Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama
Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan
lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-
Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab
Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul
berdasarkan nama bapa pengasasnya.
Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah,
Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al
Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah.
Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham
Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak
hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria,
Palestin dan Mauritania.
[sunting] Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab
Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang
mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding
salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya
sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah
dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah,
Najd, Arab Saudi.
Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan
dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam
Rasulullah.
1
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu
pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu
pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar
membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu
dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di
Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar
menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka
ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum
Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa
bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan
makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji
menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus
diperangi.
2
puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan
oleh nabi sendiri.
3
Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi
sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana
timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).
Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah
mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga
akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi
Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah
dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.
Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia
berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).
Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa
Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali
ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri
mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di
samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada
dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.
[6]