai contoh, ketika menghadiri latihan sukan bola sepak,
pelajar tersebut perlu menepati masa latihan supaya jurulatih dan kawankawan yang lain tidak akan tertunggu-tunggu dan juga pembaziran masa
tidak akan berlaku keranaorang yang membazir masa selalu rugi.
Minat yang mendalam terhadap sesuatu sukan akan mendorong untuk
berlatih bersungguh-sungguh. Kesungguhan tersebut akan mencetuskan
komitmen terhadap latihan bagi mencapai keputusan yang terbaik.
Dasar ini juga dilihat mampu menjadi landasan ke arah kecemerlangan
sukan di sesebuah sekolah dan juga negara. Penglibatan pelajar dilihat
mampu menaikkan nama sekolah. Semakin tinggi tahap penglibatan
pelajar tersebut, semakin tinggilah martabatnya di mata masyarakat.
Sekiranya murid tersebut menang dalam pertandingan yang disertai,
misalnya pertandingan memanah peringkat kebangsaan, nama sekolah
dan negeri akan naik. Begitu juga sekiranya pelajar tersebut menang di
peringkat antarabangsa, nama negara turut harum dalam
persada sukan yang disertainya.
Impak positif yang pertama melibatkan masa lapang pelajar berkenaan
dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Pelajar tidak akan bercampur
dengan golongan yang tidak bermoral kerana aktiviti sukan dijalankan di
kawasan sekolah dengan pengawasan pihak guru pula. Masa untuk
menghabiskan sesuatu acara sukan itu juga memerlukan tempoh yang
lama seperti bola sepak yang pastinya mengambil masa sejam lebih. Jadi,
pelajar yang terlibat dalam acara sukan akan memenuhkan masa
lapangnya dengan baik.
Selain itu, pelajar yang sering menyertai aktiviti sukan dikatakan lebih

sihat berbanding dengan pelajar yang melakukan sebarang aktiviti


senaman itu. Sukan memerlukan tenaga dan pelajar pasti akan berpeluh
apabila melakukan acara sukan seperti hoki dan badminton itu. Peluh
yang keluar ini turut menyingkirkan toksik badan selain mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh pelajar itu. Jelaslah, pelajar akan sihat kerana
masa tidur mereka juga terjaga kerana sudah keletihan menjalani latihan
sukan di sekolah itu.
Malah, pemupukan nilai-nilai murni turut berlaku apabila seseorang pelajar
itu menyertai aktiviti sukan di sekolah. Nilai murni seperti bekerjasama,
berbincang, berfikir secara kritis dan bersemangat juang pasti tertanam
kerana semua nilai ini diperlukan dalam sebarang acara sukan itu. Pelajar
yang sudah selalu menyertai sukan akan turut mengamalkan nilai sebegini
dalam kehidupan harian mereka yang penuh dengan dugaan itu. Jadi,
nilai-nilai murni dapat dipupuk jika pelajar menyertai acara sukan di
sekolah.
Malahan, pelajar yang berbakat dalam acara sukan ini juga boleh menjadi
pasukan pelapis kepada atlet negara pada masa hadapan. Usia yang
masih muda dan peluang untuk dilatih dalam tempoh tertentu menjadikan
pelajar calon terbaik untuk meneruskan kegemilangan pasukan negara
dalam acara sukan akan terus berlaku. Mereka apabila mencapai umur
tertentu pula akan bertanding untuk memastikan imej sukan negara terus
terpelihara. Maka, pelajar yang menyertai acara sukan boleh dilihat
sebagai berpotensi untuk mewakili negara pada masa hadapan pula.
Sukan juga dilihat sebagai satu kaedah psikologi untuk memberikan
keyakinan kepada diri pelajar itu. Acara sukan memerlukan pelajar
berinteraksi dan melakukan sesuatu yang diluar kemampuan biasa
mereka itu terutama ketika bersaing dalam pertandingan sukan. Kejayaan
pelajar melakukan sesuatu yang luar biasa dalam sukan boleh
memberikan mereka satu keyakinan bahawa diri mereka bagus dalam
sesuatu perkara itu. Sesungguhnya, pelajar akan melihat diri mereka
dengan berbeza setelah menyedari potensi diri mereka menerusi acara
sukan yang disertai itu.

Anda mungkin juga menyukai