Anda di halaman 1dari 45

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH TINGKATAN 5 [2016] - TEMA 10 NASIONALISME

[BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA]


1. Pentadbiran Tradisional / Birokrasi Barat
2. Perkembangan Nasionalisme
SOALAN 1 - PENTADBIRAN TRADISIONAL & BIROKRASI BARAT
(a) Jelaskan ciri-ciri pentadbiran tradisional Filipina sebelum kedatangan Sepanyol.
Terdiri daripada daerah-daerah kecil dipanggil barangay
Barangay diperintah oleh Datu
Diselatan Filipina wujud kerajaan Islam
(b) Banyak perubahan yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina. Buktikan.
Sistem pemerintahan berpusat
Peringkat pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran wilayah diketuai oleh Datuk Bandar
Bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
Pentadbiran tempatan mengikut Sistem Encomienda
Pemerintah Encomienda dikenali sebagai Encomiendero
Tugasnya menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay
Dibenci penduduk kerana dikenakan cukai tinggi dan kerahan tenaga
Pemerintahan tradisional merosot
(c) Terangkan perubahan dalam sistem pentadbiran di Indonesia kesan penjajahan Belanda.
Sebelum kedatangan Belanda
Wujud beberapa kerajaan berasingan Mataram, Bantam
Kerajaan diketuai raja
Dibantu oleh pembesar
Peringkat tempatan diketuai pembesar daerah (bupati)
Setelah dijajah Belanda
Dibahagikan dua pentadbiran
Pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral
Pentadbiran tempatan diketuai pembesar tempatan
Diawasi oleh pegawai Belanda
Jabatan Kerajaan ditubuhkan Pelajaran / Pertanian
Dewan Tempatan dibentuk
Berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tiada kuasa perundangan
Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat)
Langkah ke arah kemerdekaan desakan Sarekat Islam
(d) Bagi mengukuhkan cita-cita imperialisme untuk menguasai ekonomi di rantau ini, pihak imperialis
telah melaksanakan perubahan dalam pentadbiran di Asia Tenggara.
Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia Tenggara.
Penubuhan kerajaan pusat
Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
P a g e 27 | 66

Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)


Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
Pengenalan undang-undang
(e) Nyatakan tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
Menjaga keamanan
Mengutip cukai
Mengkristiankan penduduk barangay

(f) Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
Wujud pentadbiran pusat

Diketuai oleh Gabenor Jeneral

Wilayah diketuai oleh Datuk Bandar

Bandar diketuai oleh Gabenor Kecil

Barangay disatukan membentuk Encomienda

Encomienda diketuai oleh Ecomiendaro

Encomiendero berperanan mengutip cukai

Menjaga keamanan

Mengkristiankan penduduk barangay

Pengaruh golongan datu berkurang

(g) Senaraikan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.
Wujud pentadbiran pusat

Diketuai oleh Gabenor Jeneral

Penubuhan jabatan kerajaan seperti jabatan pelajaran

Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat

Penubuhan Volksraad

Sebagai langkah ke arah kemerdekaan

Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan

Tetapi diawasi ole Belanda

(h) Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut di Thailand.

Melantik 80 orang penasihat Barat


P a g e 28 | 66

Melatih pegawai tempatan

Mengetuai jabatan

Polis dan penasihat kewangan dari Britain

Penasihat kastam dari Amerika Syarikat

Penasihat tentera dari Perancis

(i) Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn di
Thailand.

Melantik juruaudit dari Britain

Menubuhkan Kabinet Menteri

Menubuhkan Majlis Penasihat Rendah


Menubuhkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
Sebagai badan penasihat raja
Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan
Menggantikan raja berkuasa mutlak
Kuasa raja dan pembesar merosot

(j) Mengapakah sistem birokrasi Barat ditentang oleh pemimpin tempatan di Asia Tenggara?

Kuasa raja berkurang

Pembesar hilang pengaruh

Cukai tinggi dikenakan

Kerahan tenaga dikenakan

Rakyat ditindas

Agama dan adat dicabar

(k) Berikan kesan penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.
Berakhirnya Dinasti Konbaung
Institusi raja tersingkir
Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus
Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma
Pentadbiran tradisional lenyap
Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
Majlis Perundangan diperkenalkan
Beberapa jabatan ditubuhkan
(l) Huraikan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke negara
P a g e 29 | 66

tersebut.

Sebelum Kedatangan Perancis


Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak. Memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.
Dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Dipilih melalui peperiksaan.
Selepas Kedatangan Perancis
Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral. Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada
Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
Gabenor Jeneral dibantu Leftenan Gabenor yang menjadi pemerintah wilayah jajahan / naungan.
Gabenor Jeneral juga dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
Menubuhkan kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Rang undang-undang diluluskan
oleh Parlimen Perancis.
Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat. Kerajaan tempatan perlu membayar
cukai dan kerahan tenaga.

(m) Apakah perubahan yang dilaksanakan oleh Mongkut dan Chulalongkorn untuk mengekalkan
kemerdekaan Thailand ?
Pembaharuan Raja Mongkut
Melantik 80 orang penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan.
Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan pelabuhan.
Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam.
Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan.
Pembaharuan Raja Chulalongkorn
Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.
Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan. Sistem raja berperlembagaan
menggantikan sistem raja berkuasa mutlak

(n) Jelaskan perubahan sistem politik di Tanah Melayu sebelum kedatangan Portugis dan British.
o
o
o
o
o
o

Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan beraja.


Dibantu dengan sistem pembesar empat lipatan.
Selepas kedatangan Portugis Institusi Beraja tersingkir. Pentadbiran diketuai oleh wizurai. Pentadbiran
tempatan dikekalkan.
Selepas kedatangan British Tanah Melayu terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran. Iaitu Negeri-negeri
Selat , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Terdiri negeri Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura. Diperingkat negeri pentadbiran diketuai oleh Residen Kaunselor.
Pentadbiran tempatan dikekalkan.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sultan terpaksa menerima seorang Residen. Residen
berperanan memberi nasihat kepada Sultan dalam semua hal kecuali agama dan adat resam. Residen di
keempat-empat negeri pula bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sultan-sultan masih berkuasa walaupun
menerima seorang Penasihat British. Peranan Penasihat British memberi nasihat kepada sultan jika
diperlukan.
P a g e 30 | 66

(o) Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara.

Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan. Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma
diambil alih oleh undang-undang Barat.
Terhapusnya institusi raja, contohnya di Burma. Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi menggantikan
raja sebagai pemerintah tertinggi.
Penguasaan Pegawai Barat. Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran.
Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan.
Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah. Pembahagian pentadbiran kepada
pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pengenalan sistem undang-undang Barat.

SOALAN 2 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


(a) Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.

Faktor pertama , Dasar Penjajah. Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah. Penduduk
tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.
Faktor kedua, Dasar Ekonomi penjajah. Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas. Penjajah
mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat. Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai
oleh mereka.
Faktor ketiga, Pengaruh Agama. Agama menjadi alat penyatuan rakyat. Lahirnya gerakan Islah oleh
persatuan-persatuan agama.
Faktor keempat, Karya Kesusasteraan. Karya membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.
Karya menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.
Faktor kelima, Pendidikan. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan. Kemudahan
disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja. Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan
pekerjaan.
Faktor keenam, Kemunculan Golongan Intelek. Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah
Barat dan Islam. memimpin gerakan nasionalisme menuntut membaiki taraf hidup dan membebaskan
negara.
Faktor ketujuh, Pengaruh Media. Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat
nasionalisme. Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.
Faktor kelapan, Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan. Sistem perhubungan
memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.. Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan
kawasan yang sebelumnya terpisah.
Faktor kesembilan, Pengaruh Luar. Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata
nasionalis. Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.

(b) Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap
kedua di Asia Tenggara.

Dari segi Sifat / bentuk gerakan. Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat. Manakala
gerakan nasionalisme tahap kedua bersifat nasional.
Dari segi Organisasi gerakan nasionalisme. Gerakan tahap pertama tiada organisasi. Tetapi gerakan
tahap kedua mempunyai organisasi yang tersusun.
Matlamat perjuangan. Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan
dalam bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi. Gerakan tahap pertama tidak menuntut
P a g e 31 | 66

kemerdekaan segera. Manakala gerakan tahap kedua mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan. dan
membentuk kerajaan sendiri.
Pemimpin perjuangan. Gerakan tahap pertama dipimpin golongan pertengahan yang mendapat
pendidikan di Barat dan Timur Tengah tetapi gerakan tahap kedua dipimpin golongan berpendidikan
tinggi yang berpengetahuan.
Kaedah perjuangan. Gerakan tahap pertama bersifat sederhana. Menggunakan kaedah memberi
kesedaran melalui karya kesusasteraan. Tetapi gerakan kedua menggunakan gerakan bersifat radikal.
Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.

(c) Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.


Mendahului negara lain di Asia Tenggara.
Gerakan nasionalisme merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal.
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
Menuntut bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol.
Mendesak bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Setelah gagal Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak kerajaan
Sepanyol melakukan pernbaharuan politik, ekonomi dan sosial.
Kerajaan Sepanyol berasa terancam lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan,
Mindanao.
Beliau dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakanpemberontakan.
Gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua dengan penubuhan Katipunan oleh Andres
Bonifacio.
Penentangan secara radikal dengan matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina
dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
Menggunakan media cetak akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat.
Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan
Sepanyol tetapi gagal.
Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh pihak Sepanyol dan pada tahun 1897
Emilio Aguinaldo memimpin pertubuhan tersebut.
Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol pada
tahun 1 898.
Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.
Aguinaldo ditangkap setelah melancarkan revolusi ekoran keengganan Amerika mengesahkan
pengisytiharan kemerdekaan Filipina pada tahun 1899.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.
Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya, iaitu Patti Nasional
memenangi pilihan raya pada tahun 1907.
Pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali rnenuntut kemerdekaan melalui perlembagaan pimpinan
di Amerika Syarikat bertukar kepada yang 1ebih liberal.
(d) Huraikan perkembangan pergerakan nasionalisme di Indonesia.
Tahap pertama memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan kerana dapat mengubah
nasib rakyat Indonesia.
Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanya Habis Gelap
Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah rnendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
dan penindasan oleh kerajaan Belanda.
Perjuangannya memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan
pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah.
Matlamat pertubuhan untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan rnenghindari ancaman sekularisrne
Barat serta agarna Kristian dengan membina sekolah, klinik dan masjid.
Tahap kedua gerakan nasionalisme memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat
Islam , Parti Kornunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia .
P a g e 32 | 66

PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat
Indonesia untuk membebaskan Indonesia secara revolusi.
Belanda telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin yang radikal termasuk Soekarno
dipenjara dan buang negeri ke Flores.
Parti Nasional Indonesia diharamkan oleh Belanda.
Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 1945 tetapi kemerdekaan tercapai pada 1949
dan beliau rnenjadi Presiden pertama.

(e) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme negara lain di
Asia Tenggara?
Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah. Pada gerakan nasionalisme tahap pertama rakyat
menentang penguasaan politik kerabat diraja.
Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak. Tidak puas hati terhadap
sikap raja yang boros. Revolusi dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.
Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap cengkaman
ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Mengadakan pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu. Menggubal undang-undang
menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina . Antaranya Membubarkan akhbar dan menutup
sekolah Cina.
(f) Walaupun negara Thailand tidak pernah dijajah oleh imperialis Barat tetapi gerakan nasionalisme
turut berlaku. Jelaskan.
Tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan
penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Dicetuskan oleh golongan intelek Thailand yang mendapat pendidikan Barat yang terdedah dengan
fahaman liberal, sistern demokrasi dan sistern raja berperlembagaan.
Rakyat tidak berpuas hati dengan kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh.
Parti Rakyat ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.
Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 tanpa pertumbahan darah yang
menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Tahap kedua gerakan nasionalisme di Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap
cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud
Tanah Bebas.
Kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula
Wilayah-Wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.

BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA.


1. Sebab-Sebab Penentangan pemimpin Tempatan
2. Faktor Pemangkin Nasionalisme
3. Persatuan-Persatuan Melayu

SOALAN 1 SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

P a g e 33 | 66

(a) Namakan tokoh-tokoh tempatan dan lokasi penentangan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak pada abad ke-19.
Penghulu Dol Said - Naning, Melaka
Linggir - Batang Lupar, Sarawak
Rentap - Kubu Nanga Skrang, Sarawak
Syarif Masahor & Patinggi Abdul Ghapur - Kanowit, Sarawak
Mat Salleh - Di Pesisir pantai Sabah
Dato' Maharaja Lela - Pasir Salak, Perak
Yam Tuan Antah - Sg. Ujong, Negeri Sernbilan
Dato Bahaman - Lubuk Terua/Kuala Ternbeling dan Jeram Ampai, Pahang
Tok Janggut - Pasir Puteh, Kelantan
Hj. Abdul Rahman Limbong - Kuala Berang, Terengganu
(b) Huraikan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British.
Dasar penaklukan bertujuan untuk rnengukuhkan kedudukan politik menyebabkan kawasan yang dijajah
terikat dengan peraturan British. Misalnya, Naning dipaksa rnenjadi jajahan takluk British, dan membayar
ufti rnenyebabkan berlaku peperangan Penghulu Dol Said dengan British.
British ditentang kerana rnenguasai ekonomi ternpatan bagi kepentingan mereka rnelalui perjanjian yang
dimeterai dengan pemirnpin tempatan membolehkan saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan
menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
British memaksa penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan
peraturan-peraturan tanah untuk rnendapatkan hasil yang maksimum. Contohnya di Terengganu,
penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh
penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah yang bertentangan
dengan amalan tradisi.
British bertindak carnpur-tangan dalam adat resam tempatan. Misalnya di Perak, J .W.W. Birch telah
campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan
menggunakan orang suruhan.
British memaksa rnenerima nilai-nilai dan budaya Barat yang bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan.
Pemimpin tempatan di daerah mereka kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran serta anak buah
setelah penjajahan.
Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
Rakyat menentang pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan.
(c) Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menentang British mengalami
kegagalan?
Perjuangan pemimpin tempatan bercorak setempat memudahkan British menghapuskan penentangan
dalam jumlah yang kecil.
Pemimpin tempatan tidak mendapat bantuan luar sepertimana serangan British ke atas Dol Said kali
yang kedua.
Terdapat pemimpin tempatan yang bersengketa memberi peluang kepada British campur tangan seperti
pemusuhan antara Dato Kelana dengan Dato Syahbandar sungai Uj ong.
Mengunakan kesernpatan atas arahan Sultan British bertindak untuk menghapuskan penentangan
seperti yang berlaku di Terengganu menyebabkan rakyat tidak rnenentang kerana taat setia rakyat
kepada Sultan.
British mengunakan peralatan dan teknogi yang canggih walaupun dalam jumlah tentera yang kecil dapat
mengalahkan pemimpin ternpatan yang jumlah bilangan tentera yang besar.
British mendapat bantuan tentera daripada luar seperti dari Singapura, Burma dan India.
P a g e 34 | 66

Terdapat rakyat tempatan yang bekerjasama dengan British seperti di Perak dan Kelantan.
Sultan menghadapi tekanan daripada British seperti di Perak, Terengganu dan Kelantan yang
membolehkan pemimipin ternpatan di bunuh dengan kejam.

SOALAN 2 - FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME


(a) Terangkan bagaimana pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Dasar pemerintahan ketenteraan Jepun. Pemerintah Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk
Tanah Melayu. Jepun memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya. Ahmad
Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di Perak.
Akibat tekanan Jepun, gerakan bawah tanah menentang Jepun telah berlaku. PKM telah
menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA menjalankan perang gerila terhadap Jepun.
Orang Melayu menubuhkan Force 136 / Pasukan Wataniah. Anggotanya terdiri daripada guru/pegawai
tadbir kerajaan/orang kampong. Bekerjasama dengan British menentang Jepun.
KMM meminta Jepun memberikan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia. Untuk
menubuhkan negara Melayu Raya/Indonesia Raya. KRIS ditubuhkan untuk melaksanakan tugas.

Kesengsaraan hidup zaman penjajah memberi pengajaran. membenci semua penjajah samada
British ataupun Jepun. mereka menganggap semua penjajah adalah zalim.
Konsep Kesemakmuran Asia diperkenalkan Jepun. Ia menekankan kebebasan negara-negara Asia.
Menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara.

SOALAN 3 - PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU


Kemunculan Persatuan-persatuan Negeri awal abad ke 20 membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu
berkaitan isu ekonomi, sosial dan politik bangsa.
(a) Tuliskan tiga tujuan perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri Melayu.
Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
Memajukan diri dan bangsa Melayu
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
Membincangkan nasib Melayu dalam ekonomi / pendidikan / perkhidmatan
kerajaan
(b) Nyatakan peranan Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British
Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura
Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu
(c) Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)?
Menggalakkan ahli berkenal-kenal
Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
Menggalakkan perpaduan / persaudaraan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
(d) Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersifat politik.
Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
P a g e 35 | 66

Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun


Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda anti-British
Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

(e) Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940?
Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan dibincangkan
Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan telah didedahkan
Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
Perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat diatasi
(f) Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?
Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
Kesulitan perhubungan
Taraf pendidikan yang rendah
Kurang kesedaran penduduk
(g) Jelaskan isu-isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum Perang Dunia Kedua.

Kesatuan Melayu Singapura


o Menjaga Menjaga kepentingan sosioekornoni penduduk Melayu Singapura dengan Mohammad
Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
o Sebagai wakil orang Melayu dalarn Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat mendesak
kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya memperoleh sebuah kawasan penempatan khas
bagi orang Melayu di Singapura.
Persatuan Sahabat Pena Malaya
o Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat serta mewujudkan perpaduan
bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
o Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Persatuan Melayu Sarawak
o Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah
bangsa, serta menegakkan ajaran agama Islam.
Pesatuan Sahabat Pena di Sabah
o Mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil,
pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Kesatuan Melayu Muda
o Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung.
o Meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan orang Melayu.
o Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia.
Kongres Melayu
o Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi.
o Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal.
o Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan politik.
o Mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan orang Melayu.

(h) Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuang semangat nasionalisme di
Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.
P a g e 36 | 66

Matlamat penubuhan untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh
Semenanjung.
Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.
Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia untuk
mencapai kemerdekaan.
KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Menjadikan KMM badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda
anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
KMM menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propaganda menentang British.
Maahad II Ihya Assyarifil di Gunung Semanggol menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kaderkader dikenali tentera semut untuk menentang British.
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, dan Iebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh
British pada akhir tahun 1941 dan dipenj arakan di Changi, Singapura.

(i) Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang menentang ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu di
antara tahun 1941 hingga 1945.
Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan melalui gerakan bawah tanah dengan bantuan senjata
oleh pihak British.
Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.
Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga kaurn penting di Tanah
Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India menentang Jepun secara gerila.
Dalam kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136. Keanggotaan terdiri daripada pegawaipegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British. Bergerak secara gerila di hutan dan
aktif di Kedah, Johor dan Pahang.
Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela menentang Jepun terdiri daripada guru, pegawai
tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH TINGKATAN 5 [2016] - TEMA 11 NEGARA DAN BANGSA


[BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA]
1. Latar Belakang Negara & Bangsa Jerman / Itali / Madinah / Malaysia
2. Ciri-Ciri Negara Bangsa KMM
3. Warisan Negeri-Negeri Melayu
P a g e 37 | 66

SOALAN 1 LATAR BELAKANG NEGARA & BANGSA


(a) Terangkan konsep negara dalam masyarakat Melayu tradisional.
Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan oleh adanya raja. Tanpa raja sesebuah kerajaan tidak akan
wujud.
Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang
mendiami wilayah kekuasaannya.
Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan rnenerima dan mengakui kekuasaan raja.
Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang
diperintah oleh raja tersebut.
Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk mengembangkan
empayar seperti Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
Negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Krian.
Apabila membuat perjanjian antara Kerajaan Melayu dengan kuasa asing keseluruhan kerajaan disebut
negeri dan jajahan takluknya.
(b) Terangkan konsep negara yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.
Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dengan menetapkan sempadan setiap negeri dan konsep
kerajaan beransur luput.
Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan gagasan Malayan Union pada tahun
1946.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu
dalam sebuah pentadbiran pusat.
British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menjadikan negara yang merdeka
pada tahun 1957.
Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan
negara Malaysia yang berdaulat.
(c) Apakah yang anda faham dengan konsep bangsa dalam konteks negara Malaysia?
Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau
warganegara sesebuah negara.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan rnerdeka pada tahun 31 Ogos 1957 dan Malaysia
dibentuk pada 16 September 1963 , maka, lahirlah negara dan bangsa Malaysia.
Konsep bangsa Malaysia terdiri daripada rnasyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya,
kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan
kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
Pernbentukan bangsa Malaysia rnerupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan
pengekalan kemerdekaan.
(d) Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia.
Negara
o Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.
o Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
o Negara merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun bertanggungjawab membuat dan
melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan
kerajaan.
Bangsa
P a g e 38 | 66

Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari
segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.
Kerajaan
o Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar
sesebuah negara.
o Kerajaan rnerangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasardasar negara.
o Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan rnasyarakat sesebuah
negara.
o Kerajaan di Malaysia terdiri daripada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Perlembagaan
o Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi
rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
o Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan
dijadikan rujukan untuk rnentadbir negara.
o Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
o

(e) Apakah yang dimaksudkan negara bangsa di Eropah?


Konsep negara bangsa moden di Eropah berasaskan sempadan rumpun bangsa dan persamaan
bahasa.
(f) Terangkan perkembangan yang membawa pembentukan negara bangsa di Barat.
Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke-l8 dan ke-19 ekoran tercetusnya
Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Menggantikan
bentuk negara feudal.
Idea konsep negara bangsa muncul untuk rnemperjuangkan tentang hak rakyat, kerajaan
berperlembagaan dan negara bangsa rnoden.
Pertumbuhan nasionalisme ketika itu rnernperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik berasaskan
keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mernpunyai
penduduk berbilang bangsa.
Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rurnpun bangsa dan bahasa untuk penyatuan serta
pernbentukan negara bangsa masing-masing.
Kekalahan Jerman dan sekutunya dan Perang Dunia Pertama dan Persidangan Damai Paris telah
mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan
prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
Empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan berdasarkan
etnik dan bangsa membentuk negara bangsa yang merdeka.
Tujuh negara bangsa baharu yang muncul di Eropah ialah Chechoslavakia, Estonia, Finland, Latvia,
Lithuania, Poland dan Yugoslavia.
(g) Konsep negara bangsa merujuk pembentukan negara bangsa moden di Eropah.
usaha ke arah pembinaan negara bangsa moden di Eropah (Jerman dan Itali).

Huraikan usaha-

Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara
bangsa.
Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prisip penentuan nasib negara oleh
rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
Kekalahan Austria-Hungary dan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Ia mengakibatkan empayarnya
dibahagi-bahagikan menjadi negara-negara bangsa baru merdeka.
Count Camillo Benso menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali menjadi sebuah negara.
P a g e 39 | 66

Beliau bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) menghalau Austria dari Itali.
Beliau mengadakan pungutan suara dan mendapat sokongan rakyat untuk menyatukan Itali.
Beliau membantu Prussia menewaskan Austria menyebabkan wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali.
Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Camillo menyatukan Itali dan Rom.
Otto Eduard von Bismarck menggunakan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan
Jerman.
Beliau menggunakan pelbagai taktik untuk mencetuskan peperangan bagi menyatukan Jerman.
Beliau juga menggunakan isu membenci kuasa asing untuk membangkitkan semangat rakyat Prusia di
medan tempur.

(h) Jelaskan ciri-ciri utama dalam proses pembinaan negara dan bangsa.

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk , sempadan dan pemerintahan berwibawa. Di Malaysia
ia merujuk Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak.
Negara juga merujuk institusi pemerintahan yang tersusun, bertanggungjawab membuat dan
melaksanakan keputusan politik, menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
Bangsa pula merujuk sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah. Juga mempunyai
persamaan dari segi bahasa , adat resam dan kesenian serta pengalaman sejarah yang sama.
Kerajaan merujuk institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar
sesebuah negara.
Kerajaan negara Malaysia merujuk 3 Badan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman.
Perlembagaan ialah peraturan tertinggi samada bertulis atau tidak bertulis. Ia menjadi panduan dan
rujukan bagi mentadbir sesebuah negara.
Di Malaysia perlembagaan merupakan peraturan tertinggi bertulis yang didokumenkan dan dijadikan
rujukan untuk mentadbir negara.

(i) Bagaimanakah negara bangsa Itali dibentuk pada abad ke 19?


Itali menyatukan wilayah-wilayah di bahagian utara seperti Venetia dan Lombardy dengan menghalau
orang Austria untuk membentuk sebuah pemerintahan.
Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan
realpolitik.
Beliau sangat menyanjung pemerintahan monarki. Mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III
pemerintah Perancis bagi menentang Austria pada tahun 1860.
Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.
Melalui pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti
rakyat untuk menyatukan Itali.
Wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali pada tahun 1866 oleh Perancis sebagai balasan terhadap
kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria.
Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Camillo mengambil peluang ini
menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa Itali.
(j) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan Otto Eduard Von Bismarck untuk membentuk negara Jerman.
Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara
Jerman.
Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan
ugutan untuk mencetuskan peperangan.
Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan Jerman.
Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat
Prussia di medan tempur.
Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark, Austria dan Perancis.

P a g e 40 | 66

(k) Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa
di Eropah ?

Tiada kekerasan dalam pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik
atau politik darah dan besi.
Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam. Menyusun perlembagaan terlebih dahulu
sebelum mengasaskan kerajaan Islam.
Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah. Pembentukan kerajaan Islam
berasaskan diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara
pemimpin dengan rakyat.

SOALAN 2 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KMM


(a) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa yang terdapat dalam sistem Kesultanan Melayu Melaka.

P a g e 41 | 66

Wilayah pengaruh
o Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintah raja
o Mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas
o Sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden

Kedaulatan
o Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah
o Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
o Kekuasaan tidak dihadkan
o Kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pemerintah
o Pemerintah menggunakan kuasa yang dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undangundang
o Mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya

Lambang
o Simbol identiti negara
o Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
o Sistem pemerintahan beraja
o Adat istiadat Melayu
o Agama Islam
o Diwarisi hingga kini

Keunggulan undang-undang
o Penguatkuasaan undang-undang untuk mengawal masyarakat
o Memelihara keamanan
o Melindungi rakyat
o Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka

Rakyat
o Penduduk sesebuah wilayah
o Terikat kepada undang-undang
o Bertanggungjawab mentaati raja

Kerajaan
o Berkuasa menguruskan pentadbiran
o Menjaga keamanan
o Mempertahankan kedaulatan negara
o Menjalin hubungan diplomatik
o Sultan pemerintah tertinggi
o Dibantu Sistem Pembesar Empat Lipatan

SOALAN 3 WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU


(a) Huraikan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu.
Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem
pernerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.
Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa putera
sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. Dan sekiranya sultan tidak
mempunyai putera, adik lelaki sultan mewarisi takhta.
Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesarnya. Disebabkan
perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.

Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan
unsur tempatan.
Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar, bersiram dan berarak dengan
iringan alat-alat kebesaran.
Cop Mohor digunakan dalam urusan resmi untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.
Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung ubur-ubur berwarna kuning ketika baginda
diadakan upucara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.
Nobat akan dimainkan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan Sultan.
Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri Melayu.
Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan dengan raja disebut bahasa dalam seperti patik, beta,
bersiram, mangkat dan sebagainya.
Menggunakan warna putih dan kuning untuk sultan dan kerabat raja.
Menjunjung duli menyembah raja dan berpakaian resmi ketika mengadap raja.
Pakaian dan perhiasan raja dan raja perempuan diperbuat daripada emas dengan tatah permata penuh
dengan unsur-unsur seni.

(b) Huraikan Sistem Pentadbiran Jemaah Menteri di Kelantan.


Konsepnya pentadbiran bermula semasa Sultan Muhammad 1. Baginda melantik beberapa orang
pembesar untuk membantu pentadbirannya.
Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri. Tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan Kelantan.
Terdapat 8 Badan Jemaah Menteri ditubuhkan. setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
Penyingkiran kerabat diraja Kelantan kerana terlibat dalam pertikaian merebut kuasa. Urusan pentadbiran
digantikan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan. Golongan pembesar ini membantu
mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II.
Jemaah Menteri yang ditubuhkan seperti JM Penasihat Raja / JM Istana / JM Keadilan dan Kehaikman.
JM Dalam Negeri / JM Luar / JM Perbendaharaan / JM Peperangan / JM Pentadbiran Dan
Mengimarahkan Negeri.
(c) Berikan persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895
dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911?
Raja Berperlembagaan. Kedua-dua Undang-Undang Tubuh (UUT) mengamalkan pemerintahan
bercorak Raja Berperlembagaan. Sultan dibantu oleh Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Menteri.
Menteri Besar. Persamaan lain kedua-dua UUT, Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri / Majlis
Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri Besar dilantik oleh Sultan.. Menteri Besar dibantu
oleh Jemaah Menteri.
Jemaah Menteri. Persamaan seterusnya, Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri
Besar dengan perkenan Sultan.
Orang Melayu. Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat negeri. Jemaah Menteri mestilah berbangsa
Melayu, Islam dan rakyat negeri. Menteri mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Raja dan
kerajaan.
Pewaris Tahta. Pewaris takhta mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sultan.
Larangan. Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
Islam. Kedua-dua UUT menjadikan Islam sebagai agama negeri.

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


1. Malayan Union
2. Persekutuan Tanah Melayu 1948
3. Pergerakan Politik di Sarawak.

SOALAN 1 MALAYAN UNION


(a) Berikan dua situasi yang menyebabkan Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union.
Diugut akan diturunkan daripada takhta.
Masa yang singkat untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
Atas dasar setia kawan kepada British.
(b) Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union.
Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.
Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Tiada sebarang kuasa.
Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu.
Tida kuasa untuk memungut zakat fitrah.
(c) Sebutkan kesan ke atas orang Melayu terhadap syarat kerakyatan Malayan Union yang longgar.
Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil.
Ekonomi orang Melayu menjadi mundur.
Ketinggalan dalam bidang pendidikan.
(d) Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap
gagasan Malayan Union?

Menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu.


Mengadakan demonstrasi sedara damai.
Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union.
Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu.
Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union.
Mengadakan rapat umum.
Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan.

(e) Apakah yang dimaksudkan dengan jus soli?


Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa saja yang lahir di Tanah Melayu dan
Singapura.
Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan.
Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun anak Warganegara Malayan Union diberi kerakyatan.
Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluk boleh menjadi rakyat Malayan Union.
(f) Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong tindakan British
memperkenalkan Malayan Union?
Bersetuju menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada
orang Melayu.
Menyokong kerakyatan Malayan Union yang terbuka kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal
masing-masing.
Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

British berjanji akan kemerdekaan yang merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong
Malayan Union.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat Barat serta
menghapuskan Sistem Feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.
Konsep republik seperti Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat
dilaksanakan yang mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad
Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS).
Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal
pentadbiran Islam dipermudahkan.
Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan
mempunyai kecekapan untuk mambangunkan Tanah Melayu.

SOALAN 2 - PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin
UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu untuk mengadakan rundingan tentang pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
(a) Berikan tiga sebab UMNO dan Raja-Raja Melayu dipilih oleh British .
Mereka memilih rundingan untuk menolak Malayan Union.
Tidak menuntut kemerdekaan daripada British.
Bersikap sederhana.
Bimbang orang Melayu dipengaruhi gerakan politik Indonesia.
(b) Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu di Kings House, Kuala Lumpur.

Raja-raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip Malayan Union .


Menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu.
Menuntut kuasa Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui.

(c) Nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal


Perlembagaan Rakyat 1947.
Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-majlis Negeri dipilih
Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
Adat istiadat dan agama Islam dikembalikan
Kerakyatan yang sama rata
Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi.
Pertahanan menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu.
Bangsa Tanah Melayu dikenali Melayu.

Melayu

melalui

(d) Huraikan perubahan pentadbiran setelah British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di
Tanah Melayu.
Perkongsian kuasa di peringkat pusat antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi.
Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua
pentadbir negeri.

Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan seterusnya
membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli
adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat
(Melaka dari Pulau Piriang).
Ketuanan British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu yang diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874.
Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukarinya yang jelas dalarn pentadbiran.
Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlernbagaan bertulis dengan British Perlembagaan
itu dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.
Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu mernbuktikan penerusan dasar perlindungan British terhadap
kedudukan istimewa orang Melayu, status quo Negeri-Negeri Melayu yang dilindungi, agama Islam dan
adat istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.
Prinsip-prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu dimasukkan ke dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai undang-undang bertulis.
Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang
Melayu yang diteruskan selepas tahun 1948.

SOALAN 3 PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH


Penolakan penjajahan secara mutlak di Tanah Melayu telah berjaya mengagalkan Gagasan Malayan Union pada
April 1946 hasil daripada kesatuan orang-orang Melayu yang berdemonstrasi dan berkongres. Namun, situasi
sebaliknya berlaku di Sarawak dan Sabah yang dijajah secara mutlak mulai 8 Februari 1946.
(a) Pada pendapat anda, mengapakah situasi ini berlaku di Sabah dan Sarawak?
Sarawak:
Vyner Brooke memungkiri janji dan bercanggah dengan Perlembagaan 1941
Tiada rundingan antara Vyner Brooke dan orang tempatan/ketua-ketua tempatan
Tiada sokongan anggota bukan bumiputera dalam Majlis Negeri
Tiada sokongan dari kalangan pegawai-pegawai British
Sekatan penyebaran melalui undang-undang yang dibuat di negeri-negeri Melayu
Pemimpin tidak bersatu padu menentang penjajah
Tiada persatuan yang betul-betul menuntut kemerdekaan
Masyarakat masih selesa berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke
Sabah:
Kegiatan membangkitkan kesedaran politik amat perlahan.
Pemimpin tempatan berpecah belah.
Gerakan yang dijalankan persatuan-persatuan tidak berkesan.
Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan / Barisan Pemuda / BARIP Labuan / BARIP Jeselton lebih
bersifat sederhana/ persatuan ekonomi.
Tiada tentangan yang jelas/terbuka daripada penduduk tempatan.
Persatuan-persatuan berkubur menjelang 1951.
(b) Tindakan Rosli Dhobi menikam Sir Duncan Stewart mengundang hukuman gantung bersama-sama 3
rakan beliau hasil penentangan mereka terhadap penjajahan British di Sarawak. Adakah tindakan
yang diambil Rosli Dhobi itu wajar?
Wajar
Alasan:
Menentang penyerahan Sarawak

Tekanan daripada Surat Pekeliling Bil 9


Tidak berunding dengan orang tempatan / ketua adat
Perasaan membuak-buak marah akan dasar pilih kasih
Menyekat pendidikan anak-anak muda Melayu

Tidak Wajar
Alasan:
Boleh berunding dengan British
Tidak perlu menggunakan kekerasan
Menentang kezaliman / kekerasan
Setiap masalah boleh diselesaikan tanpa pembunuhan
British sebuah kuasa yang kuat / besar
(c) Senaraikan persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Persatuan Melayu Sarawak.
Persatuan Dayak Sarawak.
Barisan Pemuda Sarawak.
Barisan Pemuda Melayu Sibu.
(d) Mengapakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada
British?
Dipaksa untuk menerirna penjajahan British secara mutlak.
Keturunan James Brooke rnenyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London sebagai tanah
jajahan mahkota.
Mereka menentang tindakan Vyner Brooke itu kerana perkara tersebut bercanggah dengan
Perlembagaan 1941.
Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua
mereka.
Vyner Brooke menerirna sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British
menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.
(e) Apakah tindakan yang diambil oleh masyarakat tempatan menentang penjajahan British di Sarawak?
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak , Barisan Pemuda Melayu Sibu dan
Persatuan Dayak Sarawak menentang pengisytiharan tersebut secara terbuka.
Kaum ibu dalam PKMS turut mernbantah dengan berdernonstrasi dan menghantar surat bantahan
kepada kerajaan British.
Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.
Pakatan Sulit antara kaum terpeiajar dengan orang rnuda Sarawak menubuhkan kurnpulan Rukun Tiga
Belas, sebagai tindak balas terhadap tekanan politik British.
Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru diiantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi sernasa
beliau melawat Sibu pada 3 Disernber 1949.
(f) Penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British tidak mendapat tentangan.
Jelaskan.
Kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan , Persatuan Melayu Jesselton serta Barisan Pemuda Labuan dan
Jesselton ialah persatuan sosio ekonomi yang bersifat sederhana.

BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

SOALAN 1 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


(a) Jelaskan peranan Suruhanjaya Reid.
Peranan Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan untuk Tanah Melayu yang akan merdeka.
Dalam merangka perlembagaan Tanah Melayu 1957, beberapa perkara diberi perhatian dan
pertimbangan.
Antaranya mengenalpasti isu-isu yang dibangkitkan ke arah pembentukan perlembagaan.
Seterusnya memastikan wujud sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan berkesan.
Memastikan pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu.
Memberi perhatian kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Memberi perhatian kepada hak istimewa orang
Melayu.
Memastikan pembentukan sebuah bangsa Persekutuan T.Melayu. Menyelesaiakan isu kerakyatan / jus
soli yang menjadi tuntutan orang dagang yang tidak diterima oleh orang Melayu.
Terima dan kaji memorandum daripada semua pihak di T.Melayu . Menerbit dan mencadangkan deraf
perlembagaan kepada kerajaan British untuk dikaji.

(b) Apakah isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957?
Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa autonomi kepada negeri.
Suruhanjaya mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Pesekutuan Tanah Melayu.
Hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
Kewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Kerakyatan jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Kerakyatan jus soli dengan memberi hak sama rata kepada semua kaum akan melemahkan kedudukan
orang Melayu.
Setelah rundingan Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan
Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
Bahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
(c) Nyatakan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
Pemisahan kuasa persekutuan dan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan diperingkat negeri dan negara.


Tiga jenis kerakyatan Kuatkuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip Jus Soli
diterima.
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Tanah Simpan Melayu dikekalkan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
Pentadbiran negara bersifat Demokrasi Berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di
bawah kuasa Parlimen.
Peringkat Negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran. Dibantu Dewan Undangan Negeri dan
Exco.

(d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Kepentingan pertama, Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dan Raja Berperlembagaan dibentuk.
Melahirkan perpaduan yang jitu antara kaum di Tanah Melayu. Seterusnya keharmonian kaum dapat
dicapai tanpa pertumpahan darah.
Perjanjian 1957 ini telah menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat.
Perjanjian ini juga telah menjamin pemberian hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara
mengikut acuan sendiri.
Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka tanpa mengira warna kulit, budaya,
bahasa dan agama.
Perjanjian ini juga telah menjamin kedudukan orang Melayu. Orang Melayu diperuntukkan kedudukan
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Orang bukan Melayu pula mendapat kerakyatan secara Jus Soli.
Perjanjian juga akan menjaga hak-hak dan keutamaan Raja-raja Melayu. Perjanjian ini telah melahirkan
sebuah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi panduan sehingga ke hari ini.
Perjanjian ini juga telah menamatan kuasa Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom
dalam Negeri-negeri Selat.
BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA
1. Pembentukan Malaysia.

SOALAN 1 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa
orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial.
(a) Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malaysia?
Lord Brassey. Menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri
Selat.
Sir Malcolm MacDonald dan Dato Onn. Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Lee Kuan Yew. Menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja.
(b) Nyatakan perkara yang disebut oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di Singapura.
Menyetujui gagasan Malaysia.
Berharap Malaysia menjadi negara yang disegani di rantau ini.
Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.

(c) Berikan sebab-sebab Lee Kuan Yew begitu berminat menggabungkan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu.
Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.

Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pada masa depan.
Barisan Sosialis boleh menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura.
Ancaman komunis.
Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis.

(d) Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei menganggotai
Malaysia?
Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
(e) Jelaskan tentang tuntutan Perkara 20 oleh Sabah dan Sarawak.
Twenty Point atau Perkara 20
Diterima oleh Sarawak
Bertujuan melindungi hak dan kepentingan penduduk
Sebagai asas pembentukan perlembagaan Malaysia
Perbezaan pembahagian kuasa bagi Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Tanah Melayu
dikenali sebagai hak wilayah asingan
Antara perkara disentuh
o Ketua negeri
o Bahasa kebangsaan
o Agama Islam
o Kedudukan istimewa penduduk asal negeri
o Hal ehawal imigresen
o Kerakyatan
o Peruntukan kewangan
o Pelajaran
(f) Jelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak pada Jun 1961
o Tujuan menerangkan konsep dan matlamat
o Berunding antara pegawai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)
o Menerangkan kepada penduduk
o Mengumpulkan pandangan penduduk
o Menggalakkan kegiatan ke arah kewujudan Malaysia
o Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold (1962)
o Diketuai oleh Lord Cobbold
o Meninjau pendapat rakyat
o Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
o Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) Ogos 1962

o Bermesyuarat 24 kali
o Mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan Malaysia
o Membincangkan hak dan kepentingan penduduk
o Bersetuju membentuk Malaysia pada 31 Ogos 1963
Tentangan Indonesia dan Filipina
o Menyulitkan pembentukan Malaysia
o Tunku Abdul Rahman menghadiri Sidang Kemuncak
o Hasilnya MAPHILINDO ditubuhkan
o Bersetuju cari penyelesaian dengan bantuan PBB
Suruhanjaya PBB
o Meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
o Mendapati majoriti penduduk bersetuju
Pembentukan Malaysia
o Mulanya tertangguh kerana tentangan berterusan Filipina dan Indonesia
o Tarikh ditetapkan pada 16 September 1963

(g) Jelaskan latar belakang Perjanjian Malaysia 1963.


Akta yang memperuntukkan penggabungan negeri-negeri dinamakan Malaysia
Ditandatangani di London Julai 1963
Diluluskan Parlimen Britiain
Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
Diluluskan di peringkat Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia pada Ogos 1963
Negara Malaysia ditubuhkan secara rasmi
(h) Kemukakan inti pati Perjanjian Malaysia 1963.
Hal ehwal luar tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak.
Kebebasan agama lain diamalkan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan.
Sarawak dan Sabah bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal hal imigresen dan perkhidmatan awam.
Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan
Tanah Melayu.

BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


1. Kuasa Pemerintahan.
2. Negara Persekutuan.
3. Lambang-Lambang Negara.

SOALAN 1 KUASA PEMERINTAHAN


(a) Terangkan tentang Kuasa Pemerintahan di Malaysia.
Badan Perundangan
Berperanan menggubal undang-undang
Digubal oleh Parlimen
Menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat
Parlimen terdiri daripada YDA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat
o Dewan terpenting
o Ahli dipilih rakyat melalui pilihan raya
o Mewakili semua kawasan pilihan raya
o Keanggotaan 5 tahun
o Menggubal dan meluluskan undang-undang peringkat Dewan Rakyat
Dewan Negara
o Dewan tertinggi
o Mempunyai 69 orang ahli
o Ahli digelar Senator
o Keanggotaan 3 tahun
o Berumur sekurangnya 30 tahun
o Boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri
o Dilantik oleh YDA
o Individu cemerlang dan berpengalaman

Badan Pelaksana (Eksekutif)


Jemaah Menteri /Kabinet
o Badan pelaksana dasar kerajaan
o Pembuat dasar tertinggi negara
o Diketuai Perdana Menteri
o Dibantu Timbalan Perdana Menteri
o Mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian
Kementerian
o Menggubal dasar kerajaan
o Merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial
o Diketuai seorang Menteri
Menteri
o Menteri dibantu Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik
o Menteri yang tidak diberikan tugas kementerian dikenali sebagai Menteri Tidak
Berportfolio
o Diberi tugas tertentu oleh Perdana Menteri
Perkhidmatan Awam
o Diketuai Ketua Setiausaha Negara (KSN)
o Mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan
o Pentadbiran kementerian diketuai Ketua Setiausaha Kementerian (KSK)
o Dibantu kakitangan kerajaan/pegawai perkhidmatan awam
o Melaksanakan dasar ditetapkan oleh kerajaan
o Jabatan kerajaan diketuai Ketua Jabatan/Ketua Pengarah
Badan Berkanun
o Badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
o Mempunyai peruntukan kewangan sendiri
o Ditadbir Lembaga Pengarah
o Bertanggungjawab kepada menteri
Suruhanjaya
o Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin
o Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
o Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
o Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman
o Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera
Badan

Kehakiman
Menentukan kesahihan undang-undang
Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil serta jenayah
Sivil berkaitan saman
Jenayah melibatkan kanun keseksaan
Mempunyai mahkamah
o Mentafsir perlembagaan negara
o Mentafsir undang
o Mengisytiharkan undang-undang bertulis persekutuan atau negeri
o Melaksanakan undang-undang
o Tidak boleh meminda undang-undang

SOALAN 2 NEGARA PERSEKUTUAN

(a) Jelaskan konsep kerajaan Persekutuan dan Negeri.


Malaysia negara Persekutuan.
Penyatuan beberapa buah negeri.
Mempunyai kerajaan pusat serta beberapa buah kerajaan negeri.
Persekutuan menyatupadukan wilayah yang berasingan.
Kedua-dua kerajaan menjalankan tugas berdasarkan kuasa dalam perlembagaan.
Kerajaan Pusat berkuasa penuh terhadap hal ehawal luar negeri dan kepentingan semua negeri di
bawahnya.
Kerajaan Negeri bebas memerintah negeri masing-masing.
Tanggungjawab erdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
(b) Jelaskan tentang sistem pemerintahan Kerajaan Pesekutuan.
Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung
dengan pentadbiran negara.
Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial,
keselamatan dan pendidikan.
Badan pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang diPertuan Agong.
Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang
di-Pertuan Agong.
Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
(c) Jelaskan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan Malaysia rnempernmtukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri.
Kuasa eksekutif itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan
ahli Dewan Undangan Negeri yang rnendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Urusan pentadbiran peringkat negeri pula terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan
Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan , iaitu
Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri
yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.
(d) Senaraikan pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia.
Senarai Persekutuan
Hal ehwal luar negeri
Pertahanan
Keselamatan dalam negeri
Pentadbiran dan keadilan
Kerakyatan negara
Pilihan raya negara
Kewangan
Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
Jabatan Unur, penyelidikan
Kerja Raya dan Tenaga Pusat
Pelajaran
Kesihatan

Keselamatan buruh dan sosial


Orang asli

Senarai Negeri
Undang-Undang Islam
Tanah
Pertanian dan perhutanan
Kerajaan tempatan
Perkhidmatan tempatan
Kerajaan negeri
Hari cuti negeri
Undang-undang negeri
Senarai Bersama
Kebajikan sosial
Biasiswa
Taman Negara
Perancangan bandar dan wilayah
Penjagaan haiwan
Kesihatan dan kebersihan awam
Parit dan tali air
Pemulihan
Hiburan awam
Perhubungan
SOALAN 3 - LAMBANG-LAMBANG NEGARA

(a) Apakah maksud yang terdapat pada Jata Negara kita?


Empat jalur berlainan warna di tengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang, dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Warna hitam dan putih rnelambangkan negeri Pahang. Warna rnerah dan kuning melambangkan negeri
Selangor. Wama hitarn, putih dan kuning melambangkan negeri Perak. Warna merah, hitam dan kuning
melambangkan Negeri Sembilan.
Lima bilah keris pada perisai rnelambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang
dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Di bahagian kiri perisai terdapat sebatang pokok pinang yang mewakili negeri Pulau Pinang.
Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi
Malaysia dan bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan ernpat belas negeri dalam
persekutuan Malaysia.
Di bahagian kanan perisai pula terdapat pokok Melaka yang rnelambangkan negeri Melaka.
Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut. Di antara lambang negeri
Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya yang rnelarnbangkan bunga kebangsaan negara kita.
Dua ekor harimau yang menyokong perisai itu bermaksud keberanian.

Di bawah perisai itu pula terdapat cogan kata, iaitu Bersekutu Bertambah Mutu yang bermaksud semangat
permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.

(b) Mengapakah cogan kata negara ditulis dalam tulisan Jawi?

Tulisan pertama negara


Identiti bangsa
Warisan bangsa dan negara

(c) Bagaimanakah anda boleh mengambil inspirasi daripada cogan kata Negara Bersekutu Bertambah
Mutu?
Perpaduan membawa kekuatan
Bersatu padu menjamin keharmonian negara
Perpaduan pemangkin pembangunan
Bersatu padu membentuk kesejahteraan
Perpaduan menjamin keamanan
(d) Mengapakah Jata Negara penting kepada sesebuah negara?
Lambang kemegahan rakyat
Lambang rasmi negara
Identiti sesebuah negara
Menjadi kebanggaan rakyat
Simbol perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Pemangkin semangat patriotik rakyat

(e) Jelaskan maksud yang tersirat pada bendera Jalur Gemilang.

Merah melambangkan keberanian.


Putih melambangkan kesucian.
Empat belas jalur warna merah dan putih melambangkan gabungan negeri di Malaysia.
Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Bintang berpecah empat belas melarnbangkan gabungan empat belas buah negeri dalam persekutuan
Malaysia.
Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita.

(f) Huraikan kepentingan jalur gemilang kepada negara kita Malaysia.


Bendera kebangsaan membezakan Malaysia daripada negara lain.
Berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.
Bendera kebangsaan menimbulkan rasa bangga terhadap negara kita.
Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi Misalnya, pada Hari Kebangsaan
dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, bendera Malaysia dikibarkan di

semua bangunan kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda ketaatan kita kepada raja dan
negara.
Kita berasa menjadi lebih patriotik apabila Jalur Gemilang dikibarkan.
Kita lebih bersemangat apabila setiap rakyat Malaysia menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol
perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan.
Sebagai warganegara Malaysia yang baik, kita bertanggungjawab menghargai, rnenghormati,
rnernuliakan dan rnemahami maksud yang dilambangkan oleh bendera kebangsaan kita.

(g) Jelaskan latar belakang penghasilan bendera negara.


Dipilih melalui pertandingan.
Dikelolakan oleh majlis Perundangan Persekutuan.
Reka bentuk oleh Encik Muhamad bin Hamzah dipilih sebagai pemenang.
Berkibar kali pertama di Istana Selangor.
(h) Bagaimanakah anda menunjukkan penghormatan kepada bendera kebangsaan?

(i)

Berdiri tegak apabila bendera dinaikkan


Memandang bendera ketika menyanyi lagu Negaraku
Menggantikan bendera yang lusuh
Mengibarkan bendera di rumah dan sekolah
Memahami maksud lambang pada bendera
Menunjukkan kebanggaan kepada bendera kita
Mengapakah negara kita mempunyai bendera kebangsaan?

Membangkitkan semangat patriotik


Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
Tanda ketaatan dan negara
Lambang kemegahan penduduk
Lambang rasmi negara
Identiti sesebuah negara
Simbol perpaduan

(j) Terangkan sejarah perkembangan lagu kebangsaan kita.


Sebelum merdeka lagu kebangsaan kita ialah lagu kebangsaan British, iaitu God Save the Queen.
Lagu kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk Negaraku dicipta pada tahun l 9 5 7 .
Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang rnengetuai sekumpulan jernaah hakirn di
Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Pasukan Pancaragam Polis Diraja telah rnernperkenalkan empat buah lagu, lagu Terang Bulan, iaitu lagu
kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur keMelayuan.
Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut.
Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah sernula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan lagu Terang Bulan.
Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada
tanah air.
Lirik lagu kebangsaan juga menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban
demi mernpertahankan negara.
Lagu kebangsaan rnernbangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air.
Semua orang sepatutnya bangga dengan lagu kebangsaan negara.

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


1. Dasar Perpaduan Negara.
2. Wawasan 2020.

SOALAN 1 DASAR PERPADUAN NEGARA


(a) Apakah Rukun Negara?
Merupakan ideologi negara Malaysia diisytiharkan pada 30 Ogos 1970 ,kesan daripada peristiwa 13 Mei
1969 yang menyebabkan berlaku rusuhan kaum.
(b) Nyatakan badan yang dipertanggungjawab membentuk Rukun Negara.
Majlis Perundingan Negara.
(c) Apakah matlamat Rukun Negara?
Mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mernelihara corak hidup yang demokratik .
Mencipta sebuah rnasyarakat yang adil.

Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.


Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

(d) Bagaimanakah anda mengamalkan prinsip-prinsip Rukun negara dalam kehidupan seharian?

Kepercayaan kepada Tuhan


Menghormati agama lain
Setia kepada raja dan negara
Bangga sebagai warganegara
Cinta akan negara
Mematuhi undang-undang
Menyanjung perlembagaan
Mengamalkan nilai murni
Mengamal ciri-ciri sopan dan tatasusila
Menjadi manusia penyayang dan saling menghormati

(e) Huraikan kepentingan setiap prinsip Rukun Negara dalam usaha untuk mencapai perpaduan negara.
Prinsip kepercayaan kepada Tuhan menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan paling utama
rakyat Malaysia.
Rakyat yang beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.
Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas
diamalkan.
Prinsip kesetiaan kepada raja dan negara menuntut semua rakyat Malaysia mernberikan kesetiaan
kepada raja dan negara, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan
ketua negeri.
Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
Prinsip keluhuran perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap
luhur, unggul serta suci.
Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankannya.
Prinsip kedaulatan undang-undang rnenuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak
rnelakukan kesalahan di sisi undang-undang.
Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh
mana-mana pihak.
Prinsip kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai mumi yang melambangkan keperibadian
seseorang individu.
Kesopanan dan kesusilaan menjarnin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling
menghormati.
SOALAN 2 - WAWASAN 2020
(a) Apakah Wawasan 2020?
Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.
(b) Siapakah pencetus idea Wawasan 2020?
Mahathir Idea wawasan ini dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad pada
28 Februari 1 991.
(c) Nyatakan matlamat Wawasan 2020.
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan rnenggunakan acuan sendiri
setanding dengan negara rnaju di dunia.

Mencapai kemajuan yang bersepadu dengan rnenitikberatkan kemajuan fizikal dan spiritual.
Mengutamakan perpaduan, kestabilan politik, taraf hidup dan nilai moral masyarakat.

(d) Nyatakan sembilan cabaran bagi negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Cabaran Pertama
Cabaran Kedua
Cabaran Ketiga
Cabaran Keempat
Cabaran Kelima
Cabaran Keenam
Cabaran ketujuh
Cabaran Kelapan
Cabaran Kesembilan

- Mernbina bangsa Malaysia yang bersatupadu.


- Membina masyarakat berjiwa bebas, tenterarn dan berkeyakinan.
- Memupuk dan membina rnasyarakat demokratik yang matang.
- Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
- Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
- Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
- Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
- Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
- Mernupuk dan membina rnasyarakat makmur.

(e) Apakah cabaran-cabaran yang perlu ditangani untuk mencapai Wawasan 2020?

Cabaran Pertama Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.


o Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara untuk membina bangsa Malaysia yang
bersatu padu.
o Perpaduan boleh dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
o Kesemua dasar tersebut memberikan sumbangan yang besar ke arah mewujudkan hubungan
antara kaum yang sihat dan mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia.
Cabaran Kedua Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
o Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, sentiasa bersikap terbuka,
berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah.
o Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara mereka sendiri dan sekaligus rnengangkat
martabat bangsa dan negara di persada dunia.
o Musuh negara mudah ditangkis.
Cabaran Ketiga Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
o Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina.
o Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk mernilih kerajaan.
o Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya.
o Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan
melalui saluran-saluran tertentu dalam suasana mesra dan bersifat membina.
Cabaran Keempat Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
o Masyarakat bermoral dan beretika perlu diseirnbangkan dengan kemajuan fizikal dalam bentuk
masyarakat berbudaya unggul.
o Kepatuhan kepada agama dapat membina masyarakat bermoral dan beretika.
o Pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang membina rnasyarakat bermoral dan beretika.
o Keberkesanan sistem pendidikan membina masyarakat bermoral dan beretika.
o Keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan
beretika.
o Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misalnya, memberikan penekanan kepada usaha melahirkan
insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
Cabaran Kelima Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
o Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
o Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka untuk sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.
o Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi dapat dilihat
melalui perlernbangan negara.
o Pengamalan sistem demokrasi mernbolehkan masyarakat memilih kerajaan dengan matang,.
o Pendidikan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

o Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


o Akta Bahasa Kebangsaan.
Cabaran Keenam Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
o Masyarakat yang rnaju rnerupakan masyarakat yang progresif yang dapat menyerap segala
perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan.
o Masyarakat yang maju tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat saintifik kerana penguasaan
terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi sering menjadi ukuran
kemajuan sesuatu bangsa.
o Masyarakat maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan
kreatif serta inovatif.
Cabaran Ketujuh Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
o Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bennuafakat, saling
memahami dan saling menghormati, bekerjasarna dan saling membantu.
o Masyarakat penyayang tidak individualisitik sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat lebih
daripada kepentingan diri.
o Asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat penyayang dan budaya penyayang ialah
kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan.
o Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang dalam kekeluargaan.
o Hubungan sesama manusia dalam masyarakat begitu ditekankan dalam agama.
o Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan semula.
Cabaran Kelapan Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
o Kemajuan sesebuah negara yang hanya dikuasai oleh kelompok-kelompok tertentu dalam
masyarakat akan mernbawa rasa tidak puas hati dan kemudiannya rnencetuskan rusuhan kaum
seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
o Kerajaan telah banyak melaksanakan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima
Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional adalah untuk menjarnin keadilan ekonomi yang sekaligus meningkatkan taraf hidup
rakyat.
Cabaran Kesembilan Memupuk dan membina masyarakat makmur.
o Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mencapai
taraf hidup yang tinggi.
o Pada masa yang sama tiada ahli rnasyarakat yang hidup melarat dalam kerniskinan.
o Pendapatan isi rumah berada pada tahap yang tinggi begitu juga dengan pendapatan negara.

(f) Bagaimanakah untuk mencapai hasrat Wawasan 2020?

Membina masyarakat bersatu padu melalui


Pendidikan
Bahasa kebangsaan
Kebudayaan
Sukan
Masyarakat saintifik melalui
Budaya ilmu

Inovatif
Kreatif

Masyarakat yang bermoral dam beretika melalui

Kepatuhan agama
Amal budaya


(g)

Pendidikan

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri warganegara yang diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020?

Bersatu padu
Berilmu pengetahuan
Kreatif dan inovatif
Bersifat patriotik
Bersifat penyayang
Berkeyakinan tinggi

Mengamalkan nilai murni


Bekerjasama
Bekerja keras
Berdaya saing

TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH TINGKATAN 5 [2016] - TEMA 12 KERJASAMA ANTARABANGSA


[BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA]
1.
2.
3.
4.
5.

Blok Duna & Perang Dingin


Dasar Luar Malaysia
Pertubuhan Antarabangsa OIC / PBB
Pertubuhan Serantau ASEAN
Cabaran Masa Depan - ICT / MSC / K-ekonomi / K-masyarakat

SOALAN 1 - BLOK DUNIA / PERANG DINGIN

(a) Apakah maksud Blok Dunia ?

Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk menjaga
kepentingan ahli.
Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.

(b) Apakah yang dimaksudkan Perang Dingin?


Perang Dingin terbentuk daripada Blok Dunia berasaskan geopolitik dan tidak berlaku sebarang konflik
bersenjata secara langsung.
(c) Senarakan dua kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dingin.
Amerika Syarikat
Soviet Union
(d) Terangkan sebab-sebab berlaku Perang Dingin.
Perang Dingin berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi dan fahaman politik.
Berlaku persaingan kuasa antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis
yang diketuai oleh Soviet Union.
Kedua- dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
Berlaku hubungan yang tegang antara USA dan Rusia. Kedua-dua kuasa cuba kukuhkan kemajuan
melalui pengintipan, propaganda dan kegiatan subversif.
Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika
dengan blok komunis yang diketuai oleh Siviet Union.
Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata. Berusaha menyebarkan pengaruh
masing-masing di Eropah dan Asia.Tiada berlaku konfrontasi secara langsung antara mereka.
Punca berlakunya Perang Dingin kerana perbezaan fahaman politik dan sosio ekonomi.
USA menjadi jaguh demokrasi sementara Rusia jaguh komunis. USA berpegangkan kpd sistem kapitalis
dan Rusia pemiliknegarakan semua harta benda.
Masing masing cuba menyekat perluasan pengaruh. USA meluaskan pengaruh ke Barat dan Rusia ke
Timur.
USA wujudkan Pakatan NATO dan Rusia WARSAW. Semasa Perang Korea USA sokong Korea Selatan
dan Rusia pula Korea Utara.
Seato diwujudkan bagi menghalang perluasan kuasa komunis di Asia Tenggara.
USA paksa Rusia menarik balik senjata nuklear yang dibekalkan kepada Cuba Perang Dingin ini tamat
1980-an.
(e) Jelaskan perbezaan antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
Blok kapitalis
Dari segi politik, Negara Demokratik. Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya.
Dari segi ekonomi, Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian.
Dari segi sosial, Kebebasan individu sepenuhnya.
Blok Komunis
Dari segi politik , Pemerintahan oleh diktator. Parti Komunis sahaja diiktiraf.
Dari segi ekonomi, Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.
Dari segi sosial, Kebebasan individu dilindungi dan dikawal.
(f) Apakah kesan Perang Dingin?
Kesan Perang Dingin berlaku pembentukan blok dunia kepada blok Kapitalis, Blok Komunis dan Blok
Dunia Ketiga.
Amerika Syarikat dan sekutunya mewujudkan pakatan tentera iaitu penubuhan NATO untuk menyekat
pengaruh komunis.

Soviet Union dan negara-negara komunis menubuhkan Pakatan Warsaw.


Amerika Syarikat membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Tready
Organisation (SEATO) bagi menyekat pengaruh kornunis di Asia Selatan.
Berlaku perlumbaan senjata di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis.

SOALAN 2 - DASAR-DASAR LUAR MALAYSIA


(a) Jelaskan faktor-faktor asas yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia.
Faktor Sejarah.
o Kelangsungan hubungan perdagangan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dengan
China , India dan kepulauan Melayu.
o Selepas merdeka , Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain. Kemudian
menyertai Komanwel.
o Ancaman komunis semenjak sebelum merdeka mendorong Malysia mengamalkan dasar luar
yang pro barat.
Faktor Ekonomi.
o Mengamalkan pasaran bebas. Menjalin hubungan baik dengan semua negara seperti British dan
Amerika . Negara tersebut menjadi pasaran utama.
o Bagi menggalakan kemasukan pelabur , teknologi dan budaya kerja Jepun dan Korea, Malaysia
memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

Faktor Politik.
o Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.Malaysia
menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.

Faktor Geografi.
o Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kebanyakan negara di rantau ini. Mendorong
hubungan baik dengan Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.

Faktor Demografi.
o Kerana mejoriti penduduk beragama Islam, makan Malaysia menjalin hubungan baik dengan
negara-negara Islam.

(b) Jelaskan tahap-tahap perkembangan dasar luar Malaysia.


Perkembangan dasar luar tersebut dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut:
o Tahap Pertama
- Tunku Abdul Rahman (1957 1970)
o Tahap Kedua - Tun Abdul Razak (1976 1976)
o Tahap Ketiga - Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 2003)

Tahap pertama.
o Malaysia mengamalkan dasar pro barat. Ia disebabkan faktor ancaman komunis.
o Malaysia memerlukan bantuan ketenteraan dari negara Komanwel seperti British, Australia dan
New Zealand.
o Malaysia mengadakan perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA).British akan
memberi bantuan kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.
o Ekoran konfrantasi dan putus hubungan dengan Filipina , Malaysia menyertai Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) DAN MAPHILINDO.

Dari segi ekonomi Malaysia masih bergantung dengan Britain. Malaysia menjadi anggota Blok
Sterling. Malaysia menjual bijih timah dan getah. Pelabur Britain juga merupakan pelabur
terbesar di Malaysia.

Tahap Kedua
o Malaysia berubah dari dasar pro barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara.
o Malaysia mengistiharkan konsep ZOPFAN. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan
negara-negara komunis.
o Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam. Masalah pelarian Vietnam dapat
diatasi.

Tahap Ketiga
o Malaysia mengekalkan dasar-dasar pada tahap kedua. Tetapi penekanan diberikan kepada
kepentingan ekonomi.
o 1982 Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan. Bertujuan mengambil dan menerima nilainilai yang baik daripada Jepun dan Korea.
o Tun Dr Mahathir mempertingkatkan hubungan 2 hala dengan mengadakan lawatan ke negara
Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

(c) Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama.
Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara.
Bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel.
Konfrontasi dengan Indonesia.
Terputusnya hubungan dengan Filipina.
Keluarnya Singapura daripada Malaysia.
Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi.
Malaysia adalah blok sterling.
Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah.
Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia.
(d) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah memupuk hubungan luar dengan negara
jiran pada tahun 1960-an?
Menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand dan
Filipina pada tahun 1961.
Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia pada tahun 1962.
Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
(e) Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik dengan semua
negara menjelang tahun 1970-an.
Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris Tanah Melayu)
Kurangnya pengaruh Britain di Timur
Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China
(f) Berikan usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar Malaysia pada
Tahap Ketiga.

Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN


Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan.
Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.
Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak

Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.

SOALAN 3 PERTUBUHAN ANTARABANGSA


(a) Jelaskan ciri-ciri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa
dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.
Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York.
Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002
keanggotaannya meningkat kepada 1 89 buah negara.
Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB.

(b) Apakah Piagam PBB?


Satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip asas hubungan antarabangsa dalam kalangan
negara-negara anggota.
(c) Senaraikan matlamat Piagam PBB.
Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
(d) Huraikan sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB
untuk menamatkan perang saudara di Congo.
Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi
membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq.
Menghantar pemerhati ketika menyelesai perang saudara di Kampuchea.
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar aparteid di Afrika Selatan.
Menyarankan agar Benua Antartika menjadi Warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau
kuasa semua negara.
Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan
Disember 1945.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan
dadah.
Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna, Jun 1987 dan Perdana
Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan.
Malaysia telah bekerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan
dan Pertanian (FAO).
Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World
Health Organization (WHO).
Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999.
Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
Beliau dilantik sebagai Wakil khas PBB untuk menyelesaikan kontlik politik negara Myamnar.
Malaysia berpendirian tegas mendesak PBB berusaha menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

(e) Apakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia melalui keanggotaan dalam PBB?
Mendapat bantuan melalui Bank Dunia dari segi kewangan dalam menyusun semula dan
mernbangunkan ekonomi negara.
Memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing untuk membasmi kemiskinan di luar
bandar selain menyediakan peluang pekerjaan.
Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lemanbaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
(f) Apakah yang anda faham tentang Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?
OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun l97l daripada idea Tunku Abdul
Rahman.
Semasa ditubuhkan ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai
pemerhati.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam
segala bidang.
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.
Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.
Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar
pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.
Bantuan dalam bentuk kewangan diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti
Sudan, Nigeria dan Chad.
OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan
kepada negara anggota.
(g) Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC.
Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun l97l.
Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.
Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula
tanah air mereka daripada Israel.
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun l 974 dan 2003.
Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002.
Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan
kegiatan ekonomi yang lain.
Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara luar kerana amat serius dalam
memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara lslam.
Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah
meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.
(h) Apakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai negara anggota OIC?
Mendapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek
pembangunan untuk kepentingan rakyat.
OIC telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM.
Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam di bawah naugan OIC.
Menerima pengiktirafan Tunku Abdul Rahman sebagaiSetiausaha Agung OIC.
Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2003.

SOALAN 4 PERTUBUHAN SERANTAU


(a)

Senaraikan Pertubuhan Serantau yang disertai oleh Malaysia.

ASA
MAPHILINDO
ASEAN

(b) Apakah ASEAN?


Sebuah pertubuhan serantau yang terdiri daripada 10 buah negara Asia Tenggara.
(c) Di manakah dan bila pertubuhan ASEAN ditubuhkan?
Bangkok
Termeterai Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967
(d) Apakah logo ASEAN?
10 tangkai padi mempamerkan impian pengasasan 10 buah negara yang diikat oleh persahabatan
dan perpaduan.
Bulatan membayangkan semangat bersatu padu dalam ASEAN.
(e) Apakah moto ASEAN?
Keamanan
Kestabilan
Kegigihan
Kedinamikan
Kesucian
Kemakmuran
(f) Jelaskan matlamat penubuhan ASEAN.
Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian.
Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
(g) Terangkan usaha-usaha yang dijalankan ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Asia
Tenggara.

Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur.


Pengisytiharan ZOPFAN.
Bagi mewujudkan keamanan serantau.
Kerjasama ASEAN + 3 China, Jepun dan Korea.
Penubuhan SEAMO untuk kerjasama pelajaran.

Penubuhan RECSAM pusat serantau sains dan matematik.

Mengadakan festival kebudayaan.


Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
Pertukaran rancangan televisyen dan radio.
Memupuk semangat kesukanan melalui Sukan SEA.

Kerjasama pelancongan.
Tahun melawat ASEAN.

(h)

Apakah manfaat Malaysia menyertai pertubuhan ASEAN?

Menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial


Mewujudkan kestabilan politik serantau
Memperoleh kerjasama mengatasi ancaman komunis

Pasaran luas
Memajukan sektor pelancongan

Menjadi tuan ruman Sukan SEA


Keselamatan negara terjamin
Kerjasama dalam bidang kebudayaan
Mengelakkan campur tangan kuasa luar

Menjadi tumpuan penuntut ASEAN di universiti tempatan

SOALAN 5 - CABARAN MASA DEPAN


(a) Apakah yang anda faham tentang globalisasi?
Bermaksud kepesatan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia tanpa sempadan.
Segala aspek ekonomi dan sosial dapat menyeberangi sempadan dunia dengan singkat.
Contohnya berkaitan modal , tenaga manusia , kemahiran dan nilai.
Terdapat 2 pandangan berkaitan globalisasi.

Pandangan pertama , ia berfaedah kepada pembangunan ekonomi dunia.


Pandangan kedua, ia akan meningkatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan penduduk
luar bandar atau antara negara maju dengan negara membangun.

(b) Jelaskan tentangTeknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication
Technology (ICT).
Memerlukan peralatan teknologi.
ICT merujuk satu kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas,
mudah dan berkesan.
Peralatan komputer , internet dan telefon mudah alih.
Faktor pemangkin perkembangan ICT.
o Perkembangan teknologi komunikasi.
o Kos pengangkutan murah.
o Membina prasarana ICT dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia.
o Projek Koridor Raya Multimedia.
Melalui ini kerajaan memulakan e-pendidikan , e-dagang , pemasaran tanpa sempadan dan penyiaran
digital.
(c) Apakah Koridor Raya Multimedia - Multimedia Super Corridor (MSC)?
Dilancarkan pada 27 Jun 1998 oleh Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad.

Merangkumi kawasan mencakupi Kuala Lumpur City Centre hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).
Dibangunkan secara berperingkat-peringkat dan akan diperluaskan ke seluruh negara.
Bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global.
Melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
Mengalakkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar sekolah.

Dapat membangunkan ekonomi negara berasaskan pengetahuan K- ekonomi.

(d) Berikan empat kawasan yang sudah diwartakan oleh kerajaan sebagai kawasan MSC.
Putrajaya
Cyberjaya
Taman Teknologi Malaysia
KLIA
(e) Terangkan K-ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Ekonomi berlandaskan pengetahuan meruj uk keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu
pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
Pada era globalisasi, k-ekonomi memainkan peranan yang penting yang mampu bersaing dalam
meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan.
Pada era k-ekonomi, teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama
dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan serta perkongsian pintar.
Sumber yang paling berharga dalam K-ekonomi ialah modal intelek dan juga pekerja berpengetahuan.
Modal intelek hanya dapat dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, dikuti dengan semangat serta daya
saing yang tinggi.
Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan oleh negara untuk membangunkan industri berasaskan
pengetahuan.
Kunci utama kejayaan k-ekonomi melalui Inovasi penyelidikan dan pernbangunan atau research and
development (R&D).
Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan
dalam usaha menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baharu dalam
usaha meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara.
(f) K-masyarakat bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik. Jelaskan.
K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan meniperkayakan diri
dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing.
Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanj ang hayat.
Prasarana untuk pertumbuhan k-society telah dibangunkan dengan secekapnya oleh kerajaan Malaysia
terutama dalam bidang pendidikan.
Usaha telah dijalankan bagi membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan Malaysia
antaranya, Sekolah Wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum, yang
dapat meningkatkan daya saing.
Sekolah Bestari pula dilengkapi dengan prasarana teknologi rnaklumat atau information technology (IT)
dalam usaha memupuk rasa cinta terhadap IT.
Kurikulum juga diubahsuai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis serta
beriikiran kritis dan analitis.
Melahirkan kurnpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi
sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi.
Matlamat k-masyarakat adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan masyarakat
Malaysia yang maju dan saintifik.

(g) Nyatakan contoh usaha yang telah dilaksanakan melalui K masyarakat.


Sekolah Wawasan untuk memupuk perpaduan.
Sekolah Bestari untuk memupuk rasa cinta pada IT.
Kurikulum diubahsuai supaya pelajar kreatif, dinamis serta berfikiran kritis dan analitis.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Menyediakan peruntukan yang besar untuk R&D untuk mengalakkan penciptaan baharu.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai