Anda di halaman 1dari 20

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI (MECD)


Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : 603 - 8880 5000
Fax : 603 - 8880 5106
Http://www.mecd.gov.my

Menteri
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya
memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini.
Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor
penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan
merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan
terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang.
Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah
menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi
peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta
mengembangkan perniagaan.
Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian
Perancangan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini
merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahanbahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawanusahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu
berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa.
Sekian, terima kasih serta wassalam,

Yang Berhormat Dato Mohamed Khaled Bin Nordin.

Muka surat

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

DASAR DAN PERATURAN KERAJAAN

PROFIL PERNIAGAAN

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

PENGURUSAN PENGELUARAN

PENGURUSAN TENAGA KERJA

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

11

PENGURUSAN RISIKO

14

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

15

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

PENGENALAN
Perniagaan ikan hiasan dalam akuarium meliputi menjual dan membekal pelbagai jenis
ikan hiasan dan peralatan memelihara ikan hiasan seperti akuarium, filters, heaters dan
lain-lain aksesori kepada pelanggan. Pengusaha boleh juga mengembangkan perniagaan
dengan membekal dan menyelenggarakan ikan hiasan dan akuarium kepada pelanggan
mereka sama ada di rumah, premis-premis perniagaan atau di pejabat.

POTENSI DAN MASA DEPAN PERNIAGAAN JUALAN IKAN HIASAN DALAM


AKUARIUM.
Pada masa kini, kecenderungan minat terhadap ikan hiasan semakin meningkat walaupun
nilainya masih kecil. Kajian pengguna yang dilakukan di Perancis yang dikatakan boleh
mewakili pengguna secara umum menunjukkan 9.6 peratus memiliki akuarium.
Peningkatan isi rumah memiliki akuarium adalah 0.1 peratus setahun (Analisis Industri
Ikan Hiasan, 2004). Selain daripada isi rumah, pengguna juga boleh terdiri dari institusi
seperti pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, sekolah atau Institut Pengajian Tinggi, tempat
dan kemudahan awam seperti hospital, lapangan terbang, kompleks beli-belah, hotel dan
restoran.

MENGAPA MEMILIH PERNIAGAAN INI


Faktor-faktor berikut perlu menjadi asas kepada usahawan dalam memberi pertimbangan
untuk memilih perniagaan ini:


Mempunyai potensi yang cerah untuk maju.

Permintaan terhadap produk ikan hiasan yang memberangsangkan.

Tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi.

Kemampuan untuk menjana keuntungan yang tinggi.

Tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang mendalam.


Namun, adalah suatu kelebihan kepada pengusaha yang mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang mendalam mengenai perniagaan ini.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

Perniagaan adalah mudah untuk dikendalikan.

Tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Bergantung pada saiz perniagaan
yang diusahakan.

Keupayaan mendapatkan peralatan dan bahan-bahan dengan mudah.

Ramai usahawan sedia ada yang telah berjaya.

DASAR DAN PERATURAN KERAJAAN

POLISI DAN DASAR KERAJAAN


Terdapat peraturan-peraturan dan akta tertentu yang perlu dipatuhi. Misalnya, terdapat
jenis-jenis ikan yang dilarang dan terancam seperti spesies Piranha, spesies Jerung dan
lain-lain jenis ikan yang berbahaya dan dilarang. Manakala spesies-spesies ikan yang
terancam terdiri daripada spesies-spesies ikan di bawah kumpulan paus, spesies ikan di
bawah kumpulan lumba-lumba dan lain-lain. Pelanggaran peraturan/akta ini boleh
dikenakan penalti seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Perikanan yang ditetapkan
oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM). Manakala bagi urusan eksport, mematuhi
undang-undang yang ditetapkan oleh Convention on International Trade in Endangered
Species (CITES) menjadi tanggungjawab pengusaha.

PELESENAN
Lesen yang diperlukan bagi memulakan perniagaan ikan hiasan ialah:


Pendaftaran Perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lesen/Permit/Surat Kuasa ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa Tempatan (Majlis


Daerah, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya).

PERATURAN
Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan/penguasa tempatan antaranya ialah menjaga
kebersihan kawasan perniagaan dan tidak mengganggu persekitaran sekeliling. Contohnya
air lebihan basuhan tidak mengotorkan kawasan orang lalu-lalang serta tiada bauan yang
tidak menyenangkan daripada premis.
________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

PROFIL PERNIAGAAN

PERNIAGAAN ASAS JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM


Perniagaan utama adalah menjual pelbagai jenis ikan hiasan di dalam akuarium yang
terdiri daripada ikan air tawar dan ikan air masin.


Ikan Air Tawar


Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan air tawar yang boleh dipelihara dalam
akuarium. Antara ikan hiasan air tawar yang diminati di kalangan pelanggan
termasuklah ikan Flower Horn, Carp, Arowana, Goldfish, Gourami dan lain-lain
lagi.

Ikan Air Masin


Memelihara ikan hiasan air masin adalah mengasyikkan kerana ia menampakkan
keindahan fauna di dalam laut seperti kita berada di dalam lautan. Antara contoh
ikan hiasan air masin yang menjadi pilihan pengguna ialah Angelfish, Clown Fish,
Cichlid dan lain-lain.

PERNIAGAAN SAMPINGAN JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM


Selain daripada menjual pelbagai jenis ikan hiasan, biasanya pengusaha menyediakan
produk-produk sampingan yang berkaitan dengan perniagaan untuk dijual seperti
makanan ikan, ubat-ubatan untuk ikan hiasan serta akuarium dan peralatan untuk
memelihara ikan hiasan.

JENIS PERNIAGAAN YANG BERKAITAN DENGAN IKAN HIASAN


Selain menjual set-set akuarium dan peralatan memelihara ikan hiasan dalam akuarium,
menjual binatang peliharaan yang lain seperti tikus hamster, arnab, kucing, burung dan
Iguana mampu menarik minat pelanggan dan membolehkan pelanggan membuat pilihan
binatang peliharaan selain daripada memperoleh pendapatan tambahan.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

Sebelum sesuatu perniagaan dijalankan, bakal pengusaha perlu mengetahui proses-proses


bagi memulakan perniagaan. Proses-proses tersebut adalah seperti penubuhan perniagaan,
pemilihan lokasi atau premis perniagaan, mendapatkan lesen serta pendaftaran sebagai
pembekal sekiranya ingin menjadi pembekal kepada pihak Kerajaan ataupun swasta.
PENUBUHAN PERNIAGAAN
Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha perlu menubuhkan syarikat terlebih
dahulu. Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh bakal pengusaha sebelum menubuhkan
perniagaan adalah:


Pemilihan Nama Perniagaan

Jenis Perniagaan

Persendirian

Perkongsian

Syarikat Sendirian Berhad

Prosedur Pendaftaran

PEMILIHAN LOKASI/PREMIS
Pemilihan lokasi perniagaan yang strategik mampu menjana perniagaan untuk
berkembang maju. Lokasi perniagaan biasanya terletak di kawasan terbuka dan tempat
tumpuan orang ramai seperti di kawasan komersial, kawasan perumahan malah ada juga
di dalam kompleks membeli-belah. Beberapa faktor penting dalam pemilihan lokasi yang
menyumbang kepada kejayaan perniagaan ialah:
Ciri Demografi Penduduk Sekitar
Pemerhatian ke atas faktor-faktor seperti latar belakang pengguna yang meliputi jantina,
umur, bangsa, pekerjaan, taraf ekonomi, sosial, kepercayaan dan lain-lain.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

Persaingan
Pengusaha yang ingin menceburi bidang perniagaan ikan hiasan perlu mengetahui
persaingan yang akan dihadapi di kawasan yang dipilih. Pengusaha perlu mencari
pelbagai alternatif bagi menghadapi persaingan yang wujud.

Kemudahan Infrastruktur Asas Yang Diperlukan


Kemudahan infrastruktur asas yang diperlukan oleh pengusaha juga memainkan peranan
penting dalam menentukan pemilihan lokasi atau premis perniagaan. Sebagai contoh
kemudahan jalan raya dan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik.

MENDAPATKAN LESEN/PERMIT
Setelah pemilihan lokasi perniagaan dibuat, pengusaha perlu mendapatkan lesen
perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh
pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah
atau Dewan Bandaraya. Pengusaha perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan
seperti memenuhi piawai keselamatan minimum premis perniagaan, tidak mengganggu
ketenteraman awam dan sebagainya sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.

Sijil Kesihatan Ikan Dan Sijil Negara Asal


Ikan Hiasan Yang Diimport atau yang hendak dieksport memerlukan Sijil Kesihatan dan
Sijil Negara Asal serta sijil-sijil yang berkaitan. Bagi tujuan import atau eksport,
pengusaha boleh memohon segala sijil tersebut dengan mengisi borang permohonan yang
telah ditetapkan oleh Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di bawah
pengurusan Jabatan Perikanan.
PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBEKAL
Kerajaan Dan Agensi Kerajaan
Seandainya pengusaha hendak menjalankan perniagaan dengan membekalkan produk atau
perkhidmatan ikan hiasan dalam akuarium kepada organisasi dalam agensi kerajaan, maka
perlulah membuat pendaftaran di Kementerian Kewangan Malaysia seperti alamat berikut:

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

Kementerian Kewangan Malaysia


Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Presint 2 , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
Tel : 03-88823000 Faks : 03-88823893/03-88823894
Laman web: http://www.treasury.gov.my

Syarikat Swasta
Pengusaha juga perlu mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat swasta untuk
mendapatkan peluang-peluang membekalkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Ada
sesetengah syarikat swasta mengehendaki mana-mana syarikat yang ingin bekerjasama
menjalankan urus niaga perlu mendaftar dengan syarikat mereka terlebih dahulu.

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN


Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu
perniagaan. Rancangan Perniagaan ini bertujuan:


Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan
praktikal.

Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau
sebaliknya.

Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas


bagi cadangan pembiayaan.

Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

PENGURUSAN PENGELUARAN

PERALATAN
Jumlah peralatan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan adalah berbeza mengikut
saiz perniagaan. Walau bagaimanapun, keperluan peralatan asas adalah sama. Antara
peralatan yang perlu ialah:


Penapis (Filter)

Alat Pemanas (Heaters)

Bebenang Penapis (Span)

Pam Air

Pam Udara

Lampu Akuarium

Akuarium/Tangki Kaca

Kaki Akuarium

Tangki Gentian Kaca (fiberglass)

BAHAN-BAHAN


Anak Ikan

Ubat-Ubatan

Makanan Ikan

Rumpai Air/Tumbuhan Akuatik

Batu Karang

Lain-Lain Hiasan

Batuan kecil,

Poster pemandangan belakang,

dan lain-lain

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

PENGURUSAN TENAGA KERJA

Pekerja memainkan peranan penting dalam menggerakkan operasi perniagaan. Jenis dan
jumlah pekerja bergantung kepada saiz perniagaan. Keperluan tenaga pekerja dalam
perniagaan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pengurusan dan pekerja am.
Peruntukan perlu juga dibuat untuk gaji pekerja. Gaji pekerja yang kompetitif dengan
pekerjaan yang dilakukan perlu diambil kira oleh pengusaha.

KURSUS DAN LATIHAN


Agensi-agensi kerajaan khususnya Jabatan Perikanan Malaysia ada menyediakan kursuskursus persediaan usahawan di dalam industri penternakan ikan hiasan sama ada
penternakan ikan hiasan air tawar atau ikan hiasan air masin. Pengusaha boleh
mengikutinya sebagai sumber pengetahuan dan mempelajari teknik-teknik pembenihan
ikan hiasan, teknik penyediaan makanan ikan hiasan, pengurusan kesihatan ikan hiasan
dan lain-lain yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan. Latihan teknikal seperti
penyelenggaraan ikan-ikan hiasan, teknik penyelenggaraan akuarium, dan lain-lain boleh
diberikan secara dalaman (on the job training) oleh pengusaha sendiri kepada para
pekerja.

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Aspek pemasaran adalah sangat perlu dalam dunia perniagaan yang penuh dengan
persaingan pada masa ini. Dua fasa utama dalam pemasaran ialah menyedia rancangan
pemasaran yang mengandungi strategi dan taktik pemasaran yang dijangka memberi
kelebihan kepada perniagaan. Fasa kedua ialah pelaksanaan rancangan yang telah
disediakan.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

PASARAN
Pasaran memfokuskan kepada dua aspek iaitu segmen pasaran dan saiz pasaran ikan
hiasan.


Segmen Pasaran
Pasaran bagi perniagaan ikan hiasan dalam akuarium boleh dibahagikan kepada
tiga segmen penting mengikut kumpulan pelanggan:

Individu

Swasta

Jabatan kerajaan

Saiz Pasaran
Saiz pasaran bagi perniagaan ikan hiasan dalam akuarium tidak dikaji secara
khusus oleh mana-mana pihak. Namun begitu, perkembangan industri ikan hiasan
dalam akuarium boleh dilihat daripada perkembangan semasa industri ikan hiasan
secara keseluruhan.

KEPERLUAN PELANGGAN
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pengusaha dalam membuat sesuatu
pemasaran produk seperti faktor harga, kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan.
PAKEJ PERKHIDMATAN
Pengusaha

juga

harus

mempertimbangkan

bagaimana

untuk

memperkenalkan

perkhidmatan yang mampu menarik perhatian pelanggan bagi meningkatkan hasil jualan
dan menguatkan hubungan dengan pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.


Pelbagai Pakej
Antara pakej perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pengusaha:

Perkhidmatan pembersihan akuarium di pejabat-pejabat atau rumah-rumah

Perkhidmatan penghantaran ikan hiasan kepada pelanggan

Pakej pembelian balik

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

Perkhidmatan Selepas Jualan


Bagi menjaga imej dan meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap perniagaan,
pengusaha boleh juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan
seperti penghantaran ikan hiasan, akuarium atau peralatan kepada pelanggan.

Khidmat Nasihat Kepada Pelanggan


Pengetahuan mengenai ikan hiasan, keperluan dalam memelihara ikan hiasan
seperti akuarium, peralatan, makanan, ubat-ubatan dan penyakit adalah perlu
kepada pengusaha kerana maklumat-maklumat ini adalah penting kepada
pelanggan sama ada yang baru mula memelihara ikan hiasan atau yang telah lama
memiliki ikan hiasan.

PENENTUAN HARGA
Faktor Peletakan Harga
Antara faktor yang diambil kira ialah dari segi jenis dan saiz ikan hiasan tersebut. Malah
ada juga harga ikan hiasan ditentukan berdasarkan kecantikan corak dan warna pada
badan ikan. Manakala pengusaha yang menjalankan urus niaga import dan eksport ikan
hiasan, harga adalah berbeza di antara negara, bergantung pada jarak (kos pengangkutan),
kos pengeluaran, kualiti ikan dan kadar pertukaran.
Strategi Peletakan Harga
Pengusaha boleh meletakkan harga mengikut:


Harga Pasaran
Harga yang ditetapkan pada kadar yang sama dengan harga yang terdapat di
pasaran.

Harga Premium
Harga premium ialah harga yang diletakkan lebih tinggi daripada harga pasaran.

Harga Rendah
Pengusaha menjual produk dengan meletakkan harga yang lebih rendah daripada
harga pasaran bagi produk yang mempunyai kualiti yang sama.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

10

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

PROMOSI
Pengusaha mampu meningkatkan jualan dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan
melalui aktiviti promosi. Pengusaha boleh menggunakan pelbagai jenis promosi yang
dirasakan sesuai sebagai suatu usaha untuk melariskan jualan produk ikan hiasan mereka
seperti pengiklanan melalui media cetak dan elektronik serta penglibatan dalam
ekspo/pameran yang berkaitan.

JARINGAN/CAWANGAN
Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar negara,
para usahawan haruslah menjalin hubungan dengan pengusaha-pengusaha tempatan dan
luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan baru di pasaran baru
dapat dikurangkan dan segala keperluan pasaran baru dapat diatasi bersama di samping
berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam pemeliharaan, penjagaan, dan
pemuliharaan ikan hiasan.

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

Pengurusan kewangan melibatkan penyediaan anggaran belanjawan, penentuan sumber


modal, pengurusan aliran tunai, pengurusan akaun dan pelaburan.

MODAL PERMULAAN
Modal permulaan yang diperlukan bergantung kepada beberapa faktor. Di antara faktor
utama adalah saiz perniagaan. Peruntukan modal permulaan bergantung kepada besar atau
kecilnya sesuatu perniagaan.
Modal Permulaan Minimum
Kos Permulaan minimum bagi memulakan perniagaan kedai jualan ikan hiasan dalam
akuarium dianggarkan RM20,000. Berikut adalah contoh perbelanjaan semasa memulakan
perniagaan kedai jualan ikan hiasan dalam akuarium bagi perniagaan bersaiz kecil:

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

11

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

JADUAL
CONTOH ANGGARAN KOS MINIMUM
PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN
Penubuhan syarikat
Deposit Sewa Premis
Deposit telefon/elektrik/air
Kos Kelengkapan:
Peralatan
Akuarium
Penapis
Pemanas
Tangki fiberglass
Pam air
Pam angin
Bahan-bahan
Ikan hiasan
Makanan
Ubat-ubatan
Aksesori
Persiapan Premis
Lain-lain kos
JUMLAH

RM
70.00
RM 1,000.00
RM 1,000.00
RM15,000.00

RM 2,000.00
RM
930.00
RM20,000.00

Anggaran ini berdasarkan pengusaha menyediakan 15 akuarium berserta peralatanperalatan lain dan bahan-bahan yang diperlukan.

Modal Permulaan Sederhana


Kos Permulaan sederhana dianggarkan antara RM20,000 sehingga RM50,000. Ini adalah
bergantung pada kos-kos yang terlibat seperti penubuhan syarikat, deposit, sewa premis,
deposit utiliti (telefon/air/elektrik), kos kelengkapan, persiapan premis, komputer dan lainlain kos. Penggunaan komputer adalah untuk memudahkan pengurusan merekodkan
maklumat-maklumat perniagaan.

Modal Permulaan Tinggi


Kos Permulaan perniagaan bersaiz besar adalah melebihi RM50,000. Modal yang
diperlukan bergantung pada jumlah kelengkapan yang digunakan seperti saiz dan kuantiti
akuarium, penapis, pemanas, pam air, tangki gentian kaca dan lain-lain peralatan serta
jenis yang digunakan. Kebiasaannya, pengusaha bersaiz besar menjalankan aktiviti
membekal kepada perniagaan lain dan ini memerlukan pengusaha mempunyai kenderaan
bagi urusan penghantaran bekalan.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

12

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

MODAL PUSINGAN
Modal pusingan adalah modal yang digunakan dalam membiayai perniagaan sebelum
mendapat pulangan modal yang dilaburkan. Jumlah modal pusingan yang digunakan
bergantung kepada jumlah jualan, kaedah bayaran, kemudahan kredit dan sebagainya.

SUMBER KEWANGAN
Pengusaha boleh memulakan perniagaan dengan menggunakan pelbagai sumber
kewangan seperti berikut:


Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.

Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan


kemudahan pinjaman dan overdraf.

Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang kepada syarikat kewangan.


Kebiasaannya selama 3 hingga 5 tahun dan bayaran muka sebanyak 10% hingga
25%.

Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusahapengusaha baru seperti:
a. Skim pinjaman TEKUN (TEKUN)
b. Skim Usahawan Siswazah (SUS)
c. Pembiayaan Secara Islam (MARA)

KOS OPERASI
Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi
perniagaan. kebiasaannya kos operasi yang terlibat dalam perniagaan ini ialah sewa
premis, gaji dan upah pekerja, kos utiliti (air dan elektrik) dan kos telekomunikasi.

HASIL JUALAN
Pendapatan untuk perniagaan ini bergantung kepada dua hasil jualan iaitu hasil jualan
daripada perniagaan utama dan hasil jualan daripada perniagaan sampingan lain.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

13

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

Perniagaan Utama
Seperti yang difahami, perniagaan utama kedai ikan hiasan dalam akuarium adalah
menjual produk ikan-ikan hiasan serta peralatan-peralatan lain seperti akuarium, pemanas
dan bahan-bahan lain. Hasil jualan produk-produk ini dikira sebagai hasil pendapatan
perniagaan utama.

Perniagaan Lain-Lain
Manakala perniagaan yang dijalankan seperti menjual haiwan peliharaan lain seperti
burung, ayam, kucing, tikus hamster dan lain-lain serta penjualan barang-barang seperti
peralatan memancing, sangkar burung dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan ikan
hiasan merupakan hasil jualan sampingan daripada perniagaan utama.

ANALISIS KEWANGAN
Analisis kewangan melibatkan penilaian kedudukan kewangan sesebuah perniagaan untuk
masa lepas, kini dan akan datang. Objektif utama ialah menentukan kelemahan serta
kekuatan perniagaan. Untuk keberkesanan, pengusaha harus menyediakan penyatapenyata kewangan asas seperti penyata pendapatan dan kunci kira-kira bagi mengetahui
Titik Pulang Modal (TPM) yang diperlukan dalam menjana keuntungan yang diharapkan.

PENGURUSAN RISIKO

Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risiko yang dihadapi kadangkala begitu
tinggi dan kadangkala rendah bergantung kepada bidang yang diceburi. Begitu juga
dengan perniagaan ikan hiasan. Antara risiko yang dikenal pasti ialah:
 Pemilikan Dan Penjualan Ikan Hiasan Dilarang Dan Dilindungi
Pengusaha perlu peka dengan perubahan atau penggubalan undang-undang
berkenaan pemilikan dan penjualan ikan hiasan dilarang dan dilindungi bagi
mengelakkan daripada risiko dikenakan tindakan atau denda bersabit perkara
berikut.
________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

14

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

 Pasaran
Segala perubahan di dalam pasaran seperti perubahan ekonomi, persaingan, industri
ikan hiasan, dan perubahan dalam industri lain yang berkaitan serta pelanggan
merupakan risiko dalam pasaran yang perlu diambil perhatian oleh pengusaha untuk
mengekalkan kedudukan dalam pasaran dan meningkatkan hasil jualan.

 Penyakit Ikan Hiasan


Risiko penyakit mungkin akan menyebabkan kematian kepada ikan hiasan dan
membawa kerugian kepada pengusaha. Pemantauan dan tindakan awal perlu diambil
segera oleh pengusaha bagi mengurangkan risiko tersebut.

 Kewangan
Perniagaan ini melibatkan aliran tunai yang tinggi. Namun begitu terdapat juga
urusan yang dijalankan secara kredit. Ini memerlukan kawalan kredit dan kutipan
hutang harus diurus dengan baik bagi mengelakkan risiko hutang lapuk.

10

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang


kepada keuntungan dan berterusannya sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh
dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan
dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.

Ciri - Ciri Usahawan


Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa
mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah
seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

15

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN


KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM
____________________________________________________________________________________________________________

Ciri-Ciri Perniagaan
Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri
dominan bagi sebuah perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama
iaitu produk, premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.

________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

16

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN


DAN KOPERASI (MECD)
Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : 603 - 8880 5000
Fax : 603 - 8880 5106
Http://www.mecd.gov.my

Anda mungkin juga menyukai