Anda di halaman 1dari 16

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN

DATA

TAJUK 1

BENTUK 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

SINOPSIS
Tajuk ini meliputi pembelajaran bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.

Aspek tatabahasa, ciri-ciri

dan sifat merupakan komponen penting dalam

pembelajaran geometri. Bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi yang akan
dipelajari meliputi segitiga, sisiempat, polygon, bulatan, prisma dan polihedra.
Klasifikasi bentuk dua dimensi dan tiga dimensi akan memberi gambaran yang
berfokas dalam pembelajaran dan pengajaran.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, pelajar boleh:
o Menggunakan tatabahasa mudah geometri
o Mengenal ciri-ciri dan sifat segitiga, sisiempat, poligon, bulatan,
prisma dan polihedra
o Mengklasifikasi pelbagai bentuk dua dimensi dan tiga dimensi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK 2 DIMENSI
DAN 3 DIMENSI

TATABAHASA

CIRI CIRI

KLASIFIKASI

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

BAHAN BACAAN
1.1 DEFINISI
Satu poligon adalah rajah tertutup yang dibentuk oleh 3 atau lebih titik yang
disambung dengan garis lurus. Satu bucu poligon ialah titik dimana dua sisi
bertemu.

Poligon boleh diklasifikasi sebagai sekata dan bukan sekata. Satu

poligon sekata mempunyai semua sisi yang sama dan semua sudut yang sama
saiz. Poligon tidak sekata mempunyai sekurang-kurangnya satu sisi yang tidak
sama panjang.
Anda mungkin mengajar segitiga, segiempat dan bulatan dan pelajar harus
memahami tatabahasa berkaitan untuk membayangkan bentuk-bentuk ini. Dari
segi tatabahasa, anda akan memberitahu pelajar bahawa segiempat mempunyai
4 sisi yang sama. Akan tetapi tatabahasa ini harus dihayati oleh para pelajar.
Bulatan merupakan satu garis yang membentuk satu lengkung tertutup; setiap
titik adalah berjarak tetap dari titik pusat bulatan.
Geometri merupakan pembelajaran ciri-ciri dan perhubungan antara bentuk 2
dimensi dan 3 dimensi . Istilah pepejal merupakan ruang yang dipenuhi oleh
bentuk geometri.
1.2 CIRI CIRI
Jadual 1 : Ciri-ciri segitiga dan segiempat
Prisma Segitiga
Bentuk
2D

3 sisi
3 sudut
3 penjuru

Prisma segiempat
4 sisi
4 sudut
4 penjuru

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Satu cara untuk mengkaji ciri-ciri bentuk 2-D ialah melalui jaringan
geometri. Model 3-D boleh dibentuk dari jaringan 2-D . Contoh jaringan geometri
termasuk kuib, kuboid, kon, silinder, prisma, tetrahedron dan sfera.
Guru boleh membimbing para pelajar menyiasat ciri-ciri kuboid dengan
menggunakan kotak pensil. Minta pelajar memutar dan lukis bentuk kuboid itu
dari orientasi yang berlainan seperti dari atas, tepi dan depan.

Atas

sisi
depan

Rajah 1
Lukis permukaan atas dan bawah kuboid itu

Rajah 2
Potong rajah permukaan atas dan permukaan bawah dan bandingkan

Atas

Bawah
Rajah 3
Lukis permukaan tepi dari kiri dan dari kanan

Permukaan yang sama

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Potong rajah permukaan tepi dari kiri dan permukaan dari kanan dan bandingkan

Sisi kiri

Sisi kanan

Permukaan yang

sama
Rajah 5
Lukis permukaan depan dan permukaan belakang

Rajah 6
Potong rajah permukaan depan dan permukaan belakang dan bandingkan

Depan

Belakang

Permukaan yang sama

Rajah 6
Membuat perbandingan

Atas
Kiri

Bawah

Kanan

Depan Belakang Belakang

Cantumkan kesemua untuk mendapat jaringan kuboid

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Jaringan kuboid
Rajah 8
Seterusnya cuba perhatikan jaringan 2-D untuk kuib dan buatkan model kuib
dari jaringan kuib sebagai latihan.

TUTORIAL
Jaringan kuib

Bolehkah anda mengesan jaringan 2-D yang manakah adalah serupa? Kenapa?
Seterusnya, ciri-ciri poligon adalah seperti dalam jadual berikut:
Bentuk
Segitiga sama
Segiempat sama
pentagon
heksagon
heptagon
oktagon

Bil sisi
3
4
5
6
7
8

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
nonagon
dekagon

9
10

BAHAN BACAAN
Ciri-ciri Bulatan
Pusat bulatan Satu titik dalam bulatan. Semua titik dalam bulatan adalah sama
jarak dari pusat bulatan
Jejari jarak dari pusat bulatan ke mana-mana titik di bulatan itu. Jejari ialah
diameter
Diameter Jarak menyeberangi bulatan dan melalui pusat bulatan. Diameter
ialah 2 kali jejari
Ukurlilit jarak mengelilingi bulatan
Tangen satu garis yang menyentuh bulatan pada satu titik sahaja
1.3 KLASIFIKASI
Satu contoh klasifikasi bentuk 2-D boleh dilihat dalam jadual berikut:

Jenis

Bent
uk
2-D

Bent
uk 3D

Silinder

Prisma
segitiga

Prisma
segiempat

Prisma
poligon

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Mengklasifikasi bentuk 2 dimensi melibatkan proses membina, meneroka


dan menemui ciri-ciri bentuk. Pelajar harus dibimbing untuk mengenal bentuk
mengikut ciri-ciri yang sama dan yang tidak sama. Menyatakan dan
mengklasifikasikan bentuk mengambil masa dan ciri-ciri yang lebih kompleks
mungkin ditemui dengan edaran masa. Tatabahasa bentuk 2 dimensi juga
melibatkan istilah istilah yang mungkin ditemui oleh pelajar sendiri semasa
meneroka ciri-ciri dan mengklasifikasikan bentuk 2 dimensi.
Sisiempat dan segitiga merupakan bentuk 2-D yang mudah bagi mengkaji dan
mengklasifikasi.
LATIHAN
Cuba anda mengklasifikasikan bentuk 2-D berikut:
Segiempat

Lelayang

Rombus

Trapezium

Segiempat tepat

Segiempat selari

Segitiga

Segiempat sama

Pentagon

Heksagon

Heptagon

Oktagon

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Nonagon

Dekagon

Dodekagon
BAHAN BACAAN
1.4

CIRI CIRI POLIHEDRA

Polihedra mempunyai permukaan yang rata. Satu kategori pepejal yang


merupakan bentuk 3 dimensi ialah prisma. Prisma ialah pepejal yang sama
secara keseluruhan. Contoh prisma ialah silinder, bungkusan Toblerone, kotak
kasut dan pensil. Jika kesemua pepejal ini dipotong secara selari dengan tapak
mereka, maka hasilnya ialah sama bentuk dengan permukaan tapaknya.

Euler telah menemui satu pola bagi polihedra. Beliau telah mengkaji
perhubungan di antara permukaan, bucu dan sisi bagi polihedra.
Pepejal
Kuib
Tetrahedron
Piramid

Permukaan
6
4
5

Bucu
8
4
5

Sisi
12
6
8

Polyhedra:
Satu polihedron ialah satu pepejal dengan permukaan yang rata.

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Setiap permukaan rata merupakan poligon
Jadi, polihedron tidak boleh mempunyai permukaan yang melengkung

Contoh Polyhedra:

Prisma Segitiga

Kuib

Dodecahedron

Pepejal Platonik

Prisma
Piramid

Mengira Permukaan, Bucu dan Sisi


Semasa mengira bilangan permukaan, bucu dan sisi bagi pelbagai polihedra,
satu penemuan yang menarik boleh diperolehi:
Bilangan permukaan Tambah bilangan bucu Tolak bilangan sisi = 2
Perhubungan ini boleh di wakili dalam satu persamaan seperti berikut:
F+V-E=2
Persamaan ini dinamakan Formula Polihedra
Formula ini akan dipelajari dengan beberapa contoh seperti berikut:
Kuib ini mempunyai :

Prisma ini mempunyai:


5 Permukaan
6 Bucu

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

6 Permukaan

8 Bucu

12 Sisi

F + V - E = 6+8-12 = 2

9 Sisi
F + V - E = 5+6-9 = 2

Apa itu Oktahedron ?


Oktahedron mempunyai 8 permukaan. Setiap permukaan mempunyai 3 sisi dan
merupakan segitiga sisisama. Oktahedron mempunyai 12 sisi dan 6 bucu
dimana setiap bucu, ada 4 sisi yang bertemu.

Diberi nama oktahedron kerana ia mempunyai 8 (octa) permukaan (seperti


octopus yang mempunyai 8 tentacles)
Sekiranya ada lebih daripada satu oktahedron, nama oktahedra digunakan.
Oktahedron biasanya merujuk kepada oktahedron sekata
(pepejal yang sama saiz dan bentuk). Tetapi ini bukan
semestinya selalu benar.
Dalam pepejal ini, bukan semua permukaan adalah sama.
Adakah ini prisma heksagon?
Contoh: Dadu bersisi 8.
Oktahedron yang mempunyai 8 sisi
Mempunyai
yang

sama

untuk

peluang
diletakkan

diletakkan diatas
di atas permukaan yang

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
Tambahan, dadu yang adil boleh
dibuat dari kesemua pepejal Platonik

LAYAR I INTERNET
http://www.mathsisfun.com/geometry/octahedron.html

BAHAN BACAAN
1.6

KLASIFIKASI

Kuib dan kuboid adalah prisma manakala kon dan piramid bukan prisma. Setiap
pasangan permukaan bertentangan sebuah kuboid merupakan permukaan yang
sama. Sebagai contoh, bungkusan Tobleron merupakan prisma segitiga oleh
kerana pasangan segitiga adalah permukaan sama.
Polihedra merupakan kumpulan pepejal yang mempunyai semua permukaan
yang rata. Kuib dan piramid merupakan polihedra manakala silinder dan sfera
bukan

polihedra.

Satu

cara

untuk

menyiasat

polihedra

ialah

dengan

menggunakan jaringan geometri.


Semua piramid dan prisma adalah polihedra. Akan tetapi, terdapat hanya 5
polihedra yang sekata. Pepejal Platonik ini dinamakan oleh ahli Falsafah
matematik , Plato (430-349 S.M.)
Pepejal Platonik dinamakan berdasarkan bilangan poligon sekata
membentuk permukaan mereka.
PERBINCANGAN

yang

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

Nama Pepejal Platonik


Tetrahedron
Kuib
Oktahedron
Dodecahedron
Icosahedron

Bilangan permukaan
4
6
8
12
20
Bentuk 3 dimensi di sekeliling termasuk
kuib, kuboid, silinder, kon, piramid, sfera,
prisma dan hemisfera.
Satu kuib mempunyai 6 permukaan rata.
Keenam-enam permukaan ini berbentuk
segiempat yang mempunyai saiz yang
sama. Kuboid pula, merupakan pepejal
yang mempunyai 6 permukaan rata tetapi

permukaan nya merupakan segiempat atau segiempat tepat.


Satu silinder merupakan pepejal yang mempunyai dua permukaan rata dan satu
permukaan lengkung dengan sisi tegak.
Satu kon merupakan pepejal yang mempunyai satu permukaan rata sebagai
tapak dan satu permukaan lengkung dengan sisi yang bercondong.
Satu prisma merupakan pepejal yang mempunyai dua tapak yang selari yang
bersaiz dan berbentuk sama. Permukaan yang lain merupakan segiempat selari
(biasanya segiempat atau segiempat selari). Sekiranya sisi prisma adalah
bersudut tepat kepada tapak, maka prisma itu dipanggil prisma tegak.
Satu piramid merupakan pepejal dimana tapaknya ialah poligon manakala
permukaan lain ialah segitiga dengan bucu yang sama.
Satu sfera merupakan set titik-titik dalam ruang yang sama jarak dari satu titik
tetap. Titik tetap ini dinamakan pusat. Jarak tetap dinamakan jejari. Cantuman

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
sfera dengan ruang dalaman dinamakan sfera pepejal. Hemisfera pula
merupakan separuh dari sfera.

LATIHAN
Lukis rajah dan catatkan ciri-ciri bentuk berikut dalam satu jadual:
(a) kuib
(b) kuboid
(c) silinder
(d) kon
(e) prisma
(f) prisma tegak
(g) piramid
(h) sfera
(i) hemisfera
Kesimpulan:
1. Poligon merupakan rajah tertutup yang dibentuk daripada 3 atau lebih titik
yang disambung dengan garis lurus. Bucu bagi poligon merupakan titik
dimana 2 sisi bertemu.
2. Pepejal merupakan bentuk 3 dimensi . Contoh pepejal termasuk kuib,
kuboid, silinder, kon, prisma, piramid, sfera dan hemisfera.
Bahan rujukan
Askew, M. (2005). Teaching Primary Mathematics A guide for newly qualified
and student teachers. London: Hodder Arnold
Musser, G.L & Burger, W.F. (2001). Mathematics for elementary teachers : A
contemporary approach. 5th ed. New York: John Wiley and Sons

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA

LATIHAN
Soalan 1: Namakan beberapa objek yang berbentuk bulatan
1. ___________________________________________
2. ___________________________________________
3. ___________________________________________
2 . Lukis gambar objek yang berbentuk bulatan
2.

FIKIRKAN !!
1.
2.
3.
4.

Kenapa butang berbentuk bulat?


Kenapa buku latihan berbentuk sisiempat?
Kenapa kebanyakan jubin lantai berbentuk sisiempat?
Kenapa piring nasi berbentuk bulatan
PERBINCANGAN

Tunjuk SISI ku
Objektif: Membuat bentuk dengan sebilangan number sisi yang kongruen.
Resos pembelajaran: geobod 10 X 10
1. Buat satu rajah 4 sisi dimana 2 sisi ada sama panjang
2. Buat satu rajah dengan 12 sisi dimana semua sisinya adalah sama
panjang
3. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana semua sisinya adalah sama panjang
4. Buat satu rajah dengan 8 sisi dimana 4 sisi sama panjang dan 4 sisi yang
lain juga sama panjang tetapi berbeza dengan kumpulan yang lain itu

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
5. Buat satu rajah dengan 5 sisi dengan 4 sisinya sama panjang
6. Buat satu rajah 4 sisi dengan 2 pasangan sisi yang sama panjang dan ia
bukan segiempat selari
7. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana 2 sisi adalah sama panjang
8. Buat satu rajah dengan 7 sisi dimana semua sisi tidak sama panjang
Soalan 3: Aktiviti Banglo
Bina satu koleksi banglo, yang dibuat daripada lima kuib
Berapa carakah anda boleh menyisih koleksi ini ?

Pasangan sisi sama

Soalan 4: Isikan grid berikut:

Pasangan sisi selari


Cuba anda membina bentuk 2 dimensi yang bersisi empat untuk mengisi setiap
sel dalam grid di atas.
Ada sel sel tertentu yang tidak boleh di isi. Bolehkah anda menerangkan kenapa
sebegitu?
Sila namakan bentuk-bentuk ini.
LAYARI INTERNET
Soalan 5:
Latihan melayari Internet seperti alamat yang tertera dibawah. Anda juga boleh
melayari url yang lain untuk maklumat tambahan. Buat satu ulasan 4-5 muka
surat

tentang

penggunaan

teknologi

maklumat

pembelajaran bentuk 2-D dan 3-D.


www.mathsisfun.com/geometry/prisms.html

dalam

pengajaran

dan

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN


DATA
www.math.com/school/subject3/lessons/S3U4L2GL.html
math.wikia.com/wiki/Prism_(geometry)
mathworld.wolfram.com/Prism.html
www.worldofteaching.com/mathspowerpoints.html
www.basic-mathematics.com/solid-figures.html
www.nwmissouri.edu/dept/PRISM/handouts/powerpoint.ppt

Anda mungkin juga menyukai