Anda di halaman 1dari 5

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Sekalung kasih Tuan Pengerusi Majlis. Jemaah juri yang profesional lagi bijaksana.
Seterusnya sidang hadirin yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan Salam
Salam 1 Malaysia.
Ulat beluncas dimakan kenari,
Dimakan bersama buah kuini
Disiplin asas kecemerlangan diri,
Tajuk pidato saya hari ini.
Hadirin yang budiman,
Pinjamkan saya mata yang memandang, telinga yang mendengar dan minda yang
berfikir. Sebelum bicara mengorak kata, sebelum suara membingit telinga, izinkan
saya menterjemahkan tajuk pidato saya hari ini. Disiplin asas kecemerlangan diri.
Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak.
Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecemelangan merupakan satu
kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak
permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.
Hadirin hadirat sekalian,
Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan
kejayaan tokoh-tokoh yang terkemuka. Kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka
adalah dengan berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau
kerjaya semuanya memerlukan disiplin. Lihatlah betapa sengsaranya Thomas Alva
Edison dalam usahanya untuk menyumbangkan cahaya kepada alam sejagat.
Beliau memerlukan ketelitian dan disiplin yang amat tinggi. Begitulah tokoh-tokoh
dalam bidang keilmuan seperti Socrates, Plato, Aristotle, Imam Al Ghazali, Imam
Shafie dan sebagainya. Mereka bangkit sebagai personaliti dunia yang
menyemarakkan budaya ilmu melalui disiplin yang tinggi. Jadi, jelaslah bahawa
disiplin yang tinggi akan memberikan peluang kepada setiap individu untuk
mencapai kejayaan yang diingini tanpa rasa mustahil.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Alah bisa tegal biasa. Sememangnya amat sukar untuk menanam disiplin yang
tinggi dalam diri seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar pelajar.
Namun, sekiranya individu tersebut telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa agar
terdidik dengan disiplin yang tinggi, pastinya amat sukar untuk menafikan bahawa
pelajar tersebut akan terus-menerus mencipta kejayaan dalam akademik.
Malangnya, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kita
dapat lihat anak muda pada hari ini begitu angkuh dan bangga sekiranya mereka
melakukan perkara-perkara yang melanggar prinsip disiplin. Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP), ada menyentuh mengenai pembangunan modal


insan iaitu aset negara yang perlu disuntik nilai tambahnya. Perkara seumpama ini
memberi gambaran kepada kita bahawa kerajaan sendiri telah menyedari bahawa
tahap disiplin para pelajar pada hari ini semakin kronik. Sememangnya, tiada bukti
yang cukup padu untu menafikan bahawa "Disiplin Asas Kecemerlangan Diri".
Disiplin mampu melatih pelajar supaya lebih peka dan bijak dalam mengatur serta
menyusun masa. Malah apa-apa yang lebih bernilai ialah disiplin mengajar para
pelajar bagaimana untuk mematuhi masa tersebut. Pujangga Arab melalui katakatanya masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong
kamu , jelas memberitahu kita bahawa masa itu amat penting untuk ditepati agar
tidak terbuang begitu sahaja. Oleh sebab itulah disiplin perlu dipupuk dalam jiwa
setiap diri kerana merekalah yang bakal mencorak landskap pembangunan material,
fizikal dan sosial pada era revolusi digital akan datang.. Oleh itu, jelaslah di sini
bahawa masa itu ibarat emas bagi diri seseorang yang memiliki serta mengenali apa
itu erti disiplin yang sebenarnya.
Hadirin,
Seterusnya, disiplin turut mampu memelihara kita supaya tidak terjebak dalam
gejala-gejala sosial yang mampu memusnahkan masa depan tanpa kita sedari.
Tanpa disiplin, kita tidak akan ada matlamat yang jelas serta tidak tahu
tanggungjawab kita yang sebenar. Tanpa matlamat yang jelas ini, kita cenderung
untuk mencari keseronokan hidup bersama rakan-rakan yang berpendirian sama
seperti mereka yang tidak meletakkan matlamat sebagai sesuatu yang amat bernilai
dalam minda dan jiwa mereka. Ternyata hasrat Perdana Menteri yang bercita-cita
mahu melahirkan warga glokal yang berakar nasional dan berakal internasional tidak
akan tercapai sekiranya tahap disiplin para pelajar semakin terus -menerus
menunjukkan penurunan. Kita dapat lihat pada hari ini, terlalu ramai anak muda
yang majoritinya ialah pelajar telah terjebak dalam kancah sosial yang akhirnya pasti
akan merugikan negara. Mereka inilah yang tidak memiliki disiplin untuk mengawal
diri mereka daripada terjebak dalam perkara tersebut. Sudah pastilah pelajar yang
langsung tidak melakukan aktiviti-aktiviti ini akan menjadi pelajar yang cemerlang
rohani, jasmani dan intelek. Sekali lagi, hal ini menjadi bukti yang cukup ampuh
untuk menyatakan bahawa disiplin asas kejayaan akademik. Justeru , jelaslah
bahawa disiplin adalah kontra kepada gejala-gejala sosial.
Sidang hadirin,
Natijahnya, tidak ada jalan pintas yang lain untuk meraih kecemerlangan dan
kegemilangan tanpa memiliki serta mempraktikkan amalan hidup berdisiplin.
Hakikatnya, walau berapa banyak cara yang kita ketahui untuk mencapai kejayaan,
tetapi tanpa adanya disiplin, kita tidak akan mampu untuk melaksanakan cara itu
dengan teratur apatah lagi dengan berkesan. Sebelum saya mengundur diri,
mengorak langkah, ingin saya tegaskan bahawa Disiplin Asas Kecemerlangan Diri.
Bukan omongan kosong semata, tetapi realiti yang wajar kita aplikasi bersama,

Sekian. Terima Kasih.

Disiplin Asas Kecemerlangan Diri


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis yang budiman, yang sudi memberi laluan,
barisan panel hakim yang bijaksana, pastinya cendiakawan, para guru yang
disanjungi, seterusnya, teman rakan yang disayangi. Assalamualaikum w.b.t. Salam
sejahtera juga Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kehadrat IIlahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat kita dipertemukan dalam majlis pada pagi ini. Izinkan saya para
hadirin sekalian untuk beraksi menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Disiplin
Asas Kecemerlangan Diri.
Sidang dewan yang saya muliakan,
Sebelum saya meneruskan bicara, menyusun kata-kata, izinkan saya
mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan disiplin
merupakan satu latihan pemikiran dan kelakuan supaya seseorang individu dapat
mengawal diri dan patuh pada peraturan atau tata tertib. Manakala kecemerlangan
didefinisikan sebagai kegemilangan atau kejayaan yang dicapai oleh individu.
Rumusannya; kepatuhan kepada peraturan dan tata tertib dapat menjadi penggerak
atau pemacu ke arah kejayaan atau kegemilangan hidup seseorang.
Hadirin sekalian,
Hujah saya yang pertama. Individu yang berjaya adalah individu berdisipin. Sejarah
membuktikan bahawa seseorang yang berdisiplin, yang patuh kepada peraturan dan
undang-undang akan mengapai kejayaan. Kenapa saya katakan begitu?? Nik Nor
Madhihah contohnya, pelajar cemerlang SPM 2008 membuktikan bahawa seorang
individu yang dhaif, serba kekurangan tetapi dapat berada di kemuncak kejayaan
kerana memiliki disiplin diri yang tinggi. Beliau bukan sahaja mempunyai jadual yang
ketat, malahan amat mematuhi peraturan yang dibinanya sendiri. Kejayaan Nik Nor
Madhihah ini membuktikan bahawa, dengan adanya disiplin, kejayaan dapat dicipta
dan dibentuk!!
Hadirin hadirat sekalian,
Orang yang berdisiplin akan sentiasa mengawal diri dari mengambil pemakanan
yang kurang sihat. Demikian hujah saya yang kedua. Pemakanan amat penting
untuk melahirkan individu yang bersih diri dan minda. Individu yang berdisiplin akan
sentiasa mengelak daripada mengambil makanan berbahan perasa, berpengawet
malahan berkarbonat. Pengambilan makanan seperti ini bukan sahaja menyebabkan

kegemukan dan obesiti malahan melemahkan daya ingatan dan menyukarkan


proses menghafal. Persolannya sejauh manakah kenyataan ini benar?? Menurut Adi
Putera, seorang kanak-kanak genius Matematik ketajaman ingatannya adalah
kerana beliau tidak mengambil sebarang makanan ringan tetapi mengamalkan
kismis dan kurma!! Jadiapa lagi yang kita fikirkan, tepuk dada tanyalah jiwa.
Sidang dewan sekalian,
Individu yang berdisiplin adalah individu bermotivasi tinggi. Di mana ada kemahuan
di situ ada jalan. Memilih untuk berdisiplin, anda pasti terpimpin. Hendak seribu
daya, tak hendak seribu auta. Orang yang bermotivasi sentiasa mempunyai
semangat juang dan inginkan persaingan. Sekiranya kita berada dalam zon selesa,
tanpa sebarang persaingan, mana mungkin kita dapat membina kejayaan!
Contohnya saudara-saudari sekalian, saya tidak akan berdiri di sini kalau saya tidak
ada motivasi! Saya tidak akan menyertai pertandingan ini jika saya tidak ingin
merasai nikmat persaingan! Melalui pertandingan ini saya belajar berdisiplin. Mana
tidaknya?? Saya perlu menghafal, perlu mencari isi, perlu belajar berintonasi? Perlu
menghilangkan rasa gentar. Perlu juga membahagikan masa. Jadi dengan adanya
motivasi diri yang tinggi saya dapat membentuk disiplin diri.
Hadirin sekalian,
Orang yang berdisiplin tinggi seperti Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol Ann David,
Dato' Sharifah Mazlina dan Dato Dr, Sheikh Muzaffar contohnya adalah individu
berdisiplin dan mempunyai kemahuan tinggi. Sedarkah anda bahawa percubaan dan
ujikaji ribuan kali dilakukan oleh Thomas Adison untuk mencipta lampu yang dapat
kita nikmati faedahnya sehingga kini dan ratusan kali Colonel Sanders menguji
resepi KFCnya sehingga kita semua menjamahnya sekarang sampai menjilat jari.
Kepatuhan kepada disiplin telah membolehkan mereka mengharumkan nama
negara. Siapa sangka seorang wanita seperti Datuk Mazlina dapat menawan
Antartika? Siapa sangka Dato Dr. Sheikh Muzaffar boleh sampai ke angkasa? Siapa
sangka semua mereka ini boleh berjaya. Lihatlah saudara, lihatlah dunia..orang
yang berdisiplin, kejayaan milik mereka!! Siapa yang menuai, dia akan dapat
hasilnya.
Hadirin sekalian,
Resepi kejayaan telah saya suapkan, ambil, kunyah dan telan dalam diri. Akhir kata
sebelum mengundurkan diri saya tegaskan sekali lagi, disiplin diri yang jitu mampu
membawa seorang individu ke gerbang kejayaan. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh saya tak kata!!

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai