Anda di halaman 1dari 3

PANITIA PSV SMKTSK

SMK TAMAN SERI KLUANG


JALAN 16, TAMAN SRI KLUANG,
86000 KLUANG, JOHOR.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
MEI 2016
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 2
TINGKATAN 2
( 3 jam)

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kertas soalan ini mengandungi 5 soalan.


Jawab 1 soalan sahaja.
Jawapan hendaklah dilukis pada kertas soalan yang disediakan.
Tuliskan nama, tingkatan dan tarikh pada muka belakang kertas lukisan
Kesemua lukisan hendaklah menggunakan media warna, kecuali dinyatakan.
Rancang kerja. Jika anda menggunakan warna air, pastikan hasil kerja kering sebelum
menghantar.

Disediakan oleh

Disemak oleh

Seni Halus
Jawab satu soalan sahaja.
1

Disahkan oleh

PANITIA PSV SMKTSK

1. Seorang penyelam sedang menghampiri kawasan terumbu karang di dasar laut.


Kelihatan sekumpulan ikan berserta beberapa hidupan laut lain sedang berenangrenang di sekitarnya. Kelihatan juga seekor ikan yu yang besar di latar belakangnya.
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan terhadap ruang, bentuk dan
persekitaran yang harmoni.
2. Sebuah bakul hamper diletakkan di atas sebuah meja. Bungkusan hamper tersebut
telahpun separa terbuka, dan air minuman telah dituangkan di dalam sebuah gelas di
sebelah bakul tersebut.
Lukiskan permandangan tersebut dengan memberi penekanan terhadap warna, bentuk
dan pencahayaan.
3. Dua ekor lebah sedang hinggap pada sekuntum bunga. Kelihatan titisan-titisan embun
pada daun pokok bunga tersebut.
Lukiskan panorama tersebut dengan memberi penekanan terhadap warna, ruang dan
persekitaran yang harmoni.
4. Reka satu corak batik yang akan digunakan untuk membuat sehelai baju kebaya.
Batik tersebut bermotifkan flora.
Lukiskan corak batik tersebut, dengan memberi penekanan terhadap warna dan corak
bermotif tumbuhan.
5. Anda berada di sebuah pameran kereta dan motosikal. Kelihatan pelbagai kereta dan
motosikal yang berwarna-warni.
Lukiskan permandangan tersebut dengan memberi penekanan terhadap bentuk, ruang
dan jalinan.

Kertas soalan tamat