Anda di halaman 1dari 2

Model Baru Ekonomi (MBE) Sesuatu yang dinantikan dan diharap untuk menjana ekonomi ke arah yang

lebih gemilang .... Bakal diumumkan 30 Mac 2010 Sesuatu yang akan menggantikan Dasar Ekonomi
Nasiaonal Dikatakan untuk semua kaum tetapi tidak mengabaikan orang Melayu Najib mengatakan pihak
swasta sebagai enjin menggerakkan MBE. MBE dikatakan akan menarik dan meyakinkan para pelabur.
Petikan Akhbar Utusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan
memberi tumpuan kepada: Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; Memperkukuhkan sektor awam; Melaksanakan
tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
Meningkatkan sumber pertumbuhan; Memastikan pertumbuhan yang mapan. "Kesemua lapan inisiatif itu
adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi." Kata Perdana Menteri
Matlamat MBE iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman memerlukan kita mencapai
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya. ''Oleh itu,
dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum
pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua
halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini. Menurutnya,
matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata
sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan. Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu,
beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai
Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs). ''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai
potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya. Berdasarkan pendekatan baru
NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata,
kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.
Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor
yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara. ''NEAC telah mengenal pasti sektor utama
untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup
yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan. ''Banyak lagi yang perlu
kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektorsektor utama ini," katanya. * Nota : Model Baru Ekonomi (MBE) pada asalnya disebut Model Ekonomi
Baru (MEB) Posted by keyboard man at 12:16 AM 1 comment: Guru kampung said... Sertai komuniti
myMetro login|daftar Selasa, 14 Disember 2010 Versi MobileRSS1klassifiedsiMetroAkhbar DigitalTeam
MetroUTAMABERITAEKSTRAMETROPLUSGIGSHATIRAPVARIASITANYA
PAKARBIMBINGANKOLUMNISARKIB SEMINGGUVIDEOmyMetro Setempat PM lancar MBE Bahagian
Akhir PUTRAJAYA: Laporan Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia (MBE) - Bahagian Akhir yang
dilancarkan semalam menjadi pelengkap kepada pelan hala tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP)
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan
menjelang 2020. Bagaimanapun, MBE bukan satu penyelesaian segera, tetapi menjadi satu misi yang
perlu ditempuh semua pihak termasuk kerajaan sektor swasta dan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak berkata, MBE menggariskan bidang dasar utama yang perlu diberi perhatian dalam bentuk
lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) untuk menghilangkan halangan dan sekatan yang menahan
ekonomi negara ini dari mencapai potensi maksimum. Katanya, SRI adalah bersifat terjalin dan memberi
kesan kepada semua sektor ekonomi, justeru, ia perlu dilaksanakan secara konsisten dan holistik bagi
memastikan hasil yang diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ETP dapal dicapai.
Transformasi ekonomi yang diperlukan adalah berdasarkan rangka kerja strategik yang mudah, di mana
ia hendaklah sekali gus menangani pertumbuhan dan keterangkuman. Terdapat empat teras dalam MBE
yang merangkumi SRI yang sudah ditetapkan di mana tiga daripadanya bertujuan meningkatkan
pertumbuhan manakala teras keempat untuk memastikan keterangkuman dan perpaduan sosial,
katanya selepas pelancaran Laporan Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia (MBE)- Bahagian Akhir di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Najib berkata, teras berkenaan

adalah mewujudkan persekitaran berdaya saing, mampan dan inovatif untuk mendayakan kembali
pelaburan swasta, mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan tenaga kerja berkualiti dan keperluan
mentransformasi kerajaan. Teras keempat mengenai keterangkuman serta keperluan merapatkan jurang
untuk membolehkan rakyat menikmati pertumbuhan dan kemakmuran. Walaupun cadangan dasar dalam
keempat-empat teras tidak bersifat menyeluruh, tetapi ia adalah dasar utama yang mempunyai kesan
tinggi dan lebih penting jika dasar ini boleh dicapai melalui program pelaksanaan bersepadu dan selaras,
ia akan mewujudkan momentum yang dapat mentransformasi ekonomi dalam cara berkesan dan
mampan. Kita akan mengalami impak lebih berkesan yang akan merubah ekonomi dan kehidupan
dengan lebih baik, katanya. Beliau berkata, pelaksanaan MBE perlu dilakukan melalui pembinaan
momentum yang berterusan supaya tidak kehilangan arah. 6:46 AM
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ